Kenangan GA 1st time dan serba-sedikit catatan tentang contests ini..
Tutup sudah penyertaan GA Aliya's Craft, tak da rezeki kat sini, adeh, huuuuu ...~
simpan gambar wat kenang-kenangan, weehee~
Ada beberapa lagi penyertaan yang sudah lepas tarikh tutupnya pada 7, 8 dan 10 Nov. 2010 dan wansiti sedang menunggu keputusan, adalah;
ibuayahdamia vacation with kids Giveaway (7 Nov)
GA Kak Azzah (8 Nov)
GA Nusha (8 Nov)
Tentang Seseorang GA (10 Nov)
Bantal Panas GA
See, betapa dedicated nya wansiti menjoinkan diri dalam contest dan GA nie, macam apa daaa~
Sebenarnya ada kelebihan juga semasa wansiti menjoinkan diri di dalam GA dan contest ni, iaitu,
1. Blog aktif
wansiti dapat berkenalan dengan blog mempunyai pembaca tetap dan melawat blog yang aktif menulis. Di sini, wansiti dapat menjimatkan masa mencari kenalan blog yang betul-betul mahu menulis.
2. Meningkatkan trafic blog
Oleh kerana bloggers yang menyertai GA dan contest ini adalah mempunyai matlamat yang sama, jadi, kita dapat melihat, mereka akan setia melawat dan mengenal-pasti saingan mereka, serta melihat post-post yang saingan mereka buat (ops, wansiti guna istilah 'saing' di sini. Saing atau sahabat, itu sama sahaja.
3. Jumpa dengan Otai bloggers
Memang wansiti kagum dengan peserta dan orang yang membuat contest ni, kebanyakan daripada mereka merupakan 'otai' di dalam bidang blog ni. Jadi, secara tak langsung, dapat kita ceduk ilmu dan pengalaman berblog daripada diorang kan?
4. Peluang bisnes
Bagi mereka yang menjalankan bisnes, dengan menyediakan contest dan GA ni, sekaligus, mempromosi bisnes mereka. Orang yang buat bisnes, tahu akan, keuntungan yang sedikit adalah lebih elok, daripada keuntungan yang banyak, tetapi kurang kuantiti jualannya. Betul atau betul? (tiru gaya Dr. Azizan) ^_^
Contoh blog yang mempromosikan bisnes mereka, A score by yokoyopoyo
Suka entri ini? (=^_^=)
2 comments:
salam..
sama la kita..dok join GA je mutakhir ni huhu..menang belum lg..agak2 bila pula cik wansiti nak buat contest?;p
@fawwaznuha,
betul....hehehhee
erm..wansiti kena tengok peruntukan dan hadiah apa yang menarik,
ada cadangan hadiah?
Post a Comment