Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

0 Adakah Letih itu Penyakit?

Penat, letih dan lesu; berlainan istilah tetapi membawa erti yang lebih kurang sama iaitu keadaan diri yang tidak bermaya atau tidak bertenaga. Pada hari ini banyak orang mengadu mengalami keadaan fizikal sedemikian. Senario ini membuka peluang luas kepada industri pengeluaran makanan kesihatan atau makanan tambahan (supplement). Pelbagai jenis, jenama dan produk ada di pasaran yang semuanya menawarkan kelebihan masing-masing. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. 




Namun, dari satu segi, terlalu banyak pilihan pun mengelirukan pengguna. Mari kita lihat punca letih, cara mengatasi dan bagaimana makanan kesihatan atau makanan tambahan boleh membantu. Dari situ, anda mampu memilih supplement yang sesuai dengan keperluan diri tanpa perlu berbelanja besar.


Pada dasarnya, letih atau lesu bukanlah penyakit. Ia lebih kepada simptom atau gejala kepada masalah lain seperti, pemakanan yang tidak sempurna, terlalu kuat bekerja, kurang atau terlebih bersenam, insomnia atau tabiat tidur tidak sempurna, gangguan perubatan yang spesifik seperti sindrom prahaid bagi kaum wanita.

Punca Letih

Kebanyakan orang berasa letih kerana stress, runsing atau berasa cemas, depresi atau imuniti rendah dan jangkitan kronik. Ia berkait dengan penyakit kencing manis, tiroid atau ketidakseimbangan kelenjar adrenal; penyakit jantung, hati atau buah pinggang.

Kekurangan vitamin dan mineral menyebabkan kurangnya penghasilan sel darah merah dan ini boleh menyebabkan anda rasa lesu kerana sel-sel ini mengangkut oksigen yang digunakan untuk tenaga.

Bagi kaum wanita, rasa lesu berlaku akibat pergolakan paras hormon sewaktu kehamilan dan ketika menopaus atau daripada anaemia kerana darah haid yang banyak. Gangguan tidur dan ubat-ubatan, termasuk ubat bagi darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa penat atau lesu.

Bagaimana makanan tambahan boleh membantu?

Senarai makanan tambahan atau supplement yang dipaparkan di sini seharusnya diambil hanya apabila rasa lesu atau letih itu bukan disebabkan keadaan perubatan.

Pengambilan supplement selama dua bulan akan memperlihatkan kesan dan rasa lega. Mulakan dengan pengambilan vitamin, asid amino dan dua jenis ginseng. Kemudian tambahkan magnesium, asid amino  dan minyak biji flaks (flaxseed) jika rasa lesu berterusan.

Vitamin B-kompleks pula menyokong sistem saraf dan imun. Vitamin ini meningkatkan lagi keberkesanan sel darah putih yang menentang bakteria dan virus. Ia juga perlu bagi penyalinan sel darah merah yang sempurna.

Vitamin C juga penting. Ia menggalakkan fungsi imun, membantu memperbaiki tisu dan menyokong kelenjar adrenal yang mengawal pengeluaran horman stress di dalam badan.

Salah satu kegunaan ginseng yang paling popular ialah untuk meningkatkan paras tenaga badan. Di Asia, Panax ginseng telah lama digunakan untuk tujuan ini. Siberian ginseng pula mengandungi kompoun yang terbukti dapat melawan kelesuan.

Bagi sesetengah orang, kekurangan sedikit magnesium pun boleh menimbulkan rasa letih. Pengambilan mineral tersebut selama dua bulan boleh mengatasi kekurangan itu. Setiap sel di dalam badan memerlukan campuran asid amino untuk membuat protein, dan dalam sesetengah kes paras rendah boleh menyebabkan lesu.

Minyak flaxseed membantu dengan membekalkan asid-asid lemak perlu, yang memelihara keutuhan sel membran dan meningkatkan sistem imun

Supplement yang disyorkan  

Vitamin B-kompleks 
1 biji dua kali sehari bersama makanan.
Pilih satu B-kompleks yang mempunyai 150 mcg vitamin B12 dan biotin, 400 mcg asid folik dan 50 mg vitamin-vitamin B lain.

Vitamin C 1000 mg 
3 kali sehari.
Kurangkan dos jika mengalami cirit-birit.

Panax ginseng 100-250 mg 
dua kali sehari.
Dipiawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 7% ginsenosides.

Siberian ginseng 100-300 mg
dua kali sehari.
Dipiawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 0.8% eleutherosides.

Magnesium 400 mg 
sehari bersama makanan. Diambil selama dua bulan.
Waspada apabila mengambil magnesium jika anda berpenyakit buah pinggang.

Asid amino kompleks 
1 biji dua kali sehari.
Diambil ketika perut kosong.

Minyak flaxseed
1 sudu makan (15-20 ml) sehari bersama makanan.
Diambil pada waktu pagi.

Tips

*Tidur sebentar kira-kira 20 minit pada tengah hari (sebelum Zuhur) atau selepas kerja. Tapi jangan lupa memasang jam loceng: tidur lebih lama akan menganggu waktu tidur pada sebelah malam.
* Jangan abaikan sarapan.
* Ketika hampir waktu tidur, elakkan makanan berat, berlemak, atau minuman berkafein (seperti kopi, teh, koko).
* Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
* Tidurlah sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.
* Bergiatlah selalu. Senaman yang sederhana boleh mengurangkan rasa  penat.
* Jangan bergantung kepada makanan pemberi tenaga atau bergula. Sebaliknya makanlah karbohidrat kompleks (pasta, bijirin dan kekacang) dan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Lakukan ujian darah untuk mengesan masalah tiroid atau anaemia jika lesu berlanjutan.


Credit to sahabat saya NurWahidaFauzi di Halaqah.net
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Hidden Symbolism And Themes In Avatar.

Filem kontrovesi selepas 2012...Perasaan ingin melihat filem ini walaubagaimanapun membuak-buak!

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Salam 10 Muharam 1431H

Salam 10 Muharam 1431 H,


dan selamat berpuasa sunat bagi sesiapa yang mampu, keterangan lanjut berkaitan dengan puasa di hari 'Asyura ni boleh didapati di sini dan juga sini


Dua-tiga hari ini, ujian silih berganti, cuma hati yang belum cukup lembut untuk menitiskan air mata yang sebenar-benarnya air mata insaf..Lalu ku-renung ayat cinta yang selalu ku-ulang-ulang,  "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216).


Semoga ketenangan yang ada sekarang bukanlah ketenangan yang melalaikan. Betul seperti yang dinukilkan oleh ummuammar, perempuan sepatutnya lebih mudah menangis. Kerana perempuan dikurniakan hati yang lembut, bagi memenuhi sifat perempuan itu sendiri yang penuh dengan kasih-sayang, prihatin dan peka terhadap persekitaran, anak-anak dan suami. Berbeza dengan nilai dan sifat lelaki yang sukar untuk menangis kerana air mata lambang kelemahan seorang lelaki. Namun, tak kira lelaki atau perempuan, menangis itu adalah perlu, sesuai dengan masa dan ketikanya. Kerana air mata yang keinsafan adalah penyubur hati dan penawar duka, pelepas tekanan yang melanda.. (Nilai di sebalik tangisan ada dibincangkan lebih lanjut di laman sesawang ummuammar, Nilai Di Sebalik Tangisan)


Di samping mencari/melihat/mengkaji penyebab kesakitan belakang yang di alami sejak dua-tiga hari ini dari segi kesihatan yang mungkin juga ada kaitan dengan gaya hidup seharian. Mungkin juga saya banyak menekuni dan duduk terlalu lama di kerusi yang boleh menekan urat saraf tunjang saya? Mungkin juga ditambah dengan period pain? Banyak andaian.. Biasalah, saya..Selagi belum jumpa  dengan tulisan orang yang pakar, apa salahnya, saya menggunakan akal yang diberikan Allah ni, untuk mena'kul faktor-faktor yang mampu difikirkan dahulu...


~... wansiti sedang meneliti punca dan penyelesaian terbaik ...~


Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sesi 'lagho'..?

Remember all the things we wanted


Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye
Even without fists held high, yeah
Never would have worked out right, yeah
We were never meant for do or die


I didn't want us to burn out
I didn't come here to hurt you now
I can't stop
I want you to know
That it doesn't matter
Where we take this road
Someone's gotta go
And i want you to know
You couldn't have loved me better
But i want you to move on
So i'm already gone
Looking at you makes it harder
But i know that you'll find another
That doesn't always make you wanna cry
Started with a perfect kiss
Then we could feel the poison set in
Perfect couldn't keep this love alive
You know that i love you so
I love you enough to let you go
I want you to know
That it doesn't matter
Where we take this road
Someone's gotta go
And i want you to know
You couldn't have loved me better
But i want you to move on
So i'm already gone
I'm already gone
I'm already gone
You can't make it feel right
When you know that it's wrong
I'm already gone
Already gone
There's no moving on
So i'm already gone
Already gone
Already gone
Already gone, oooo, oh
Already gone
Already gone
Already gone, yeah
Remember all the things we wanted
Now all our memories, they're haunted
We were always meant to say goodbye
I want you to know
That it doesn't matter
Where we take this road
Someone's gotta go
And i want you to know
You couldn't have loved me better
But i want you to move on
So i'm already gone
I'm already gone
I'm already gone
You can't make it feel right
When you know that it's wrong
I'm already gone
Already gone
There's no moving on
So i'm already gone...

Lagu nie ditujukan buat?
buat mengingatkan diri agar tumpu pada yang utama dahulu....tapi maafla, ada sedikit lirik yang lari dari tema keinsafan, yang sebenar-benarnya insaf..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 Pencarian Ilmu: Cabaran & Dugaan Menguji Kesabaran

Jenuh menghadap buku, ku-hadap internet, maka beronline la diri ini sehingga tak sedar masa berlalu. Banyak pulak blog yang dibelek-belek, abes satu, satu lagi blog daku-click-dan-link-kan di muka empat segi lappy nie. Nampaknye masa baca buku dan jurnal sudah berkurangan. Antara lain pesaing yang mantap adalah, antara buku/jurnal/paper dengan blog/berita online/facebook. Kedapatannya, parti yang ke-2 (blog/berita online/facebook) berjaya mencuri minatku dalam pembahagian masa sekarang.


Tambahan lagi, wujud satu lagi faktor yang menggalak kepada minat ini adalah, cuaca mendung dan kantuk yang seiring dengan buku dan jurnal-ku.. haha, macam sahabat kamcing yang tak dapat dipisahkan pula. Bila baca jurnal atau paper sahaja, maka kantuk tiba, dengan merayu-rayu agar dilelapkan sepasang mata ini. huh, sungguh kuat godaan syaitan yang berjuntai di mata nie..


Bertahanlah diri!
Ini adalah satu cabaran yang perlu dirungkai, 
bukan permasalahan yang perlu dirungsingkan..!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

3 Rumah kata pergi, kubur kata mari..Awal Muharam 1431 H

Lilypie Angel and Memorial tickers


Alhamdulillah segalanya berjalan lancar (walaupun rahang saya masih terasa sakit ketika menulis entry ini) semasa di bilik operasi PKUPM pagi semalam (khamis). Walaupun saya tak pasti kenapa tiba-tiba saya merasa sayu dan takut amat sangat untuk cabut gigi baby (nama lain bagi gigi bongsu, maklumat lanjut, lihat di sini) kali ini..Perasaan nye tak sama dengan perasaan sewaktu 2 batang gigi baby saya sebelum ini semasa di cabut. Mana tak sayu, bila saya terpaksa mencabut gigi baby ni kali ini bagi menyelamatkan gigi kekal yang berada bersebelahan dengan gigi baby tersebut. Gigi baby kali ini sangat 'mantop' (memetik kata-kata doc. gigi saya, Dr.Joyce) dan sangat sihat, namun kelahirannya mengganggu tugas jirannya untuk menghadam makanan dan seterusnya menyebabkan rasa sakit ketika saya mengunyah makanan akibat jarak 2 gigi ini adalah sedikit renggang. Akibatnya, ada hamba Allah yang suka menyelit antara mereka. (faham ke? lau tak faham, soalan boleh diajukan dalam sesi Q and A yea kawan-kawan).


Antara dua pilihan
Begitu la kita manusia yang berada di dunia ini. Sentiasa berada dalam 2 persimpangan (sekurang-kurangnya dua..ada yg antara 3, 4 pilihan) yang perlu dipilih. Bila saya ditanya tentang soal perkahwinan contohnya, kenapa saya memilih untuk tidak berkahwin buat masa sekarang, tetapi lebih berat kepada menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran saya?
Ini adalah keputusan yang saya ambil setelah saya mendapat ketenangan hati di dalamnya setelah dating dengan kekasih hati saya (Allah SWT). Di samping sebab-sabab lain yang saya hilangkan wording nye di sini secara sengaja. (Nak tau lebih lanjut, sesi Q and A).


Takut dan menggigil
Selepas gigi baby dicabut, saya dapati diri saya menggigil dan kesejukan, secara automatik terbawak dalam fikiran saya, 


"saya baru cabut gigi dah menggigil, macam mana la rupanya/rasanya orang yang sakit kena mata pedang? sakitnya terkena peluru senapang? sakitnya adik-beradik seIslam kita di lapangan perjuangan yang hakiki? bagaimanakah rasanya?"


Menitis air mata saya saat itu, tanpa sedar, saya masih di kerusi empuk klinik gigi, PKUPM. Tindakan bawah sedar saya rupanya disedari oleh Dr.Joyse, dan beliau secara spontannya menegur, 


"Kamu menangis? bawak bertenang yea,.tarik dan hembus nafas macam biasa dan rehat dulu atas kerusi ni"


p/s: bagaimana dengan tahap iman kita hari ini? sudah sediakah kita ke negari yang abadi dengan iman yang ada itu? sudahkah?




Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 Hari-hari terakhir bersama gigi bongsu-ku

Sedih..tapi nak buat macam mane, gigi bongsu ini terpaksa jua dicabut.. disebabkan saya sedang berdukacita dengan pemergian gigi bongsu @ gigi bayi (err...?) saya tak dapat nak memfokuskan penulisan saya pada kali ini. 


Ini adalah luahan perasaan sedih, ..sob2..
Kesedihan yang ingin dikongsi bersama pelawat-pelawat blog saya yang di sayangi... :( 
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)


Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 Menetap di rumah & online sepanjang masa?

Sebenarnya ada tajuk lain yang berlegar di kepala dan minta digarapkan di sini, namun saya tangguhkan dulu bagi memberi ruang kepada sesi muhasabah dan menyemak diri-sendiri,.
Menjadi satu tabiat saya iaitu tidak berapa gemar menghabiskan masa di luar rumah buat suatu jangka masa yang lama. Jangka waktu saya memanfaatkan masa di depan laptop dan menghadap muka empat segi lappy saya ni adalah lebih panjang dari tempoh saya menghabiskan masa di luar. Begitulah saya sejak akhir-akhir ini.


Jika dahulu, waktu petang adalah waktu yang sinonim untuk saya berkejar ke trek joging atau ke mana-mana kawasan lapang untuk menghirup udara segar,. Namun keadaan itu telah berubah sama sekali. Yang pasti, saya lebih suka memerap di rumah dan menghadap kerja-kerja rumah dan "kerja-kerja sekolah'..dan sudah semestinya berinternet.. Setakat ini, tak de ler mencecah 24 hours per day... Sebenarnya, ada jer waktu digunakan bagi aktiviti penting yang lain selain menghadap lappy nie,. Tapi majoriti daripada waktu itu adalah?
berinternet...


Di makmal, online,
Di rumah pun online,


Maka tidak mustahil, jika satu waktu nanti, saya mungkin akan bertemu jodoh melalui internet? atau saya mungkin seorang surirumah yang bekerja sepenuh masa di rumah melalui perantaraan komputer? atau saya mungkin menggunakan internet bagi mengeratkan silaturrahim bersama teman-teman?


Idea menulis post kali ini timbul setelah berbual dengan teman saya yang bernama Yati Hassan (bukan nama sebenar). Beliau sedang meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di Sevastopol, Crimea 99011, Ukraine.. (lau salah eja alamat, tolong betulkan yea Yati)..
erm, butir-butir perbincangan sangat menarik-saya rasa, yea la..masing-masing sibuk dan alih-alih dapat borak dan sembang pun, kat internet, ..(internet lagi)..rindu nak borak lagi dengan yati dan kawan-kawan yang jauh di mata, namun hakikatnya dekat di hati...hahaha..



Gambar: Tetingkap YM yang merakam perbualan antara saya dan Yati 


Hakikatnya, dunia sudah maju..
Bagaimanakah caranya yang berkesan untuk memanfaatkan teknologi ini agar bukan kita yang akan dimanipulasi oleh teknologi nanti? think! think! 
(sudah menjadi hobi saya, menggantung perbincangan dengan persoalan), Alangkah bagusnya jika orang-orang yang membaca post in dapat berkongsi pendapat dengan saya yea... huhuhu~


Wallahu'alam..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Multitask vs Focus


Jika diberi peluang untuk memilih..manakah yang patut dipilih?
Multitask atau fokus?


Seperti biasa, sudah menjadi hobi saya untuk meng'google untuk melihat literature review la kunun-kununnya, yang telah ditulis oleh sahabat maya saya, jadi berbekalkan kata kunci multitask fokus, saya menjumpai blog-blog hamba Allah ini;


Pro-Fokus
http://hidupkitaindah.blogspot.com/2009/08/mampukah-fokus.html (heheh, paling suka posting ni, sebab mirip kepada sikap saya juga dalam melakukan sesuatu)
http://www.noktahhitam.com/multitasking-is-bad-for-you.html (melihat komen-komen pelbagai di sini)
Seorang blogger dari facebook malahan menamakan salah-satu entrinya, FOKUS, lihat di sini
Siap ada sebuah tulisan bertajuk, Multitaskers beware: your divided attention comes at a price di laman sesawang, arstechnica.com. Tajuk pada laman sesawang ini, akan dibentangkan di Proceedings of the National Academies of Science Ha, nak tau lebih lanjut kena la baca, apa yang beware nya..Sepertinya multitasking ni sesuatu yang menyeramkan lak, yea tak?





Pro-Multitask
atau memang sejak azalinya/ secara tabiat..anda mempunyai sikap multitasking person, seperti kawan kita ini


Walaubagaimanapun, multitasking dan focus ini adalah dua cara dan cabang yang berbeza. Perlu memilih...Bila tika memilih, sesuai dengan pekerjaan tertentu yang dilakukan. Jika nak menembak, perlu la fokus..Jika tidak mahu tersalah tembak. Tetapi jika rasa diri-sendiri sudah terer menggoreng ikan sambil mendengar radio, memotong sayur, dan melayan internet..(macam saya, ngeee,. perasan sekali-sekala)..silakan, 
bergantung kepada kepakaran dan kebolehan masing-masing. 
Selamat memilih!


p/s: saya pilih fokus buat masa sekarang..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

4 Kereta terjunam di Kbmall

Posting terbaru dari blog http://pemudabesut.blogspot.com pada 6 disember 2009 mengejutkan dengn tajuknya, KB Mall runtuh..

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Emas: Pelaburan & MasKahwin@hantaran

Isu emas merupakan isu fokus saya pada hari ini. Jika saya diberi peluang untuk berada dalam bidang ekonomi, saya ingin betul-betul memahami emas sebagai satu punca keuntungan dalam menjana ekonomi umat Islam. Yang penting sekali saya memang suka dengan emas!

Gambar: rantai emas putih?..can't take my eyes off it..hehe


Jika dapat, bagus juga emas dijadikan sebagai mas kahwin dan hantaran (klik di sini). Sekarang kan musim orang kahwin, tiba-tiba sahaja di blog, di yahoo messenger (YM), di mana-mana sahaja orang sibuk bercerita tentang kahwin. Tidak kurang juga yang sibuk membina dan membuat soalan peperiksaan tambahan.. "Bila nak kahwin?" kepada member-member yang masih bujang trang-tang-tang..


Seorang kenalan saya, Zu (bukan nama sebenar) mengadu mood dia hilang dan hampir mati kebosanan melihat teman sebiliknya yang baru melangsungkan perkahwinan asyik membelek album perkahwinannya, hehe...wink, wink! Seperti biasa, kita kenalah mendengar, memahami dan cuba menenangkan sahabat tika mereka memerlukan. Maka, saya katakan padanya, (lebih kurang dialognya...Zu, akak dah ubahsuai ckit)


Wan Siti: bersabarlah...
Zu          : sunyila kak
Wan Siti: Kenapa?
Zu          : xda pacar
Wan Siti: ngak ada pacar, cariin dong, ngak usah mengeluh, ngak ada untungnya (bpe kali ngak daaa)
Zu          : hahaha., betuii..betuii...saja ja, huhu
Wan Siti: ai, sedih saja bunyinye, sabarla..dekatkan diri dengan ilmu, mesti x bowring
Zu          : betul la kak, kena banyak mujahadah kan?
Wan Siti: yea, tapi itu la musim kawen ni, jeles tgk member kawen, rasa nak kawen juga
Zu          : tau, xpe...kawan sebilik saya, da kawen da..geramnya...heheheh
Wan Siti: berapa umur roomate awk tu?
Zu          : 22 tahun, dulu belajar sama-sama....ala, xyah la cerita..dewpa da kawen pun, huhu
Wan Siti: hahaha, jeles sgt nampaknye (ini sudah tahap parah ni, parah dengan dengan luka akibat api kecemburuan...hehehe)
Zu          : yer, r..die slalu tgk gmbo kawen kt laptop, saya jeles ar..huhu,. Sabar yea Zu, belajar dulu, kejar cita-cita sebelum kejar cinta...
Dalam hati, saya memuji-muji Zu ini, sebab boleh menenangkan diri-sendiri...Saya cuma menguji dan menprovokasi-kan dia dengan soalan-soalan biasa sahaja..alih-alih dia dapat tenangkan diri dia sendiri..Tahniah Zu!


Bagi kawan-kawan yang sudah mendirikan rumah-tangga saya mengucapkan "Tahniah! dan Semoga berbahagia hingga ke syurga dengan amanat yang telah diberikan oleh-Nya. Jadilah insan yang ingin sentiasa memberi dengan kasih-sayang dan mengharapkan keredhoan dari Yang Maha Esa, Allah SWT" 


Bagaimana pula dengan pelaburan emas yang menjadi topik utama saya kali ini? hehehe..Jom baca di sini sahaja la yea..Saya nak bersiap untuk solat Maghrib ...wink! wink!


p/s: "mane le tok imam saya nie?"

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Banjir air Hujan atau Banjir Kereta?

Sementalah duk di depan lappy ini, tiada pula idea untuk mengarang..
Mengarang cerita di blog ataupun mengarang 'paper sains' saya ni.. Akan tetapi bila masa tengah termenung, menunggu, duk kat dapur atau dalam toilet, idea datang lak mencurah-curah mintak digarapkan di atas kertas.. 


Masa ni, keyboard lappy pun tgh sakit ....macam nak tertanggal pun ada nampaknye nie....kesian nye kat dia....nak kata makan daging banyak sangat,tak pernah lak p suap daging kat lappy ni....heeeee :D 


Dunia Sudah Maju


Kebanjiran air yang berlaku di negeri-negeri pantai timur, di selatan tanah air, iaitu Johor dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya (yakni kawasan rendah dan mudah ditenggelami air) adalah satu bentuk kebanjiran yang sibuk diperkatakan mutakhir ini...Namun, di sebalik air banjir..ade satu lagi makhluk lain yang turut banjir di atas jalan raya sejak-dua-menjak ini...makhluk tersebut bernama KERETA.


Dengan kebanjiran kereta ini, maka mencipta satu persoalan di benak ini apabila melihat rata-rata orang yang menaiki kereta-kereta tersebut adalah bergerak secara solo, atau dalam kata lain, naik kereta secara berseorangan dan bukan berkumpulan (termasuklah diriku..huuuu).  Musim hujan kan, susah ckit nk bergerak dgn motor..Tapi ke manakah hilangnya kesedaran berkongsi kereta? Pelbagai alasan/kesusahan mungkin tercipta apabila disyorkan kongsi kereta, bagaimanakah kereta akan dikongsi?
* jika arah destinasinya berbeza,
* jika jiran sebelah rumah, tapi seorang menuju ke selatan, seorang lagi menuju ke utara?
* jika masing-masing buat don't know je time bayar minyak/tol...etc.?
Jawabnya, sikap tolak-ansur yang tinggi amat diperlukan waktu ini...Amalkan sikap gilir kereta dan driver ke....well.....hendak seribu daya, tak nak beribu alasan! :p


ho....ho.....balik kampung!


Balik ke kampung dengan kereta sudah tidak menyeronokkan lagi apabila terpaksa beratur panjang dari bandar Raub lagi sampailah meleret-leret ke puncak Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu. Memang terbukti dan betullah, ramai orang Kelantan yang menetap luar dari Kelantan. Namun, kebanjiran kereta yang agak melampau-lampau sejak-akhir-akhir ini menimbulkan satu perasaan yang tak enak bagi diri ini, apabila:
1. Perjalanan p makan kenduri yang mengambil banyak masa, walaupun tempat dituju hanya 15 minit perjalanan di hari-hari biasa (bukan hari peristiwa/perayaan)
2. Pengunaan dan pembaziran bahan api yang banyak
3. Pencemaran udara yang melampau
4. Kereta ku dilanggar lari masa tengah park di Taman U, Seri Kembangan, Serdang (ada kaitan kot)
5. Pembaziran masa
6. Meruntuhkan kesabaran
7. Mengundang marah...




Gambar: kereta saya yang remuk dilanggar
(anggaran kos mengetuk & mengecat semula, RM 120)

Hakikat


Walaupun point yang ke-4 di atas adalah yang paling ku-kesali, namun perkara sudah terjadi..orang yang melanggar pun mustahil nk dikejar setelah aku, Kak Diha dan Irmiey membuat kesimpulan bahawa yang melanggar keretaku itu adalah lori angkut sampah..Memang kawasan perumahan di Taman U itu agak sempit,..dan ditambah lagi dengan kehadiran keretaku untuk menyempitkan keadaan di situ, memang sendiri mngundang padah..Sudahnya, daku kebocoran duit lagi bulan ini, peruntukan ongkos diperlukan untuk mengetuk body kancil DAJ ku yang sudah kurang handsome nie...uuwaaaaaa! 
Inilah hakikat yang perlu ditelan dan diterima...


Kebanjiran kereta..


Galakan pembelian kereta dengan slogan
kereta mampu milik  membawa saya kepada isu rebat kereta yang ditulis oleh saudara Irwan Asri Mohd Nor (Mac 2009). Pendekatan setiap negara adalah berlainan, ada negara yang memikirkan semata-mata untuk keuntungan melalui penjualan kereta; 
ada yang memikirkan untuk melakukan pelupusan kereta-kereta lama (berusia 5-15 tahun), kerana keluasan tanah yang tidak mencukupi untuk menampung kebanjiran tersebut;
ada yang beralasan, bagi mengurangkan kebanjiran kereta import..(isu AP)
maka dihasilkan kereta keluaran tempatan semaksimum mungkin;
dan pelbagai alasan lain dikemukakan....


Apa pula pendirian kita?


Think...Think! 


Proses penajaman akal diteruskan ....,,,

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

3 Menu: Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin
1 ulas kunyit hidup
3 biji bawang kecil
10 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 senduk tempoyak
1 batang serai
Sedikit asam keping 
3 cawan air
garam secukup rasa
gula (sedikit sahaja)
lau ada daun kunyit lagi best
Add on: air asam jawa dan limau nipis (perap ikan), jika nak lebih ramuan, tambah bunga kantan, daun kesum dan timun cina..

Cara memasak
1. Ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan
2. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api diblend sahaja..(lau rajin tumbuk halus lagi bagus) 
3. Gaulkan bahan yang telah diblend dengan tempoyak tadi dalam periuk
4. Letak atas api dan masukkan air 
5. Kacau sehingga sebati
6. Masukkan juga asam keping daun serai yang telak diketuk (daun kunyit)
6. Selepas 3 minit, masukkan ikan yang telah dibersihkan
7. Letak garam secukup rasa (lau terlebih pedas, boleh cover dengan menambah sedikit gula)


Kadang-kadang saya tumis bahan blend, tapi kebanyakan masa, boleh je terus nak masukkan dan gaul dalam periuk, seperti cara di atas..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Eidul Adha 1430H

Once again kita dapat bertemu dengan Eidhul Adha, bagi saya sudah 25 tahun saya melalui lembaran 10 Zulhijjah ni, jika tidak silap pengiraan umur saya mengikut pengiraan hijriah, sudah masuk 25 tahun (tapi ikut masihi saya muda setahun, iaitu 24 tahun)..


Apakah maksud pengorbanan bagi kita? masing-masing mempunyai nilai pengorbanan yang dilakukan yea x? Jom kita sama-sama fikirkan. Saya tinggalkan persoalan itu di sini.. Think.. Think!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

7 Kerja Part-time Menaip dan Kena Tipu...

Saya seorang yang berhati-hati dan susah kena tipu sebenarnya, tapi entah macam mana, setelah mendapat email dari laman sesawang Ruangan Kerja Kosong dan Jawatan Kosong di Malaysia kendalian syedazli@gmail.com, saya terasa ingin mencuba kerja part-time ni,


Kini setelah hampir 50 email balasan minat yang telah saya kumpul, baru saya tergerak untuk meng'google' kesahihan syarikat Autumn Paradise Sdn. Bhd ni,

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cerita di hari Audit auditi

Di penghujung tahun dan bulan-bulan terakhir tahun 2009 ini, banyak yang berlaku dan kesibukan melanda, antara minggu yang paling menyesakkan jadual kehidupan-ku adalah minggu-minggu di dalam bulan November ini. Bermula dengan minggu pertama peperiksaan, minggu ke-dua yang tidak berhujung minggu dan diikuti dengan minggu ke-tiga yang sekali lagi hujung minggu-ku dipenuhi dengan 'workshop' anjuran Sekolah Pengajian Siswazah UPM selama 2 hari 2 malam, (hehe, siang hari je, tak de la sampai malam sebenarnya, sekadar hyperbola sahaja..).


dan hari ini, 19 Nov 09 kami di audit untuk kali yang ke berapa ntah, oleh SIRIM, audit auditi bagi Bahagian Siswazah UPM, yang paling pentingnya, nak cerita pasal ViSi, MiSi dan Dasar Kualiti Pengajian Siswazah nie, antara yang paling ku suka hafal adalah Visi nye,
Menjadi Universiti Bereputasi Antarabangsa,


MISI: Menjadi pusat pembelajaran dan penyelidikan yang utama, yang memberikan sumbangan bukan sahaja kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara bangsa tetapi juga kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu sejagat (ha, panjang kan, yang penting ingat point-point tu)


Dasar Kualiti Pegajian Siswazah: Kami staf UPM? (hmmmm...) 
Beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam -pengajaran, penyelidkan dan perkhidmatan Profesional untuk memenuhi ekpektasi pelanggan (jadi, dalam hal ini, adakah saya ni pelanggan atau staf)...?
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 The Person Who Are Having Car and Who Are Plannig to Buy Car Just Keep It Mind


Please note and circulate...
Do not turn on A/C immediately as soon as you enter the car! 

Please open the windows after you enter your car and do not turn ON the
air-conditioning immediately. According to a research done, the car dashboard,
sofa, air freshener emits Benzene, a Cancer causing toxin (carcinogen- take note
of the heated plastic smell in your car). In addition to causing cancer, it poisons
your bones, causes anemia, and reduces white blood cells. Prolonged exposure
will cause Leukemia, increasing the risk of cancer may also cause miscarriage. 







Acceptable Benzene level indoors is 50 mg per sq. ft. A car parked indoors with
the windows closed will contain 400-800 mg of Benzene. If parked outdoors
under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up
to 2000-4000 mg, 40 times the acceptable level... & the people inside the car will
inevitably inhale an excess amount of the toxins. 





It is recommended that you open the windows and door to give time for
the interior to air out before you enter. Benzene is a toxin that affects your
kidney and liver, and is very difficult for your body to expel this toxic stuff.

p/s: "When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others" 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Andartu..jika ia masalah, apa penyelesaiannya?

Istilah andartu ini asal masyarakat sekeliling juga, jika ditanya kaum hawa, mana ada yang sanggup digelar andartu dalam hidup mereka. Mereka mungkin mempunyai faktor yang munasabah memilih untuk hidup membujang, atau mungkin juga mereka tidak mempunyai pilihan, bila usaha-usaha mereka untuk mencari calon hidup belum ditemukan jalan penyelesaiannya/kesudahan oleh Allah. Sentiasa bersangka-baik kepada Allah itu penting.  


Namun, saya tidak menolak sekiranya ada di antara kaum hawa yang menolak untuk berkahwin atas rasa tidak mahu dikongkong atau tidak mahu terlibat dengan lelaki yang rata-rata (lelaki dalam lingkungan hidup mereka) dilihat tidak matang dalam bertindak, kurang rasa tanggungjawab dan tidak menunjukkan contoh teladan yang baik.  


Sehingga ada yang mengatakan, lelaki yang baik semakin berkurangan, lelaki yang soleh ramai yang telah mempunyai isteri dan jarang antara mereka yang ingin menambah bilangan isteri. Lelaki yang hidup dalam didikan agama pun belum tentu dapat menunjukkan contoh teladan yang baik dalam muamalat dan pergaulan antara rakan serta menonjolkan sikap negatif yang lain.  


Adakah saya berfikir dan memandang negatif/serong kepada lelaki? 
Oh, tidak...itu antara contoh yang dapat saya berikan sahaja, kerana pemuda adalah tonggak negara, pemudi tiang serinya... Bangkitlah wahai kaum muslimin sekalian, bangkitlah membela nasib agamamu, membela nasib kaum muslimatmu, Kerana bayang yang lurus hanya akan terhasil dari acuan yang lurus juga..bukan sebaliknya.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sajak kaloh bola...huuuuu~

Sajak sek-sek kito hok perah kelih bola, wah,,, x seko jugok kerusi kt Bukit Jalil tu mahal sengoti dih? muahahaha..



Naik bah naik keto
Pulah muto pun ado
Huje turun pun x caro
Nak tengok bola klate kito
Beli jersi dan serbo makniko
Nak tunjuk semangt ore kito
Bako berani gagah pekaso
Warna meroh pilihe kito
Ado hok tinggal ngorik ado hok tinggal iso
Nak pakat gi tengok sek kito
Lepar bedil lepar boto
Gomo klate gomo sloge kito
Tp main bola mace celako + bodo
Masuk final kaloh sokmo
Saloh player ko saloh sapo
Ambik coach dari estet mano?
Patutla msia reject dio
Bubuh pemain hok tak tau gapo
Mapuh nga gitu dah sek kito
Nyayo sungguh ko pnyokong setio
Sedih maroh tok sah kiro
Kaloh bodo tiga so
Maaf semo kalu teraso


credit to: Penarikbeca



Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Aura positif dan negatif

Setiap pemikiran mempengaruhi tindakan. Setiap apa yang difikirkan oleh minda bawah sedar akan mempengaruhi emosi, jiwa dan seterusnya akan terzahir di dalam bentuk fizikal kita. Antara intipati menariknya bengkel/seminar yang telah saya hadiri di Hotel Putra KL dari 7 - 8 November 2009 di kendalikan oleh Dr. Azizan.


Sepanjang 2 hari seminar berlangsung, bermula dari pagi Sabtu hingga malamnya, dan pagi Ahad hingga penutup program jam 6 petang, rata-rata peserta dilihat bersemangat dan memberikan komitmen dan respon yang jitu pada setiap aktiviti yang dijalankan oleh Dr. Azizan dan pembantu-pembantunya.


Mungkin rentetan aura positif yang dipunyai oleh Dr. Azizan yang memukau hadirin dan disebarkan kepada 'audien' yang hadir..Yang penting, banyak maklumat dan info yang berguna telah dikongsi oleh Dr. Azizan sepanjang seminar ini berlangsung telah diamalkan oleh beliau. Ilmu dengan amalkan lebih berkesan. Di permulaan seminar lagi beliau telah menekankan bahawa, kepercayaan kepada ilmu/apa yang diajar olehnya adalah terpulang kepada individu itu sendiri. "jangan percaya apa yang dicakapkan sebelum diri-sendiri membuat/melalui perkara tersebut".


"Bagaimana seseorang itu mempunyai aura yang begitu kuat, malahan dapat menyebarkan aura tersebut kepada orang sekelilingnya juga? Kunci kepada sebuah kejayaan itu adalah hasil dari keberkatan dan restu ibu bapa dan Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.."


Ini adalah di antara elemen yang ditekankan dalam menentu-ukurkan kejayaan seseorang di dunia dan di akhirat di samping usaha dan keyakinan positif individu terbabit terhadap keupayaan dan potensi yang dipunyai oleh dirinya. Yang penting, prinsip untuk berjaya adalah, 

  • komitmen yang dapat diberikan 100% terhadap apa jua pekerjaan yang dilakukan 
  • diiringi ilmu, dan 
  • mentor yang dapat membantu 
dalam mengemudi ke arah matlamat tersebut.
So, please,
'Think positive' and be specific in everything I do !



Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 Gold Dinar as Halal Money

An  interesting post I found on the Halal Journal website. A really nice one that I want to share with others too. It written by Vivy Yosuf. Please, have a look.

Quote:
Many are aware of the concept of Halal money, but to them, Halal money is money obtained in an honest way, which means not by gambling. There is a bigger issue to be addressed regarding Halal money, and the secret lies within the currency note itself. If I told you that your RM50 note is worth nothing, would you believe me? This all comes down to history. Let’s recap: in the 1800s, colonies robbed us by monopolising our land, taking our resources. In return, they issued a paper IOU, which is a promise to pay, signed by their companies involved. While waiting and wishing for our tangible returns, the IOUs were circulated and used by us, as a medium to trade. The paper IOUs gradually decreased in size and were beautified by pictures of the rulers. Soon, they were accepted as a medium of exchange, and known to all of us as Money, something we all chase for to survive. This shows that while God has given Muslim countries so much richness such as oil, precious metals and fertile land, we generously hand them over to others and succumb to their manipulations. Paper money as a dishonest tool is a highly sensitive topic to touch upon, and determining the Halal aspect of it would be best left to the Ulamas to decide. However, we can all use our common sense with this simple example. The third pillar of Islam urges Muslims to pay Zakat, which is the act of giving a proportion of our income to the poor. Zakat is only to be paid with tangible goods, such as gold, goats, and camels. Many Muslims just shake off their Zakat responsibility by paying using paper money. Considering the origins and history of paper money, being just a promise to pay, is our Zakat accepted in Islam? Ultimately, paper money symbolises a debt, and in Islamic law, a debt cannot be used as a medium of exchange. Zakat has to be paid with honest and Halal money, and what springs to mind is the obvious; Dinar. This 100 per cent gold coin fits the requirement of Halal as it has value and is tangible merchandise. One of the persons most passionate about Gold Dinar is Umar Ibrahim Vadillo, who wrote The Return of the Islamic Gold Dinar. He is one of those who believe strongly that any true Muslim carries the responsibility to reject paper money. To him, paper money is a form of “fraud” despised by Allah and therefore, the absolute worst thing a Muslim can do is to use it. He believes the only means of exchange allowed by Syariah law are gold Dinar and silver Dirham. He quotes the words of Imam-ad-Dean Ahmad which says, “Muslims cannot escape the fact that gold is our money. Instead of fighting the will of Allah, I propose that we embrace it. If the 1 billion Muslims of the world would use gold as their unit of account, the volatility would stabilise.” There is another person closer to our hearts fighting for the good of gold Dinar; Malaysia’s former Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamed. In 2003, he, along with his economic adviser, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, proposed the introduction of Islamic gold Dinar as currency to be used for international trade among the Muslim countries. Reason for this is to suppress the overly-traded US dollars and to ensure that the US dollar’s instability does not affect our international trade. Islamic gold Dinar is more stable in the sense that it is tied to the price of gold. The idea of using gold instead of the paper money is understandably a bizarre one to many. We might not be able to imagine people going about their everyday lives carrying bags of gold instead of thin currency notes. However, shouldn’t we be patient and open-minded so as to see the other side of the story, perhaps the better side? So, why gold? As elaborated by Umar Ibrahim in his book, gold is an asset that is no one else’s liability. According to him, paper assets (bonds, shares etc) are promises to repay money borrowed, and its value is dependent upon the investor’s belief that the promise will be fulfilled. Gold by itself is a precious metal. No one can deny that gold is valuable and always treasured. Gold cannot be created or destroyed, whereas paper money can be easily torn, burned or created numerously. Only a fool would turn down the idea of receiving gold. Also, gold would not contribute to inflation problems. For example, during Prophet Muhammad’s (peace be upon him) time, a chicken costs 1 Dirham (silver). Today, a chicken still costs approximately 1 Dirham. Therefore, within over a thousand of years, the effect silver had on inflation is virtually zero. On the other hand, the existence of paper money has caused prices to increase ten-folds! The value of gold is independent of the financial system, whereas the value of currencies depends on the strength of their countries. If we wanted stability, the obvious answer would be to choose gold. Gold Dinar is already used in some Islamic countries, but still very small-scaled. The World Islamic Trading Organisation, following the standards of Umar ibn Al-Khattab, established that one Dinar is equivalent to 4.25g of 22K gold and 23mm in its diameter size. In recent years, China is also showing affinity to gold, as their people are encouraged to buy and trade gold. The Chinese government is committed to increase their gold reserves to reduce reliance on the US dollar. India is another example of a country that has a high demand of gold. The Indians find gold as a commodity of immense value in their religious beliefs, and feel that gold is the only form of protection for Indian rupees against the US dollar. Currently there are 1.3 billion Chinese, 1.1 billion Indians and 1.8 billion Muslims, together representing more than 60 per cent of the world population. If we unite to use gold as currency, there would be a definite shift of power to the East. Imam Malik defined money as “any merchandise commonly accepted as a medium of exchange.” In the past, when people were free to choose, they chose gold and silver as their money, as their medium of exchange. Now, we are legally forced to succumb and agree to the use of paper currency. Perhaps, if we are given the freedom to choose again, it would be a completely different scenario, and gold and silver would enter the picture again. Increasing awareness of the importance of gold Dinar is a success for the Muslims. More people are accepting that it is more Islamic to use gold as currency. More people are believing that monetary crisis we face these days are caused by paper money, which can be printed over and over again. More people are realising that this repetitive problem will never stop unless something is changed. More people are opening their eyes, but sadly, only a handful of them are opening their mouths to make a difference. When asked about if the introduction of an Islamic Gold Dinar could be realised, Tun Dr Mahathir replied, “This is not a dream, it can be realised.” To many, it is still a dream. Granted, the replacement of paper currency is a difficult thing to do, but with comprehensive research and meticulous planning, it can be done. All we need to do is be able to understand, accept and adapt to a new era, a Halal-certified one.  

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Google Reader_Wan Siti






Perlu banyak membaca memerlukan saya mencari dan melihat kepada penulisan orang-orang yang sebelum saya, 'standard' dalam penulisan, walau sehebat dan sepakar mana pun penulis itu, perlu bermula dari zero dan atas daya usaha yang berterusan menulis lah akan membuatkan sang penulis makin maju dan petah dalam bidang penulisannya. Bukan sahaja dalam bidang penulisan, apa jua bidang sekalipun, perlukan latihan dan kesungguhan kita melakukan perkara yang ingin dikuasai berulang-kali. Tiada istilah putus atas atau kecewa jika objektif yang jitu ditetapkan dalam usaha menggapai apa yang dicita. Di sinilah letakkan istilah 'omputih' ~ "Practice make perfect".

Well done, sebagai seorang mukmin, bukan kah kita selalu di ajar dan diingatkan bahawa ayat pertama yang turun ke dunia melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah dengan suruhan, "Bacalah".. Jadi, baca dan terus rajin membaca dan menulis, kerana dengan membaca "you can conquer the world",..Saya masih muda dalam penulisan ini, namun saya tahu banyak sejarah terdahulu telah banyak mencatat bahawa dengan ilmu, sesuatu kemajuan itu dapat dicapai. Samada kemajuan materialistik ataupun, kemajuan fikrah atau batiniah seorang muslim itu.. Teruskan membaca dan menulis wahai diri.~*
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Wan Siti INTJ

Some people said, I am brilliant when it comes to quickly understanding complex theories and applying them to problems. I am most happy and effective in careers which allow me to continue this type of thinking and are allowed the freedom to do so. I should avoid overly structured environments and do best in fields that promote continual research and development. 


Some of my personality traits include: 
* Able to absorb extremely complex theoretical and complex material 
* Driven to create order and structure from theoretical abstractions 
* Supreme strategists 
* Future-oriented 
* See the global, "big picture" 
* Strong insights and intuitions, which you trust implicitly 
* Value your own opinions over others 
* Love difficult theoretical challenges 
* Bored when dealing with mundane routine 
* Value knowledge and efficiency 
* Have no patience with inefficiency and confusion 
* Have very high standards for performance, which you apply to yourself most strongly 
* Reserved and detached from others 
* Calm, collected and analytical 
* Extremely logical and rational 
* Original and independent 
* Natural leaders, but will follow those you can fully support 
* Creative, ingenious, innovative, and resourceful 
* Work best alone, and prefer to work alone 


Some of suggested careers for me are: 
* Scientist 
* Engineer 
* Professor and Teacher 
* Medical Doctor / Dentist 
* Corporate Strategist and Organization Builder 
* Business Administrator / Manager 
* Military Leader 
* Lawyers / Attorney 
* Judge 
* Computer Programmer, Systems Analyst and Computer Specialist



Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger