Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Adakah anda matang?

Artikel mengukur kematangan ini wansiti petik daripada iluvIslam. Oleh kerana fakta ini tidak menyertakan sekali sumber rujukan penulisannya, wansiti rasa ada beberapa poin yang wansiti ingin komen, ada dalam tulisan italic kaler pink ...

* Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. dalam bab bertenang ni, wansiti memang selalu maintain.. walaupun, dalam minda masih-tengiang-ngiang dan kadang-kadang bawak dalam mimpi tentang hajat yang belum kesampaian..well, tanpa hajat, tidak bermakna dan seronok la hidup insan nie kan? betul kan? wansiti tahu, ramai yang setuju dengan wansiti

* Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. wansiti tak amek kisah jika orang tersebut menyinggung perasaan wansiti jika perkara yang disinggung itu ada benarnya. Menjadi hobi, wansiti akan slow-talk dengan orang tersebut, kerana wansiti tidak mahu hipokrit dengan berkata 'tidak apa-apa' sedangkan ada perkara yang belum selesai antara kami. Hidup ini singkat. Jadi kenapa perlu dibazirkan dengan tidak menikmati dan melaluinya, walaupun perit, itulah yang selalu orang Melayu abaikan., tidak berterus-terang. Untuk maju, terus-terang pada perkara yang penting seperti ini sangatlah penting bagi wansiti. 

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung. hehehe... tengok pada status orang yang memuji itu, jika orang yang tersayang yang memuji, wansiti iri jugak, yang lebih tepatnya, "sifat ingin tahu tu ada".. apa yea kelebihan yang ada pada orang yang dipuji yang boleh wansiti contohi? Memang makan dalam ler... wansiti nak jadi baik, macam dia jugak.. tapi, still jati-diri wansiti masih dikekalkan, wansiti adalah wansiti, "jadilah diri-anda-sendiri"..
Jika yang dipuji, memang berhak pada pujian tersebut, wansiti memang akan mengiyakan pujian tersebut dan sekaligus kagum dengan mereka (=^_^=) 
They deserve that honour!

* Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. yes! wansiti dapat bertahan dengan ini. Apa yang penting, Redha Allah, dari redha manusia.

* Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. betul! inilah wansiti.. (=^_^=) Memang seorang penyabar.

* Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain. rezeki masing-masing, Allah telah tentukan. Indahkan hidup beragama nie..? =)

* Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. insya-Allah

* Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. setuju! hak setiap orang untuk mengkritik kerana mereka sayang, kerana bertujuan memperbetulkan sahabat dan lawan mereka, cara-kritik itu mesti kena cara...

* Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu. insya-Allah

* Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. menjadi amalan

* Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Yup! wansiti suka bersendiri, ada banyak hobi, terutamanya menulis blog ni, tapi... hidup berjiran dan beramah-tamah dengan jiran sebelah tidak boleh wansiti tinggalkan, dah jadi 'habit' ... ngeeee~

* Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu. yea! betul.. betul.. betul !!!

* Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. erk? camne nie? kenapa nak timbulkan kesan-kesan negatif..? musykil...

* Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. insya-Allah, yang penting semua kerja kena beres!

* Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya. insya-Allah

* Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. insya-Allah

* Anda dapat mewujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka. insya-Allah

* Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. ehem, ehem, bagi lelaki yea poin nie

* Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur. insya-Allah


Suka entri ini? (=^_^=)

comment 2 comments:

mumumeow on November 29, 2010 at 1:08 PM said...

setelah dianalisis...sy dapati bhwe saya masih blum matang... =(

kne cube perbaiki diri ni...

Unknown said...

@mumumeow

sama-sama perbaiki jugak..
tapi, analisis ni, belum dibuktikan benar lagi, semua berdasarkan pengalaman orang sahaja,.

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger