Dah lama kami nak post resepi Puding Roti istimewa kami ni. Lama terperap di dropbox. Kali ni, bila dropbox hampir penuh, baru lah sempat tulis.
Maaf yea, blog bersarang, dek kerana banyak laman sosial lain yang kami aktif & perlu 'update' ^_^
Menu sihat ni, bagi sesiapa yang tiada oven di rumah seperti kami, dan suka KUKUS makanan.
BAHAN-BAHAN
- Roti sandwich 4 keping
- Butter
- 2 biji telur
- Susu Cair
- Gula
- Esen vanila (untuk hilangkan hanyir telur)
Roti disapu 'butter'
Gunakan butter, kerana mentega ada Trans Fatty Acids (lemak yang tak elok untuk kesihatan). Butter adalah pilihan terbaik kerana diproses dari susu, bukan campuran lemak sayuran proses seperti mentega.
Kerat atau racikkan supaya acuan yang akan dituang nanti, senang lalu-dan-resap (touch n go)
Susun dalam loyang
Kacau :
- Telur, gula, susu cair & esen vanila (campuran).
- Kemudian tuang campuran ke dalam loyang roti tadi.
- Kukus adunan 20 minit.
- Siap! ^_^
Nak bakar pun boleh puding roti ni, pastu curah susu cair atasnya... perghhh!
Ikut kesedapan tekak sendiri.
Seperti biasa, orang akan cadangkan masuk peti ais dan makan sejuk-sejuk best! ^_^
Selamatkan roti dari dibuang begitu sahaja, kan? ..hehe..
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment