Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Kenapa Bas e-budaya (Bahagian 2)

Raya Aidil Adha nanti, mungkin sekali lagi wansiti akan mencari bas, berikutan tiket yang  senang dan mudah di cari adalah bas buat masa ini..

Namun wansiti berharap agar peristiwa yang berlaku pada post  kenapa-bas-e-budaya tidak akan berulang-lagi. Oh yea.. Di sini wansiti nak tempekkan sekali gambar bas ganti a.k.a. bas ke-dua yang rosak di highway Karak. Pada post yang lepas, wansiti tak sempat lagi nak upload gambar nya kan?
Antara beberapa kerat penumpang yang masih setia menunggu. Yang lain? dah lama dah blah...~


Ada beberapa perkara yang wansiti terkilan pada waktu ini, pertamanya; Kesedaran hak kepenggunaan yang masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia kita ni. Selepas wansiti menyewa teksi (kereta sewa, slang Qlatey), wansiti terus menuju ke kaunter tiket dan membuat aduan tentang kerosakan dan kerja sambil-lewa pihak pengurusan bas. Bagi menutup hal kebisingan dan juga ketidak-puasan-hati wansiti ini, makanya, mereka menawarkan wansiti untuk men'claim' @ mendapatkan semula wang pembelian tiket dan jika ada resit teksi wansiti naik tadi pun, mereka nak bayar.

Namun, wansiti kecewa.. tak ramai penumpang yang ada di atas bas tersebut bersama-sama dengan wansiti pergi membuat-aduan dan mendapatkan balik ganti-rugi mereka.
Jam di tangan menunjukkan waktu sekitar 6.45 pagi, aih, ramai pula yang terlepas solat subuh waktu ni.. wansiti sempat solat hormat waktu, dan kembali menqada' solat bila sampai di rumah.

Keduanya;
Kerjasama.. Walaupun ramai juga bilangan penumpang yang terkandas, tapi tak de pulak tindakan dari pihak mereka untuk berpakat untuk mengelakkan kejadian tersebut dari berulang-kembali dengan mengutarakan idea kepada syarikat bas, supaya yang mana bas yang dah nazak tu.. tak payah lak nak pakai lagi untuk perjalanan jarak-jauh. Seterusnya bersama-sama tolong-bantu mencari pengangkutan lain untuk ke destinasi asal, iaitu Hentian Putra, Kuala Lumpur.

Ketiganya; 
Kenapa lah pihak bas tergamak mengaut untung dengan mengenepikan aspek keselamatan pengguna jalan-raya? Ini terbukti dengan; tahap keuzuran bas yang disediakan, nak daki tanah sedikit tinggi pun berapa kali padam enjin.. :'-(

Okey, itu sahaja cerita tentang bas budaya ... tiada niat untuk mengutuk atau menjatuhkan. wansiti berdoa, moga perkhidmatan mereka kembali tip-top di masa hadapan seperti zaman kegemilangan mereka di 10 tahun yang lepas.. insya-Allah..


Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger