Mutakhir ini hangat isu bencana alam dan juga bencana sosial yang melanda negara. Dari hari ke sehari, isu ini kian membarah. Beberapa individu dan organisasi yang menyedari akan gejala ini, mula mengambil tindakan mewar-warkan masyrakat, di samping menegur pemerintahan dan membetulkan mana yang dirasakan mampu.
credit to Saudara Hairul untuk photo
Jika banjir di utara merupakan bencana alam yang berpunca dari sikap rakus manusia mengejar pembangunan, tanpa analisis dan cara pencegahan banjir yang tip-top/berkesan, ditambah lagi dengan pembentangan bajet tahun 2011 baru-baru ini. Adakah masih kita tidak dapat melihat lagi kaitan di antara isu ini? Ada satu je faktor dan isu yang utama di sini. Kerakusan mengejar pembangunan material hingga melupakan pembangunan hakiki yang satu lagi perlu diseimbangkan bersama; iaitu pembangunan insan ...
lagi gambar di sini
Sekolah Menengah Jitra (credit photo to Hairul)
Di kalangan remaja,
ada beberapa aktiviti dan langkah yang boleh diambil untuk mencegah lebih banyak kemusnahan yang berlaku. Di antaranya:
* Ambil peduli isu semasa di dalam dan luar negara
* Cuba menyeimbangkan tahap kecerdikan dalam pembelajaran dan juga dalam pergaulan sosial bersama teman-sebaya.
* Join kempen dan aktiviti sihat yang bermanfaat (Manfaat di sini, untuk diri dan juga menyumbang manfaat untuk orang lain juga)
* Sentiasa menasihati dan menegur kawan/member kamcing jika nampak ada yang salah-silap
* Sikap ambil tahu atau menjaga tepi kain orang perlu diamalkan mulai sekarang. (yang dalam kain tu, lain cerita. Itu masing-masing jaga la yob!) huh~
Musim Perayaan Aidil Adha 1431H
Lagi seminggu, kita akan merayakan Aidil Adha atau Hari Raya Korban.
Rancang perjalanan mulai dari sekarang. Memang fobia sebenarnya nak baik bas sekarang, sejak berita kemalangan bas yang makin menjadi-jadi nie. Walau bagaimanapun, kita elakkan malang-tidak berbau. Jika kita dah berhati-hati, tidak mustahil, kecuaian dari pihak lain akan menyebabkan kemalangan. Jadi, lagi sekali, sikap nasihat-menasihati dan sentiasa berlapang dada terhadap teguran hendaklah di amalkan.
Perlu ke jaga tepi kain orang?
Adeh, ini lah masyrakat kita yang makin maju dalam segi fizikal, tapi dari segi satu lagi, mundurnya lebih dari zaman dahulu. Jika jiran sebelah rumah pun, kita tak kenal dan saling tegur-menegur. Kan pelik namanya tu. Walaupun wansiti menyewa di rumah flat yang bercampur pelbagai bangsa, budaya dan negara di sini. Sikap ambil-tahu dan tegur jika nampak ada yang tak kena tu, masih di amalkan di sini.
Tak perlu la pagar setinggi 3, 4 meter bagi menjaga keselamatan rumah, jika jiran di sebelah, susah nak nampak kita. Itu lah isu nya yang terjadi sejak akhir-akhir ini di berita TV, yang menyesakkan dada. Pembunuhan berlaku di sana, sini, even dalam keluarga sendiri. Anak bunuh mak, menantu tikam ayah.. Na'uzubillahi min zalik (minta dijauhkan)..
p/s: sekian dulu sesi bercerita dan muhasabah untuk hari ini. Terima kasih kerana membaca..
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment