Pregnancy Pact
Cerita benar yang berkisar kepada berita di Times pada 18 Jun 2008, tentang sekumpulan pelajar sekolah yang ratanya berumur kurang dari 17 tahun dan kehamilan mereka secara berkumpulan.
As summer vacation begins, 17 girls at Gloucester High School are expecting babies — more than four times the number of pregnancies the 1,200-student school had last year. Some adults dismissed the statistic as a blip. Others blamed hit movies like Juno and Knocked Up for glamorizing young unwed mothers. But principal Joseph Sullivan knows at least part of the reason there's been such a spike in teen pregnancies in this Massachusetts fishing town. School officials started looking into the matter as early as October, after an unusual number of girls began filing into the school clinic to find out if they were pregnant. By May, several students had returned multiple times to get pregnancy tests, and on hearing the results, "some girls seemed more upset when they weren't pregnant than when they were," Sullivan says. All it took was a few simple questions before nearly half the expecting students, none older than 16, confessed to making a pact to get pregnant and raise their babies together. Then the story got worse. "We found out one of the fathers is a 24-year-old homeless guy," the principal says, shaking his head.(Read "Gloucester Principal Stands by Story.") link (Pregnancy Boom at Gloucester High)
Dan kali ini paparan cerita dipersembahkan ke dalam bentuk movie bertajuk "Pregnancy Pact" dari perspektif pelajar, ibubapa pelajar, kawan-kawan, pergaulan, pihak media, vblog perseorangan, masyarakat sekitar dan pihak sekolah yang terlibat.
Islam Agama yang Indah
Indahnya Islam kerana telah menyediakan peraturan yang jelas tentang ilmu kekeluargaan dan keibubapaan. Jadi, buat mereka yang berjaya menghayati Islam secara tulen, maka.. akan nampak di situ, lompang yang tak terisi di dalam cerita ini. Bagaimana kaitannya, dalam Pregancy Pact ini, seorang jururawat yang terlalu risau dengan sex life para pelajar sekolah mencadangkan agar mereka diberi pendidikan yang khusus bagaimana mencegah kehamilan. Seperti, diberikan kondom secara percuma kepada para pelajarnya.
Bukankah pencegahan lebih baik dari mengubati? yea, benar... tapi bukan dengan caranya memberikan kondom secara berluasa,.. bukan itu caranya. (teringat cadangan salah-seorang menteri Malaysia yang mencadangkan diberikan kondom, sape yea menteri tu?)
Pencegahan yang terbaik adalah memberi didikan dan kefahaman yang benar tentang kesan dan akibat dari setiap tindakan yang mereka lakukan seharian. Ikut ajaran Islam dan kisah orang yang sebelum,. Kadang-kadang, bukan semua pengalaman dan pengetahuan itu kita dapat secara first hand, boleh juga melalui second or third hands maklumat.
tetiba pula mula menyukai sejarah.. Dulu, wansiti tak berapa gemar dengan subjek ni. Tapi, sekarang, sudah mula menyukai sejarah! (=^_^=)
Pembuangan Bayi
Merujuk kepada isu remaja di Malaysia sekarang yang hampir serupa dengan cerita ini. Hidup dalam keadaan enjoy sahaja. Hanya dalam fantasy! Hidup bercouple itu dah semacam biasa, jadi trend barangkali, terikut-ikut dengan budaya barat. Namun, dalam suasana tidak berterus-terang dan jujur kepada diri-sendiri, keluarga dan sahabat-sekitar.
Kenapa wansiti cakap tidak berterus-terang dan jujur? Ada isu yang wansiti lihat di sini, orang kita lain caranya dengan barat. Sikap berterus-terang, walaupun perkara itu pahit - itu agak berlainan.. yea.. agak berlainan.. Kenapa yea?
Ramai yang lebih selesa cakap-cakap belakang atau bahasa mudahnya mengumpat!
Kenapa yea?
Cinta Sah dan Belum Sah Taraf
Paparan blog ada sesetengahnya sungguh bangga dengan isu mempamerkan aweks dan pakwe masing-masing. Hairan yea? Apa yang istimewanya...
A: Kerana mahu rasa sayang dan menyayangi.
B: Mungkin! Tapi, perlukah tunjukkan kemesraan yang berlebihan di situ kepada umum?
A: well, itu soal-hidup masing-masing. Mereka rasa bahagia denagan cara itu. Lagipun, ramai yang akan komen dan like post itu nanti. Itu sudah bagus!
B: Bahagia kerana belum memiliki dengan bahagia sesudah memiliki orang yang disayangi secara sah adalah totally different! Satu, cinta dengan penuh tanggungjawab, manakala yang lagi satu, cinta dengan penuh nafsu semata. Fikir-fikirkanlah...
Cuba perhatikan, bagaimana, watak Sarah dalam cerita ini pada akhirnya. Sungguh bahagia saat dia dan pekwenya berkasihan sewaktu mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran sekolah.. Mereka seumpama burung merpati 2 sejoli yang sungguh romantis, saling memahami dan bahagia sungguh!
---Selepas Sarah disahkan hamil.. Apa yang terjadi pada hubungan mereka?---
Well, mudah sahaja.. Sarah dijaga oleh ibubapanya, susah payah dengan baby dalam kandungan sehingga 9 bulan, baby sit anak-nya sendiri, atau sewaktu dia ke sekolah perlu menyusahkan ibu atau bapanya menjaga cucu mereka (kerana duit tambahan diperlukan untuk mencari baby sitter). Besarkan anak dia dengan hasil bantuan kewangan dari ibubapanya.
Alternatif lain, Sarah perlu berhenti sekolah dan mencari pekerjaan untuk menampung perbelanjaan harian, dia dan anaknya. Apa jadi pada boyafren-nya? Kejar cita-cita, dia perlu ada future untuk hidupnya yang masih panjang kisahnya untuk remaja yang berusia 17 tahun untuk menjadi seorang ayah yang mithali. Part yang paling 'best'nya, dia sudah punya aweks baru. 'Best' dalam erti kata sarcastic, harap maklum.
Kesudahannya...
Takut memikirkan, isu semasa ini... Apa yang wansiti tulis ini adalah cetusan rasa sendiri. Semoga ada manfaat untuk kita bersama. Mohon, agar kita dijauhkan dari lalai dalam ibadah dan muamalah kita seharian dan dipandu hidup ini di dalam limpahan hidayah Allah SWT sentiasa, Insya-Allah.
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment