Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Shining Inheritance

Kebaikan hati, daya-kerja yang bersungguh-sungguh dan penuh motivasi ditunjukkan oleh watak utama cerita ini. Go Eun Sung. Oleh kerana kebaikan hati ini juga, dia dapat bertahan, apabila bapanya secara mengejut diberitakan meninggal dunia di dalam 1 letupan yang berlaku di sebuah pusat karaoke. Disebabkan oleh kebaikan hati ini juga dia tabah menghadapi pelbagai taktik jahat yang dilakukan oleh emak tiri (Sung Hee) dan adik tirinya (Young Seung Mi).
Plot cerita ni, memang digarap dengan baik. Waima sekecil-kecil perkara yang berlaku pada mulanya akan memberikan impak yang besar pada penghujung cerita. Pendek kata, memang best! 

Unsur-unsur motivasi yang diterapkan dalam cerita ini juga terlalu banyak. Seperti, menumpukan cita-cita dahulu, walaupun sudah mempunyai cinta. Bercakap dan berperwatakan benar, walaupun pahit dan dicerca oleh ramai orang. Seperti keluarga Sun Woo Hwan yang memberikan layanan buruk kepada Eun Sung akibat termakan dengan tipu-helah emak tirinya, Sung Hee.

Yang paling wansiti suka dalam cerita ini adalah part di mana, Eun Sung menyelamatkan nenek Woo Hwan dan neneknya berpura-pura melihat kejujuran dan kesungguhan Eun Sung mencari wang-sara-hidup dan adiknya yang disembunyikan oleh emak tirinya.

Namun, ada jugak part yang tak best dan kesian kepada Jung Se ('abang' yang tiba-tiba muncul untuk menyelamatkan dan menolong Eun Sung di waktu kesusahan.. Walaupun banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Jung Se kerana keikhlasan kepada Eun Sung, namun, jodoh bukan untuk mereka berdua. Wah! sedih duh time nie..miahahaha... ha, apa lagi, nak tau lagi lanjut, apa kesudahan ceritanya.. Sila tonton sendiri yea kat youtube pun ada cerita ni.. adeh~ tolong promote cerita lak tak pasal-pasal..

wansiti: teringin nak tulis jugak post ni, sebab sepanjang tengok cerita ini, asyik duk terfikir-fikir je banyak elemen baik yang ditekankan di dalamnya. 

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger