Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

0 [Lirik] Alangkah Indahnya Hidup Ini ~ RAIHAN


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Skop bidang bertempiaran?

Kegusaran dan kecelaruan betul-betul menyinggahi kepala wansiti sekarang. Semua perkara berkecamuk. Sudah 2,3 hari, bila sendiri.. Dengan mudah, air-mata berjujur di pipi. Lebih-lebih selepas solat fardhu. Waktu telapak tangan ditadahkan bagi merafa' dan mengadu kepada-Nya adalah waktu yang wansiti, sangat terbiasa untuk merasa hiba dan sedih dengan tiba-tiba.
Lagi setengah jam, jarum renek bakal menunjukkan tepat pada angka 5 petang.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 Selamat Hari Lahir my Honey Madu !!!

Tanggal 29 September tahun 1985 lahirlah seorang bayi di dalam keluarga Encik Mohd Hata.
Keistimewaan bayi ini adalah; dia berbentuk ala-ala madu... (ups, ingat cerita dongeng ke) ... hahaha .... Sowie honey madu.. Dah genap umur kamu 25 tahun kamu yea (merangkap suku abad) .. Ish.. ish .. =p

Oleh kerana saudari sudah mencapai tahap suku-abad, suka wansiti ingin mengucapkan ...
HAPPY OLD DAY
Nah, saya bagi kek yang sama masa sambut besday wansiti dan wabbit hari tu, he he he

Semoga dapat mencapai apa yang dihajati dan
memperolehi rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T.
dan berbahagia selamanya bersama orang terSAYANG =p

 - Insya-Allah -

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Selawat ke atas Nabi & Al-kisahnya..

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."


KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah,
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Selamat Hari Lahir Baba Cik Teh (=^_^=)

Selamat Ulang-tahun kelahiran buat Baba Cik Teh ^_^
Semoga di dalam rahmat, berkat dan kasih-sayang Allah sentiasa
Ku-doakan, bertingkatnya umurmu bersama dengan pertambahan ilmu & pengalaman 
Bagaimanakah amal dan bekal-mu?
Sudah memandai/mencukupikah?
sama-sama kita usaha dan fikir-fikirkan ...
rajinnya dia baca buku, (",)v peace~
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Lagi-lagi jenayah di facebook

Perompak manipulasi Facebook (sumber)
NEW HAMPSHIRE - Polis di Nashua, New Hampshire, Amerika Syarikat memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan maklumat yang dipaparkan pada ruangan status di laman rangkaian sosial seperti Facebook.

Amaran itu dikeluarkan berikutan kejayaan melumpuhkan tiga sindiket perompak yang didapati menggunakan :modus operandi yang hampir sama. Sepanjang bulan lalu,
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Zaman Tun (Abdul) Razak dahulu adalah fear of comunist tapi zaman (Datuk Seri) Najib ini fear of cartoonist

Zaman sudah berubah, kah kah kah...
Dunia oOoooo dunia..

Petikan;
Nizar lancar Cartoon-O-Phobia tanpa Zunar
KUALA LUMPUR, 25 Sept: Meskipun tanpa kehadiran Zunar, majlis pelancaran buku Cartoon-O-Phobia tetap diteruskan di Dewan Perhimpunan Cina-Selangor (KLSCAH) malam tadi dengan dirasmikan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

wansiti, buat perangai lagi ke...? aish..

Geram., memang geram..!!!
Kat mana silap, di mana salahnya, itu masih belum kufahami`~
Orang kata life'a short, so, untuk make it full benefit. Do the right decision. Choose the perfect choice.
Use it as maximum as you can.
Feel it, see it, live with it & bare it~

Namun,



Ramai yang tak boleh menggambarkan dan menterjemahkan emosi mereka secara betul.
Ramai juga yang inginkan hanya perasaan mereka dijaga, tanpa mempedulikan perasaan orang lain.
Bagus sangat ke diri tu?
Yang hanya kamu yang punya perasaan?
Sedangkan orang lain hanya sebagai tempat persinggahan dan melayan kesunyianmu..
Yang hanya kamu yang ada akal?
Sedangkan mereka hanya alat, 
yea, alat dan mungkin juga mereka tiada apa-apa makna bagimu...

What you give,
you'll get back!

Nak marah, ada batasnya.
Nak geram pun ada batasnya.
Siapa la kita sebagai hamba Allah yang lemah untuk terlalu mengikut emosi dan nafsu marah dari dalam diri?
Siapa kita untuk menyumpah-seranah, memaki-hamun dan melontarkan kata-kata kesat yang tidak sedap didengar kepada manusia lain.
Adakah mulia sangat dirimu untuk menjatuhkan dan memandang rendah kepada orang lain?
Adakah mulia sungguh dirimu untuk memikirkan segala perkara negatif tentang orang lain, tanpa memikirkan kebaikan dan perkara-perkara positif yang pernah dilakukan oleh mereka kepadamu?

Ingat-lah,
segala sesuatu yang terjadi, ada pahalanya di situ untukmu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Sehodoh,
Sejengkel,
Sebodoh,
Seteruk, 
manapun perkara yang terjadi padamu, istighfarlah~
Jangan biarkan nafsu amarah mu yang menguasai dirimu ...

Hanya Allah,
Mengharap,
Hanya Redha yang hanyut dan mengalir dalam urat-sendi darah ini..

Ya Allah,
Jika syurga menjadi inginku, Kau ujilah aku untuk itu,
Jika neraka menjadi igauanku, maka, Kau humbanlah aku ke dalamnya..

Hanya cinta dan redha-MU yang ingin kugapai~
Kuat aku, ya Allah...
Ameen~
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Blog walking 3

EmasSemasa merupakan satu blog yang memuatkan beberapa link yang amat berguna untuk rujukan peminat emas, walaupun tak banyak post oleh si penulis. 
Salah satu tajuk yang menarik dari blog ni, berdasarkan pengalaman penulis blog EmasSemasa, Masalah ketika menjual dinar emas Public Gold saya tempek di sini. Enjoy!
Baru baru ini selepas saya berjaya mendaftar menjadi dealer(agen) Public Gold saya mencuba jual Dinar Public Gold ini dan Emas2 Produk Public Gold yang lain.Saya menghadapi masalah:
1)Masyarakat di Terengganu kurang mengenali Produk Public Gold.

2)Mereka lebih menyukai Dinar Emas Kelantan,padahal Dinar Emas di Malaysia dan Dunia sama saja fungsi dan keuntungannya,kegunaannya serta cara pembuatannya mestilah menepati piawaian yg di tetapkan oleh Syaidina Umar Al Khattab R.A. Cuma pada mata kasar duit itu tidaklah berlegar sekitar Kelantan tetapi masih menepati kehendak Islam iaitu agar sistem Keewangan Islam yang lebih adil dapat mengatasi mana2 Sistem selainnya yang tidak baik dan bagus itu kepada Umat Manusia di Dunia ini.

3)Ini adalah kerana Islam itu agama Rahmatan Lil 'Alamin.Maka Dia menurunkan RahmatNya melalui berbagai2 cara.Sistem matawang Islam Dinar dan Dirham adalah salah satunya Rahmat dariNya kepada manusia disamping menjadi ujian.Dunia ini keseluruhannya pun tempat ujian dariNya..Maka cara2 yang disarankanNya adalah yang terbaik.Kerana Dia Tahu apa yang terbaik untuk manusia ciptaanNya itu lepas dari ujianNya.Macam kita periksa kat sekolah:kalau salah cara tentu gagal dalam peperiksaan.

4)Oleh kerana itu Saya menyarankan kepada pihak pengurusan Public Gold dan Public Dinar agar menimbang untuk memperhebatkan promosi di Media media akhbar ,tv,elektronik dan selainnya di negara ini.

Tetapi walau apa masaalah dan rintangan sekalipun bertekad untuk harunggi moga tercapai apa yg di cita2kan.Insya Allah.
TERDAPAT JUGA SILAP FAHAM TENTANG KEGUNAAN DINAR 
Terdapat 2 orang pelanggan yang saya jumpai menyatakan hasrat mereka untuk memiliki Dinar Public Gold untuk tujuan dijadikan loket atau gelang.Mereka bermaksud mengupah kedai emas mengikat  tanpa merosakkan Dinar ini dan dijadikan sebagai perhiasan diri sebagai tanda kenangan dan sanjungan mereka pada Dinar Emas Public Gold (atau Dinar Islam).Perkara ini tidak ada salahnya pada pendapat saya tapi Dinar itu kan matawang Islam?Tujuan matawang adalah sebagai pertukaran barang atau jual beli atau simpanan dan sebagainya.Saya terbayang pula orang ramai peminat matawang Barat menggikat matawang kertas mereka sebagai loket atau gelang dan lain2.Memang melucukan. 
 Antara post lain di sini, 
Tips untuk mengesan emas palsu
CARA Membeli dan Menjual Emas Fizikal syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 Awasi budaya 'tidak tahu', 'no komen'

Post motivasi dan teguran yang menarik; kebiasaan dan adat yang perlu diubah di alam pekerjaan.

Oleh- MARKUS LIM 
Tahun ini, masuklah tahun keenam saya berada dalam alam pekerjaan secara rasminya. 
Tempoh tersebut bagaimanapun tidak merangkumi penglibatan saya sebagai guru sekolah sambilan selama lima tahun (antara 2000-2004) di St. John’s Institution, antara institusi pendidikan yang tersohor di tanah air.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Say "I Do" - Nesvita Omega

Bagusnya...........
Wan Siti memang minat dengan program-program seumpama ini, hehehe
Bila tu?




Location: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Date: Sunday, 26 Sept 2010

Time: 7:00am - 10:30am

Boleh rujuk maklumat lanjut di NesvitaOmega Facebook


Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Puasa Qadha Ramadhan & Puasa Sunat Enam Syawal

Oleh: artikel_umum_puasa.gif
Hafiz Firdaus Abdullah (klik untuk pautan ke link sumber)

Selain puasa wajib pada bulan Ramadhan, syari‘at Islam juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin berpuasa di luar bulan Ramadhan. Ia disebut sebagai puasa sunat dan terbahagi kepada beberapa jenis. Puasa-puasa sunat adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, bahawa Allah s.w.t. berfirman (Hadis Qudsi):



Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah melanjutkan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1151 (Kitab al-Siyam, Bab keutamaan berpuasa)] Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat. Para pembaca boleh merujuk ke kitab al-Shahih al-Musnad min Fadhail al-Amal susunan Syaikh Ali bin Muhammad al-Maghribi (Dar Ibn ‘Affan, Riyadh, 2000). Di antara jenis puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Puasa sunat inilah yang akan saya kupas dalam risalah ini.

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Dalilnya ialah hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]

Darjat Hadis Puasa Sunat Enam Syawal.

Hadis yang menjadi dalil puasa sunat enam Syawal adalah sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya. Sebelum ini ada segelintir pihak yang meragui kesahihan hadis ini. Keraguan tersebut adalah sia-sia kerana hadis ini diriwayatkan dari beberapa sahabat dan memiliki banyak jalan periwayatan. Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Bassam menjelaskan:

“Hadis ini nyata kesahihannya, ia datang dengan tiga jalan periwayatan selain jalan di atas (yang dikemukakan oleh Imam Muslim). Ia juga diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dengan tiga wajah (yang berlainan) sehingga dikatakan: Sesungguhnya ia adalah hadis mutawatir. Ini kerana al-Dimyathi telah menghimpun semua jalan periwayatan hadis ini dan sanadnya dari dua puluh orang perawi, kebanyakan mereka hafiz dan thiqat.” [Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 533]

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.

Hukumnya adalah sunat sebagaimana jelas Syaikh Abdullah al-Bassam: “Disunatkan berpuasa enam hari (dibulan Syawal), ini merupakan mazhab al-Salaf dan al-Khalaf serta jumhur ilmuan, termasuklah Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafi’e dan Imam Ahmad.” [Taudhih al-Ahkam, jld. 3, ms. 533]

Imam Malik menganggap hukumnya makruh. Sebabnya dijelaskan oleh Imam Ibn Rusyd (595H): “Dan ada pun (puasa) enam hari dari bulan Syawal, maka sesungguhnya telah sabit bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” Walaubagaimana pun (Imam) Malik menganggap hukumnya makruh. (Anggapan ini) mungkin kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan, atau mungkin kerana hadis tersebut tidak sampai kepadanya, atau mungkin kerana hadis itu tidak sahih disisinya. Kemungkinan yang terakhir adalah yang lebih tinggi.” [Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtashid (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1996), jld. 3, ms. 209]

Sebahagian ilmuan dari Mazhab Hanafi ada juga yang menganggap hukumnya makruh atas sebab-sebab yang sama dengan Mazhab Maliki. Akan tetapi jumhur Hanafiyah menganggapnya tidak mengapa, yakni membolehkannya. [Ibn ‘Abidin – Rad al-Muhtar ‘ala al-Dur al-Mukhtar fi Syarh Tanwir al-Abshor (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut tp.thn), jld. 3, ms. 435]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Sa‘id al-Khudri berkata: “Nabi s.a.w. melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1991 (Kitab al-Shaum, Bab berpuasa pada hari Aidil Fitri).]

Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Hanya saja terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan: Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara rambang?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w. menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.

Walaubagaimana pun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan keumuman firman Allah s.w.t.: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran 3:133]

Tidak Ada Hari Raya Selepas Puasa Sunat Enam Syawal.

Sebahagian orang ada yang menyambut Hari Raya pada 1 Syawal dengan perasaan hambar dan kekosongan. Bagi mereka, Hari Raya yang memiliki erti sambutan dan kegembiraan sepenuhnya ialah pada hari selepas mereka menggenapkan puasa sunat enam Syawal.

Ini adalah satu bid‘ah yang mungkar. Hari perayaan keagamaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Dua hari ini bukanlah sesuatu yang dibuat-buat manusia tetapi disyari‘at oleh tuhan yang mencipta manusia, yakni Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mengantikan untuk kalian dua perayaan yang lebih baik dari perayaan (zaman jahiliyah), iaitu (perayaan Aidil) Adha dan (perayaan Aidil) Fitri.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 1134 (Kitab al-Solat, Bab solat dua hari raya)]

Oleh itu hari perayaan keagamaan dalam Islam hanya dua, iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Hanya pada dua hari inilah kita menyambut dengan penuh kegembiraan kerana ia disyari‘atkan oleh Allah s.w.t.. Tidak ada hari perayaan sempena genapnya puasa sunat enam Syawal.

Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ilmuan, adakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Perbincangan ini membuahkan dua pendapat.

Pendapat Pertama membolehkannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu 'anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah berkata: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban kerana sibuk (melayani) Rasulullah s.a.w..” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1146 (Kitab al-Siyam, Bab mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Syawal). Dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan “kerana sibuk melayai Rasulullah” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yangbernama Yahya bin Sa‘id.]

Para ilmuan yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah, yakni Aisyah, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua tidak membolehkannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah s.a.w. mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Pendapat yang rajih (kuat) ialah pendapat kedua kerana lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini ditambah dengan ayat 133 surah Ali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih disegerakan dari amal yang sunat.

Ada pun dalil yang digunakan oleh pendapat pertama, ia hanya satu andaian. Mereka hanya membuat andaian bahawa Aisyah telah berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Yang benar Aisyah tidak menerangkan sedemikian. Bahkan jika diperhatikan dengan cermat keterangan Aisyah, terdapat isyarat bahawa beliau juga tidak berpuasa sunat enam Syawal. Ini kerana jika beliau sentiasa sibuk melayani Rasulullah sehingga ke bulan Sya’ban, bererti beliau sememangnya tidak sempat untuk berpuasa tanpa mengira sama ada ia puasa wajib (mengqadha puasa Ramadhan) mahu pun puasa sunat (enam Syawal).

Di sini mungkin ada yang bertanya: “Ehh! Takkanlah isteri Rasulullah tak puasa sunat enam Syawal?” Pertanyaan ini dijawab, bahawa umat Islam generasi awal, termasuklah Aisyah, tidak memahami Islam dalam bentuk juzuk-juzuk kecil sebagaimana yang difahami oleh umat Islam masa kini. Mereka memahami Islam dalam konteks yang luas lagi jauh ke hadapan. Bagi mereka, amal yang memberi manfaat kepada orang ramai diunggulkan di atas amal yang memberi manfaat kepada diri sendiri. Amal yang besar manfaatnya diunggulkan di atas amal yang sederhana manfaatnya. Amal yang memiliki manfaat jangka panjang diunggulkan di atas amal yang memiliki manfaat jangka pendek.

Justeru jika Aisyah tidak berpuasa sunat enam Syawal, ia bukanlah satu kekurangan. Ini kerana memberi tumpuan melayani Rasulullah s.a.w. memiliki manfaat yang besar untuk umat Islam seluruhnya untuk jangka masa yang panjang.

Ibadah Puasa Bukan Syampu Rambut 2 Dalam 1.

Terdapat pandangan yang amat masyhur di Malaysia yang membolehkan puasa dua dalam satu, iaitu puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Ramai agamawan yang menyampaikan petua ini tanpa mengemukakan apa-apa dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Tidak kurang pula, ramai orang bukan agama yang menerima petua ini tanpa bertanya apakah dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih yang membolehkannya. Mereka menjadikan persoalan ini semudah syampu rambut 2 dalam 1.

Padahal ia adalah satu persoalan yang amat berat. Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan:

“Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Dalilnya ialah firman Allah: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. [al-Baiyinah 98:05].

Ikhlas yang dimaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dengan cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi‘e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada A'isyah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amal yang tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.

Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan tiada dibenarkan oleh Allah s.w.t.. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.” [Pedoman Puasa (Thinker’s Library, Kuala Lumpur, 1996), ms. 136-137]
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Gerudi, berhentilah gerudi berbunyi ~ adoiyaa





Wan Siti sungguh terganggu dengan bunyi bingit orang wat kerja di belakang sekarang, dengan gerudi nya, T_T




cepat-cepat orang yang wat kerja pergi Solat Jumaat.. Mulanya nak mengupdate status ni di facebook sahaja. Tapi bimbang mengganggu ketenangan sahabat yang lain dengan status yang tak berapa nak 'sedap' nie.. itu la dia: baik mai sembang ng blog sendiri di sini.





Bila masa wansiti menumpukan perhatian di hasil tulisan sahabat-sahabat (yang baik-hati berkongsi pendapat dan pengetahuannya tanpa berkira dan nawaitu lillah), wansiti dapati, banyak lagi yang wansiti tak tahu dari tahu, pelbagai isu pulak tu yang mereka dapat tulis, dan wansiti dapat baca. Rasa macam nak baca semua je.. eheee

Di sisi lain, wansiti mula berura-ura nak memuatkan hasil-tulisan sahabat yang mempunyai pendapat dan pengetahuan yang lebih luas daripada wansiti ni, di blog wansiti (with credit to) dengan harapan wansiti dapat jadikan rujukan hasil tulisan mereka suatu masa nanti. Di samping tulisan wansiti sendiri yang mungkin ada menyelit di antara artikel-artikel tersebut.

Moga blog ni, dapat bertahan tanpa jangkitan atau eksploitasi ataupun, kerosakan yang kritikal di masa hadapan..

Semoga wansiti.blogspot dapat menjadi satu medium rujukan kita sama-sama yea kawan-kawan?
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)


Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;


1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.


2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

1 [Lirik] Nur Syahadah ~ Far East




Tika terbuka hari

Cahaya yang cerah
Menerangi hatimu
Mulus terbias di wajah
Kau sambut dengan redha
Hadirnya hidayah
Nekad pendirian terungkai kalimah
Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu


Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih




Sejernih embun pagi
Sebersih dirimu
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya
Iringan doaku moga kau bahagia




Akan ku bimbingmu
Sekadar yang ku termampu
Menyemai iman dan menuai takwa
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
Cukuplah sekadar teman yang biasa




Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu




Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih


Bersatu Nur Syahadah di dalam syahdu?

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Adakah trafik light akan berubah kaler? (senario Sultan Muhamad ke V)

Oleh Ustaz Saiful Bahri (sumber)
Tok Guru Nik Aziz selaku Murshidul Am Pas merangkap MB negeri Kelantan telah meletakkan asas yang kukuh dalam menggembalikan kegemilangan Islam di negeri Kelantan sebagai negeri serambi Mekah. Dalam masa 20 tahun pentadbiran beliau nescaya bukan sedikit jasa yang beliau pacakkan khususnya dalam membawa kegemilangan Kelantan bukan hanya duniawi tetapi juga kearah keredhaan Ilahi.
Berbaki hanya 3 tahun sahaja lagi untuk menyamai perjuangan Rasulullah Saw iaitu 23 tahun setelah dipilih menjadi Rasul hingga ke tarikh kewafatan Baginda. Walaupun Rasulullah Saw hanya memerintah Madinah al-Munawwarah selama 10 tahun sahaja.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger