Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Adakah Letih itu Penyakit?

Penat, letih dan lesu; berlainan istilah tetapi membawa erti yang lebih kurang sama iaitu keadaan diri yang tidak bermaya atau tidak bertenaga. Pada hari ini banyak orang mengadu mengalami keadaan fizikal sedemikian. Senario ini membuka peluang luas kepada industri pengeluaran makanan kesihatan atau makanan tambahan (supplement). Pelbagai jenis, jenama dan produk ada di pasaran yang semuanya menawarkan kelebihan masing-masing. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. 




Namun, dari satu segi, terlalu banyak pilihan pun mengelirukan pengguna. Mari kita lihat punca letih, cara mengatasi dan bagaimana makanan kesihatan atau makanan tambahan boleh membantu. Dari situ, anda mampu memilih supplement yang sesuai dengan keperluan diri tanpa perlu berbelanja besar.


Pada dasarnya, letih atau lesu bukanlah penyakit. Ia lebih kepada simptom atau gejala kepada masalah lain seperti, pemakanan yang tidak sempurna, terlalu kuat bekerja, kurang atau terlebih bersenam, insomnia atau tabiat tidur tidak sempurna, gangguan perubatan yang spesifik seperti sindrom prahaid bagi kaum wanita.

Punca Letih

Kebanyakan orang berasa letih kerana stress, runsing atau berasa cemas, depresi atau imuniti rendah dan jangkitan kronik. Ia berkait dengan penyakit kencing manis, tiroid atau ketidakseimbangan kelenjar adrenal; penyakit jantung, hati atau buah pinggang.

Kekurangan vitamin dan mineral menyebabkan kurangnya penghasilan sel darah merah dan ini boleh menyebabkan anda rasa lesu kerana sel-sel ini mengangkut oksigen yang digunakan untuk tenaga.

Bagi kaum wanita, rasa lesu berlaku akibat pergolakan paras hormon sewaktu kehamilan dan ketika menopaus atau daripada anaemia kerana darah haid yang banyak. Gangguan tidur dan ubat-ubatan, termasuk ubat bagi darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa penat atau lesu.

Bagaimana makanan tambahan boleh membantu?

Senarai makanan tambahan atau supplement yang dipaparkan di sini seharusnya diambil hanya apabila rasa lesu atau letih itu bukan disebabkan keadaan perubatan.

Pengambilan supplement selama dua bulan akan memperlihatkan kesan dan rasa lega. Mulakan dengan pengambilan vitamin, asid amino dan dua jenis ginseng. Kemudian tambahkan magnesium, asid amino  dan minyak biji flaks (flaxseed) jika rasa lesu berterusan.

Vitamin B-kompleks pula menyokong sistem saraf dan imun. Vitamin ini meningkatkan lagi keberkesanan sel darah putih yang menentang bakteria dan virus. Ia juga perlu bagi penyalinan sel darah merah yang sempurna.

Vitamin C juga penting. Ia menggalakkan fungsi imun, membantu memperbaiki tisu dan menyokong kelenjar adrenal yang mengawal pengeluaran horman stress di dalam badan.

Salah satu kegunaan ginseng yang paling popular ialah untuk meningkatkan paras tenaga badan. Di Asia, Panax ginseng telah lama digunakan untuk tujuan ini. Siberian ginseng pula mengandungi kompoun yang terbukti dapat melawan kelesuan.

Bagi sesetengah orang, kekurangan sedikit magnesium pun boleh menimbulkan rasa letih. Pengambilan mineral tersebut selama dua bulan boleh mengatasi kekurangan itu. Setiap sel di dalam badan memerlukan campuran asid amino untuk membuat protein, dan dalam sesetengah kes paras rendah boleh menyebabkan lesu.

Minyak flaxseed membantu dengan membekalkan asid-asid lemak perlu, yang memelihara keutuhan sel membran dan meningkatkan sistem imun

Supplement yang disyorkan  

Vitamin B-kompleks 
1 biji dua kali sehari bersama makanan.
Pilih satu B-kompleks yang mempunyai 150 mcg vitamin B12 dan biotin, 400 mcg asid folik dan 50 mg vitamin-vitamin B lain.

Vitamin C 1000 mg 
3 kali sehari.
Kurangkan dos jika mengalami cirit-birit.

Panax ginseng 100-250 mg 
dua kali sehari.
Dipiawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 7% ginsenosides.

Siberian ginseng 100-300 mg
dua kali sehari.
Dipiawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 0.8% eleutherosides.

Magnesium 400 mg 
sehari bersama makanan. Diambil selama dua bulan.
Waspada apabila mengambil magnesium jika anda berpenyakit buah pinggang.

Asid amino kompleks 
1 biji dua kali sehari.
Diambil ketika perut kosong.

Minyak flaxseed
1 sudu makan (15-20 ml) sehari bersama makanan.
Diambil pada waktu pagi.

Tips

*Tidur sebentar kira-kira 20 minit pada tengah hari (sebelum Zuhur) atau selepas kerja. Tapi jangan lupa memasang jam loceng: tidur lebih lama akan menganggu waktu tidur pada sebelah malam.
* Jangan abaikan sarapan.
* Ketika hampir waktu tidur, elakkan makanan berat, berlemak, atau minuman berkafein (seperti kopi, teh, koko).
* Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
* Tidurlah sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.
* Bergiatlah selalu. Senaman yang sederhana boleh mengurangkan rasa  penat.
* Jangan bergantung kepada makanan pemberi tenaga atau bergula. Sebaliknya makanlah karbohidrat kompleks (pasta, bijirin dan kekacang) dan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
* Lakukan ujian darah untuk mengesan masalah tiroid atau anaemia jika lesu berlanjutan.


Credit to sahabat saya NurWahidaFauzi di Halaqah.net

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger