Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Sumber protein masa depan

SEEKOR ulat kelihatan menonjol dalam sekeping coklat yang sudah dimakan separuh oleh seorang pelajar Belanda, Walinda Van Tol. Dia kemudiannya mencungkil ulat tersebut dan terus mengunyahnya.

“Sedap…rasanya seperti kacang!” kata gadis berusia 20 tahun itu bagi meyakinkan rakannya untuk menikmati makanan menyeramkan yang disediakan dalam sebuah seminar. Pada seminar itu diramalkan bahawa larva dan belalang akan dimasukkan dalam menu makanan barat ekoran kenaikan harga stik dan chop.
Kumbang yang telah digoreng

Van Tol dan kira-kira 200 tetamu lain merupakan bahan kajian oleh sekumpulan saintis Belanda yang membuat kajian inovatif ke atas serangga bagi menggantikan haiwan sebagai sumber protein yang lebih sihat dan mesra persekitaran.

“Akan tiba harinya Big Mac berharga AS$163 (RM497.80) dan Bug Mac hanya RM50 apabila lebih ramai orang memakan serangga berbanding daging,” kata ketua pengkaji, Arnold Van Huis kepada hadirin yang hadir di Universiti Wageningen di Belanda.

“Cara terbaik untuk memulakannya ialah dengan mencubanya,” tambah beliau.
Semasa waktu rehat, ramai menyerbu meja snek kerana terdapat kuih gulungan berinti belalang yang diasinkan, coklat berinti ulat kerbau dan pastri seperti Quiche Lorraine tetapi berinti ulat makanan dan bukannya bakon atau ham, kata Chef Henk Van Gurp.

Snek berkenaan habis dengan cepat dan ia menggembirakan chef dan pihak penganjur. Tetapi, Ketua Entomologi Univerisiti Wageningen, Marcel Dicke tahu tidak mudah menukar pemikiran orang Barat untuk makan cacing di dalam coklat.

“Masalahnya ada di sini,” katanya sambil menunjukkan kepalanya semasa berada di pameran yang mengumpulkan lebih 1,200 spesies serangga yang boleh dimakan termasuk cacing, agas, penyengat, anai-anai dan kumbang.

Tiga spesies, cacing makanan, cacing kerbau dan belalang dikumpulkan oleh tiga petani di Belanda untuk sebuah kumpulan makanan pelik yang kecil tetapi membangun.

“Orang menganggap ia adalah sesuatu yang kotor. Ia mewujudkan respons Fear Factor,” katanya merujuk siri realiti yang menguji ketahanan peserta dengan memberi mereka makan serangga hidup.

Dicke berkata, orang Barat tidak mempunyai pilihan dan harus mengubah pandangan mereka ke atas serangga, apabila Organisasi Pertanian dan Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meramalkan terdapat sembilan bilion manusia di bumi pada tahun 2050. Tanah pertanian ketika itu juga sudah menyusut.

“Kita harus kurangkan pengambilan daging atau mencari alternatif lain,” kata Dicke yang mendakwa dia mengambil makanan berasaskan serangga bersama keluarga dengan kerap.

Alasan makan serangga
Serangga tinggi dengan protein, kurang lemak dan mudah dihadam.
Bilangan serangga adalah melimpah ruah, menghasilkan kurang gas rumah hijau dan baja serta tidak menyebarkan penyakit yang apabila dimakan boleh menyebabkan mutasi sehingga menjadi bentuk manusia yang berbahaya, kata penyelidik.

“Persoalannya, mengapakah kita tidak makan serangga?” kata Dicke, merujuk kepada kajian bahawa manusia biasa termakan 500 gram partikel serangga setiap tahun tanpa sedar yang terdapat di dalam jem strawberi, roti dan beberapa makanan yang diproses lain.

Menurut Van Huis, kira-kira 500 jenis serangga dimakan di Mexico, 250 di Afrika dan 180 di China serta beberapa bahagian di Asia, kebanyakannya adalah makanan lazat.
Antara individu yang sangat sukakannya ialah Marian Peter dan setiausaha persatuan pembiak serangga Belanda, Venik, yang sukakan snek belalang.

Dalam satu lawatan ke ladang serangga di Deurne di tenggara Belanda, mereka dengan rakus mengopek sayap dan kaki belalang kering beku dan mengunyahnya dengan penuh semangat.

“Ia sedap apabila digoreng dengan minyak, bawang putih dan lada serta dihidangkan bersama taco,” kata Peter.

Pemilik ladang tersebut, Roland Van de Ven menghasilkan 1,200 kilogram cacing setiap minggu di mana satu hingga dua peratus daripadanya menjadi makanan manusia manakala selebihnya menjadi makanan haiwan.

“Apabila anda melihat serangga, ia menjadi satu penghalang. Saya rasa orang tidak akan menolak sekiranya serangga diproses dan tidak kelihatan di dalam makanan,” katanya.

“Ia lebih sukar untuk makan babi yang anda lihat hidup-hidup berbanding stik babi yang dibeli di pasar raya. Inilah persamaannya,” tambahnya.

Petani itu memberitahu, kehendak manusia ke atas serangga berkembang perlahan, daripada 300 kilogram pada tahun 2008 kepada 900 kilogram tahun lalu.

Bagi mereka yang tidak sanggup, ada harapan kepada alternatif makanan yang kurang menggelikan. Universiti Wageningen sedang meneraju sebuah kajian bagi mengekstrak protein serangga untuk digunakan dalam produk makanan. sumber


Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger