Mula rajin nak analisa blog, rasanya dah lama tak teliti maklumat dari Nuffnang ni.. Setakat 2 hingga 8 Feb 2011
Purata pelawat yang datang sehari adalah dalam lingkungan 26 - 86 klik. Dapat
dilihat pada 4 Feb tu, walaupun jumlah unik klik adalah 48, namun, tiada paparan langsung dicatatkan. Dibandingkan dengan hari lain yang mempunyai jumlah klik yang kurang daripada jumlah paparan. wansiti kena semak ni, apa yang sangkut kat situ.. Kawan-kawan, siapa yang tahu sebabnya?Lagi satu perkara yang wansiti suka tentang analisis dari Nuffnang ni adalah punca kata kekunci/keyword yang datang.. Jom..jom kita pakat kelih..
Minggu ke-2 Feb 2011
Untuk minggu ni sahaja, masih ramai yang mencari kerja part time menaip ke? Ada dalam 6 orang yang mungkin sama dengan wansiti, mencari kerja part time. Kata kekunci yang lainnya adalah kebanyakannya ada kaitan dengan kes yang sedang hangat terjadi di Mesir. Termasuk juga nama informer maklumat terkini di Mesir, iaitu Saudari Farahiyah Ismail pun dicari sampai ke sini.
Bulan lepas, Januari 2011
Antara nama-nama lain yang dicari di sini, adalah Norhazlin Bin Ibrahim.. Dia adalah orang/penama yang mainkan peranan menipu duit dalam kerja part time menaip ni,. Nampaknya, sampai sekarang, isu dan iklan itu masih wujud. Harap tidak ramai yang terpedaya.
Juga 3 carian yang sama singgah pada nama, fairuz shop ciput mesir.. Siapakah dia? Itu wansiti pun kena google juga. Tak kenal. Mungkin nama 1 kedai di Mesir. Mungkin juga nama salah seorang pelajar Mesir dari Malaysia... wallahu'alam~
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment