Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Sikap Optimistik, perlukah wahai anak?

Tips kekeluargaan yang wansiti baca di blog Siti Sifir ni memang menarik,. Ibubapa yang mencorakkan anak perlu lebih kuat dari anak tersebut, di sini wansiti amek sikit catatan Siti Sifir ...

Bagaimana jika anak mengeluh, "Umi...tak pandai ikat tali kasut ni..." sedang dia berumur 8 tahun dah. Kemudian, "Umi, lukislah gambar anaconda ni...saya tak pandai...kalau tak buat esok cikgu pukul!" sedangkan dia dah tingkatan 3 dah??

Mesti rasanya sangat letihkan jika kita dibebani perkara2 remeh begitu. Tapi kita perlu berfikir dulu sebelum marah. Adakah kita yang membuatkan mereka menjadi sangat manja begitu? Jika ya...maka satu langkah perlu dilakukan supaya mereka bersifat, "Yaa...insya ALLAH saya boleh buat sendiri!!" iaitu sifat optimis dan positif.

Penting untuk bersifat positif seperti ini. Supaya mereka merasakan dunia ini tidak menyusahkan tetapi setiap hari ada benda yang baik mereka lakukan. Tidaklah mereka menjadi orang yang lemah, yang mengalami 'Monday Blues' atau berjiwa lemah.

Mari mulakan mulai dari hari ini!
Sebelum tidur atau bila-bila masa sahaja, cuba berkata begini : "Haaa...apa benda baik yang kita buat hari ni???" Semoga saja ada benda baik yang mereka senaraikan untuk berkongsi rasa. Beri respon yang akan menyebabkan mereka rasa, "Insya ALLAH esok saya akan lakukannya dengan lebih baik lagi....yeyyyy"

Kalau terperasan mereka telah melakukan benda baik, jangan lupa sebut : "Wah..wah Asmaa' hari ni bangun pagi sendiri, gosok gigi tak payah umi suruh, pakai baju sendiri dan...sikat rambut lagi. Comelnya......." Kompem sengih sampai nampak gusi belakang =p

Jika anda sedang mengalami masalah, mungkin tidak sesuai untuk mereka tahu sekiranya 'tidak apa2 kalau mereka tidak tahu' sebagai contoh : anda tak bayar roadtax yang dah mati sebulan lepas =p

Ajar diorang senyum kat orang. Senyum tu sendiri akan mencetuskan sesuatu yang gembira di dalam diri. Bila kita senyum kepada orang, orang akan senyum kepada kita semula di kebanyakan masa. Maka, itu juga adalah pencetus kepada rasa tidak risau. 

Kita sebagai contoh juga mestilah menjadi orang yang optimis kerana anak2 akan mengikut acuan yang kita buatkan. Mereka akan kata, "Wahhh....abah boleh buat kandang kuda!! Usamah besar nanti mesti boleh buat macam abah!"

Tolong tepati janji anda sebagai ibubapa - anak2 akan rasa mereka tidak penting setiap kali anda memungkirinya. 

Perhatikan sewaktu mana anak anda sedang marah atau sedih atau kecewa. Beritahu mereka perasaan itu adalah kecewa, marah, sedih dan sebagainya. Beritahu mereka adalah OK untuk berperasaan negatif itu tetapi jangan sampai mereka terbawa-bawa sehingga bertukar menjadi amukan, dendam dan lain-lain.
Semoga kita sama-sama menjadikan anak kita sebagai orang yang "Yakin Boleh" :))

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger