Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Kecewa.. tanda tak matang?

2,3 menjak ni asyik terfikir pasal matang tak matang je, dah terbawak-bawak pula.. hehehe.. tengok siapa yang mencetuskan isu ni..?? Saya dan dia tahu siapa. Tapi, tak ingin jelaskan isu ini lebih-lanjut. Nanti apa pula kata orang yang membaca post ni. adeh! 

Dulu, wansiti hanya banyak memerhati dan kurang ambil-tahu. Kurang nak bercakap-cakap tentang orang lain, sebab takut!

Takut dengan dosa sendiri yang masih tak tertanggung, ini kan pula nak tambah dengan dosa mengumpat tentang orang lain. Tapi, sebenarnya memang tak rugi jika ambil-tahu, bertukar-pendapat, kenal-mengenal, dan cerita sikit-sikit ker... "apa yang patut" tentang sahabat kita. Bukan apa, wansiti rasa tertekan dan rasa malas nak bersemuka dengan seseorang tu. Seseorang? jeng! jeng! jeng! Nak tahu lebih-lanjut? PM me.. hehehe =p

Bukan sebab apa. Tapi, sebab tak kenal peribadinya yang begitu. Sehingga-kan bila terkena. Rasa tak tahu nak cakap apa. Cuma rasa je. Tapi tak tahu, apakah perasaan tersebut. Adakah geram? Adakah juga marah? ataupun, mungkin juga sedih?  Bila dah ada 2,3 member yang baru, masuk ke makmal dan mereka lebih-nampak dahulu, apa sebenarnya terjadi (based on pengalaman diorang yang lepas). Maka terjawablah sudah, apa sebenarnya yang wansiti rasa. seee... wansiti tak tau apa yang wansiti rasa sebenarnya, sampai satu tahap, lau tak tahan, wansiti nangis je la.. pas nangis lega ckit.., wansiti wat la keja wansiti balik., kan tak menyusahkan orang lain namanya tu...

Dengan adanya teman yang baiklah, mereka akan nampak dahulu, dan tidak teragak-agak untuk menegur dan bertanya apa yang mereka rasakan 'pelik' sedang terjadi pada diri kita. Walaupun sesetengah orang rasa kita kenal diri-kita-lebih dari orang lain kenal kita, tapi... Kadang-kadang, apa yang terlindung dari pandang sendiri memang tidak kita sedari.

Jika dulu, kat makmal, tak ramai kawan yang boleh sembang-sembang dan bercerita isu-isu panas yang berkaitan. Tapi, kini ramai yang ada. Tapi, kesian jugak. Makin sesak dan sibuk semua orang. Bising pun ada. Sampai tak leh fokus maaaa~ Eh, orang lelaki lebih fokus pada perempuan rupanya, kaum perempuan ni multitasking nye otak berbanding lelaki. no wonder la, wansiti leh makan, sambil menulis, sambil dengar lagu, sambil main dengan Momo, sambil memasak..ha, sambil apa lagi? hahahahaa...

Okey, berbalik kepada cerita asal, wansiti memang tak pernah sangka, bila kita minta tolong dengan ikhlas, (eheh, minta tolong pun kena ikhlas ke?) sebetulnya juga orang yang tolong kita, tak semuanya secara ikhlas menolong kita. Ada sampai nak tolong kawan betulkan paper, kerana dia adalah pakar dalam bidang tersebut, maka kita kena sogokkan sesuatu, untuk balasan kepada ilmu yang diberi?

Perlukah?
Rasanya ikhlas dalam saling-tolong-bantu semasa belajar ni, makin terhakis dalam dirinya. Moga sahabat yang lain, tiada yang terikut-ikut dengan peribadi sebegitu. Tolong kawan kerana sayang kepada kawan, bukan tolong kerana mengharapkan sesuatu.

Sebenarnya bukan mudah untuk ikhlas, tapi, jika niat itu ada. Maka, teruskan lah... Jika rasa tak enak dalam hati waktu tu, jenguk-jenguk kembali ke dalam diri. Mungkin ada yang kurang dalam segi pengamalan ilmu atau jua mungkin ada teguran dari Allah yang kita tak nampak waktu itu. 

Sekarang dah berada di peringkat akhir sem... Lupakan apa sahaja tekanan depan mata. Jalani kehidupan seperti biasa... 
"Buat tak tahu je...", bak kata Misz A

Buat perkara yang perlu kita buat, bukan buat perkara yang kita hendak buat.

p/s: huhu..punya la panjang post membebel kali ni, disebabkan wansiti rasa frust dengan kegagalan dalam 2,3 contest yang dimasuki sebelum ni... tak matangkah daku kerana kecewa dengan contest-contest ini? aish...asyik nak menang dan ada tuah sahaja, memang la keciwa wansiti oiiii~

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 1 comments:

Unknown said...

"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati ? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani."(Surah al-Hujurat ayat 12).

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger