Sekarang, wansiti sedang menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi yang sudah lama wansiti tidak menapak di sini. Makan tahun tu. Jika dikira betul-betul, hampir 9 tahun. Kali terakhir wansiti datang sini, sebab join Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan di Sekolah (A) Perempuan Ta'yah..
Wah..
Rindunya, ingat lagi yang kami beramai-ramai menginap dan sama-sama sakit-perut sebab keracunan makanan. Bayangkanlah, perjalanan jauh. Pas tu tersilap makan lagi. Oh, yea.. keracunan makanan ni terjadi semasa kami on the way nak balik dah. Masa tu singgah sekejap di Cameron Highland, sampai dah waktu malam. Perut lapar. Tempat menginap pun menggagau ja cikgu-dan-ustazah kami cari. Ingat lagi, cikgu yang temankan kami watu tu adalah Cikgu Suzuki dan Ustazah Hachinah ...
ha, sebut nama Ustazah Hachinah ni,
semalam, waktu jejak kaki di Pengkalan Chepa, sambil tunggu keluarga datang amek, wansiti ternampak ustazah, tapi.. masa nak sapa tu, ustazah tengah sibuk layan tetamu dan kawan-lamanya, tak dapat wansiti nak salam ng ustazah.
Insya-Allah, jika ada umur panjang, kita jumpa lagi..
-insya-Allah-
p/s: terimbau kenangan waktu bersekolah, semasa melawat tempat yang dah lama tak berkunjung.
Suka entri ini? (=^_^=)
3 comments:
salam AidilAdha cik wansiti =)
masih di kampung ke?
pernah datang sek ta'yah perak? tahun bile?sekolah sy tu hehe
@fawwaznuha
Salam Aidil Adha Puan ^_^
wansiti sudah smp ke Kl balik..
memulakan sesi student-life semula
@fawwaznuha
oh, yea..
tertinggal nak jwb soalan.
wansiti p perak masa tingkatan 4,
tahun 2001
jika tak silap..
:)
Fawwanuha SPKM tahun sama ng hani yea?
Post a Comment