Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

0 Fahami Tugas Saintis

Posted: 31 Jul 2010 11:04 PM PDT (sumber)

Oleh : PROF DR. RAUZAH HASHIM


Jabatan Kimia, Universiti Malaya [ http://www.kimia.um.edu.my/]


Selepas kemunculan satu artikel yang ditulis oleh Zalina Yahaya dalam Utusan Malaysia 12 Mac 2002 berjudul Saintis Perlu Tampil, ramai saintis kini diberi peluang menulis di media. Saya berpandangan lebih optimistik. Banyak persamaan di antara dunia sains dan media atau saintis dan wartawan.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 S.O.L.A.T.

 SYARAT-SYARAT SOLAT
  • Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.
SYARAT WAJIB SOLAT
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 Mengertikah?




Minggu dan minggu yang memenatkan, hidup yang teratur

Makin tak terurus dan teratur. Emosi berpecah dan berkecai
Siapa yang diturut?
Siapa yang dijaga hatinya?
Makin pecah dan kusut 
Minda dan otak cuba menyusun
Cuba mengutip cebis-cebisan yang berterabur
Sikit, sikit dan sikit
Kukutip dan cuba kususun
Sambil kusemak kembali
kemaskah perjalanan yang telah dilalui 2,3 detik 
2,3 minggu
2,3 bulan ini?
Kemaskah diri? Kemaskah?
huuuuh..
Keluhan dilemparkan, Minda makin serabut,
Otak makin penat,
Kepala sudah pening~
Yea, pening..
Pening bila otak ingin memenuhi tuntutan yang perlu dilakukan,
tapi hati memberontak,
memberontak,
kerana jasad ingin melakukan perkara yang diingini..
Usah mengeluh,
Usah mencari salah,
menunjukkan jari-jari dan perhatian kepada salah yang lain,
Kerana akhirnya semua kembali pada diri ini juga.
yea...
Mengertilah wahai diri..~

- Wan Siti -
18 Syaaban 1431 bersamaan dengan 30 Julai 2010

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Rungutan lagi....

"I don't like institute"
He  meant the environment in it..
The statement that's come out from a foreigner about the environment in the institute.
Well, apa yang boleh saya kata.. Itu adalah pendapatnya selaku seorang pelajar yang mengalami suasana yang berlainan antara di fakulti dan juga institut. 

Sudah lama perkara ini terjadi. Jika dulu,
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tiada lagi Google di China & Sejarah Google

Posted: 28 Jul 2010 10:34 PM PDT (sumber)

Oleh Mohd Faizal Aziz
Pada 12 Januari 2010, gergasi enjin carian internet terkemuka di dunia Google telah mengumumkan bahawa mereka telah menjadi mangsa kepada serangan penggodam yang sofistikated dari China. Berdasarkan laporan siasatan yang dikemukakan oleh bahagian operasi keselamatan Google, antara yang menjadi serangan ialah perkhidmatan emel mereka iaitu Gmail. Menurut laporan, berpuluh-puluh akaun Gmail yang dimiliki oleh kumpulan hak asasi manusia di China telah diceroboh oleh pihak ketiga menggunakan kaedah ’phishing’ dan meletakkan perisian rahsia ’spyware’ di dalam komputer mangsa menggunakan teknik penggodaman terkini. Google dalam kenyataannya mengingatkan bahawa mereka tidak akan tunduk dengan polisi penapisan kandungan internet negara China. China sebelum ini terkenal dengan ketegasannya membendung kebangkitan kumpulan-kumpulan Hak Asasi Manusia dan anti demokrasi di negara mereka yang bergiat aktif melalui medium internet.

Google kemudiannya bertindak balas dengan mengancam untuk menutup operasinya di China sekiranya China tidak melakukan sesuatu untuk menangani serangan siber tersebut. Isu ini menarik perhatian Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton dan memberi maklumbalas dengan memberi amaran kepada China yang menyekat kebebasan maklumat di internet. Pada bulan Mac yang lalu, Google akhirnya mengotakan janjinya untuk mengeluarkan portal berbahasa cinawww.google.cn di China dengan mengalihkannya ke Hong Kong dengan alamat baru www.google.com.hk.

Google dihasilkan pada tahun 1996 oleh dua pelajar dari Stanford Univerisity iaitu Sergei Brin dan Larry Page untuk projek penyelidikan PhD mereka. Melihat kepada potensinya untuk dikembangkan menjadi projek enjin carian internet peringkat komersil, mereka berdua nekad untuk menubuhkan syarikat yang dikenali sebagai google. Google berasal dari perkataan googol dalam istilah matematik yang bermaksud nombor besar bermula dengan nombor satu dan diikuti dengan seratus nombor kosong di hujungnya (10100). Google berkembang pesat sejak tahun 1998 dan membuka pusat operasinya yang diberi nama Googleplex di Mountain View California. Selepas beberapa tahun beroperasi, syarikat enjin carian internet terbesar di dunia tersebut mula mengorak langkah dengan membuka beberapa pusat operasinya di luar Amerika.

Google mula bertapak di negara China pada tahun 2005 apabila bekas eksekutif Microsoft iaitu Kai Fu Lee dilantik mengetuai operasi Google di negara komunis tersebut selepas melepaskan jawatannya sebagai ketua operasi Microsoft Research Asia yang dipegang olehnya sejak 1998. Pada tahun 2006, Google mula beroperasi secara meluas di China, namun begitu parti pemerintah di China meletakkan beberapa syarat untuk syarikat gergasi itu beroperasi. Antara syarat ketat yang dikenakan ialah mengehadkan hasil carian melalui penapisan kandungan maklumat yang diperolehi melalui Google. Tindakan China itu memberi kesan kepada kebebasan maklumat yang dicanang oleh Google melalui misinya yang jelas iaitu ’untuk menyusun dan mengemaskinikan maklumat di dunia’. Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan, akses terhadap carian menggunakan google boleh diperolehi sehingga 90% di China dan beberapa perkhidmatannya dinafikan di sana bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Negara Tembok Besar tersebut.

Bagi kebanyakan golongan muda dan berpendidikan di China, mereka melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Google untuk mengalihkan operasinya dari China ke Hong Kong. Bagi mereka, google masih merupakan enjin carian internet terbaik di dunia setakat ini walaupun China sendiri memiliki enjin carian mereka yang terkenal iaitu Baidu (www.baidu.com). Selain berfungsi sebagai enjin carian, google juga menawarkan pelbagai produk yang sangat berguna kepada pengguna seperti perkhidmatan emel (Gmail), pengurusan dokumen (GoogleDocs), kalendar (Google Calendar), perkhidmatan weblog (blogspot), layanan video(YouTube)GoogleMapsGoogle Earth dan yang terbaru Google Buzz. Bagi golongan profesional, perkhidmatan yang ditawarkan oleh google sangat membantu dalam pengurusan kerja dan kehidupan mereka seharian. Langkah China berkonfrontasi dengan Google memberi ketidakselesaan dan kekecewaan kepada mereka.

Di sebalik kekecohan isu penarikan balik perkhidmatan Google China dan ketegasan Republik Rakyat China mengawal kandungan maklumat internet terdapat beberapa analisa yang patut direnungi. Antaranya ialah dalam soal mengekalkan kestabilan sosial di China yang kini banyak dipengaruhi oleh lebuhraya maklumat di internet. Oleh yang demikian, menurut akhbar utama di China kerajaan perlu meletakkan sempadan tertentu dalam usaha mengawal kebebasan yang keterlaluan yang akhirnya boleh menggugat kestabilan parti pemerintah. China juga berpendapat adalah perlu untuk menentukan di mana dan bagaimana untuk meletakkan tempat pemeriksaan dalam lebuhraya maklumat yang sentiasa sesak. Selain itu google juga perlu bertanggungjawab dalam strategi bisnes serampang dua mata mereka iaitu antara mengurus dan menyediakan maklumat serta menghormati pendirian negara lain.

Catatan :// Artikel ini tersiar di sisipan ESTIDOTMY dalam Utusan Malaysia April 2010
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tip Hari ini: Fikir Positif 7 hari



Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkalifikiran negatif akan hadir dalam minda kita.


Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.


Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif.


Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!


Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?


Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).


Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.


Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.


Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.


Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!
  
-Dr Irfan Khairi
Kuala Lumpur
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tuition Fees

TO ALL GRADUATE STUDENTS 
Kindly be informed that:
  1. a student who fails to pay the tuition fees by July 23, 2010  will be dropped from his/her study. A reinstatement fee amounting to RM600.00 will be imposed if the appeal to reactivate is approved. (Please refer to item 23(ii-b) and 32 in UNIVERSITI PUTRAMalaysia (GRADUATE STUDIES) RULES 2003 [REVISION 2009]),
  2. a student who wants to pay the tuition fees using the KWSP, please do it at the beginning of the semester to avoid being dropped from his/her study. Please give a copy of the application for KWSP to the Student Financial Section at Pejabat Bendahari as evident.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Senarai Tahap Universiti Berdasarkan SETARA 2009

Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 (SETARA ‘09) MQA mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Ijazah Pertama bagi universiti dan kolej universiti (U & KU) di Malaysia (sumber).

Instrumen SETARA ’09 meliputi tiga dimensi generik iaitu input, proses dan output untuk menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dimensi input menerangkan bakat, sumber dan governan. Dimensi proses menumpukan kepada kurikulum dan dimensi output ke atas kualiti graduan.
SETARA 2009
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)
Kementerian yang dilawati hari ini adalah,



Background
The Department of Statistics Malaysia was established in 1949 under the Statistics Ordinance 1949 and was then known as Bureau of Statistics. The statistics produced then was limited to external trade and estate agriculture.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 7 things to stop doing now on Facebook

Using a weak password

Avoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix upper- and lower-case letters, numbers, and symbols. A password should have at least eight characters. One good technique is to insert numbers or symbols in the middle of a word, such as this variant on the word "houses": hO27usEs!

Leaving your full birth date in your profile ...

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Niat: Menulis kerana ... ?

Menulis Untuk Apa? (sumber)
Apa yang kita mahu sampaikan dalam tulisan kita dan ke mana kita hendak bawa pembaca melalui tulisan itu?

Ini soalan paling asas yang patut ditanyakan oleh seorang penulis Islam pada dirinya sebelum mula menulis. Persoalan ini adalah antara yang dikongsi oleh Sdr Hilal Asyraf dalam bengkelnya di GISB pagi ini, ketika menekankan perlunya penulis Islam berbeza daripada penulis bukan Islam.

Bagi Sdr Hilal Asyraf, fiksyen Islami bukan dilihat pada karya itu saja tetapi juga pada diri penulisnya, kerana diri penulis dan hasil karyanya mestilah selari. Apabila menulis, seorang penulis Islam mestilah berusaha mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya sebagaimana yang disarankan dalam tulisannya. Oleh itu, selain tulisan itu diniatkan untuk mengubah pembaca ke arah kebaikan, diri penulis juga ikut berusaha ke arah itu.

Menurutnya, fiksyen Islami bukan sekadar karya yang banyak menyebut nama Allah dan mengajak kepada kebaikan, tetapi juga karya yang lahir hasil daripada usaha penulisnya mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan.

Seorang Islam mesti menjadikan seluruh kehidupannya sebagai ibadah. Maka beliau menyarankan agar penulis Islam sentiasa mengajak pembaca kepada Allah dan syariat-Nya melalui tulisannya, kerana di situlah nilai ibadah pada kerja menulis.

Bagi beliau, adalah rugi bagi seorang penulis Islam yang menghasilkan karya 'Islami' tetapi niatnya menulis hanya untuk mendapatkan ganjaran wang. "Memang duit itu perlu, tetapi jangan jadikan duit matlamat utama dalam menulis. Kalau kita tidak niatkan untuk duit pun, kita akan dapat duit apabila kita dibayar royalti. Tetapi kalau niat kita memang untuk duit, hanya duitlah yang kita dapat," katanya.

Dalam menghadapi cabaran untuk menulis, penulis Islam dan penulis bukan Islam sama-sama akan menghadapi cabaran. Tetapi, katanya, mungkin bagi penulis Islam, cabarannya lebih lagi. Bagaimanapun, jika seorang penulis itu sudah murni niatnya, dia akan mampu menghadapi cabaran itu. Misalnya, dia tidak akan putus asa dalam menulis walaupun tulisannya dikritik atau dirasakan tidak akan mendapat ganjaran wang yang banyak, kerana dia jelas akan niatnya menulis. Beliau memberi contoh Habiburrahman El-Shrazy, yang telah menghasilkan 200 cerpen sebelum menulis novel Ayat-ayat Cinta yang menjulang namanya.

"Kalau dia putus asa setelah menulis 199 cerpen kerana namanya tidak dikenali, sudah tentu tidak akan lahir Ayat-ayat Cinta."

Bengkel dihadiri oleh 14 orang peserta. Bengkel ini adalah bengkel Sdr Hilal yang kedua bersama GISB. Bengkel selepas ini akan diadakan di Alor Setar pada 22 dan 23 Julai, insya-Allah.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Dr. Danial contohi ulama tersohor

FENOMENA golongan profesional menulis buku agama dan dakwah secara tidak lansung menjadi faktor semakin ramai yang mengunjungi pesta dan jualan buku di mana sahaja.


Dr. Danial Zainal Abidin, satu lagi nama yang cukup terkenal kerana usaha-usaha beliau yang tidak pernah putus menulis buku mengenai Islam. Beliau merupakan seorang doktor perubatan yang mempunyai klinik di Gelugor, Pulau Pinang. Sebenarnya, negara mempunyai ramai lagi kalangan profesional yang juga bergelar ustaz. Malah ramai di kalangan mereka ini menulis untuk tujuan dakwah.

Selain doktor perubatan seperti Danial nama-nama seperti Muhammad Alexander (Perancang Bandar), Zulkifli Khair (Pakar Motivasi), Abdul Latip Talib (bekas Pengurus Felcra, Shamsuddin Kadir (Akauntan), Amran Yunus (Jurutera), Norhayati Bakri (Jurutera) dan Aswanizam Alias (Jurutera Eletrik) adalah antara kalangan profesional yang menulis untuk tujuan dakwah. Penglibatan mereka ini mendedahkan kehebatan dan mengagungkan Islam. Seorang lagi penulis muda yang menceburi penulisan novel Islam ialah Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib, 26, yang menghasilkan novel sulungnya, Denyut Kasih Medik.

Jika Farhan Hadi menulis novel, Danial memilih menulis pelbagai topik menarik mengenai Islam yang memberikan motivasi dan kesan kepada pembaca. Apabila penulis membaca karyanya - Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammadyang diulang cetak kali ke-10 menambahkan keyakinan umat Islam tentang kerasulan Nabi Muhammad. Sebabnya, baginda ada disebutkan dalam pelbagai kitab agama yang ada di dunia ini; Injil, Vedas, Purana dan Maitreya.
Ini cukup mengagumkan kerana selain tugas hakiki merawat kecederaan fizikal, Danial juga 'merawat' penyakit dan kesakitan yang ditanggung daripada aspek rohani umat Islam.

"Saya menulis buku-buku dengan menjadikan al-Quran sebagai asas sambil disokong oleh pelbagai fakta akademik, sains sehinggalah sejarah. Ini bagi merawat kebanyakan kita yang pada hari ini ditimpa penyakit kronik berkaitan dengan kerohanian, cara berfikir, sikap dan cara hidup," katanya.

Medan terbaik Graduan perubatan Universiti Iskandariah, Mesir itu mula-mula menulis kerana dirangsang petikan ayat al-Quran surah ali-'Imran, ayat 110 yang bermaksud: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.

Ayat itu merangsang beliau mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kepada diri dan juga masyarakat dengan bertunjangkan iman. "Penulisan merupakan antara medan yang baik untuk menyebarkan konsep ini. Apabila kita menulis kita sedang memelihara ilmu dan sejarah. Tanpa penulisan, ilmu dan sejarah akan hilang," kata bapa kepada lapan anak itu.

Lebih-lebih lagi beliau mendapati ramai ulama Islam yang tersohor menyebarkan kebenaran dan ilmu melalui penulisan.
Sebagaimana Imam al-Ghazali menghasilkan 57 karya, mengikut Imam As Subki dalam Thabaqat Asy Syafi'iyah dan Imam Syafie pula menghasilkan 174 kitab. 
Pencapaian Danial yang kini telah menulis dan menghasilkan 10 buku boleh dianggap mengagumkan di sebalik kesibukan tugas sebagai doktor. Terkini empat buku beliau telah dilesenkan untuk pasaran Indonesia, iaitu Empayar Minda Muslim, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, 7 Formula Inividu Cemerlang dan Tip-tip Cemerlang Daripada Quran. Ini satu penanda aras yang baik bagi menunjukkan usaha beliau itu telah mula mendapat pengiktirafan pihak luar. Beliau yang juga Pengarah Urusan Syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. adalah kolumnis Ruang Islam dan Sains di Majalah I (Karangkraf) dan Majalah Kosmik (Dewan Bahasa dan Pustaka) yang diminati para pembaca.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Menulis kerana isteri

Oleh SITI AINIZA KAMSARI sumber

Pasangan ideal, Dr. Farhan Hadi dan isteri, Fatimah Syarha bersama-sama buku-buku hasil penulisan mereka.






FENOMENA Ayat-ayat Cinta yang dicetuskan oleh penulis dari Tanah Seberang, Habiburrahman Al Syirazy pada tahun 2004 benar-benar luar biasa, malah sehingga hari ini masih terasa.

Kini semakin ramai penulis yang mengambil pendekatan novel Islam sebagai satu tarikan kepada pembaca. Walaupun berkelulusan ijazah sarjana dari Universiti Al Azhar, Mesir namun semua itu bukan penghalang Habiburrahman melahirkan Ayat-ayat Cinta, sebuah novel Islam yang meledak jualannya di Indonesia dan Malaysia.

Fenomena itu tercetus tentu sahaja kerana tujuan yang satu, iaitu dakwah, supaya Islam itu dilihat dengan lebih indah. Sekalipun bercinta tetapi suasananya mestilah dengan syariat yang terjaga. Soalnya, bagaimana mereka yang tidak berlatarkan pendidikan dan kerjaya agama mampu melahirkan karya atau lebih tepat buku dalam pelbagai genre untuk tujuan dakwah.

Seorang doktor muda, Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib, 26, misalnya turut mencetuskan fenomena yang sama apabila menghasilkan novel Islam iaitu Denyut Kasih Medik terbitan Telaga Biru. Jika dihayati novel ini hingga noktah terakhir, novel ini nyata mempunyai serampang dua mata! Ia bukan sahaja memartabatkan tugas seorang doktor yang sangat menjaga syariat Islamnya. Namun sebagai insan yang normal, seorang doktor juga melalui zaman percintaan namun tetap indah apabila, percintaannya itu disulami dengan syariat. Maka hasilnya, suatu percintaan yang sejati untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang sakinah, mawaddah wal rahmah (tenang dan dilimpahi kasih sayang).

Cubaan pertama yang cukup menjadi. Farhan sendiri tidak menyangka dia akhirnya berjaya menghasilkan sebuah novel di sela-sela kesibukan tugasnya hakikinya di Klinik Kerajaan di Bagan Terap, Sabak Bernam. Dalam tempoh enam bulan sahaja lahirlah novel sulungnya itu setebal 390 muka surat. Dikatakan kini jualannya menjangkau 10,000 naskhah dan sedang dalam perancangan untuk cetakan kedua. Novel itu mesti dimiliki dan dibaca kerana ia tidak sekadar sebuah cerita mengenai seorang doktor pelatih (houseman) yang setiap hari ada sahaja dugaan dan cabaran. Namun, termuat di dalamnya pelbagai mutiara kata, dalil-dalil, maklumat ringkas sehinggalah tip mencari jodoh bagi wanita (muka surat 215).

Secara peribadi antara yang sangat menarik yang boleh diambil daripada buku ini adalah mengenai amalan minum air selusuh yang kononnya untuk memudahkan bersalin. Andai tidak diminum air itu maka sukarlah seseorang ibu melahirkan anak sedangkan amalan itu sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya komplikasi kepada si ibu apabila dia akan bersalin terlalu awal dari tarikh yang dijangka. "Saya tidak ada pengalaman menulis sebelum ini. Apatah lagi menulis fiksyen atau novel. Yang lazimnya, pasti sesuatu yang sangat mustahil bagi seorang doktor. "Sedangkan kita mempunyai ramai doktor di negara ini, yang telah lebih lama bertugas dan menjadi seorang yang sangat pakar tetapi untuk mereka menulis novel, tidak akan pernah terlintas di fikiran," kata Farhan.

Bagi beliau, segala-galanya bertitik tolak daripada galakan isteri, Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Si isteri seperti yang dikenali umum, seorang novelis yang prolifik dengan pendekatan penulisan sastera Islam yang mencuit hati remaja. Fatimah Syarha tidak sahaja dapat mencium bakat suami tetapi membantu memupuk bakat yang ada supaya ia diketengahkan. Berkecimpung dalam minat yang sama bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan malah ia dijadikan usaha menjalankan tanggungjawab berdakwah melalui novel.

"Fatimah memang banyak membantu saya atas kesedaran kami bersama supaya liku-liku kehidupan seorang doktor dirakamkan dalam bentuk novel."
"Walaupun pada mulanya satu gurauan apabila Fatimah mengusulkan saya menulis novel tetapi dengan bantuannya, perkara yang dianggap mustahil akhirnya terbukti dapat dihasilkan. 
"Benar, apabila seseorang itu merasakan dia lebih rela meratakan sebuah bukit, berbanding di suruh menulis novel," katanya sambil tersenyum.

Apabila Farhan telah menemui rentak untuk menulis maka yang beliau perlukan kini adalah istiqamah walaupun menyedari masa 24 jam sehari seakan tidak cukup "Sekurang-kurangnya dalam sehari, sejam mesti diperuntukkan untuk menulis. Malah dengan kesempatan menulis itulah saya mengisi masa rehat dan melepaskan lelah bekerja," katanya.

Walaupun begitu, novel tersebut tetap merupakan karya aslinya waima dia kuat dipengaruhi dengan bakat dan pengalaman si isteri. "Fatimah sekadar editor yang banyak mengekalkan sentuhan saya sendiri kecuali kesilapan dan kesalahan yang ketara pada ejaan mahupun struktur ayat. "Beliau sama sekali tidak menulis semula penulisan saya," kata graduan perubatan dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu. 
Namun yang menariknya si isteri yang sedar akan kesilapan dan kesalahan si suami menulis itu akan menggunakan pendekatan secara berhikmah. Beliau tetap memuji kemajuan penulisan si suami tetapi pada masa yang sama tangannya akan membetulkan kesilapan si suami.

Denyut Kasih Medik benar-benar mengangkat imej doktor perubatan yang tidak kurang dilemparkan dengan pelbagai rasa tidak puas hati orang ramai. Mereka mungkin tidak memahami erti kesibukan tugas seorang doktor yang kadang kala terpaksa menyebabkan layanan kurang memuaskan, terpaksa menunggu lama dan sebagainya. Melalui novel itu, pembaca akan memahami sepenuhnya tanggungjawab doktor yang tidak sahaja cuba memberi rawatan terbaik terhadap pesakit tetapi dalam masa yang sama berhadapan dengan pelbagai kerenah pentadbiran, rakan dan sebagainya. Ia sepeti apa yang ditulis oleh penulis terkenal, Micheal Crichton ketika menghasilkan skrip rancangan TV paling popular ER. 

Namun melalui Denyut Kasih Medik Farhan menampilkan watak seorang doktor yang amat sibuk namun tidak meninggalkan tanggungjawab terhadap Allah. Tidak sahaja dapat menyempurnakan solat lima waktu malah sempat juga untuk membaca al-Quran walaupun sekadar satu atau dua surah pendek. Perwatakan seperti itu jarang digambarkan termasuk dalam drama dan filem kecuali gambaran seorang doktor yang terlalu obses atau menjadi hamba kepada tugas-tugasnya. Novel Denyut Kasih Medik merupakan satu usaha dakwah yang sangat murni bagi memberikan imej yang lebih bersih, segar dan dinamik mengenai dunia perubatan dan tugas seorang doktor mengikut perspektif Islam.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Lembaga Produk dan Pembangunan Keluarga Negara

Satu laman sesawang yang kena rujuk oleh wakil dari setiap keluarga
Apa yang ada kat sini? Nilai, rujuk dan komen sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman masing-masing.


Portal Interaktif Remaja



Petikan, 
1. Kata Aluan Menteri - YB. Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil
Program Subsidi Mamogram merupakan inisiatif Kerajaan untuk meningkatkan kesedaran wanita mengenai kesihatan payudara serta kepentingan pengesanan awal kanser payudara.. (seterusnya baca di sini)


2. Kata Aluan KP - Y.Bhg. Dato' Aminah Binti Abdul Rahman
Program Subsidi Mamogram adalah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan pengesanan awal kanser payudara. Ia ditujukan kepada wanita berumur 35 – 69 tahun untuk menjalani ujian mamogram di pusat-pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN (seterusnya baca di sini)





Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Senarai Penerima Biasiswa JPA PILN 2010

Penajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran di  luar negara pada peringkat ijazah pertamatelah ditawarkan kepada 1,750 orang pelajar. Biasiswa JPA Program Ijazah Luar Negara (PILN) ini memang menjadi perhatian setiap tahun dan 1,500 orang pelajar telah menerima biasiswa ini tahun lepas (sumber)

Bidang

Tajaan biasiswa memberi fokus kepada bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Sains Sosial kerana tenaga sumber manusia dalam bidang itu amat diperlukan perkhidmatan awam dan negara.


Kriteria

Kriteria diguna pakai untuk penawaran biasiswa JPA ini membabitkan empat perkara iaitu pencapaian akademik; pembabitan dalam kegiatan ko-kurikulumsosio-ekonomi/latar belakang keluarga dan prestasi temu duga.


Jumlah Permohonan

Pada 2009, seramai 465,853 calon menduduki SPM berbanding 442,936 orang pada 2008. Bagi permohonan PILN 2010, JPA menerima sebanyak 18,844 permohonan dan daripada jumlah itu, 10,956 permohonan diterima daripada calon melepasi syarat/gred minimum ditetapkan mengikut bidang pengajian. Peningkatan bilangan calon menjadikan PILN 2010 lebih kompetitif.
Sebanyak 8,948 atau 47 peratus permohonan bagi Bumiputera membabitkan Melayu dan Bumiputera lain dengan 3,929 orang menghadiri temu duga. Manakala 9,896 atau 53 peratus membabitkan permohonan bukan Bumiputera seperti Cina (7.937), India (1,810) dan lain-lain (149) dan 7,027 menghadiri temu duga. Secara keseluruhan, 18,844 calon memohon dengan 10,956 menghadiri temu duga.


Penolakan Dan Rayuan

Selepas keputusan PILN diumumkan pada 21 Mei 2010, seramai 59 pelajar menolak tawaran JPA dan sebanyak 4,298 rayuan diterima. Daripada bilangan itu, terdapat 1,218 rayuan adalah terdiri daripada calon yang mendapat sekurang-kurangnya 9A+.


Penerima Mengikut Kursus

  • 847 bagi kursus kritikal seperti perubatan, pergigian dan farmasi di pelbagai negara seperti Australia, New Zealand, India, Republik Czech dan Poland.
  • 493 bagi program berkembar di Kolej Perubatan Pulau Pinang, Kolej Perubatan Manipal Melaka dan Universiti Perubatan Antarabangsa manakala
  • 410 bagi kursus kejuruteraan di Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat.


Penerima Mengikut Kaum

  • 971 orang Bumiputera iaitu
    • 738 Melayu
    • 128 Bumiputera Sarawak
    • 102 Bumiputera Sabah
    • 3 Lain-lain
  • 779 orang bukan Bumiputera iaitu
    • 603 Cina
    • 161 India
    • 15 Lain-lain


Pemohon PILN Ditawarkan PIDN

Seramai 2,000 pelajar cemerlang yang ada membuat permohonan tetapi tidak terpilih di bawah PILN telah ditawarkan Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).
Sebanyak 100 penajaan disediakan kepada pelajar bagi mengikuti pengajian di empat buah universiti penyelidikan iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).
sebanyak 1,900 penajaan telah ditawarkan kepada pelajar untuk mengikuti pengajian ke IPT tempatan dan kampus cawangan terpilih seperti Universiti Nottingham dan Universiti Monash dalam bidang kritikal dan strategik.


Pelajar terpilih akan ditaja di peringkat matrikulasi, asasi, pra-universiti dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik yang ditetapkan semasa di peringkat kursus persediaan.
Pecahan mengikut kaum bagi 2,000 penerima biasiswa ini ialah:
  • 1,200 Melayu
  • 540 Cina
  • 200 India
  • 60 Lain-lain


Kos Pengajian

Bagi menampung kos pengajian pelajar seramai 3,750 orang ini memerlukan peruntukan sebanyak RM1.96 bilion pada tahun ini.


Permohonan PIDN

Bagi pelajar yang tidak ditawarkan sebarang penajaan di bawah PILN, mereka masih berpeluang memohon penajaan di bawah PIDN sekiranya ditawarkan tempat di peringkat diploma atau Ijazah Pertama di IPT tempatan. Sila rujukPermohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger