Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Laksa Johor

Masa pergi raya rumah Dr. Puziah, dia ajar kami (wansiti, housemate & 3 orang kawan dari institut) cara-cara nak masak Laksa Johor, memang agak rumit bahan-bahannya. Tapi memang sedap la..~ tak rugi belajar wat.. Sekali-sekala tukar mood makan laksa, selain nasi. Tapi, orang Laksa Johor ni spesel, diorang guna spaghetti sebagai laksa, yang apabila siap dimasak, diurai, dan dililit bulat-bulat. Mereka panggil lilitan bulat spaghetti sebagai "chap".
Resepi di bawah, wansiti ambil dari ehsan dapurcomelku, terima kasih.



Bahan2 :


2 kotak spaghetti
Air secukup nya
sedikit garam 

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk + sedikit garam dan masukkan spaghetti dan biarkan kembang.
2.Bila dah kembang toskan airnya (utk mengelakkan ia melekat boleh disiram dgn air paip).

Bahan kuah:
5 ekor ikan kembung/selar/700gm ikan tenggiri- di rebus dan buang tulang
200 gm udang hidup- buang kulit dan direbus
udang kering- rm2.00
50 gm serbuk kari/agak2 kesesuaian rasa
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 sudu ketumbar
1 inchi kunyit
1 inchi halia
1 inchi lengkuas
4 batang serai
5 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
sepotong belacan
2 biji buah keras
4 cawan santan(2 cawan cair/2 cawan pekat) - atau 2 kotak santan kotak(campur dgn air rebusan ikan)
10 tangkai cili kering/ikut kesesuaian rasa
2 sudu besar kerisik
Sedikit minyak utk menumis
sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa

Bahan 2 ulam:
2 btg timun - dibuang empulur dan dimayang bulat
Kacang panjang- jika suka
250 gm taugeh- kalau suka tak perlu dicelur
Daun kesum - dihiris
sedikit daun selasih - dihiris
Limau kasturi
Sambal belacan- cili padi,belacan,garam ditumbuk dan dicampur dgn sedikit air

Cara:
1.Ikan,udang direbus berasingan kemudian dimesin- airnya disimpan utk dicampur dgn kuah
2.Rendam cili kering dlm air panashingga kembang dan dikisar berasingan
3.jintan manis dan putih,ketumbar,bwg putih,bwg merah,udang kering,serai,buah keras,belacan,kunyit,lengkuas,halia dikisar halus.
4.Panaskan sedikit minyak untuk menumis cili kering kisar dan bahan2 lain yg dikisar hingga wangi,masukan serbuk kari sehingga naik baunya.
5.Masukkan isi ikan dan isi udang yg dikisar dan gaul rata,kemudian tuangkan santan,kerisik,asam gelugor dan garam.Kacau hingga mendidih dan pekat dan naik minyak. 
6.Sebelum dihidangkan,hias spaghetti dgn ulaman.Hidang bersama kuahnya. Selamat mencuba...

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 2 comments:

mumumeow on November 29, 2010 at 1:22 PM said...

sedapnye...lme x mkn lkse johor.....sejak pindah slangor...

Unknown said...

@mumumeow

saya kenal laksa johor pun, orang selangor yang masak..
best!
sedap!
banyak sayur-mayur dalam laksa ni..suka sangat2..!!

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger