Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

0 Alvin, Loving, Darling dan Sauda'

Video anak-anak Cik Nining yang comel... Masa ni, diorang baru berumur dalam sebulan lebih... Jom kita Ta'ruf bersama Anak-anak Nining

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Kahwin oh!! Kahwin Ramai-ramai Pakat Kahwin!

5 Kategori Hadiah Kontest Kahwin Oh!! Kahwin

1) Hadiah Utama : Sebuah alquran digital – infonya boleh didapati di alqurandigital2u.com + 3 keping Dirham Kelantan!!
2) Hadiah Top Refferer : 3 keping Dirham Kelantan.
3) Hadiah Top Commentator: 3 keping Dirham Kelantan.
4) Hadiah Top SERPs: 3 keping Dirham Kelantan.
5) Hadiah Gambar Kahwin Terbaik : 3 keping Dirham Kelantan.

Jom! mari kita tengok siapakah para penaja-nya...

MyKahwin.my ( Pilih 1 dari 3 text link dibawah, kalau lebih lagi baik)
-       Sebuah direktori perkahwinan terbaik
-       Kelebihan mykahwin.my
-       Persediaan perkahwinan

1tradezone ( Pilih 1 dari 3 text link dibawah, kalau lebih lagi baik)
-       Iklan perkhidmatan atau barang majlis perkahwinan
-       Iklan segala barang2 atau peralatan perkahwinan yang tidak pakai lagi untuk disewakn atau dijualkn kepada org lain.
-      Laman web beriklan dan mencari barang secara percuma oleh anak malaysia untuk rakyat malaysia.
*******************************************************************
Orang bujang pun boleh nak sertai juga... No hal..~! Jenguk ar-rifke dan patuhi syarat-syarat yang dinyatakan. 

Okey, tengah blur...tiba-tiba kena tune kepala untuk fikir soalan tentang perkahwinan, sedangkan sebelum ni duk cari tip-tip belajar budak-budak sekolah.. 

Ada 1 perkara penting sebelum berkahwin, iaitu PROSES perkahwinan!
Ini yang wansiti kurang puas hati dengan orang sekarang, yang dah lari dari disiplin pertunangan ISLAM. Terkadang, terkeliru juga, bila tengok gambar yang sudah macam kahwin betul.. tapi, itu adalah sebenarnya MAJLIS PERTUNANGAN!! Malas nak sembang panjang-panjang, Ustazah Bahiyah dan Ustaz Akasha pun dah sentuh bab ini dalam video Semanis Kurma Sepah Maharaja Lawak Khamis lepas (23 Jun 2011). Lau nak tahu lebih-lanjut baca tulisan Ustaz Zaharuddin nie..

Lepas tu, 
Nak kahwin, memang tak leh lari untuk sembang pasal pitih/wang ringgit. Boleh baca, anggaran ongkos/belanja kahwin (orang bujang yang sibuk nak amek tau ni) juga, hehehe... Dulu nyer duit nie, sekarang, RM 10,000 pun belum tentu cukup (orang kata, wansiti tak kata) :p

Hidup lepas kahwin rupanya LEBIH menCABAR, mana nak tanggung, diri-sendiri, bini dan anak-anak lagi, sekarang ni, ramai orang nak lahirkan anak-anak soleh/ah.. sebagai bekal 'long-term' di dunia dan juga akhirat sana. Kerja ini bukan MUDAH beb, perlukan bukan setakat material sahaja, akan tetapi, ILMU dan pengalaman. Apa lagi, baca, jangan tak baca... Tengok, semua nak kena ada ILMU... dan memBACA..

haaa.... Baca lebih lanjut,
* Bagaimana mengukur calon suami
* Apakah tanda seorang lelaki itu jatuh cinta dan banyak lagi artikel kekeluargaan yang perlu diketahui..~

hahahaha... Maaflah, memang masuk sini, asyik kena paksa baca je la yea? ;p
har har har....
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Screenshot trafik: Isra' Mikraj

Inilah screenshot statistik pengunjung ke blog wansiti dengan menggunakan keywords cuti isra' mikraj. Memang nampak perbezaan menggunakan kata-kunci yang 'hot' nie, hehehe...


Statistik pengunjung sampai pukul 4 petang semalam...
Dan ini yang latest sempat print before nak lelap... ;)
Tengok tu graf pengunjung di akhir-akhir hari 28 Jun 2011 meningkat naik dan maintain kedudukannya ... Superb la denaihati..!!!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cuti Isra' Mikraj

Hanya Kedah, Negeri Sembilan & Perlis sahaja yang dibenarkan bercuti. Harap maklum yea.. :p
Gambar dipinjam melalui pakcik google

Mesti suka jer, lau dapat cuti kan? kan?
Siapa yang tak suka hari cuti.. [rujuk, cuti 1 Malaysia].
Okey, hari ini, wansiti tidak niat untuk bercerita pasal cuti, tapi, wansiti nak sahut cabaran denaihati untuk menulis dengan melibatkan kata-kunci isra' dan mikraj.

Rasa lain ckit jika menulis setelah terima tajuk ni, biasa laaa.. wansiti, biasanya tulis ikut suka.. Tapi, sekali fikir, bagus juga macam ni, jadi.. para bloggers akan melakukan 'aktiviti pembacaan dan penyelidikan', sekaligus me'refresh' ingatan kita kepada Subjek Sirah Nabawiyah semasa belajar dulu-dulu.

Apa itu Isra' Mikraj?
Berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, (kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam., Israk Mikraj boleh dianggap juga, satu perjalanan khas dari Allah untuk menghiburkan Nabi selepas diuji dengan kesedihan. 

Dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Selepas itu terus naik ke Sidratul Muntahah (langit yang ke-7) bertemu Allah Subhanahu Wataa’la.

Seronok pula duk baca tulisan orang nie..hehehe....

Sekarang, wansiti nak belek, apakah yang lagi yang ada pada malam isra' mikraj, yea? 

Kita boleh kategorikan isra' mikraj kepada 3 bahagian peristiwa, iaitu sebelum, semasa, dan selepas.

Sebelum
Sebelum perjalanan itu, Malaikat Jibrail dan Mikail telah membelah dada Nabi dan menyucikan hati Nabi dengan air Zamzam. Lalu dituangkan ke dalam hati itu hikmah, ilmu dan iman.

Semasa
Gambaran ringkas perjalanan Rasulullah Solallahu A’laihi Wasalam (SAW) yang mengambil masa selepas Isyak dan sampai sebelum Subuh dalam satu malam sahaja! - seperti yang ditulis oleh jamalrafaie. Seterusnya Abang Jamal bercerita lanjut tentang apa yang Rasulullah SAW jumpa sepanjang perjalanan tersebut!

Juga ada diceritakan apa yang terjadi pada setiap lapis langit yang dinaiki oleh Rasulullah SAW untuk ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah.. baca tulisan jalan akhirat.

Selepas/Nilai Pengajaran
Peristiwa isra' mikraj ini juga telah difardhukan Solat 5 waktu sehari, semalam 
(Rukun Islam ke-2) yang penting dan menjadi tiang agama kita, Mukmin (orang yang beriman dengan sebenar-benar iman, insya-Allah)~

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Fursan- Keinsafan Diri [Download mp3]

Disaat Yang Sepi Ini
Ku Duduk Seorang Diri
Memohon Keampunan Dari Ilahi

Bak Lautan Bergelombang
Siang Malam Pagi Juga Petang
Mengharapkan Ketenangan
Dari Tuhan Yang Esa

Betapa Rimbunnya Dosaku
Semua Terlakar Dilembah Usiaku
Salah Dan Silap Dimasa Yang Lalu
Kini Ku Sesali

Ku Tidak Layak Kesyurgamu
Namun Tak Sanggup Ke Nerakamu
Kutunduk Sujud Merendah Diri
Kembali Padamu

Chorus….

Ku Tetap Setia
Padamu Oh Tuhanku
Akan Ku Patuhi Segala
Suruhanmu

Akan Ku Jauhi
Segala Laranganmu
Itulah Tanda Cinta
Cinta Ilahi
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Important Information On Images You Upload To Blogger

Satu bacaan yang wansiti kira menarik untuk diketengahkan di sini.  Sesuai menjadi tips yang berguna untuk para bloggers.

Since Google took over Blogger in 2003 they have fully integrated almost every part of the system with their other services. In fact if you stand back and look at it Blogger was the perfect acquisition for Google as they can run so many of their other products alongside it.

Let me show you why I'm referring to :

Blogger - Your Blogger account is now part of your Google account.

Picasa - The images you upload to your blog are hosted on Google's image hosting service, once you upload your first image a picasa account is created for you.

Feedburner - Google own the most popular Rss Feed service and have recently taken advantage of this to offer extra options for Blogger users.

YouTube - Videos you add to your blog will be hosted on YouTube and recently you got the option to add YouTube videos directly from your post editor.

AdSense - You can monetize your blog with AdSense directly from your blogs Design > Add a gadget page.Many people with websites and other blogs find it hard to get approved for AdSense, in fact some people create a Blogger blog in an effort to get approval.

Google Fonts - Google have recently integrated their web fonts with the template designer allowing users to use a wide selection of fonts on their blogs.

AdWords - Over the Christmas Google offered a free $100 voucher to Blogger users.I actually took them up on the offer and have to say I'm delighted with the results, i had to add $5 to get the campaign started but i then had $105 of AdWords advertising.

Webmaster Tools - Blogs you create are now automatically added to your webmaster tools account, when you log in you have a one click option to add a blog rather than going through the verification process.

Google Friend Connect - Also known as Followers, the Followers gadget is added to each blog and other gadgets can also be added from the directory.

Remember your Google Email or Gmail you use to log into Blogger is actually your Google account an can be used to log into all these services and more.

This is part of how Google manage to grow, they acquire websites and services they know they can connect with other sites they already own.Other Google services i also use in connection with my blog include Google Code, i host all the scripts i share with your on Spice Up Your Blog on Google Code, Google Affiliate Network, Although i don't use it as much as previously.

So by using Blogger, Google are introducing you to many of their other services that you may continue even using if you stop blogging in the future.

Google Accounts
This brings me to the point of this post and how having all these services connected to one account can cause trouble down the line.In a recent post on The Real Blogger Status a great Blogger related blog by one of the top moderators in the Blogger Help Forum called Nitecruzer or Chuck he made a great point about the images you use on your blog.

As all images you upload to your blog are hosted on Google's images hosting site Picasa, if for some reason you closed your Picasa account all those images would vanish. That would be a disaster to any Blogger, but you may ask why would you close your Picasa account ? Chuck makes a few examples.

If you are a member of a team blog (Blogs can have up to 100 contributors, more info can be found via Settings > Permissions) and in the future you have stopped contributing and decide to close you Google account.

If you transfer the ownership of your blog you may decide to delete the Google account that was connected.
Probably the most common occurrence would be changing the account you use to log into and post to your blog. I am the perfect example of this, when i created Spice Up Your Blog i was using the Email PaulCrowe77(at)Gmail.com, as the blog grew i decided to have a unique Email attached to the blog and everything related. So i created Spiceyourblog(at)Gmail.com, i then gave that new Email permission to the blog and still use that every time i log in.Now...I had published around 40 posts before i changed so if i were to delete PaulCrowe77(at)Gmail.com all the images from those 40 posts would be gone !
I hope I haven't lost you, if you don't understand the permissions process of inviting people to your blog it could be hard to follow. But i guess the best thing to do is simply don't delete any Google account and you will never have anything to worry about.If your not using a Google account just let it sit there in obscurity, it's not like it will effect you in any way.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Menguatkan Daya Ingatan

Untuk menguatkan daya ingatan, denagan rahmat dan kasih-sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dpt menguatkan sistem saraf kita. Di antara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:
- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain daripada itu, oksigen juga amat penting utk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut:-

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh & mudah menerima ilmu & mengingatinya.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cara menulis Jurnal/Makalah ilmiah (bahagian 2)

sambungan langkah penulisan jurnal ilmiah (bahagian 1)..

MODUL 8: Seksyen Pengenalan
Dalam membina perenggan di seksyen pengenalan, peserta harus mengetahui ciri-cirinya yang betul. Mereka juga perlu mengekalkan gaya komunikasi ilmiah daripada awal lagi. Modul ini mendedahkan teknik yang betul menulis seksyen yang ringkas namun penting ini.

MODUL 9: Seksyen Rujukan dan Petikan
Modul ini membimbing secara hands-on bagaimana menulis rujukan berdasatkan standard APA. Peserta juga ditunjukkan kaedah memetik rujukan supaya tidak terjebak dengan isu plagiarism.

MODUL 10: Seksyen Abstrak
Modul ini membimbing peserta menulis abstrak kertas kerja dengan jelas, namun simpel dan padat. Mereka akan diterangkan dengan ciri-ciri abstrak yang baik. Sesi praktikal mencabar mereka menulis abstrak bagi kertas kerja yang sudah siap, namun sengaja dibuang bahagian abstraknya.

MODUL 11: Memilih Tajuk yang Ampuh
Memberi tajuk pada kertas kerja seumpama memberi nama kepada anak yang baru lahir. Ia perlu unik, sesuai dan merangkum. Modul ini juga menyediakan sesi praktikal yang mencabar peserta memberi tajuk bagi kertas kerja yang sudah siap, namun sengaja dibuang tajuknya.

MODUL 12: Hubungan Penulis dengan Penerbit
Kertas kerja yang berkualiti tinggi sekalipun tidak menjamin ia diterima bagi diterbitkan dalam jurnal atau prosiding persidangan antarabangsa. Peserta akan ‘dibocorkan’ dengan rahsia trainer menembusi penerbitan antarabangsa sehingga makalahnya diindeks di SCOPUS.

MODUL 13: Menguruskan Penerbitan dan Editorial
Penerbitan jurnal bukan proses yang mudah. Ia melibatkan banyak pihak. Peserta akan didedahkan dengan teknik bagi melicinkan proses penerbitan, pelantikan pakar, editorial dan sebagainya.

MODUL 14: Penyuntingan, Pewasitan dan Pemasaran Jurnal
Setelah artikel diterima daripada penulis, ia perlu melalui proses penyuntingan dan pewasitan yang sempurna. Modul ini membimbing peserta dengan tip sehingga jurnal dapat dipasarkan.

MODUL 15: Pemasaran dan Pengantarabangsaan Jurnal Malaysia
Setelah jurnal siap dicetak, ia perlu dipasarkan. Walaupun jurnal ditulis dalam BM, matlamat pemasaran ke persada antarabangsa wajar dijadikan matlamat. Peserta akan mengetahui proses yang terlibat dalam modul ini.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Isu Semasa: Murtad

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) menyatakan, "Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan."   
Kita patut bersyukur kerana Negeri Kelantan menunjukkan nilai 'kosong' pada permohonan murtad dan ini menunjukkan rakyat kita tertanam dengan tunjang iman yang kuat, insya Allah.   Mengikut kiraan, Sabah mencatatkan rekod tertinggi permohonan iaitu sebanyak 238, diiikuti Negeri Sembilan 172, Selangor 99 dan Perak 47.  

Namun melihat kepada statistik ini, walaupun tidak kesemua permohonan diluluskan, ini menampakkan perbuatan yang menarik murka Allah ini masih banyak di negara kita dan ia dibimbangi terus merebak.  Apa pandangan anda?
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Momo Lekat kat Rak Buku

Aksi budak Momo bila mama duk sibuk mengemas rak buku...
Dia pun sibuk duk menyelit kat tempat yang sebelum ni, penuh dengan buku... yang dia tak pernah berpeluang dan cuba kesesuaian saiz badan dia dengan tempat yang dia rasa besar kot untuk dia lepak...

huhuhuuuuu~


Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Ustaz boleh tak kalau disyurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari? PART 2

okey, kita sambung cerita syurga kita..

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat  mana?" 
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat  Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi  nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat   kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta,  Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil. 

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah  sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori)  yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.Ahli syurga cuma  perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,niatkan "Aku mahu yang  ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh  juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai  sesuatu yang menarik perhatiannya. 
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta  saja dari dalam bilik? Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu  dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya  nikmat yang diperolehi mereka. 

Ibarat anda dah dapat semua file/software  yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di  internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan  superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang  macam tu la ibaratnya. 

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan  barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk  terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak  akan merasa jemu. Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini  adalah PERCUMA! 

Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya  yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu.. 

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan  hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di  Department Pakaian Wanita. 
"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?" 

...cheh. Ada  sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni.. 

Begini  sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. "Jannah itu ialah satu  kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah  di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang  paling tengah dan paling tinggi". belum habis lagi..ada sambungan hadith  ni; 
"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi  mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya,  gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudusenduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan  bumi." 
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja  sewaktu isra' dan mi`raj. 

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah  untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid  tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka  diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika  mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah  Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya. 

Tingkat pertama ini  juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa  satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat  dipelajarinya. 

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat  kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat  kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada  emas. Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang   kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut  dan peralatan dapur? 

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian  dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat  perabut dan perkakas dapur. 

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat  daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli  syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas! 

Ya. Bahan dan unsur yang  lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit  tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas  yang ada di Pasar Syurga tu. 

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! 
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun  dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit). 

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak  suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti  gembira dapat membantu. 

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam  anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka? Ingat ni,  kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan  keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu. Tapi kalau nak  dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok  sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial,  bertemu rakan lama dan saudara mara. Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang  menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian  'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa  sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya). 

Dan sudah tentu suami anda  pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil.  Ajaklah suami shopping sekali! 
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang  boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar  ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila.  Tiada had usia di syurga.. 

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih  menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda  dahulu? 

...dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. 

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu  kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.

Artikel menarik untuk dibaca oleh kawan-kawan yang lain juga.. sumber asal artikel ini, wansiti belum ketemu..ada sesiapa tahu?
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 PTS 25% Diskaun Sempena Promosi Baca @ Ramadan

Promosi Terbaru Bookcafe PTS
3) Jualan Bonanza @ Ramadan - Diskaun sehingga 35%
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Rendah Diri dalam Menuntut llmu..Buang Sifat Ego-mu itu..

Kan saya dah cakap, tulisan Norden Mohamed ni memang bagus, kena pada tempatnya, rasional dan ada hikmah-nya..Cuba tengok dan hayati artikel yang wansiti amek di iluvIslam ni..

Kawan-Kawan saya yang menghadiri kuliah umum anjuran Institut Antarabangsa Pengajian Tinggi Islam (IAIS) di Petaling Jaya yang disampaikan oleh Imam Sheikh Abd.Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, Ketua Imam, Masjidil Haram, Mekah baru-baru ini telah menceritakan sesuatu yang kurang enak didengar.

Kata mereka, kuliah yang dijangka berlangsung pada jam 10.30 pagi itu tertangguh dan bermula jam 12.30 tengahari. Puncanya, Sheikh Abdul Rahman lewat tiba. Separuh daripada para hadirin yang berjumlah kira-kira 300 orang daripada pelbagai bangsa dan agama telah angkat kaki. Ada yang meninggalkan dewan IAIS itu kerana ada komitmen lain.

Perasaan buruk sangka atau su'udzon pun mula berlegar-legar di fikiran mereka yang bosan menanti. Mereka merungut kerana pak imam datang lewat, lalu mempersoalkan kelewatan Sheikh Abdul Rahman. Bagi saya, tidakkah terfikir, barangkali Sheikh Abdul Rahman lewat kerana kepenatan atau kurang sihat? Meskipun, beliau adalah tetamu negara, tentu sekali ada aral yang melintang. Yang hadir seharusnya berlapang dada menantinya.

Menurut mereka yang menghadiri majlis itu lagi, sebaik sahaja Imam Besar yang berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islam itu tiba, suasana riuh rendah dan bising terus berubah sunyi sepi. Wajah Sheikh Abdul Rahman yang bersih berseri, senyuman manis dan penyampaian ceramahnya dengan suara yang terang lagi tenang yang diselang-seli dengan lafaz ayat-ayat suci al-Quran, membuatkan seluruh dewan jadi terpaku. Kelewatannya terus dilupakan. Ceramah mengenai Masa Depan Tamaddun Islam yang disampaikan beliau adalah ubat yang menghilangkan resah para hadirin.

Lihatlah. Jika kita ingin menuntut ilmu, kita sendiri mestilah menghormati gurunya. Mana boleh, kelewatan guru menjadi alasan untuk kita terus memperlekeh orang yang hendak memberi ilmu kepada kita? Beruntunglah mereka yang menunggu. Kerana menanti, mereka memperoleh ilmu dari ulamak yang terkenal kerana ilmunya. Bukannya mudah perkara dan situasi itu akan berulang.

Khabarnya, mereka yang hadir di IAIS boleh bersalaman dan bersantai sebentar dengan Sheikh Abdul Rahman berbanding dengan mereka yang terpaksa berhimpit-himpit untuk bersalaman dengan Ketua Imam itu setelah beliau mengimamkan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan selang dua hari kemudian. Kerana mereka sabar dan hormat, mereka berpeluang pula beramah mesra pula dengan cendekiawan yang terkenal di merata dunia Islam itu.

Itulah untungnya menghormati orang kerana ilmunya. Andainya siang-siang lagi kita menunjuk aksi kepandaian kita dalam menepati masa, yang kononnya lebih bagus daripada Sheikh Abdul Rahman pada hari itu, kita akan merendahkan ketokohannya. Yang ruginya adalah kita sendiri kerana perasaan ego itu akan mengganggu konsentrasi kita menerima dan menghazam ilmu yang disampaikan beliau.

Menghormati manusia juga biarlah kerana ilmunya. Orang yang berilmu pula amat suka kepada orang yang ingin memperoleh ilmu daripadanya. Biasanya orang yang berilmu tidak lokek untuk menyampaikan apa yang diketahuinya. Penyampaiannya itu akan menguntungkan kedua-dua belah pihak untuk sekurang-kurangnya daripada tiga aspek.

Pertama, kita yang bertanya akan memperoleh ilmu. Kedua, ilmuan yang menjawab itu akan memantapkan ilmu yang dipelajarinya kerana soalan kita itu umpama ulangkaji baginya. Ketiga, perbincangan mengenai ilmu itu sendiri bakal memperluas ruang lingkup topik yang dibicarakan.

Beruntunglah seandainya kita sentiasa ingin hadir di dalam majlis-majlis ilmu yang pada hari ini disampaikan dalam bentuk usrah, kuliah, ceramah, forum, wacana, seminar mahupun persidangan. Kita perlu meluangkan masa untuk majlis-majlis seperti ini. Majlis-majlis ini kian banyak dianjurkan. Dalam pada itu, kita perlu mengurangkan sedikit tabiat menghadiri majlis-majlis untuk keseronokan semata-mata seperti menghadiri konsert, parti dan berpesta-pestaan.
Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: "Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim(berilmu). Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manafaat bagi orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (tidak menyusahkan orang).
Andainya kita sendiri orang yang berilmu, bukankah ia juga bererti kita sebenarnya menghormati diri kita sendiri?
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sabtu 13 Jun 2009, seorang ulama besar Islam pun wafat.


Genaplah 2 tahun pemergiannya...~

Nama penuh Fathi Muhammad ‘Inayah dilahirkan pada 9 Feb 1933 di Tarablus, Lubnan. Almarhum adalah sebagai pengasas Jemaah Islam (Parti Jabhah al-Amal al-Islami) satu cabang gerakan Ikhwan Muslimin di Lubnan bermula pada tahun 1950an. 
Dalam Parti Jabhah al-Amal al-Islami Almarhum dilantik sebagai Setiausaha Agung rakyat Lebanon daripada 1962 sehingga 1992 apabila beliau memenangi kerusi dalam parlimen. Almarhum telah mewakafkan diri serta segenap kepunyaan kepada Parti Jabhah al-Amal al-Islami sebagai wadah perjuangan dakwah Islamiyyah. seorang tokoh pergerakan Islam yang buku-bukunya banyak dibaca dan menjadi referensi para aktivis pergerakan Islam Indonesia diawal-awal tahun 80-90an.
Antara karya beliau yang sentiasa segar di dada umat


· فقه السياحة في الإسلام ونماذج لرحلات دعوية قي أرض الله الواسعة
· مشكلات الدعوة والداعية،
· كيف ندعو إلى الإسلام؟
· نحو حركة إسلامية عالمية واحدة
· الموسوعة الحركية
· ماذا يعني انتمائي للإسلام؟
· حركات ومذاهب في ميزان الإسلام،
· الاستيعاب في حياة الدعوة والدعاة
· ، نحو صحوة إسلامية في مستوى العصر
· ، المناهج التغييرية الإسلامية خلال القرن العشرين،
· الإسلام فكرة وحركة وانقلاب،
· الشباب والتغيير،
· المتساقطون على طريق الدعوة،
· أبجديات التصور الحركي للعمل الإسلامي
· قطوف شائكة من حقل التجارب الإسلامية



Syaikh Fathi Yakan seorang ulama Islam lahir pada tahun 1933 di Tripoli. Dia pernah menjabat sebagai anggota parlemen di Libanon pada tahun 1992. Ia terlibat dalam kerja-kerja dakwah di Libanon pada pertengahan tahun 1950 an dan merupakan pelopor pembentukan gerakan Islam disana. Syaikh Fathi Yakan juga tidak terlepas dari gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir.



Survival dakwah Almarhum bukan bersifat setempat, malah nama dan pengaruh Almarhum berada sebaris dengan nama-nama besar pelopor gerakan Islam di peringkat global seperti Imam Hassan Al-Banna, Said Hawa, Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Syed Qutb, Dr Yusuff Qardawi dan lain-lain. Almarhum juga dilantik mengetuai lajnah tarbiah dengan dibantu oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dari Malaysia.



Salah satu bukunya yang cukup fenomenal yang terbit pada tahun 90an adalah Aids Haraky - sebuah buku yang banyak menyindir dan mengkritik gerakan-gerakan Islam yang terlalu banyak berbicara politik daripada Islam itu sendiri.



Sebaliknya, berita kematian Fathi Yakan ini mendapat tanggapan yang sepi dari dunia Islam. Banyak umat Islam yang tidak mengetahui kematian beliau. Bahkan ketika ditanya, banyak pula yang menjawab, “Fathi Yakan? Fathi Yakan siapa?”. Fathi Yakan, didoakan oleh seantero dunia Islam. Jacko, ditangisi oleh penggemarnya....



teringat satu pesan..



apabila seorang ulama' mati seakan sejuta umat turut mati..
kerana dengan pemergian seorang ulama' umat bisa karam dalam banjir maksiat..
kerana kadang kala bala itu tertahan dilangit dengan doa para ulama'..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Yea! Terima kasih Gadis Kampung

Ada 3 hadiah yang wansiti berjaya terima hasil daripada penyertaan wansiti di dalam contest dan GA anjuran kawan-kawan bloggers... Hadiah mereka ni, dah lama sebenarnya sampai di rumah wansiti.., dan wansiti memohon maaf, kiranya sangat ter'lambat' membina post ini...

Mereka ada Gadis KampungTinie zon2u dan Cik TRex

Ini entri khas buat tatapan mereka sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada wansiti kepada mereka...
Hadiah dari Gadis Kampung


Terima kasih kawan-kawan-ku yang disayangi...
Next adalah entri untuk Cik Trex
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 HDC Halal Apps are now available on NOKIA

With finger-tip playful ease, HDC Halal Apps offer the world’s most comprehensive guide for information on Halal. It brings you the first FPS locator for government certified Halal premises, a Halal directory, and news and knowledge on Halal. In short, you get it all from the world’s premier Halal Referral Centre in Malaysia through HDC. 

Today, for the benefit of both Muslims and non-Muslims, HDC is developing and realising the potential of Halal as a global market force that would bring economic and wholesome benefits and services. Our Global Reach Out Campaign promotes the lifestyle of Halalan Thoyibban with HDC’s products and services.  
HDC first introduced Halal Apps for the iPhone in 2010.  And with much success.
Now! You can download HDC Halal Apps on your Nokia phone and enjoy. 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Green Tea & Health

Ancient Chinese people knew the benefits of green tea for health. They have always used it for medical purposes. However, in Ancient China, it was used especially against the headaches and depression. Green tea has a great importance in China history. It is produced from the leaves of Camellia Sinensis by some special processes. Unlike black tea, it has little amount of caffeine which causes insomnia, nausea and frequent urination.
This is the list of benefits of green tea
1. It is used to treat multiple sclerosis.
2. It is used for treatment and prevention of cancer.
3. It is used to stop Alzheimer’s and Parkinson’s diseases.
4. It is used to raise the metabolism and increase fat oxidation.
5. It reduces the risk of heart diseases and heart attacks by reducing the risk of trombosis.
6. It reduces the risk of esophageal cancer.
7. Drinking green tea inhibits the growth of certain cancer cells, reduces the level of cholesterol in blood, improves the ratio of good cholesterol to bad cholesterol.
8. It is used to treat rheumatoid arthritis and cardiovascular diseases
9. It is used to treat impaired immune function. .
10. Some researches show that, drinking green tea regularly may help prevent tooth decay by killing the bacteria which causes the dental plaque.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Nota, Latihan dan Soalan [PMR & SPM]

Di sini ada beberapa link yang wansiti suka singgah untuk rujukan semasa menyediakan bahan mengajar untuk anak-anak murid..
Bagi yang ada akaun Scrib, boleh jenguk Peta Minda Sains yang agak penuh dengan warna-warni ini .. Pasti kefahaman yang lebih akan diperolehi dari alat bantu belajar ini..

Ada lagi rujukan lain, yang menyediakan pelbagai bentuk latihan soalan percubaan/trial dari pelbagai negeri dan soalan sebenar PMR dan SPM tahun-tahun lepas. Tapi, blog ni, hanya diupdate sehingga November 2010 setakat ni. Namun, masih tak mengecewakan, kerana ada koleksi soalan SPM dan PMR dari tahun lepas.. iaitu tahun 2010.

Cubalah tengok.. Download pun senang dan cepat sahaja.

Rujukan lain, adalah seperti berikut.. MathGayaPos dan pelbagai lagi.. Anda pun boleh kongsikan link yang lain di sini.. Sila-sila.. Jom kita pakat-pakat share yea..~
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Kamen Rider OOO [Motivation]

Life goes on....
If you make struggle with your seriousness
You will not feel an uneasiness.

Anything Goes!!!!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 The Message - The Story of the Prophet Mohammed SAW Messenger of God

This is a movie made about the Prophet Muhammad (PBUH) and the beginning stages of Islam in Arabia. You will not hear or see any one depicting the Prophet or some of his companions out of respect. The Prophet asked that people not write stories about him nor draw pictures of him because he did not want people to go astray by worshipping him. He taught Muslims to worship GOD alone. To respect all prophets from Adam to Jesus. This is one of my favoritet movies. I hope you enjoy it.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Alamat-alamat Pet Shop di Kelantan

Apa yang tak menariknya, tak banyak kedai yang berserta nama sebenar dan nama owner kedai di Kelantan ni.. Akan tetapi, wansiti harap dapat menolong kawan-kawan membuat pilihan cepat sebelum menonong je tuju ke tempat yang salah.. 

Lau boleh, telefon dulu, kedai tersebut, untuk pastikan mereka dibuka pada hari kawan-kawan ingin lakukan lawatan.

Boleh dilihat senarai alamat kedai yang meoOow-meoOw wansiti telah carikan untuk anda..
1. Unknown
    Lot. 2.12, KB Mall, Kota Bharu.

2. Unknown
    Lot. 661-D Kg. Sireh, Kota Bharu
    Dr. Huda 09-7439352

3. Unknown
    Lot. 2460-D Pintu Geng, Kota Bharu
    Mah 09-7461531
    http://www.khb.e-niaga.biz

4. Unknown
    Kg. Atas Pinggir, Pasir Mas
    Azli 013-9944707

5. Unknown
    Jln. Hutan Kuin, Machang
    Nora 017-9752974
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Jemputan ke Majlis Perkahwinan - Maisarah & Hazimin (5 Jun & 11 Jun)

Maisarah
5hb Jun 2011 (Ahad)
Lot 2776 Kg Kubang Palas, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan
12:30pm - 6:00pm
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Momo muncul di Video Stupeflix!!


Ini dia percubaan pertama wansiti di Youtube - My Stupeflix Video
Dan budak comel Momo ni, seperti biasa..
menjadi favourite wansiti..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sedetik Lebih - Anuar Zain [Lirik & Video]



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

p/s: sekali-sekala layan lagu slow dan jiwang nie... best jugak!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Dah reload banyak.. Kenapa rate makin mahal? adeh..

8 sen/call
1 sen/sms to Teman 20
After reload of RM30, the call rate will be 12 sen per minute, RM50 for 10 sen per minute and RM100 for 8 sen per minute. The special rates are only available within 30 days period upon reloading. Referring that matured customers focus more on voice calls than SMS, Zalman added, "The spending habits (of mature customers) are different from youth, (thus) Celcom built a brand personality to suit them."

wansiti pernah tukar kepada Digi sekali. Pas tu, sebab tak ramai member dan ahli-kerabat keluarga yang guna Digi.. Maka melambung-lambung, kredit-ku telefon ku-naik,..
Cukup sebulan guna Digi.. Secara rasminya tukar kepada Celcom balik.. dan kali ni, wansiti pilih Celcom Blue..
Itu la, dalam gambar ni dia kata 8sen/min lau call.. yang wansiti tak faham, bile reload rm50, naik plak ratenya jadi 10sen/min.. Apa kes? Ada sesapa boleh tolong jawabkan?

Namun, sebenarnya-ku bahagia dengan Celcom Blue.... yea!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 [Lirik] Eksplorasi Diri - Far East ft. In Team

Telusuri maknawi menjejak hakiki
Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger