wansiti dah decide untuk menulis dan menampal apa sahaja yang berguna di blog ini, dan wansiti tak kisah, jika jumlah follower atau komen tidak banyak di sini. Kerana ini adalah catatan peribadi, dan wansiti menulis untuk melepaskan tension dan sebagai hobi.
Mungkin juga wansiti menulis agak skema, atau
Mungkin juga tulisan wansiti tak ramai yang suka dan ada manfaat nya di situ,
kerana sebenarnya,
tujuan wansiti mewujudkan blog ini pada mulanya kerana ingin mengumpulkan link dan pautan yang berguna untuk rujukan dan bacaan wansiti di kedian hari ...
Jika bertanya wansiti, apa sebab lain wujudkan blog ini? Sedangkan catatan peribadi bagi sesetengah individu adalah rahsia. Dan kenapa sebuah catatan peribadi yang merupakan rahsia perjalanan diri-perlu ditulis dan disiarkan umum sebegini rupa?
Well, tiap orang ada cara melepaskan tekanan dan menyuarakan pendapat-nya-sebagai-orang-kecil yang pelbagai.. Jika blog dianggap sebagai berguna dan ada manfaatnya,..why not?
wansiti menulis, mungkin kadang-kadang merewang sahaja.
Mengikut apa sahaja yang terlintas di fikiran waktu itu.
Dan waktu ini,
wansiti tiba-tiba pula berminat nak menerjunkan diri ke dalam contest blog yang pelbagai,..
Mungkin juga wansiti tidak dapat melangkaui tahap kekreatifan sahabat bloggers yang lain.. Tapi, sikap mencuba sebelum mengalah itu lebih berguna buat wansiti.. kerana di situ ada pengalaman. Pengalaman dan pengetahuan yang sangat berHARGA (=^_^=)
Suka entri ini? (=^_^=)
2 comments:
go2 kak ije!hehe..keep writing ok =)
ngeeeeeeeeh~
malu i.... huhu
kita nak go ke mana ciput?
ekekeke
Post a Comment