Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Gesa biasiswa ganti PTPTN

SHAH ALAM – Konsensus Bebas mendesak kerajaan mengkaji semula sistem pinjaman pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) dengan menggantikannya kepada biasiswa atau dermasiswa. 
Gesaan tersebut dilakukan merujuk kepada kelemahan urus tadbir PTPTN yang ketara sebagaimana dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2009. Konsensus bebas berpendirian bahawa adalah menjadi hak rakyat untuk mendapat pendidikan sempurna, dan pada masa sama adalah tanggungjawab utama kerajaan menyediakan pendidikan terbaik untuk rakyat. 

“Pendidikan untuk rakyat bukanlah suatu bentuk perniagaan malah menggalakkan rakyat untuk menimba ilmu dengan cara berhutang akan membesarkan risiko generasi muda negara kepada permasalahan hidup. 


“Akibatnya kemajuan negara yang ingin dipacu akan terbantut,” kata Konsensus Bebas dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam. 

Menurut kenyataan itu, kerajaan sepatutnya memberi bantuan penuh kepada rakyat Malaysia yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi sepertimana dinikmati generasi dekad terdahulu. 

“Barulah hasrat melahirkan modal insan kelas pertama yang berkemahiran dan berilmu untuk menjayakan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi akan dapat dicapai. 

“Oleh itu, kerajaan perlu menilai semula keberkesanan memberi kemudahan pinjaman PTPTN sebagai satu bentuk bantuan dan galakan kepada rakyat Malaysia mendapat pendidikan tertinggi dan terbaik,” katanya. 

Laporan Ketua Audit Negara menyebut bahawa hampir 82 peratus permohonan yang diterima PTPTN bagi 2008 dan 2009 belum diproses. 

Pasukan audit juga mendapati borang yang tidak lengkap disusun dalam keadaan tidak teratur di pejabat Unit Perjanjian di ibu pejabat PTPTN. link


Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger