Ya, bulu gugur adalah perkara biasa yang berlaku dan disedari oleh pemilik2 haiwan. Apakah sebabnya?
Bulu bergumpal. Inilah kesan bulu yang panjang apabila terkena air kemudian tidak dikeringkan. Keadaan sebegini boleh mengundang jangkitan fungus.
Terdapat 4 punca bulu gugur yang saya telah kenalpasti :
1. Parasit bulu dan kulit. Kutu, fungus dan hama adalah parasit yang biasa kita temui pada bulu haiwan. Ada diantaranya menyebabkan iritasi kulit atau bulu patah. Yang penting, kehadiran mereka menyebabkan bulu haiwan gugur dan perlu diberi rawatan secepat mungkin. Berilah ubat kutu setiap bulan (bergantung kepada jenis ubat kutu) sebagai langkah pencegahan. Keringkan haiwan anda secara menyeluruh selepas mandi terutama yang berbulu panjang dan sikat bulu mereka setiap hari untuk menegelakkan matted hair.
2. Hormon. Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan bulu gugur. Ini dapat dilihat pada haiwan yang sedang miang, mengandung, melahirkan dan menyusukan anak. Oleh sebab itu, adalah disyorkan pemandulan bagi mengurangkan bulu gugur di masa akan datang.
3. Nutrisi/ Pemakanan/ Diet. Diet yang seimbang adalah penting untuk kesihatan bulu haiwan bukan kekerapan mandi dan jenis syampu yang digunakan untuk mandi. Diet perlulah mengandungi kandungan omega yang mencukupi kerana ini adalah rahsia kepada kulit sihat dan bulu haiwan menjadi berkilat. Makanan premium biasanya mengandungi cukup khasiat omega. Jika dikhuatiri makanan yang diberi tidak cukup kandungan omega, bolehlah memberikan haiwan anda supplement yang mengandungi omega.
4. Stres. Punca stres seperti sakit, persekitaran yang tidak selesa dan sebagainya boleh menyebabkan bulu haiwan gugur. Kenal pasti punca stres untuk mengatasi masalah bulu gugur. Stres dapat dikurangkan dengan menyediakan persekitaran yang baik dengan kata lain good animal husbandary. Pastikan haiwan mendapat vaksinasi dan ubat cacing mengikut jadual supaya mereka tidak mudah jatuh sakit serta cepat2 bawa mereka mendapat rawatan jika mereka tidak sihat atau abnormal.
Jangkitan fungus pada kucing. Bulu gugur meninggalkan tompok2 kemerahan dan botak pada kulit. Berpotensi menjangkiti manusia terutama yang sedang stres.
Keadaan sebegini sudah tentunya menyebabkan stres pada haiwan. Oleh itu, berilah ruang yang cukup untuk haiwan anda.
(Gambar ini menunjukkan kucing2 diletakkan secara padat di dalam sangkar beramai2 sebelum disembelih untuk dimakan di China sebagaimana ayam diperlakukan)
p/s: artikel yang menarik ditulis oleh seorang Dr. Nurul Syakirah, pemilik Honey PetShop dan Dr. bertauliah dari UPM di sini.
Suka entri ini? (=^_^=)
2 comments:
salam ziarah & salam kenal
sudi2kan singgah & follow ye.. hehe
entry terbaru "old-school"
@My Little Diary
terima kasih sudi jalan2 ke sini..
okey..
akan dtg melawat
Post a Comment