Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Salam 10 Muharam 1431H

Salam 10 Muharam 1431 H,


dan selamat berpuasa sunat bagi sesiapa yang mampu, keterangan lanjut berkaitan dengan puasa di hari 'Asyura ni boleh didapati di sini dan juga sini


Dua-tiga hari ini, ujian silih berganti, cuma hati yang belum cukup lembut untuk menitiskan air mata yang sebenar-benarnya air mata insaf..Lalu ku-renung ayat cinta yang selalu ku-ulang-ulang,  "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216).


Semoga ketenangan yang ada sekarang bukanlah ketenangan yang melalaikan. Betul seperti yang dinukilkan oleh ummuammar, perempuan sepatutnya lebih mudah menangis. Kerana perempuan dikurniakan hati yang lembut, bagi memenuhi sifat perempuan itu sendiri yang penuh dengan kasih-sayang, prihatin dan peka terhadap persekitaran, anak-anak dan suami. Berbeza dengan nilai dan sifat lelaki yang sukar untuk menangis kerana air mata lambang kelemahan seorang lelaki. Namun, tak kira lelaki atau perempuan, menangis itu adalah perlu, sesuai dengan masa dan ketikanya. Kerana air mata yang keinsafan adalah penyubur hati dan penawar duka, pelepas tekanan yang melanda.. (Nilai di sebalik tangisan ada dibincangkan lebih lanjut di laman sesawang ummuammar, Nilai Di Sebalik Tangisan)


Di samping mencari/melihat/mengkaji penyebab kesakitan belakang yang di alami sejak dua-tiga hari ini dari segi kesihatan yang mungkin juga ada kaitan dengan gaya hidup seharian. Mungkin juga saya banyak menekuni dan duduk terlalu lama di kerusi yang boleh menekan urat saraf tunjang saya? Mungkin juga ditambah dengan period pain? Banyak andaian.. Biasalah, saya..Selagi belum jumpa  dengan tulisan orang yang pakar, apa salahnya, saya menggunakan akal yang diberikan Allah ni, untuk mena'kul faktor-faktor yang mampu difikirkan dahulu...


~... wansiti sedang meneliti punca dan penyelesaian terbaik ...~



Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger