Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Tulisan yang kembali kepada Si Penulis


Ustaz Pahrol Juoi menulis, "Saya sering diuji dengan apa yang saya tulis dan ucapkan. Acap kali apa yang saya tulis dalam buku, majalah atau blog mahupun sekadar coretan untuk teman-teman, terjadi pula pada diri saya dan keluarga. Justeru, pernah sampai ke tahap saya rasa takut untuk menulis… takut kalau-kalau apa yang saya tulis akan kembali menimpa dan ‘menguji’ diri saya".

Manakala, Zamri Mohamad juga seperti bermaksudkan perkara yang sama terjadi kepada beliau, "Peristiwa Khadijah meminang Nabi Muhammad benar-benar berlaku dalam sejarah keluarga kami. Dia datang dan membina silaturahim dalam keluarga lelaki. Datang dengan kerendahan hati. Wanita itu sendiri meletakkan nilai hantaran RM3000 sahaja dan tidak mahu ia dinaikkan.

Kemudian, sepupu seorang lagi bertemu jodoh dengan Islamnya seorang gadis di Sabah. Kemudian ibu si gadis berkata, "Saya tidak mahu apa-apa, cukuplah tiket ke semenanjung bagi hadiri majlis."

Mereka adalah adik beradik.

Apabila menulis buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan Berbunga Cinta Aisyah bersama Tuan Imran. Membuat saya terfikir, apakah isi buku itu menjadi susunan 'boomerang' doa yang kembali kepada kami?

Ini membuat saya lebih mengingati kata Puan Ainon, "Karya akan memakan kita pada hujung usia." Maka ia menjadi ingatan bagi memilih apa yang mahu ditulis, biarlah membangun roh dan jiwa.

Allah lebih mengetahui. Semoga Allah limpahi kebaikan kepada kita semua". entri berkaitan di blog Zamri Mohamad.

p/s: buat para bloggers, jaga bahasa dan arah-tuju penulisannya sebaiknya. Semoga yang baik-baik akan  kembali kepada-mu jua..

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger