Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

0 Isu Panas: Saintis rancang gali pusat!

Semalam, wansiti cari berita apa yang tengah hangat sekarang kat berita dunia, dengan mengepost status di wall fb, "Apa berita menarik hari ni?".. Nak dijadikan cerita..ada 2 isu yang kawan facebook wansiti utarakan, 

LONDON – Sekumpulan saintis Britain merancang untuk menggerudi lapisan batu-batan untuk sampai ke bahagian mantel bumi buat kali pertama, lapor sebuah akhbar semalam.
Lapisan muka bumi

Ekspedisi itu bertujuan membawa naik sampel mantel Bumi untuk kajian. Ia melibatkan operasi menggerudi melepasi lapisan batu pejal sejauh 8 kilometer di dasar laut dengan suhu mencecah 298 Celsius.

Projek itu bakal dilaksanakan pada tahun 2018 dan diketuai oleh pakar Pusat Oseanografi Southampton, Dr. Damon Teagle serta Dr. Benoit Ildefonse dari Universiti Montpellier, England.

Terdapat beberapa cubaan untuk menggali mantel Bumi pada tahun 1960-an tetapi gagal kerana masalah organisasi dan kos. – Agensi

Betapa usaha saintis ini kita kagumi dan perlu contohi kerana usaha yang dijalankan sejak 51 tahun lepas masih mereka teruskan walaupun ada rintangan dari segi teknikal. Tanpa mengenal erti putus asa, bumi Allah yang maha luas ini, mereka kaji dan kaji lagi... Didoakan semoga hidayah Allah diberikan ke atas mereka.

Kita, sebagai umat Islam juga, sepatutnya boleh mengambil iktibar dari perkara ini.. Usaha, doa dan tawakal tanpa jemu adalah yang terbaik.. Allah melihat usaha dan penat-lelah yang dilakukan, dan ada nilai pahala di situ untuk setiap kebaikan yang kita lakukan .. 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Susu Lembu Lebih Baik

Sejak timbul isu botol susu bayi polikarbonat, sepatutnya para ibubapa di sana perlu sedar akan perlunya menyusukan bayi mereka dengan susu ibu,. lebih daripada susu lembu.. Kesibukan ibu yang bekerja sekarang, walau bagaimanapun menghalang mereka daripada menyusukan bayi mereka direct dengan susu ibu.

Ada ibu bekerja yang rajin, mencari alternatif menyusukan bayi mereka juga dengan susu ibu, tetapi terpaksa juga menggunakan perantaraan botol sebagai bekas simpanan susu untuk bayi mereka. Tindakan para ibu ni patut dipuji, kerana kesungguhan mereka menyusukan anak-anak. Kesibukan kerja langsung tidak memberi peluang kepada mereka mencipta alasan untuk tidak memberikan yang terbaik dengan penyusuan ibu kepada bakal generasi masa depan.

Bagaimana pula dengan ibu yang tidak dapat menyusukan anak kerana kekurangan/kering susu badan? Ada alternatif lain
Lagi menggunakan botol susu.

Kerja Kosong: Ibu Susuan
Adakah pelik dan aneh zaman ini dengan kerjaya sebagai ibu susuan? Kerja kosong yang baru ini ada potensi nya yang tersendiri. Namun, bukan calang-calang ibu susuan yang boleh kita berikan harapan masa depan. Pemilihan ibu susuan melalui akhlak dan peribadi yang baik perlu diambil kira. Bagi elakkan terjadi, "lari dari mulut buaya, masuk mulut harimau"..

Bagi wanita yang dikurniakan susu yang banyak, malah.. boleh pula menyusukan 2,3 orang bayi dalam 1 masa, apa salahnya mencari rezeki yang halal dengan bekerja di rumah sebagai Ibu Susuan? Pekerjaan yang mulia ini amatlah disyorkan bagi suri-rumah dan ibu-ibu yang ingin mencari pendapatan lebih bagi membantu suami mendapatkan ekonomi tambahan rumahtangga mereka. 

Sudah belajar tinggi-tinggi, takkan nak duk rumah dan jadi ibu susuan?
Itu sebenarnya adalah soalan yang bagus, dan anda sudah tahu jawapannya.. Bagi ibu susuan yang mempunyai pendidikan yang tinggi adalah lebih dituntut. Dengan ilmu yang diperolehinya semasa belajar dahulu, dapat dipraktikkan dalam pendidikan awal anak-anak susuan. Pendidikan yang mula-mula adalah dari ibu kepada anak kan? Mulalah dari sekarang. Usah memandang negatif dan serong terhadap pekerjaan yang mulia ini. 

Di samping dapat membantu ibu lain yang tidak dapat menyusukan anak mereka, secara tak langsung, hubungan yang terjalin antara keluarga susuan dan keluarga kandung bayi tersebut akan bertambah-erat. Talian persaudaraan sesama saudara seaqidah itu kan dituntut di dalam ajaran Islam?

Seperti perkara ke-9 yang tercatit dalam 10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna ini:
9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan. 
Akhlak Seperti Lembu
Kenapa remaja hari ini runtuh dari segi akhlak? Ada juga yang akademik cemerlang, namun sahsiah tergadai! Salah-satu antara sekalina banyak faktor adalah datang dari sumber makanan dan minuman yang diminum. Ini baru sumber susu yang heboh diperkatakan, perbandingan antara susu ibu dan susu lembu, belum lagi masuk topik yang berkaitan dengan masalah keberkatan rezeki yang diperolehi untuk menyuapkan makan dan minum ke mulut anak-anak.

Betul... Seperti makanan sunnah yang lain. Susu ibu juga merupakan antara makanan awal yang menjadi sunnah dan tuntutan kepada ibu kepada anak. Lebih-lebih lagi kita nampak di sini, dengan penyusuan ibu yang teratur kepada anak, hubungan antara ibu dan anak menjadi lebih akrab dan mesra. Ada jalinan ikatan kasih-sayang yang lebih umpphh di situ... Cuba fikir-fikirkan untuk bakal generasi masa depan kita.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 GiveAway Terjelita ~ Untuk Pembaca Melurjelita.com yang Bertuah

Lagi 18 hari untuk sampai kepada tarikh tutup GA MelurJelita. Sempat lagi wansiti nak berbasa-basi dan join kan? kan? kan?

Sebenarnya, kali pertama pandang GA ni, hanya dengan pandangan yang sepi sahaja. Langsung tak berminat. Itupun sebab, entah macam-mana tersesat ke blog Melurjelita ni.. Tapi, nak dijadikan cerita sambil duk belek-belek entri sebelum dari beliau. .. Seperti ada magnet yang menyebabkan daku melekat seperti besi kat tajuk entri Awak Suka Saya Tak (ASST)? [sebuah novel bersiri]

Memang tip top nye novel santai nie wa cakap sama lu! (=^_^=)

Apa yang mula-mula wansiti buat adalah, like fan page beliau. Untuk memudahkan melihat setiap update baru untuk novel tersebut.. hehehe.... Dah lama wansiti tak layan novel ni sebenarnya, disebabkan kepala nie perlu ditunekan untuk menjadi lebih serius dengan penulisan tesis dan juga paper jurnal yang entah apa-apa tu! ops! ops! [sesi mengkiritik dan tak puas hati, dengan terjebaknya dalam arena sains ni] ...ngeh~

Okey, seterusnya.. wansiti mula lawat.. dan lawat lagi blog ni, pada tiap kali siri TERBARU ASST ni berada di pasaran wall fb me.. 

Betul orang cakap, tak kenal..maka tak cinta!

Setelah mengetahui bahawa Melurjelita ni asal kelantan, bersuamikan orang Kedah, dan anak-anak beliau dilahirkan di Selangor.. persis terasa ada link dengan diri-sendiri...Lebih-kurang je, backgorund kita ni Melurjelita...? eh, lupa lak nak gtau ai ni masih single sebenarnya... miahaha...!! Walaupun single... rasa-rasa.. ada sikit aura orang Kedah je untuk bakal auami nanti.. wallahu'alam.. Melurjelita doakan kami yea.... 
Orang kata, kita merancang. Namun, Allah lebih baik lagi perangcangan-Nya... 
Jika kisah cinta Melurjelita ala-ala, "penuh air mata dan darah, membelah tujuh lautan dan tujuh gunung…"
Jadi agaknya kisah cinta wansiti ni ada macam penuh dengan misteri cmtu kot............~ har har har...!! peace no war..

Quote kata-kata Melurjelita yang paling wansiti sukai dan memberi kesan adalah:
Saya menulis dari rasa hati. Bila saya terpaksa atau dipaksa menulis, saya gagal.
wansiti: suka bila Melurjelita sebut, Mr. Jelitawan.. Moga rumahtangga Melurjelita sentiasa dalam mawardah wa rahmah disertai rahmat dan berkat dari Allah SWT sokmo.. Amin~
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Gagal temuduga?

"...jika gagal tak guna mengeluh, yang berguna ialah kenalpasti kenapa gagal dan buat sesuatu supaya tak gagal lagi...."

Ayat yang biasa kita dengar tapi amat besar ertinya. Dalam kata lain, kalau gagal;
* Kenal pasti SEBAB gagal
* Buat sesuatu untuk PERBAIKI punca gagal tersebut

Tak perlu menghentam sistem atau terusan mengeluh jika masih gagal mendapat kerja. Itu lumrah hidup, kadang kita dapat apa yang dikehendaki dan kadang tidak.

Saya masih ingat kata-kata bekas Ketua Setiausaha Negara yang dahulu Tun Ahmad Sarji (sekarang pengerusi PNB) yang lebih kurang bunyinya;

Itu sahaja. Sebagai contoh realiti; antara pengasas Apple Inc, Steve Jobs ketika mana dia masuk semula ke Apple Inc sebagai CEO menggantikan Gil Amilio, dia mengenal pasti 'PUNCA' kelembapan perkembangan Apple Inc dan mengambil keputusan 'drastik' dengan melepaskan 'Newton', 'Cyberdog' dan 'OpenDoc' dan selepas itu Apple Inc terus mencipta kejayaan dan perkembangan besar hingga sekarang!

Itu yang Tun Ahmad Sarji cuba katakan, kenalpasti masalah, perbaiki masalah!

Dalam kes temuduga, kenapa GAGAL TEMUDUGA? Antara puncanya ialah;

* TAK KONFIDEN; solusinya, kekalkan momentum keyakinan anda. Sentiasa berlatih, bermonolog sendiri supaya nantinya lancar.

* TAK CUKUP PERSEDIAAN; solusinya, luangkan sedikit masa untuk bersedia sebelum ke temuduga. Kenalpasti syarikat/jabatan/jawatan apa yang kita pohon dan luangkan masa ulangkaji berkenaan jawatan tersebut. Luangkan masa, jangan redah saja!

* TAK DAPAT JAWAB SOALAN; solusinya, anda bertanya kepada kawan-kawan yang dah pernah pergi temuduga tersebut apa soalan yang ditanya. Sekurang-kuranrnya anda dah ada sedikit idea apa yang bakal ditanya

Jangan lupa tips penting tadi, jika nak ke temuduga jawatan kerajaan, tanya calon yang telah ke temuduga kerajaan. Kalau nak ke temuduga jawatan swasta, tanya calon yang dah ke temuduga jawatan swasta. Skop
biar sama. 

Download sahaja semua 100 lebih soalan dan jawapan koleksi soalan soalan yang selalu ditanya ini dan ianya sudah dibahagikan kepada beberapa skop antaranya;

* 10 soalan umum yang sering ditanya ketika temuduga
* 10 soalan yang sering ditanya kepada graduan
* 35 soalan yang berkaitan dengan kerja
* 15 soalan lain yang mungkin ditanya
* 22 soalan pelik yang mungkin ditanya

Tak perlu lagi cari kawan-kawan yang dah pergi ke temuduga kerana kadang mereka pun tak mahu bercerita kepada anda sepenuhnya kerana ianya akan mengecilkan peluang mereka dapat jawatan tersebut juga..

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 5 Blog paling kerap dilawati 2011

Selalunya blog yang rajin wansiti kunjungi adalah datangnya dari blog dari bloglist wansiti yang rajin update entri diorang, di mana... bila buka blog ni je, dah terus nampak tajuk entri yang kat atas sekali...

Lagi satu, sebab wansiti langgan post blog tersebut kat email... jadi, bila ada tajuk menarik, kena la baca... sah-sah la rajin jer kami bukak page tu ..

Okey, blog yang terbaik untuk tahun 2011 bagi wansiti dan kerap dilawati adalah, ..
Genta Rasa milik Us. Pahrol Juoi
* Denaihati isu-isu yang dikupas dan dikritik memang up-to-date dan bermaklumat..
* Of course Cik Ciput pasal dia member satu sekolah, dan entri dia best-best.. Update kerap lagi yea Cik Ciput
* Ustazlove yang ni selalu jugak nampak tajuk post yang menarik kat sini di bloglist.. jadi, ringan tangan je klik!
*shahmuzir ulasan keagamaan dan ruang-lingkup perbincangan disampai dalam bentuk teguran memang best! Update dari entri ni, selalu wansiti nampak kat wall facebook Jadi senang la nak terjah..

Ok, sebenarnya bukan setakat 5 je blog yang wansiti nak mention kat sini..banyak lagi, blog kawan-kawan... bagi wansiti mereka istimewa dengan tulisan dan gaya mereka yang istimewa dan tersendiri... ops! berapa banyak kali 'dan' laaa
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna

Ambil masa sejenak untuk meneliti pesanan ringkas daripada pemikir dan bijak-pandai Muslim kita... Antaranya, 10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna:

1. Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun. 

2. Bacalah al-Qur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah. 

3. Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam. 

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan. 

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 

6. Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. 

7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang. 

8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan. 

9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan. 

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

wansiti: Berapa banyak anatara nasihat di atas yang kita amalkan dan berapa banyak pula antara larangan yang kita dapat jauhi? Semoga kita sama-sama dapat muhasabah dan cermin kembali ke dalam diri dengan akhlak terbaik seorang Muslim... ai, bukan time nak dapatkan berat badan ideal je perlu tengok cermin tau...
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tips diet: A Sweet Way to Lose Weight

Sesi kali ni, nak kongsi tips diet menggunakan buah tin atau bahasa English-nya disebut 'figs fruit'... ngeeeh~
Punya la rajin buat entri... huhuu.. Ini rupanya sebelum dikeringkan:
Blog Kak Zuraidah ada sertakan Resepi Buah Tin

Figs are a good sources of dietary fiber. Fiber and fiber-rich foods may have a positive effect on weight  management. In one study, women who increased their fiber intake with supplements significantly decreased their energy intake, yet their hunger and satiety scores did not change. Figs, like other high fiber  foods, may be helpful in a weight management program.

Bone Density Promoter
Figs are a fruit source of calcium (79 milligrams in an 8 oz-wt serving), a mineral that has many functions including promoting bone density. Additionally, figs' potassium may also counteract the increased urinary calcium loss caused by the high-salt diets typical of most Americans, thus helping to further prevent bones from thinning out at a fast rate.

In a study done by the university of Scranton ,it was determined that dried figs had a much higher level of the phenol make up,which is rich in antioxidants,than other fruits. Phenol is used as an antiseptic to kill microorganisms.Fig are also available in dry form through year. 

Nutritional value per 100 g (3.5 oz) Fig, dried, uncooked (Percentages are relative to US recommendations for adults).
Energy
1,041 kJ (249 kcal)
Carbohydrates
63.87 g
Sugars
47.92 g
Dietary fiber
9.8 g
Fat
0.93 g
Protein
3.30 g
Thiamine (Vit. B1)
0.085 mg (7%)
Riboflavin (Vit. B2)
0.082 mg (5%)
Niacin (Vit. B3)
0.619 mg (4%)
Pantothenic acid (B5)
0.434 mg (9%)
Vitamin B6
0.106 mg (8%)
Folate (Vit. B9)
9 μg (2%)
Vitamin C
1.2 mg (2%)
Calcium
162 mg (16%)
Iron
2.03 mg (16%)
Magnesium
68 mg (18%)
Phosphorus
67 mg (10%)
Potassium
680 mg (14%)
Zinc
0.55 mg (6%)

Source: USDA Nutrient database
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tambah Lagi Berat Badan tuuuuuu~ fuh!

Selamat petang kawan-kawan,..!

Semalam, wansiti ada tulis cara-cara untuk naikkan berat badan, atau lebih tepat lagi.. cara mendapatkan berat badan yang ideal.. Orang yang kurus pun tak semestinya sihat tau, mungkin ada lemak-lemak jahat/berbahaya yang bersembunyi di bahagian organ yang penting dalam badan kita seperti jantung, saluran darah dan sebagainya.

Eh, jap...jap....Cmne nak tau berat badan kita ni ideal ke tak?
Jom lihat sini cara pengiraannya...
BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]
Kategori BMI:Underweight = <18.5
Normal weight = 18.5-24.9
Overweight = 25-29.9
Obese = BMI of 30 or greater
dah kira ke belum? wansiti dah kira yang wansiti nyer... dan hasilnya.. 18.796 [dalam katergori normal weight].. cukup-cukup makan jer lepasnya... lau tak kena gaya makan yang betul.. alamatnya, maka turun lah berat badan-ku berkilo-kilo.. Sekarang pun dah makin kurang senaman secara gym.. Secara gym? ehem..ehem..[kunun]...wisau pula dengan kandungan lemak jahat/kolesterol dalam darah nie.. Setakat wat kerja kat rumah... bukan boleh percaya sangat kan? Lau duk kampung, boleh la berkebun barang sekejap-dua..Lau duk terperap kat rumah yang tak de tanah untuk bercucuk-tanam nie? adoiyaaa~

Ops... dah jauh pula sembang, balik kepada topik asal..
wansiti suka baca laman sesawang Kevin Zahri untuk dapatkan tips kesihatan dan cara mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal. Sihat di luar, sihat di dalam. Jika nak tahu lebih-lanjut tentang kesihatan badan anda. Moh le lawat dia di sana.

Jika semalam, wansiti dah kongsikan tips naikkan berat badan dengan cara minum air beras, kali nie..wansiti fikir apa yang dibincangkan oleh Saudara Kevin Zahri lebih tepat dan sesuai untuk diamalkan untuk kesihatan yang berpanjangan. Orang tua-tua kata, badan kita ni nak pakai lama... Walaupun kita tak tahu, bila kita akan menghadap Ilahi. Usaha untuk sihat itu perlu ada..!

Okey, apa yang penting dan tepat yang ditulis oleh beliau tue?
Ini dia.... 3 perkara penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh-badan di tahap yang ideal..
1. Nutrisi/makanan yang diambil seharian
2. Training
3. Supplements (Makanan Tambahan)
wansiti suka bila dinyatakan bahawa, dalam 5-6 hidangan makanan seharian kita perlu mengandungi karbohidrat, protein and lemak dalam nisbah calorie 50:35:15
Ini memang perlu disematkan dalam ingatan selalu...

Tambahan pula, makan tanpa senaman yang betul dan makanan tambahan yang bersesuaian.. Mungkin melambatkan proses anda mendapatkan berat badan yang sihat, malahan ideal tersebut!
Rujuk link yang telah wansiti kongsikan di atas untuk ulasan lebih-lanjut tentang 3 perkara kat atas tu.. Nutrisi, training dan supplements.

wansiti: Selamat mempunyai badan ideal seperti yang diidam-idamkan..!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Lepas Tsunami, Kini Gempa Bumi di Myanmar pula...

Baru dikejutkan dengan bencana alam Tsunami yang melanda Jepun [Diskusi ilmiah tsunami], berita yang terbaru diterima adalah gempa bumi sekuat 6.8 magnitud itu turut dirasakan sehingga ke Bangkok, kira-kira 800 kilometer dari pusat gempa, Hanoi dan sebahagian dari China.

Bangunan berhampiran pusat gempa runtuh sementara penduduk di seluruh wilayah berkenaan yang ketakutan meninggalkan kediaman masing-masing apabila gegaran selepas gempa berterusan semalam. Stesen televisyen Myanmar mengesahkan seramai 74 orang mati dan 111 cedera. Hampir 400 rumah di empat kampung dan bandar berhampiran pusat gempa ranap.  
Dalam pada itu, sembilan pejabat kerajaan di bandar Tarlay, antara kawasan paling teruk terjejas, rosak teruk. Beberapa kuil di sekitar kawasan itu juga runtuh.
Beberapa bencana yang berlaku akhir-akhir ini seperti tsunami, Gunung Berapi Karangetang dan gempa bumi ini merisaukan dan memberi peringatan kepada kita. Bagi yang sedar, terus memperbanyakkan amal kebaikan dan berusaha menambah bekal pahala ke akhirat nanti. Moga lebih ramai yang sedar. 

Di Malaysia sendiri berlaku perubahan cuaca yang mendadak sekarang seperti:- panas, hujan, panas dan hujan kembali disertai kilat dan guruh yang berdentum. Jika manusia yang waras dan pernah hidup lama..Pasti tahu membezakan dan merasai resah akibat fenomena kejadian alam ini. Adakah ramai di luar sana yang mengambil iktibar?

wansiti: sama-sama kita berfikir dan ambil pengajaran dari setiap yang Allah telah takdirkan ini dan mula mentadbir diri kita dengan lebih baik lagi di masa hadapan.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Santai Kucing Berkaca-Mata [Gambar]

Hari ni nak layan gambar-gambar si comel ni yang rajin baca buku sampai mata kena pakai spek-mata .... miahahaa~ 
Teringin pula nak serta kelab kucing nie.. Kucing-kucing kat bawah ni ada tokoh jadi ahli kelab ke? 
Yang nie otai rocker 
Letih baca buku, apa kata kita rehat sekejap?

ala....comey nye dia... seperti sedang memikirkan sesuatu......

hye... ni spek-mata baru tau... cepat cakap lawa! meowhahahaha!!

Opocot! Terkejut den.. 

Spek mata fesyen ai kali ni, kaler pink.. ayu gitu! auuuww!

oOOOoooooo...cmtu rupanya.. [mood: khusyuk study] :p

Ada orang cakap muka saya sama dengan muka atok saya? yea ke? 

wansiti: hehehe... memang hilang stress tengok anak-anak bulus ni digayakan semahunya oleh tuan masing-masing.. Enjoy!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Jawatan Kosong Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC)

Suka benar nak mengepost jawatan yang menarik nie..
Ada siapa-siapa rasa berkelayakan dan berminat dengan kerja nie?



Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pegawai Teknologi Maklumat (EIO)
2. Juruteknik Komputer (TSO)

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2011

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cara Menghafal al-Quran 1

Tulisan oleh Ibnu Qarni, (sahabat Facebook)
(petikan dari ‘Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya’ oleh Ustaz Abdullal Al Qari Hj. Salleh). 

Pada permulaan ni, kita mulai dengan pengetahuan kelebihan membaca al-Quran.. Walaupun ramai yang tahu, membaca Quran itu adalah sangat dituntut kepada Muslim, tapi masih ramai yang masih berat nak mengamalkannya.. Memang berat kan, kerana kita tidak nampak akan SEJUTA hikmah yang terkandung di dalamnya... Jika kita dapat lihat pahala yang melimpah-ruah turun dari langit seperti emas, semasa kita membaca dan memahami al-Quran.. Mesti berduyun-duyun yang berebut untuk mendapatkan pahala tersebut melalui tadarus dan tadabur Quranul Karim.. wallahu'alam..

Jom kita lihat, siapa yang kena!

KEUTAMAAN MEMBACA AL-QURAN 
1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2. Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al-Jauzi diganda 700 kali.
3. Balasan 1 huruf yang dibaca ialah bidadari syurga.
4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok syurga.
5. Pahala membaca 1 huruf dari Al-Quran:
Dalam sembahyang = 100 kebajikan
Di luar sembahyang berwuduk = 50 kebajikan
Tanpa wuduk = 10 kebajikan
6. Pembaca Al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.
7. Untuk selamat daripada api neraka.
8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.
9. Di hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela.
10. Pembaca akan memperolehi keamanan.
11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.
12. Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhadah dan Solihin.
13. Membaca Al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka.
14. Pembaca akan dapat kemuliaan syurga.
15. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh Malaikat di langit.
16. Jika dibaca di rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
17. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh Malaikat.
18. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi Imam sembahyang.
19. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari dan mengajar Al-Quran.
20. Mempelajari 1 ayat Al-Quran lebih baik dari sembahyang sunat 1000 rakaat.
21. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
22. Mendapat perlindungan di Padang Masyar.
23. Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.

MASA-MASA YANG DIUTAMAKAN MEMBACA AL-QURAN 
1. Di waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama.
2. Di antara Maghrib dan Isyak.
3. Sesudah sembahyang Subuh.

BACAAN AL-QURAN PADA MASA TERTENTU MENGIKUT SUNNAH

A. Tiap-tiap pagi dan petang
1. Al Ikhlas = menyamai satu pertiga Al-Quran; dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di syurga
2. Al-Falaq = dibaca 3 kali untuk pelindung dari bencana dan yang tidak diingini.
3. An-Naas = sama seperti Al-Falaq.
4. Ayatul kursi ( Al-Baqarah 255) = pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran, dibaca setiap lepas sembahyang akandimasukkan ke Syurga, Setiap huruf 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.
5. Al-Mukmin ayat 1-3 (Juz 24 Surah 40) = Untuk keselamatan.
6. Al-Hasyr ayat 21-24 ( Juz 28 Surah 59) = apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan dapat rahmat dan dijaga oleh70,000 Malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu,akan peroleh Syurga.
7. Ar-Ruum ayat 17-19 (Juz 21 Surah 30) = Akan diberi pahala atas amalan yang tidak dapat dijalankan di waktu siangdan malam.
8. Al-Mukminun ayat 115-118 (Juz 18 Surah 23).
9. At-Taubah ayat 128 dan 129 (Juz 11 Surah 9)

B. Tiap-tiap Malam
1. Yaasin (Juz 22 & 23 Surah 36) = Hati Quran, pembaca akan mendapat keredhaan Allah, keampunan dosa; jika dibaca atas seseorang yang hampir akan mati akan memudahkan pertemuannya dengan Tuhan; jika dibaca atas kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah akannya perkara-perkara yang menyukakan.
2. Ad-Dhukhan (Juz 25 Surah 44) = pembaca akan mendapati 7000 malaikat memohon ampun keatasnya; jika dibaca pada malam atau hari Jumaat akan diberi sebuah rumah di Syurga.
3. Al-Qiyamah (Juz 29 Surah 75).
4. Al Zalzalah (juz 30 Surah 99) = pahala membaca separuh Al-Quran.
5. Al-Ikhlas.
6. Al-Imran ayat 190-200 (Juz 4 Surah 3) = dibaca pada malam akan diberi pahala beribadat separuh malam.
7. Al-Baqarah ayat 284-286 (Juz 2 Surah 1) = diberi pahala beribadat separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dansegala bencana.8.Al-Kahfi ayat 107-110 (Juz 16 Surah 18

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

Botol plastik dan sewaktu dengannya amat berbahaya jika tidak dikendalikan dengan betul, dan mungkin menjadi salah-satu penyebab penyakit berbahaya seperti kanser, na'uzubillahi min zalik. Terima kasih kepada Mommy Jue di atas nota ringkas tentang botol susu bayi ini..


a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:


a. Nombor 7 
b. Nombor 7 dan PC 
c. Nombor 7 dan ‘other’ 

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan 
‘BPA free’ atau bebas BPA. 

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1)Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2)Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu
.
3)Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai  seperti span dan berus yang lembut  bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4)Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA  mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene(PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain. 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Ikan Sardin Bersos Lada Hitam Zuza

Sudah lama wansiti beli Soso Lada ZUZA ni, namun masih berbaki banyak di dalam botol. Nampak sangat kurang digunakan. Jadi, kali ini, wansiti cuba 1 menu baru, ikan sardin yang dimasak menggunakan Sos Lada Hitam Zuza. hahaha....bukan niat nak promosi sos ini yea... Apa salahnya nak pelbagaikan menu dengan menggunakan kreativiti sendiri, kan? kan?

Ini lah rupa Sos Lada Hitam Zuza yang disebut-sebut tu..
Bahan-bahan:
6 ekor Ikan Sardin
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering (kisar)
Sos Hailam
sedikit garam dan asam jawa (untuk perap ikan)
Sos Lada Hitam Jenama Zuza
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan Ikan Sardin
Perap ikan sardin bersama garam dan asam jawa.

Ikan Sardin kemudiannya di goreng hingga garing dan ketepikan.

Cara-caranya:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili kering dan goreng hingga garing.
3. Masukkan Sos Lada Hitam Zuza dan sedikit Sos Hailam.
5. Apabila kuah sudah sebati, boleh lah masukkan ikan sardin yang digoreng tadi bersama-sama.
Hidangan untuk 3 orang makan.. 

wansiti: masakan kali ini tidak menggunakan garam kerana kandungan garam di dalam Sos Lada Hitam Zuza dan sos hailam sudah cukup tinggi semasa proses membuat kedua-dua sos tersebut di kilang.
SELAMAT MENCUBA!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sederhana Dalam Ibadah

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a : "Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :"Siapa dia?” Aku menjawab : "Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.” (al-Bukhari) 
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Perghh... Naik Berat Badan tuuuu~

Ramai orang duk berusaha nak turunkan berat badan.. Dalam pada itu, jangan tak tau, ada juga orang yang berusaha nak naikkan berat badan, macam wansiti niey~ 

Namun, banyak laman sesawang yang lebih suka membincangkan tip-tip untuk mengurangkan berat badan dan cara mengamalkan diet yang seimbang! Memang tak dapat dinafikan, rakyat di kebanyakkan negara yang maju atau di negara yang sedang membangun, Masalah terlebih berat badan ini adalah menjadi masalah utama. 

Kerana, dengan lebihan berat yang tidak diperlukan oleh badan mungkin akan mendatangkan penyakit! Sebut tentang penyakit, semua orang risau dan takut.. Nikmat kesihatan adalah yang terbaik, kan? Jika badan sihat, kita pun rasa bahagia dan seronok melakukan pelbagai aktiviti tanpa sekatan dan batasan yang berpunca daripada penyakit.

Tak cukup berat badan dan otot-otot yang macho di badan, mungkin juga boleh menyebabkan letih sebenarnya. Namun, jika sebut letih, boleh juga berkisar pada topik letih adalah punca penyakit! Tak cukup berat, memang haru juga.. Rata-rata orang memang sejak dulu beratnya tak bertambah-tambah.. Ada juga sesetengah orang, [macam wansiti] ni yang beratnya makin berkurang-kurang, dari hari-ke-hari.

Jadi, usaha untuk mendapatkan berat badan ideal boleh dilakukan dengan petua seperti berikut:
1. Ketika menanak nasi, nantikan waktu berlakunya pendidihan.
2. Cedok air didihan nasi tadi sehingga penuh dengan gelas.
3. Kemudian, biarkan ianya sejuk dulu.
4. Bahagikannya kepada 2 bahagian [Setengah diminum waktu pagi dan bakinya diminum pada waktu petang].
5. Sebagai penambah perisa, anda boleh tambahkan sedikit gula.
Ada lagi petua nak tambahkan berat badan... Nak tau? Tunggu post selanjutnya petang esok .... adios! wallahu'alam...
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Segmen: Jom Kurangkan Isi Inbox anda!

Hairan...Makin duk lihat dan duk padam...Makin bertambah pula isi kandungan email wansiti nie.. Email pula bukan sedikit.. Ada dalam 5,6 email yang berlainan kot.. Mana tak banyaknya, gmail ada 2, yahoo pun ada 2.. belum masuk email yang pakai domain lain tu..

framescafe-goliath

hmmm, cmne yea cara nak semak semua email ni, dalam satu masa je? 
Ada sesiapa tahu?

Dalam pada waktu yang sama, sempat lagi tu nak semak website rasmi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).. Masa duk kemas bilik yang bersepah dengan segala-macam kertas-kertas, dan template ni, tiba-tiba ternampak 2 helai lampiran tentang PPIM ni... hahaha, jangan tak tau, bukan Momo jer yang suka sepah... Mama dia pun sama... Like Mom, Like Son.. miahahahaaa!


Apa tunggu lagi.. Moh semak sesama.. Tak tau pula diorang ada 2 website yang berasingan, satu laman rasmi, dan satu lagi blogspot atau blog rasmi

wansiti: jom cari teknik yang berkesan dan cepat untuk check email...jom!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Interaktif Belajar Iqra'

Mengajar kanak-kanak yang masih belum mengenal huruf jawi (hijaiyah) membaca Al-Quran agak senang jika kena dengan teknik menarik perhatian mereka, lebih-lebih lagi... Kanak-kanak yang suka bermain dan kurang menumpukan perhatian mereka semasa belajar. Bagaimanakah caranya?

Menggunakan Melodi & Lagu
Cara ini lebih mudah menarik perhatian mereka menghafal, walaupun begitu, ada kelemahan nya dalam teknik ini. Kanak-kanak akan tidak mengenal huruf jika terlalu asyik menari dan menghayunkan kepala semasa mengikut rentak nyanyian lagu..

Di sini ada beberapa cara yang digunakan oleh ibubapa untuk mengajar anak mereka yang berumur bawah 6 tahun belajar Iqra' dan seterusnya membaca Al-Quran. Memang kanak-kanak akan senang ingat apa yang diajar kepada mereka, namun untuk mengekalkan daya ingatan mereka terhadap apa yang dibaca itu, memerlukan daya usaha yang istiqomah dari ibubapa untuk terus menggalakkan mereka. Atau juga perlu dijanjikan saguhati atau hadiah atau apa-apa yang mereka minat, samada bawa mereka berjalan jika mereka dapat menghabiskan silibus yang ditentukan kepada mereka pada hari tertentu.

Menulis
Dengan cara menulis, sambil tulis-sambil sebut apa yang ditulis pun amat berkesan! Walaupun kesabaran orang yang mengajar kanak-kanak ini diperlukan semasa proses menulis ini berlangsung, namun.. dengan cara ini, kanak-kanak akan lebih kenal huruf, pandai menyebutnya serta mempunyai kemahiran menulis di samping membaca. 

Namun, tahap umur untuk menulis ini bergantung kepada kebolehan kanak-kanak tersebut. Ada kanak-kanak yang sudah pandai menulis di usia muda, seawal, 4-5 tahun, namun ada kanak-kanak yang mula menulis pada usia yang lebih daripada itu. Ibubapa perlu memerhatikan tahap kebolehan anak-anak mereka ini.

Ada beberapa cara tulisan yang boleh digunakan untuk kanak-kanak cepat menulis, seperti contoh di sini, (belajar Iqra' bersama Khalil)

Di findtoyou.com (belajar Iqra'), ada beberapa contoh mengajar Iqra' yang dilakukan oleh ibubapa dan anak-anak mereka.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Hidangan Si Cilik

Tolong promote-kan buku bagi pihak orang yang menghantar email:


Jika  berminat untuk membeli buku resipi + pendidikan (edu+cook),
Tajuk: Hidangan Si Cilik (Penulis: Mamafiza)



Bagi para pembaca yang berminat membeli buku kami dalam jumlah 5, 10, 20, 30 dan ke atas, sila hantar email bizniaga.com@gmail.com untuk maklumat lanjut beserta diskaun khas dan kupon istimewa bagi setiap pembelian.



Jika masih mencari produk perniagaan atau ingin menambah produk perniagaan, kami ingin membantu untuk meningkatkan pendapatan dengan memberikan diskaun khusus yang sangat menarik.


Bersama-sama menaungi misi menyampaikan ilmu dan memandaikan bangsa bersama PTS.



Sila layari laman web ini untuk maklumat lanjut: http://mamafiza.com/trb-tim-reseller-buku/

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 2011


jobsmalaysia

Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) MENGALU-ALUKAN SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA UNTUK MEMOHON JAWATAN-JAWATAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN YANG TELAH DIBUKA BERMULA 20 MAC 2011 HINGGA 03 APRIL 2011.

UNTUK TUJUAN PERMOHONAN, SILA KLIK E-IRIS USIM

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Surat kepada bakal Pendampingku

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Keranaku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak...
Aku tak sebijak bonda khadijah, kerananya-ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan tak cantik. Mungkin kerana aku begitu sibuk dengan kerjaku di dapur, menyiapkan makanan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus berkemas di istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sehat. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. 

Ataukah kau akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik-pun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang meragam, dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. kerana bagiku kau adalah tetesan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habis. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku-tau kau selalu menghargai semua yang ku-lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku-berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di 1/3 malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian menyala, ialah rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri raja.. Aku hanya wanita biasa.. link
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Kisah HidupKu Bersama Digi

Hari ni, nak tak nak kena top-up jugak nombor Digi setelah selama seminggu dengan jayanya menggunakan sms percuma secara berleluasa.. 

Dek kerana banyak sangat hantar mesej hari ni, maka... Kong sudah RM 1 yang sedia ada dalam sim kad Digi ni.. Itu pun dah kira mereka bermurah hati nak bagi guna kredit percuma sebanyak sehinggit!
Belum abes lagi nak bereksperimen dengan line Digi ni.. Alih-alih kena top-up la plak...

Baru perasan, tak ramai plak member dalam list phonebook yang pakai Digi... So, apakah jadahnya menggunakan panggilan dan sms murah-murah antara nombor digi, jika tak ramai pun yang nak guna digi ni?

huhuuuuuuu~
haruuuuuuuuuuuuuuu~

Lagi-lagi.... Molek kena sound dengan abah nya tadi..
Sebab 1 family guna Celcom, tiba-tiba rajin pula nak p tukar ke line Digi... Telefon makcik sorang yang duk Sarawak tu pun tak sampai-sampai lak.... hairan.. Kredit jalan... Potong sedia.. tapi, tak dapat pun nak cakap barang sepatah-dua-kata.... hangin...memang hangin jer rasa nie...

Ekperimen dulu.... tengok bokeh tahan ke ke tidak dengan digi ni. lau tak tahan jugak..maknanya tukar ke Celcom Blue pun best gak, kan? kan?...

Ini lagi satu kes, pasai costumer service kat Celcom counter hari tu bukan main sombong lagi kat Mines.. Itu secara sukarelanya pergi bertukar ke Digi..secara automatik tu... G.E.R.A.M kat orang lain punya pasal, diri-sendiri yang secara sukarela bereksperimen! hahaha, boleh dok wat alasan lagu nih? aci la deh...

Dah berputar-putar dah kat kepala ni, nak bertukar semula ke line celcom...
~Celcom oooOOooooo celcom memanggil~
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Himpunan Anak Muda Kelantan 2011


Program Solat Hajat dan Jamuan bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

Tarikh: 9 April 2011 (Sabtu)
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: Bermula 5.00 petang hingga 11.30 malam
Anjuran: Markaz Siswazah Kelantan
Untuk pendaftaran awal sila

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Semakan Keputusan SPM 2010 Secara SMS

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 boleh diperolehi daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi 23 Mac 2011 ini. Manakala calon persendirian akan menerimanya melalui pos.

Semakan SPM Secara SMS

Mulai tahun ini keputusan peperiksaan SPM 2010 boleh disemak melalui sms. Semakan SMS keputusan SPM 2010 boleh dibuat bermula dari jam 10:00 pagi 23 Mac 2011 sehingga jam 12 tengahmalam 30 Mac 2011.

Format Semakan SMS

Cara untuk membuat semakan adalah dengan menaip SPM SEMAK [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888.
Contoh: SPM SEMAK 900104086077 BC0001A040 sms ke 15888. link
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 [Lirik] Rabithah - Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Jawatan Kosong Kementerian pelajaran Malaysia

1. Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan Jun 2011

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT



Tarikh Tutup Permohonan: 4 April 2011
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger