Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Andartu..jika ia masalah, apa penyelesaiannya?

Istilah andartu ini asal masyarakat sekeliling juga, jika ditanya kaum hawa, mana ada yang sanggup digelar andartu dalam hidup mereka. Mereka mungkin mempunyai faktor yang munasabah memilih untuk hidup membujang, atau mungkin juga mereka tidak mempunyai pilihan, bila usaha-usaha mereka untuk mencari calon hidup belum ditemukan jalan penyelesaiannya/kesudahan oleh Allah. Sentiasa bersangka-baik kepada Allah itu penting.  


Namun, saya tidak menolak sekiranya ada di antara kaum hawa yang menolak untuk berkahwin atas rasa tidak mahu dikongkong atau tidak mahu terlibat dengan lelaki yang rata-rata (lelaki dalam lingkungan hidup mereka) dilihat tidak matang dalam bertindak, kurang rasa tanggungjawab dan tidak menunjukkan contoh teladan yang baik.  


Sehingga ada yang mengatakan, lelaki yang baik semakin berkurangan, lelaki yang soleh ramai yang telah mempunyai isteri dan jarang antara mereka yang ingin menambah bilangan isteri. Lelaki yang hidup dalam didikan agama pun belum tentu dapat menunjukkan contoh teladan yang baik dalam muamalat dan pergaulan antara rakan serta menonjolkan sikap negatif yang lain.  


Adakah saya berfikir dan memandang negatif/serong kepada lelaki? 
Oh, tidak...itu antara contoh yang dapat saya berikan sahaja, kerana pemuda adalah tonggak negara, pemudi tiang serinya... Bangkitlah wahai kaum muslimin sekalian, bangkitlah membela nasib agamamu, membela nasib kaum muslimatmu, Kerana bayang yang lurus hanya akan terhasil dari acuan yang lurus juga..bukan sebaliknya.

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger