Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

0 Mesir: Lagi Keadaan Terkini

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini adalah khidmat masyarakat membantu Rakyat Malaysia di Mesir yang memerlukan bantuan segera Kerajaan Malaysia. Entri adalah sumber daripada entri khas yang dibuat oleh Ariffshah, yanmieonline dan Kak Jie (dengan kebenaran).
Petikan dari blog Kak Jie : Saya dapat message dari @DyyaDizarch salah seorang pelajar perubatan di Mesir yang sedang berusaha memohon bantuan dan perhatian Kerajaan Malaysia tentang situasi sebenar di Mesir. Mengikut blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
ok.. yang kat comment tu update dari kawan pompuan.. wallet die kene curi.. hilang 1000.. dan die yang cakap airport kat Alexandria dah kene bakar…
ni update dari adik saya..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Mesir

Screenshots dari Farahiyah Ismail:
http://www.facebook.com/album.php?aid=46659&id=1828013399 (Farahiyah Ismail adalah bekas pelajar Naim Lilbanat)

Doakan keselamatan adik2 kita dan rakyat Malaysia di sana.
Sementara menunggu "evacuation" ke negara2 jiran, atau ke mana2 saja yg lebih selamat, sebar2kan cara untuk mereka di Mesir online (hope it works):

IF YOU HAVE FRIENDS IN EGYPT PLEASE PASS THEM THE FOLLOWING TO BYPASS MUBARAK'S INTERNET RESTRICTIONS: USE NUMERIC CODES INSTEAD OF LETTERS for Twitter "128.242.240.52", for Facebook "69.63.189.34", for Google "72.14.204.99" - this will give access or use nyud.net (a content distribution network), everything ends with nyud.net.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Pelajar, Politik dan PilihanRaya

Ops Bilang* was an artistic response to 12 contentious issues explored in a newly launched English-Malay e-forum called "Let's Talk About..." or "Bicara Pasal..." Organised by the Centre for Independent Journalism, Ops Bilang invited 12 artists to give a take each on those issues that are often hushed up or riddled with myths. It was held on 26 October 2010, at Annexe Gallery, Central Market Kuala Lumpur, to a capacity crowd, with not even standing room left!
Fahmi Reza took the audience back to the heady days of student power, when the birth of a new nation fired up young intellectuals to demonstrate and speak up on issues ranging from the Internal Security Act to poverty. An invaluable peek into the largely unknown and inspiring history of the Malaysian student movement.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Revolusi Rakyat Mesir

Pro-M UPM menyokong penuh revolusi rakyat Mesir meruntuhkan kerajaan zalim Husni Mubarak! Nyatakan sokongan ana kepada rakyat Mesir dengan menukar gambar profil anda. Salut untuk anak muda yang berani!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=195750393770356&set=o.148350618512275
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 10103 visitors ...

Terlepas nak lihat nombor lawa, iaitu 10,000 .. Bila buka blog pagi ni, dah lihat angka sudah mencecah 10,103 
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Himpunan Solidariti Rakyat Malaysia bersama rakyat Mesir

Himpunan Solidariti Rakyat Malaysia bersama rakyat Mesir. Ayuh teman-teman aktivis mahasiswa & masyarakat kita hadir tanda sokongan ke arah perubahan.

Tarikh : 31 Januari 2011 (Isnin)
Masa : 11 pagi
Tempat : Kedutaan Mesir (12 Jln Rhu Off Jln Ampang Hilir)

Bersama mencipta ruh perubahan!
Salut untuk anak muda yang berani! (sumber)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Survey from Digi

Dear DiGi Angel,

2010 was a great year for the DiGi Angels, and we wanna thank you for all your support for the past year! It’s been less than a year since the Evangelist program was first launched, but we feel like we’ve known you forever already – time sure flies when you’re having a good time, eh?
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Kita tengok sapa yang kena..!!

Gambar dan tag Follower terbaru di facebook wansiti.blogspot ^_^
hahaha...sungguh rajin buat entri ... =p
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 BAGAIMANA REMAJA MENCAPAI KETENANGAN - Part 1

Oleh: Prof. Madya Syed Omar Syed Agil 

Petikan dari buku beliau MELENTUR REBUNG yang bakal terbit tidak berapa lama lagi ..

Sebagaimana yang disebut sebelum ini, ketenangan adalah penting dalam kehidupan seseorang insan. Tanpa ketenangan seseorang insan akan hidup dalam keadaan keluh kesah dan menghadapi perasaan dan jiwa sepanjang hidupnya dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit fizikal yang berkaitan dengannya. Malah ia boleh menjadi pembunuh dalam senyap (silent killer). Dalam Islam ketenangan adalah satu keadaan dalam diri seseorang insan yang mempunyai kaitan dengan roh dan iman dalam hatinya. Ia bukan sahaja bergantung kepada jumlah harta, rakan dan anak yang di miliki oleh seseorang. Ketenangan adalah sumber kebahagiaan yang sebenar dalam kehidupan insan.
Letakkan dunia di tapak tangan, dan Allah di hatimu


Oleh kerana itulah Islam melihat hati sebagai satu sumber yang penting yang menentukan status amalan, ketenangan dan kekuatan dalaman manusia. Imam al-Ghazali menekankan bahawa kebahagiaan itu adalah keadaan dalam roh manusia dimana aspek keadilan menimbulkan keseimbangan dalam diri manusia dan dimana kehendak manusia tunduk kepada akal dan syariat Islam. Beliau telah menggariskan empat kategori ‘wasa’il’ atau jalan-jalan untuk mencapai kebahagiaan akhirat untuk menjadi matlamat akhir manusia iaitu:

1. Keperluan atau kebaikan roh (al-fada’il al-nafsiyya)
2. Keperluan jasmani (al-fada’il al-jasmaniyya)
3. Keperluan luaran (al-fada’il kharijiyya)
4. Keperluan kepada pertunjuk Ilahi (al-fada’il al-taufiqiyya)

Pencapaian keperluan atau jalan-jalan ini mengikut syariat Islam akan memberikan impak dan kesan yang positif terhadap roh dan hati manusia serta membantunya untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

Kepentingan Hati Dalam Islam
Hati ialah penentu amalan sama ada amalan buruk iaitu pekerjaan yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T. ataupun amalan baik iaitu pekerjaan yang diredhai oleh Allah S.W.T sebagaimana yang terdapat dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam badan manusia itu ada seketul daging. Sekiranya baik daging itu, maka baiklah jasadnya. Sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh jasadnya. Dan daging itu ialah hati". (Al-Hadith)

Hati memainkan peranan yang penting dalam menentukan jenis amalan yang dilakukan oleh manusia. Ia merupakan sumber kepada segala perbuatan yang dilakukan oleh seseorang manusia. Hati manusia akan diperiksa oleh Allah S.W.T. pada hari pembalasan sepertimana yang dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa kamu tetapi Allah melihat pada hati kamu". (Al-Hadith)

Dalam Al-Quran pula, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Pada hari itu tiada bermanfaat harta dan anak-anak kecuali orang menghadap Allah dengan hati yang bersih". (Surah al-Syu’ara 26:88-89)

Ayat tersebut menunjukkan bahawa apa yang akan disoal oleh Allah S.W.T. ialah hati. Ini bukanlah bererti amalan itu tidak penting, tetapi yang akan menentukan sama ada amalan itu akan diterima oleh Allah S.W.T. atau tidak ialah hati itu sendiri.

Hatilah yang akan melahirkan kesempurnaan dalam ibadah. "Daripada hatilah lahirnya khusyu’ dan ikhlas seperti, menghadirkan hati dalam sembahyang semata-mata kerana Allah S.W.T. Sekiranya tidak Khusyu’ maka ibadah seperti sembahyang akan cacat. Hati merupakan tempat wujudnya ketenangan dan kebahagiaan. Mungkin manusia menyangka ketenangan dan kebahagiaan itu terletak pada harta, kekayaan dan sebagainya tetapi sebenarnya ia terletak pada hati.

Pernah berlaku satu peristiwa yang mana terdapat seorang lelaki memarahi isterinya dan dengan cepat mengucapkan ancaman, "Nanti! Saya akan melenyapkan kebahagiaanmu". Isterinya menjawab dengan tenang, "Anda tidak akan sanggup melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana anda tidak sanggup memberi kebahagiaan kepadaku". Kemudian suaminya bertanya, "Mengapa aku tidak sanggup melenyapkan kebahagiaanmu?" Isterinya menjawab dengan penuh keyakinan, "Seandainya kebahagiaanku terletak pada perbelanjaan, tentu anda akan sanggup melenyapkan dan kalau terletak pada pakaian dan perhiasan, tentu anda juga sanggup menahannya, tetapi kebahagiaanku ialah sesuatu yang bukan milik anda dan tidak dapat anda kuasai baik oleh diri anda sendiri atau orang lain". Suaminya bertanya dengan penuh kehairanan, "Oleh itu di mana kebahagiaan?" Isterinya menjawab, "Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku, dan iman itu berada dalam hatiku. Tidak ada orang lain yang boleh menguasai hatiku selain daripada Allah S.W.T."

Dengan ini jelas bahawa kebahagiaan itu terletak pada hati dan bukan kepada hal-hal lain. Tuhanlah yang menurunkan ketenangan dalam hati orang Mu’min supaya makin bertambah keimanannya melebihi keimanan yang sudah sedia ada.

Hubungan Hati dengan Iman dan Amali
Iman ialah kepercayaan yang meresap ke dalam hati dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu serta memberi pengaruh dalam pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. Imanlah yang memberi ketenangan dan kekuatan dalam hati. Orang yang tidak mempunyai iman atau mempunyai iman yang lemah akan menimbulkan suasana keraguan, keluh kesah, gelisah, tidak tenang dan tidak tetap pendiriannya.

Oleh itu amatlah penting iman itu berada dalam hati supaya dengan juga akan timbul keyakinan yang mantap terhadap Allah S.W.T. di samping ‘aqidah Islam itu sendiri. Keadaan ini akan melahirkan individu Islam yang diredhai oleh Allah S.W.T. Orang yang beriman kepada Allah S.W.T. ialah orang yang meyakini akan kewujudan Allah S.W.T. dan memahami akan sifat-sifatNya. Hatinya akan berasa tenang, bertanggungjawab terhadap perbuatannya dan redha terhadap apa yang menimpanya. Contohnya. Orang yang meyakini akan keesaan Allah S.W.T. hingga meresap dalam hatinya akan memberi kesan dari sudut membebaskan dirinyadaripada perhambakan diri pada manusia dan seterusnya membawa kepada perhambaan hanya kepada Allah S.W.T. semata-mata. Dengan hati yang yakin, tidak ada kuasa manusia atau kekuatan yang dapat menghalangnya daripada memperhambakan dirinya kepada Allah S.W.T. Keyakinan yang mendalam terhadap Allah S.W.T. telah menguatkan hatinya sehinggakan dia tidak mahu mengingkari Tuhan yang menciptakannya, semata-mata kerana mengikut hawa nafsu, kehendak manusia dan pengaruh syaitan. Dia akan hanya mengikat dirinya dengan peraturan biatan manusia selagi peraturan tersebut tidak bercanggah dengan peraturan Allah S.W.T. kerana hatinya yakin bahawa hanya Allah S.W.T. sahaja yang berhak disembah dan ditaati. link

bersambung ...
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 [Lirik] Saat Lafaz Sakinah – Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Contest blog paling comel, cantik dan kemas

wah! Tini tag wansiti kat contest ni, jadi.. Referral wansiti bagi contest ni, of course la Cik Tini kita, kan? kan?
Dah jadi follower FARZANA FARZANTO ke-1039 tu... wah..pengikutnya, ramai..ramai .. ngeee
Penyertaan terbahagi kepada ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas
Banner ada kat sidebar bawah tu, scroll-down je lau nak tengok ... ^_^
Tag
Klik sini untuk jenguk ke blog penganjur!
Tarikh tutup: 10 FEB 2011
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Benci lagu Ukays..?!

Pelik la, apa yang menarik sangat dekat post di friendster wansiti yang bertajuk, Benci Lagu Ukays nie.. 
Sampai ada orang yang suka sebut-sebut post ni, ..
Sampai para Spamming pun suka menghantar comment Spam kat sini..
hahaha....terkejut jugak bila tengok inbox..Kenapa yea, awak?
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Saya Gembira! Gendang-gendut Resepi Bijan

Sungguh saya gembira kerana ada juga rezeki dalam banyak-banyak contest GA yang wansiti masuk, ada jugak rezeki hadiah saguhati di situ. Walaupun lambat sedar akan kemenangan sendiri kerana hampir keciwa dengan penyertaan-daku. Terima kasih Tinie di atas peluang memenangi barang sekeping-dua hadiah.

1st GA Tinie (zon2u),14JAN
Buat lawatan ke page penganjur contest di sini

Gembira 2: Perkara lain yang membuat wansiti gembira, kerana kerajinan Bijan menyumbangkan resepi yang pelbagai untuk Ikan Terubuk Masin di laman facebook. Terima kasih yea Bijan :p

Gembira ke-3: Momo jugak telah berjaya wansiti potong kuku-nya setelah lama rancangan-nya, tertangguh. Itu pun setelah penat-main-kejar-kejar dengan dia pusing 1 laman depan flat. Pakcik dan makcik rumah sebelah pun turut-sama menyumbangkan tenaga untuk pujuk dia untuk potong-kuku..hahahar...lawak je Momo. 

Di masa hadapan, wansiti akan belajar potong sendiri kuku-nya, walaupun payah-nak potong kuku Momo berseorangan., lau macam semalam, bila pergi potong di Pet Shop, ada hangus 2,3 ringgit., buat upah kakak kat situ potongkan kuku-nya..

Oh, yea! Terima kasih juga buat Tini untuk award yang comey ni..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Apakah Alkohol (ethanol) Haram?

1. Ethanol (alkohol) tidak sama dengan khamr (arak). Ethanol adalah salah satu bahan kimia yang status kehalalannya sama dengan status kehalalan bahan kimia lainnya di mana sifatnya di dalam bahan pangan tergantung kepada konsentrasinya. Ethanol tidak diminum dalam bentuk asalnya sedangkan khmar adalah sesuatu yang diminum.
gambar sekadar hiasan

2. Khamr adalah segala sesuatu yang diminum yang bersifat memabukkan.Dasarnya adalah hadis "segala sesuatu yang memabukkan itu khamr dan khamr itu haram". Keharaman khamr juga ditegaskan didalam Al Quran surat Al Maidah ayat 90-91.

3. Ethanol ada di banyak bahan pangan seperti buah-buahan, itu sebabnya bukan keberadaan ethanol yang menyebabkan suatu bahan haram, akan tetapi lebih kepada berapa kadarnya. Untuk menetapkan berapa batas kadar ethanol yang tidak diperbolehkan ada di dalam bahan pangan atau minuman maka hadis mengenai jusdapat dirujuk, beberapa hadis tersebut iaitu:

a. "Minumlah itu jus selagi ia belum menjadi keras" . "Berapa lama ia menjadi keras", tanya para sahabat, "Ia menjadi keras setelah 3 hari".

b. Rasulullah biasa menyimpan perasan anggur, pada malam pertama diminumnya,pada malam kedua diminumnya, sedangkan pada malam ketiga perasan anggur tersebut telah berubah menjadi bersifat memabukkan maka Rasulullah membuangnya.

c. Pada suatu ketika seorang sahabat membawakan minuman jus ke hadapan Rasulullah yang akan berbuka puasa, akan tetapi Rasulullah menolak minuman tersebut kerana ternyata telah terbentuk gelembung pada minuman tersebut. (Keterangan: ini tanda telah terjadinya fermentasi alkohol pada minuman tersebut). Dari hadis-hadis tersebut di atas jelaslah jus buah yang mengandungi ethanol/alkohol (pada jus jeruk dapat mencapai 0.15% alkohol) adalah halal, bahkan jus yang disimpan sampai 2 malam itu juga halal, padahal jus yang disimpan pada suhu kamar dan keadaan aerobik jelas akan mengalami fermentasi alkohol yang spontan sehingga kadar alkoholnya meningkat. Pada penyimpanan hari ke-3 jus tersebut telah berubah sifatnya menjadi memabukkan, pada keadaan inilah kadar alkohol ditetapkan menjadi batas di mana suatu minuman menjadi haram hukumnya.

4. Majlis Ulama' Indonesia (MUI) telah memfatwakan bahawa minuman keras adalah minuman yang mengandungi alkohol 1% atau lebih. Jika suatu minuman mengandungi kadar alkohol kurang dari satu persen (<1%) akan tetapi minuman tersebut sudah diniatkan untuk dijadikan minuman yang memabukkan maka statusnya juga haram. Akan tetapi jika minuman tersebut tidak ditujukan untuk dijadikan minuman memabukkan walaupun mengandungi alkohol kurang dari 1% tetap halal sepanjang bukan terbuat dari bahan yang haram atau mengandung bahan yang haram.

5. Kesimpulannya: ethanol itu sendiri tidak haram, sama halnya dengan bahan-bahan kimia lain yang bahkan lebih toksik dari ethanol seperti aseton, kloroform, dll. Keberadaan ethanol di dalam bahan pangan tidak masalah asalkan kadarnya kurang dari satu (<1%). Jika kadar alkohol suatu minuman atau bahan pangan 1% atau lebih maka minuman tersebut statusnya haram. Batas 1% merupakan hasil ijtihad Komisi Fatwa MUI.

Sumber *)Anton Apriyantono : Dosen Pada Departemen Ilmu dan Teknologi Pangan IPB, Auditor LPPOM MUI, Menteri  Pertanian (2004 - 2009) 
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang

Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebuah universiti yang diktiraf oleh kerajaan mempunyai kekosongan jawatan (bukan akademik), mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi serta berbakat untuk memohon jawatan yang kosong:

1. PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

2. TEKNIKAL


Tarikh Tutup Permohonan: 11 February 2011
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Wang Kertas & Perbankan Islam (Ust Zaharuddin)

Ulasan ringkas oleh Ust Zaharuddin dalam masa terhad berkenaan pendirian ulama fiqh sedunia berkaitan penggunaan wang kertas oleh perbankan Islam. Malah juga oleh umat Islam dalam transaksi harian mereka.
Senarai ulama majlis fiqh sedunia yg bercanggah dengan Sheikh Imran Hussain, kesemua mereka mengharuskan penggunaan wang kertas tapi dengan syarat-syarat emas & perak.
http://www.fiqhacademy.org.sa/a3daa/a3_5br.htm

Penerangan di atas adalah selaras dengan rumusan ribuan ulama terulung dunia antara mereka adalah
http://www.aaoifi.com/aaoifi/TheOrganization/AAOIFIStructure/AAOIFIShariaBoard/tabid/71/language/en-US/Default.aspx
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tips buat isteri dari suami 4

30. Bila keluar berkereta:
* Jangan ganggu suami yang sedang memandu (walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita
sendiri boleh memandu dgn baik)
* jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian.
* jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu.
* bersangka baik apabila tersesat jalan.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Jawatan Kosong Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan kumpulan pengurusan dan professional serta jawatan kumpulan sokongan di universiti ini.

1. PEGAWAI KESELAMATAN
2. PENGURUS ASRAMA
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
4. PEGAWAI PSIKOLOGI
5. PEGAWAI FARMASI
6. PEGAWAI DIETETIK
7. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN
8. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
9. JURUPULIH PERUBATAN
10. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
11. PENOLONG PEGAWAI SAINS
12. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN
13. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
14. PENOLONG PENGURUS ASRAMA
15. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
16. PENOLONG AKAUNTAN
17. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
18. AHLI FOTOGRAFI
19. PEREKA
20. PEMBANTU MAKMAL
21. PEMBANTU PERTANIAN
22. PEMBANTU VETERINAR
23. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL
24. PENYELIA ASRAMA
25. TUKANG K 2
26. PEKERJA AWAM KHAS
27. PEMANDU KENDERAAN
28. PEMBANTU AM PEJABAT

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Januari 2011

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Jawatan Kosong Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

1. Editor Pengasuh S41
2. Penolong Juruaudit W27
3. Penolong Pegawai Tadbir N27
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
5. Penolong Pegawai Penerbitan S27
6. Juruteknik Komputer FT17
7. Juruteknik Landskap J17
8. Pembantu Tadbir (P/O) N17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Januari 2011

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Jawatan Kosong Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

If you are interested in joining us and working at PNMB, check this page regularly where details of job opportunities will be posted from time to time.

1. MANAGER (HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT)
2. IT PROGRAMMER
3. MANAGER (LEGAL & SECRETARIAL)


Closing Date: 6 February 2011

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 [Lirik] Never Knew I Needed - Neyo

(ooh) for the way you changed my plans
for being the perfect distraction
for the way you took the idea that i have
of everything that i wanted to have
and made me see there was something missing (oh yeah)
for the ending of my first begin
(ooh yeah yeah)(ooh yeah yeah)
and for the rare and unexpected friend
(ooh yeah yeah)(ooh yeah yeah)
for the way you're something that i never choose
but at the same time something i don't wanna lose
and never wanna be without ever again (oh oh)

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cabaran Tonton & Menang RahsiaNuffnang.Com

Nak kongsi 1 ruangan yang menarik yang wansiti terjumpa.. meh la join, sempat lagi ni, sebelum tarikh tutup pada 19 Feb 2011
1. Klik link berikut ==> http://rahsianuffnang.com/videokhas.html
(untuk menonton Video khas yang telah disediakan untuk anda)

2. Komen dalam ruangan yang disediakan...
(komen yang terbaik bakal berpeluang memenangi hadiah yang lumayan!)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Dakwaan “Surat Palsu” , YDP MPMUM Tiada Pendirian

Isu kenaikan harga barang 4 dalam 1 hari ini mendapat tentangan hebat dikalangan rakyat Malaysia.Terutama dikalangan mahasiswa menyatakan rasa tidak puas hati terhadap isu penindasan rakyat kita.

Turut sama bersetuju dengan bantahan ini YDP MPMUM sesi 2009/10, saudara Khairul Anuar Abu Kassim dalam pernyataan beliau dalam malaysiakini dibawah tajuk artikel “Lagi Pelajar Bantah Kenaikan Harga Barang”

Namun begitu yang menghairankan, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya mendakwa artikel tersebut adalah satu ‘surat palsu’ yang direka.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Prof. Dr. Azali Tidak Sambung Kontrak

Salah satu peristiwa penting yang turut berlaku sepanjang tahun 2010 ialah kedudukan Prof. Dr. Azali Mohamed yang tidak menyambung kontraknya sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP). Beliau digantikan oleh Prof. Dr. Fauzi Ramlan yang sebelum ini dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi.

Prof. Azali dilantikkan sebagai TNC HEP pada 16 Mei 2004. Perlantikannya dibuat dalam suasana yang penuh kontroversi. Ini kerana, perlantikan beliau didakwa dibuat kerana hubungan rapatnya dengan Menteri Pengajian Tinggi waktu itu. Sekaligus, ia menafikan kedudukan Prof. Dr. Fauzi Ramlan yang sepatutnya memegang jawatan tersebut. Sebagai ganti, Prof. Dr. Fauzi Ramlan telah dipinjamkan ke Kepenterian Pengajian Tinggi.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 JIPABAN

Adakah sahabat sekalian familiar dengan Jipaban? Masih tertanya-tanya apakah itu Jipaban? wansiti nak bercerita tentang lagi satu iklan Nuffnang yang ditempek di sini malam ni. Klik sini, untuk melawat ke laman rasmi Jipaban. Memang betul la.. Nuffnang suka iklan waktu-waktu tengah malam ni. Pendek kata, waktu peak iklan adalah time sebelum fajar menjelma.. ceewah!~berpuitis cikiiit..
Ini adalah iklan Jipaban ni laman sesawang wansiti
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Kuasa Cinta

Oleh : Haslinda Lukman (Panel Penulis JAKIM)
Pendahuluan
Rasulullah SAW bersabda : “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit “ (Riwayat Tabrani)

Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : “Kami semua pengasih” Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia”. (Riwayat Tabrani)

Erti Cinta
“Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!” (Jalaluddin Rumi).

Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.

Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata kerana mencintai-Nya. Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'

Pengurusan Cinta
Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!

Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata. Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!

Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
“Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)

Bukti Cinta 
Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pencinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.

Ramai yang mengaku mencintai Allah, dan sering mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan. Contohnya ketika Allah menguji cintanya, dengan memisahkannya daripada apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya. Ketika Allah memisahkan seorang gadis daripada kekasih hatinya, selalunya sang gadis itu akan lemah, lesu, sedíh. kecewa dan terbaring sakit. Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan.

Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk ke hospital sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian daripada Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justru cintanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya. Itu semua adalah bentuk cinta palsu. Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya pada Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya.

Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.

Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)

Cinta Allah 
Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.

Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.

Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.

Kasih sayang penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah. Kasih kepada seorang saudara mencegahnya daripada menderhakai Allah, sayang dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Itulah kasih sayang yang sejati.

Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang. Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia, kerana ia mengundang azab Allah.

Penutup
1.Hidup dalam berkasih sayang membawa kepada keamanan masyarakat.
2.Cinta dan kasih sayang merupakan motivasi paling hebat dalam diri manusia.
3.Tanpa kasih dan sayang hidup tidak bermakna dan bahagia.
4.Suburkan kasih sayang sesama manusia dengan mengamalkan segala yang diredhai Allah. sumber

Rujukan :
* Tafsir Pimpinan al Rahman
* Terjemahan Hadis Bukhari dan Muslim
* Cinta Allah, Ibnu Qayyin al Juzyiah
* 55 Petua Orang Berjaya, Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmadi Fadzli Yusof, PTS Millennia sdn bhd
* 12 Peribadi Cemerlang, Yusuf al Qaradawi Blue T Publication
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Bumi Sarawak (Hari Ke-2)

Bismillah.. .
Hari ni, wansiti bersiaran dari bumi Sarawak, untuk pendaftaran training Kak Long Fairuz di IPG Tun Abdul Razak, Samarahan.
Semoga segalanya berjalan lancar.. 
Insya-Allah
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

3 Contest & Giveaway Special From Denmark


Kemas-mengemas menanti Abah, Umi dan Kak Long Fai-ku,
Si  Shiro Momo bulus pun turut sama membantu menyapu,
Nasi ayam, menu yang akan-ku hidang keluarga-ku,
Godek-godek BW tersesat ke blog Dari Kelate ke Copenhagen, wow! terpaku-ku di situ,
Maklumlah hadiah dari Denmark tu, nok g sdri, ambo dok mampu,
Boleh-ku berharap buoh tangey Dari Kelate ke Copenhagen, barang serba-satu?

Mood baik ler hari. Kenapa? Bakpo eah? hahaha... sebab tengah tunggu abah, umi dan Kak Long sampai dari Qlatey petang nie bekali gak. Sambil-sambil detaw ayam mentah tu, jenguk-jenguk blog yang di buka dari link ini semalam. wahahaha..tak sabar nak masak nasi ayam niey. Lapar sudaaa~ itu la pagi tadi, bukannya nak bawak keluar ayam awal-awal, aisyh!

Ambo dok reti sangat nok pattung niey, aisey.. sejak sekoloh dulu, puah duk mmukul & duk matching-matching pembayang dan ayat maksud tuh.. dan setiap kali ada pemantun yang boleh balas pantun dalam masa singkat, maka timbullah keKAGUMan-ku di situ.. okey, penganjur Dari Kelate Ke Copenhagen x mau post panjang-panjang. Oleh itu terhasil lah pantun mengenai blog Dari Kelate Ke Copenhagen kat atas tu.. enjoy!

p/s: Suka design banner dia.. comey laaa.. lagu mano buat yea? hahaha, napok sangat wansiti bukan seorang yang kreatif maaa
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 Google’s URL Shortener

Google baru saja mengeluarkan web dengan jenis yang berbeza dari sebelumnya iaitu url shortener. Url shortener atau yang kita kenal dengan sebutan penyingkat url, biasa digunakan untuk merubah atau mempersingkat url yang panjang dan mungkin cukup rumit untuk diingati. Masukkan url, kemudian klik “Shorten” dan url baru sudah siap digunakan.
Namanya adalah Goo.gl dan menurut Google memiliki beberapa keunggulan dibandingkan layanan url shortener lainnya yang sebenarnya sudah banyak beredar di internet. Berikut ini adalah kutipannya :


There are many shorteners out there with great features, so some people may wonder whether the world really needs yet another. As we said late last year, we built goo.gl with a focus on quality. With goo.gl, every time you shorten a URL, you know it will work, it will work fast, and it will keep working. You also know that when you click a goo.gl shortened URL, you’re protected against malware, phishing and spam using the same industry-leading technology we use in search and other products.
Setelah mencubanya saya rasa memang layanan yang satu ini berbeza dari layanan url shortener lainnya. Bagi kawan-kawan yang mempunyai url panjang dan cukup rumit boleh cuba link dari google ini. sumber

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Hair CUT+WASH+BLOW DRY by a Senior Stylist at Ivan & Max at Damansara Perdana

Iklan dari Nuffnang yang baru wansiti terjumpa hari ni ditempek di blog wansiti. Adeh, punya la bukan main sibuk lagi menguruskan pemergian wansiti ke Sarawak esok hari. Menarik jugak iklan ni, sekali imbas seperti iklan yang selalu duk promot bawak youthsays.com tu. Tetapi dah lama tak iklan macam tu disebabkan beberapa faktor dan masalah teknikal. Sebenarnya iklan di youthsays ni menarik jugak, tetapi agak sensatif dan anda yang menyertai Nuffnang perlu berhati-hati dengan cara promosi anda. Supaya tidak diblock oleh mereka-mereka ini.

Ini adalah rupa iklan Nuffnang yang berada di blog wansiti sekarang.
RM30 instead of RM70 
for CUT+WASH+BLOW DRY by a Senior Stylist at Ivan & Max, 
Damansara Perdana
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 I Believe: Part 2

I Believe... 
That just because two people argue, 
It doesn't mean they don't love each other. 
And just because they don't argue, 
It doesn't mean they do love each other. 
I Believe... 
That we don't have to change friends 
If we understand that friends change. 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 SEMAKAN TAWARAN KURSUS PERGURUAN

Semakan Tawaran Kursus Perguruan, J-Qaf
SEMAK SEKARANG! (klik untuk pautan terus ke semakan)

Petang Isnin (17 Jan) semasa wansiti duk sibuk-sibuk duk mengacau sambal atas dapur untuk lauk makan malam dan juadah buka puasa kami serumah, wansiti di kejutkan dengan deringan telefon dari abah. Biasa la mula-mula, bila angkat telefon, memang sah-sah kena marah. Sebab apa?

Sebab itu adalah deringan ke-3 dari abah, selepas 2 kali misscall, ngeeh~
tak sengaja, tengah sibuk kat dapur, pas tu, dah jadi tabiat, bila kat dapur tu, suka benar pasang mp3. kuat-kuat kat laptop., hambek ko...~ =p
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 Memahami Penyakit Strok

Oleh : Mazira Mohamad Ghazali (sumber)
 Strok (angin ahmar) merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan gangguan bekalan darah ke bahagian-bahagian otak yang mengakibatkan bahagian tersebut tidak mendapat cukup oksigen. Biasanya penyakit ini menyerang seseorang secara tiba-tiba sehingga boleh menyebabkan kematian ataupun lumpuh separuh badan. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan strok. Faktor ini terbahagi kepada dua jenis iaitu faktor yang tidak boleh diubahsuai seperti usia yang lanjut dan jantina manakala faktor yang boleh diubahsuai di antaranya ialah tekanan darah tinggi, tabiat merokok, paras kolesterol yang tinggi, obesiti dan pengambilan alkohol.

95% daripada semua serangan strok melibatkan mereka yang berusia 45 tahun ke atas dan 2/3 strok berlaku di kalangan mereka yang berusia melebihi 65 tahun. Dengan peningkatan faktor usia, risiko seseorang menemui ajal sekiranya diserang strok juga turut meningkat. Walaubagaimanapun strok boleh menyerang pelbagai peringkat umur termasuk janin. Faktor jantina juga memainkan peranan yang penting; iaitu kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan kaum wanita yang putus haid (menopaus). Sesetengah pendapat juga mengatakan bahawa lelaki mempunyai kemungkinan 1.25 kali ganda lebih berisiko untuk diserang strok berbanding wanita. Walaubagaimanapun, 60% punca kematian yang diakibatkan oleh strok berlaku di kalangan wanita.
 Tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi merupakan faktor risiko yang penting yang boleh diubah dan dikawal melalui pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Merokok pula boleh menyebabkan kerosakan pada jantung yang disebabkan oleh pembentukan plak pada salur darah. Obesiti atau kegemukan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit strok. Pengenalpastian obesiti adalah dengan menilai Indeks Jisim Tubuh (BMI) iaitu berat badan (kg) ÷ ketinggian (meter)2. Pengambilan alkohol yang berlebihan turut menyumbang kepada penyakit ini.
           
Strok boleh dikategorikan kepada dua iaitu iskemia (salur darah tersumbat) dan strok pendarahan. Strok iskemia lebih cenderung berlaku ke atas individu yang berusia 60 tahun ke atas. Ianya terjadi apabila salur darah ke otak tersumbat yang menyebabkan aliran darah menjadi perlahan dan gumpalan akan terbentuk serta ianya menghalang pengaliran darah ke otak. Hampir 80% daripada strok adalah strok iskemia. Manakala strok jenis pendarahan adalah jarang berlaku iaitu antara 15-20%. Ianya adalah sejenis strok yang terjadi apabila salah satu daripada salur darah di dalam otak pecah atau berdarah. Ianya lebih berbahaya dan boleh menyebabkan ajal serta peluang pemulihan sepenuhnya agak tipis.
Hasil daripada kajian yang dijalankan, lemak LDL adalah berlebihan di dalam pesakit strok yang menyebabkan ianya melekat pada dinding salur darah dan akan menyempitkan saluran darah tersebut yang menyumbang kepada strok. Paras kolesterol yang normal sepatutnya tidak melebihi 5.2 mmol/L atau 200 mg/dL.

Rawatan untuk penyakit ini adalah bergantung kepada faktor penyebabnya. Walaubagaimanapun, mendapat terapi rehabilitasi adalah kemestian bagi pesakit ini. Jurupulih anggota dan juga jurupulih pertuturan akan membantu pesakit untuk “mempelajari semula” fungsi-fungsi yang telah hilang dan pesakit harus bersedia untuk menghadapi sesuatu yang tidak dapat dipulihkan.

Terdapat kajian yang melibatkan eksperimentasi menggunakan agen vasodilasi, ubat yang mengembangkan salur darah dan meningkatkan pengaliran darah ke otak. Ubat vasodilator ini sudah lama digunakan bagi merawat banyak jenis penyakit, termasuklah penyakit jantung. Penyelidik berharap dapat membantu rehabilitasi mangsa strok dengan meningkatkan pengaliran darah ke otak. Malangnya, buat masa ini kejayaannya adalah terhad, mungkin kerana ianya tidak diberi lebih awal sebaik sahaja pesakit mendapat strok.

Kajian-kajian asas juga memfokuskan kepada aspek genetik strok dan faktor risiko strok. Satu bahagian kajian melibatkan genetik adalah terapi gen. Ianya dilakukan dengan memasukkan gen bagi protein yang dikehendaki ke dalam sel badan.

Pencegahan merupakan satu faktor kesihatan awam yang penting. Oleh itu kita haruslah mengawal pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menghindari daripada strok.

Catatan : // Rencana ini disumbangkan oleh Pegawai Sains di Jabatan Neurologi USM merangkap Penulis Sains Malaysia

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger