Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

sebagai isteri.. wansiti nak...

Entah!
Tak de idea nak letak tajuk apa..
Tulis je apa yang terlintas kat benak ni.. lagipun, dah agak berkarat sikit, penulisan kat blog ni.. jarang sangat berupdate berbanding sebelum-sebelum ini.

wansiti cuba kenali diri-sendiri dengan lebih-terperinci dengan mencuba pelbagai test..
dan salah-satu nya adalah test yang dicipta oleh kawan kita Dr. Gary Chapman nie.. Penulis buku Best Seller "The 5 Love Languages"
Nak cuba buat test juga? Nah... amek ni...sini!

Setakat ni, apa yang wansiti nak....rupanya.. adalah ....jeng! jeng! jeng!
 hahaha....!! best gak wat ni, soalan dia memang best!
apa-apa pun, baik wansiti gelakkan diri wansiti dulu sebelum digelakkan.. kan? kan? kan?

haaaa....!
korang bila lagi nak cuba.. cuba lah!
macam-macam ada ....

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Petua Suri RumahTangga 3

MENGHILANGKAN BAU HAMIS DI KUALI...
Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau hamis. Oleh kerana selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, gosoklah merata-rata setiap kali habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi. 
  
MENGHILANGKAN KESAN KOPI, TEH & DARAH...
Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ke tempat terdapat kesan-kesan itu. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air di kawasan itu. Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal.(1 sudu makan garam - 1 pain air). 

IKAN HARUAN TAK HANYIR
Ikan haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa. 
  
MEMBUAT ROTI CANAI LEMBUT
Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut seperti yang didapati di kedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa. 
  
MENGHILANGKAN HANYIR IKAN & MAKANAN LAUT...
Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hirisan @ badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa. 
  
ELAK JAG KACA PECAH...
Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut. Insya Allah. Selamat mencuba! 
  
MENGHILANGKAN BAU HANGIT NASI...
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya Allah bau hangit akan hilang. Selamat mencuba. 
  
TAUGE SEGAR...
Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah tauge akan segar dan tidak masam. 
  
ATASI NASI MENTAH...
Untuk mengatasi masalah nasi mentah, apa yang anda harus lakukan ialah dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu dibalik-balikkan dan tutup hingga nasi itu berwap. 
  
MELAMBATKAN NASI MENJADI BASI...
Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum kita tekan suis periuk atau masak atas dapur gas anda cuma perlu masukkan secubit garam ke dalam air beras tadi. Insya Allah nasi yang kita masak tadi tahan untuk seharian. 
  
AYAM GORENG LEBIH SEDAP...
Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. 
  
MENGATASI NASI LEMBIK...
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna. 
  
MELEMBUTKAN DONAT...
Kuih donat yang dibeli biasanya keras lebih-lebih lagi apabila sudah sejuk. Untuk mengelakkannya, bolehlah mencampurkan dua atau tiga biji ubi kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan tadi. Insya Allah donat tadi akan lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk. 
  
DAGING KAMBING TIDAK BERBAU...
Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya direndam dengan air basuhan beras untuk setengah jam, dan kemudian direbus dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya malah melembutkan daging. 
  
MENCUCI SETERIKA KOTOR...
Mencuci seterika yang kotor ada caranya. Petuanya ialah, dengan menaburkan sedikit garam halus ke atas kertas tisu kemudian gosok pada tapak yang kotor itu. Lakukan beberapa kali dan anda akan mendapati kotor akan hilang. 
  
PENGISAR SENTIASA TAJAM...
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Cara remove avast, betul ke ni?

Tension gak diri ini, bila nak install anti-virus lain tak dapat, kes avast!
Tengok ni..
Cari punya cari... terjumpa plak link ni (klik untuk ke link).. Rasanya nk try dulu... tengok cmne..
ikut je langkah-langkah yang dia bagi tu...
1. Download aswclear.exe on your desktop
2. Start Windows in Safe Mode
3. Open (execute) the uninstall utility
4. If you installed avast! in a different folder than the default, browse for it. (Note: Be careful! The content of any folder you choose will be deleted!)
5. Click REMOVE
6. Restart your computer

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

kawanku..... inginku darimu...

....mempunyai masa yang berkualiti bersama denganmu... [Quality Time]

In Quality Time for me,...:
nothing says “I love you” like full, undivided attention. Being there for this type of person is critical, but really being there—with the TV off, fork and knife down, and all chores and tasks on standby—makes you feel truly special and loved. 

Distractions, postponed activities, or the failure to listen can be especially hurtful.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Pujuk diri...






wansiti pun dah lama tak sempat nak membebel di sini secara panjang-lebar..
Tapi, boleh juga semak beberapa panduan di sini.. 
Cara untuk pujuk diri lebih-positif.

Here is a checklist to make sure you have your receiving channels open...

Do you receive compliments well? 
Do you receive unexpected gifts easily? 
 Do you accept help when it is offered? 
Do you accept your meal being paid for by a friend?
These are little things, but they will help you know if you are open to receiving.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Kelik Qlatey

Ambo kelik kampung lagi..
walhal.. semangat memang dah berkobar-kobar nak tulis blog... dan abeskan inbox email yang dah berserabut dengan berjuta lemon email masuk, tak sempat nak melayan...~
Inilah dia... sempat ke idak ni... 
Nak habiskan baca email dan sambung menulis blog dengan bersemangat WAJA!


Gambatey ney!
Usaha tangga kejayaan!

p/s: Lau nak naik LIFT pun okey.... dunia da maju.. hik hik hik...~
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cara Menulis Resume Terbaik – Bahagian 2

Bagaimana saya ingin memastikan resume saya akan di baca oleh majikan?
Biasanya, resume tidak akan di baca tetapi hanya akan di scan oleh pihak majikan. Anda perlu pastikan resume anda berada dalam keadaan yang senang untuk di baca sepintas lalu. Jangan masukkan maklumat yang tidak penting atau tiada kaitan.
Susun maklumat dengan baik supaya pihak majikan dapat mengenal pasti kelebihan anda dengan sekali baca sahaja.

Adakah saya perlu ada lebih dari satu resume ?
Anda tidak perlu mempunyai lebih dari satu resume. Anda cuma perlu betulkan format bagi nampak menarik jika anda tidak di pilih.

Jika saya ada pengalaman bekerja, adakah saya perlu memasukkan semua sejarah dalam resume saya?
Anda hanya perlu masukkan dua jenis pekerjaan yang sebelumnya sahaja. Jika anda banyak kali bertukar kerja, jangan masukkan semuanya ke dalam resume kerana pihak majikan mungkin akan meniilai yang anda tidak serius dengan kerja yang anda terima. Masukkan penglaman yang anda kaitan sahaja.

Apakah komponen utama dalam resume?
Biodata diri – Nama , alamat dan nombor telefon rumah dan telefon bimbit. Alamat emel juga perlu di masukkan. Umur dan tarikh lahir juga penting.
Objektif – Dalam komponen ini, anda tulis objektif atau kenapa anda memohon jawatan tersebut. Tulis ia dengan padat dan ringkas. Tulis apa yang anda mahu lakukan untuk pihak majikan.
Introduction : Gunakan tiga hingga lima ayat untuk memperkenalkan diri anda seperti kelayakan akademik , pengalaman yang anda ada dan pencapaian yang anda telah capai.
Pengalaman : Tulis pengalaman yang anda ada. Bermula dengan pengalaman terkini.
Kelayakan akademik : Senaraikan kelayakan akademik yang anda ada bermula dengan kelayakan terkini.
Kemahiran : tulis kemahiran yang anda ada seperti kemahiran bahasa, penggunaan hardware atau software dan apa sahaja yang releven.
Rujukan : Senarai orang professional yang sedia menjadi rujukan bagi pihak majikan.
Berapa panjangkah resume perlu di tulis?
Resume yang bagus adalah resume yang di tulis secara ringkas dan padat. Satu muka surat penuh sudah memandai.

Apakah style resume yang paling di sukai oleh pihak majikan?
Pihak majikan menyukai resume yang straight to the point iaitu pihak pemohon menonjolkan apa yang dia ada dan apa yang mereka boleh lakukan pada pihak majikan.

bersambung lagi.. dari sumber..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Wahai blog, bertukarlah kamu kepada FACEBOOK!!

Jika kawan-kawan perasan, ada beberapa kengkangan yang tidak membenarkan wansiti selalu update blog ini, tapi.. tetap jua post-dan-entri yang wansiti baca dan rasa memang ..memang ... dan memang bermanfaat untuk tatapan kawan-kawan sekalian.. 

wansiti mohon kepada penulis artikel itu untuk meletakkannya di sini..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Hubungkan Silaturrahim

Photobucket
Dari Abu Abu Sufyan Shakhr bin Harb r.a. di dalam hadisnya yang panjang tentang cerita Herculis, di mana Herculis bertanya:

“Apa saja yang yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w. kepada kamu?”

Abu Sufyan berkata: Nabi s.a.w. bersabda:

“Sembahlah Allah Dzat Yang Maha Esa dan janganlah kamu menyekutukan apa pun dengan-Nya, tinggalkanlah ajaran-ajaran nenek moyang kamu, serta baginda menyuruh kami untuk melaksanakan solat, jujur, pemaaf dan menghubungkan sanak saudara”

(HR Bukhari & Muslim)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Syukurlah...Kamu antara yang TERBAIK!

Gambarajah di bawah ini memberi makna yang mendalam.. Sentiasa lah berterima kasih dan memandang kepada mereka yang kurang bernasib-baik dari kita..
Sesungguh kita jarang bersyukur dengan apa yang ada..
Akan tetapi sentiasa mengejar perkara yang belum kita punyai..

Manusia selalunya excited pada perkara pertama dalam hidup mereka.. 
Dapat anak pertama,
Kahwin pada kali pertama..
Dapat gaji pertama.. 
Memandu kereta pada pertama kali..
dan segala macam perkara yang pertama lagi..

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Memberi serta B.A.H.A.G.I.A.

Whatever you want to bring into your life, you must GIVE it. Do you want love? Then give it. Do you want appreciation? Then give it. Do you want understanding? Then give it. Do you want joy and happiness? Then give it to others.
You have the ability to give so much love, appreciation, understanding, and happiness to so many people every single day!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 10 langkah mewujudkan keyakinan diri

Berikut merupakan 10 langkah ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:
1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah sama seperti orang lain.
2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda & baikinya.
4. Jangan takut-takut @ teragak-agak untuk melakukan perkara yang positif.
5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm-up mengaktifkan diri seseorang.
7. Kemas diri & anggapkan diri anda adalah yang terbaik pada hari itu.
8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka & mata orang yang kita sedang berinteraksi dengan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasil yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10. Sentiasa peka terhadap waktu,jangan berlengah-lengah @ bertngguh dalam melaksanakan suatu tugas
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger