Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

0 Tips untuk Tingkatkan Income dengan NUFFNANG

Kami suka baca ini, tips yang banyak membantu dari Nuffnang, insyaa ALLAH

Kami ingin mengalu-alukan anda sebagai sebahagian dari komuniti blog Nuffnang dan terima kasih kerana sudi mendaftar blog anda dengan Nuffnang! Kami ingin berkongsi petua bagaimana meningkatkan pendapatan blog anda dengan mengikuti langkah-langkah tersebut.

Apakah yang anda perlu lakukan?

Sebelum kita boleh memperuntukkan iklan kepada blog anda, sistem kami memerlukan masa untuk memproses trafik blog anda. Proses ini akan mengambil sekurang-kurangnya 21 hari selepas anda memasang unit iklan di blog anda, oleh itu jangan risau jika tidak ada iklan dipapar di unit iklan anda. Selepas blog anda diserahhakkan kempen, anda akan mendapat emel tentang info kempen tersebut daripada Ad Operations kami. Jika anda tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut, anda boleh emel ahli Ad Ops kami untuk menarik diri daripada kempen tersebut.

Sebagai rangkaian blog yang terbesar dalam Malaysia, terdapat banyak cara untuk anda untuk mengambil bahagian dalam komuniti Nuffnang. Berikut adalah tips daripada kami:
  1. Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda. Kami mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari.
  2. Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".
  3. Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.
  4. Memahami pembaca blog anda. Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.

Pengiklanan banner Nuffnang

Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. 

Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 NUFFNANG

Artikel ini amat panjang, seperti yang PC terima di email dari NUFFNANG.
********
Nuffnangers Sekalian,

Pihak nuffnang sentiasa menghormati kepentingan peribadi setiap individu dan kami memastikan bahawa maklumat peribadi anda sentiasa dipelihara. Infomasi dan maklumat lanjut juga terdapat di laman web kami : http://www.nuffnang.com.my/privacy-policy

Nuffnang Sdn. Bhd. (762669-K) (selepas ini dirujuk sebagai "Kami"), sama ada sendiri atau melalui anak-anak syarikat atau pemegang- pemegang lesen, menyediakan perkhidmatan jualan pengiklanan dan paparan dalam talian ("Perkhidmatan") dalam portal elektronik seperti Nuffnang dan ChurpChurp ("Portal") untuk penerbit(-penerbit) ("Penerbit").

Kami menjual hak untuk memaparkan iklan ("Iklan") kepada "Pengiklan" melalui Perkhidmatan dalam pelbagai Portal (seperti Blog atau Twitter) rangkaian Penerbit-penerbit kami dan diuruskan oleh Penerbit-penerbit tersebut. Perkhidmatan tersebut berjalan pada perisian yang dihasilkan oleh Netccentric Pte Ltd, anak-anak syarikat dan kontraktor-kontraktor ketiga.

Perkhidmatan tersebut adalah diberikan di pelbagai tempat seperti Australia, China, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Memandangkan pelbagai kehadiran kami, anak-anak syarikat tempatan atau pemegang- pemegang lesen kami mungkin juga memproses maklumat peribadi anda jika Perkhidmatan memerlukan. Jika kami mengembangkan perniagaan kami, kami akan menubuhkan anak-anak syarikat tempatan atau melantik pemegang lesen. Sila layari laman web kami untuk melihat kehadiran kami.

KOLEKSI MAKLUMAT

Jika anda merupakan seorang Pengiklan atau Penerbit, semasa anda berurusan dengan kami, kami mungkin akan meminta maklumat peribadi yang seperti berikut: -

nama, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, alamat surat-menyurat dan alamat bil, alamat IP atau maklumat tentang portal-portal anda (seperti Blog, akaun Facebook dan akaun Twitter), termasuk tetapi tidak terhad kepada bilangan pengunjung halaman portal anda, pengikut atau ahli, aktiviti-aktiviti anda melalui Perkhidmatan tersebut, apa-apa komen-komen yang dihantar oleh anda kepada kami dan apa-apa maklumat yang anda hantar kepada Portal atau tapak Penerbit, dan maklumat yang dikumpul melalui penggunaan Cookies (sebagaimana yang ditakrifkan di bawah).

Maklumat peribadi yang dikehendaki di sini (kecuali dinyatakan sebaliknya) adalah wajib dan jika kamu gagal untuk untuk memberikan maklumat yang diperlukan, ia mungkin akan menjejaskan Perkhidmatan tersebut dan/atau permohonan kamu untuk suatu akaun dengan kami.

Kami juga mengumpul maklumat peribadi apabila anda: -
  1. mendaftar dengan kami untuk menjadi Penerbit atau Pengiklan,
  2. memberikan komen atau mengemukakan masalah kepada kami atau Penerbit,
  3. meminta maklumat dari kami dan memberi nama anda atau maklumat perhubungan, atau
  4. bertindak balas terhadap tawaran istimewa, peraduan khas atau kaji selidik.

Sebahagian maklumat yang dikumpul oleh kami mungkin tidak diserahkan kepada kami secara tersurat oleh anda kerana kami juga menerima dan merekodkan maklumat secara automatik pada log pelayan daripada pelayar anda, termasuk alamat IP anda, cookie, laman web yang diminta oleh anda, jenis pelayar anda dan bahasa, masa akses, dan alamat laman web yang merujuk.

Jika anda memberikan kami maklumat mengenai orang lain, anda mengesahkan bahawa orang tersebut telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan telah bersetuju bahawa anda boleh:

  1. memberi keizinan bagi pihak mereka untuk pemprosesan maklumat peribadi tersebut;
  2. menerima bagi pihak mereka apa-apa notis perlindungan data; dan
  3. menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan mereka untuk membenarkan kami memproseskan maklumat peribadi tersebut.

COOKIES

"Cookie" adalah fail data yang mungkin dimuat turun ke komputer anda apabila anda melawat Portal atau tapak Penerbit dan membenarkan Portal tersebut mengenal pasti pelayan anda apabila anda berinteraksi dengan Portal tersebut atau tapak Penerbit. Kami menggunakan cookies untuk mengiktiraf lawatan ulangan oleh pengguna Perkhidmatan dan untuk mengumpul maklumat tentang interaksi pengguna kami dengan Perkhidmatan. Cookies ini mengandungi maklumat pengenalan diri yang membolehkan kami menyelaraskan pengalaman anda semasa menggunakan Perkhidmatan ini dan untuk melaporkan apa-apa maklumat kepada Penerbit dan Pengiklan. Anda boleh menetapkan perisian pelayan anda untuk menolak cookies, tetapi anda mungkin tidak dapat mengoptimumkan ciri-ciri Perkhidmatan. Dalam beberapa kes, anda mungkin tidak dapat mengakses Perkhidmatan jika cookies adalah diberhentikan.

PAUTAN LUAR

Kami mengumpul maklumat melalui kaji selidik pembaca yang diterbitkan di portal-portal di bawah rangkaian kami. Kami berhak untuk menganalisis, memproses, menggunakan dan mengkongsi maklumat ini dengan Pengiklan untuk segmen pembaca setiap Portal dengan harapan memberikan iklan yang relevan kepada pembaca.

KAJI SELIDIK LUAR

Kami mengumpul maklumat melalui kaji selidik pembaca yang diterbitkan di portal-portal di bawah rangkaian kami. Kami berhak untuk menganalisis, memproses, menggunakan dan mengkongsi maklumat ini dengan Pengiklan untuk segmen pembaca setiap Portal dengan harapan memberikan iklan yang relevan kepada pembaca.

PENGGUNAAN MAKLUMAT PERIBADI

Secara umum, kami mungkin menggunakan maklumat yang diberikan kepada kami untuk tujuan-tujuan yang berikut: -
  1. memberi, mengekalkan, melindungi dan memperbaiki Perkhidmatan, untuk membangunkan perkhidmatan baru, dan untuk melindungi diri sendiri dan pengguna kami;
  2. menguruskan akaun anda dan memberikan anda dengan sokongan pelanggan;
  3. membangunkan dan memaparkan kandungan yang disesuaikan dengan minat anda pada Portal;
  4. mengesahkan kelayakan anda dan menyampaikan hadiah berkaitan dengan mana-mana pertandingan dan hadiah yang mungkin diberikan oleh Portal;
  5. menguatkuasakan mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat antara kami;
  6. tujuan penyelidikan termasuk tujuan-tujuan sejarah dan statistik;
  7. urusan dan penyelenggaraan umum Perkhidmatan termasuk audit dan portal(-portal) yang berkaitan;
  8. memberi anda komunikasi biasa (selain daripada bahan-bahan pemasaran langsung) dari kami berkaitan dengan Perkhidmatan;
  9. menyiasat aduan, urus niaga yang mencurigakan dan penyelidikan untuk penambahbaikan perkhidmatan.

Sesetengah maklumat anda seperti nama, nama samaran, gambar, dan maklumat tapak akan dibuat awam dalam bentuk profil awam.

PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI

Jika anda adalah seorang Penerbit, kami mungkin akan mengkongsi maklumat tentang anda (termasuk butir-butir peribadi anda seperti nama, gambar, butiran kenalan dan butiran portal anda seperti, tetapi tidak terhad kepada, jejak halaman, jumlah pengunjung, harga, maklumat pembaca, pengguna, pengikut, ahli laman web penerbit dan jumlah pembaca dengan Pengiklan, Penerbit atau Pengguna. Kami mungkin mengkongsi alamat e-mel anda dengan Penerbit lain dan data trafik anda dengan Penerbit yang mendaftar anda untuk menggunakan Perkhidmatan.

Jika anda adalah seorang Pengiklan, kami mungkin akan pendedahan maklumat hubungan anda dan alamat e-mel kepada Penerbit yang anda telah memesan pengiklan dalam tapak mereka.

Jika anda adalah Pengguna, kami mungkin mengkongsi maklumat agregat, dan tidak berhubungan dengan anda dengan Penerbit atau Pengiklan seperti bilangan pengguna yang melawat tapak Penerbit atau bilangan pengguna yang menekan iklan tertentu. Maklumat tersebut tidak mengenalpasti anda secara individu. Selanjut, anda digalakkan untuk mengkaji semula dasar privasi Penerbit yang yang diakses oleh anda. Anda harus menghubungi Penerbit secara langsung dan mengkaji semula dasar privasi mereka jika anda mempunyai soalan berkenaan penggunaan maklumat anda.

Pendedahan Lain. Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda jika perlu untuk berbuat demikian oleh undang-undang atau jika kami mempunyai kepercayaan yang baik bahawa pendedahan sedemikian adalah perlu untuk melindungi dan / atau mempertahankan hak-hak dan kepentingan kami. Kami mungkin, sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, mendedahkan maklumat peribadi anda kepada Penerbit atau Pengiklan, atau pihak ketiga berkaitan dengan sesuatu penyiasatan penipuan, pelanggaran, cetak rompak, mengelakkan cukai dan pengelakan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang lain dan anda secara nyata memberi kuasa kepada kami untuk membuat apa-apa pendedahan.

Penggunaan Domestik dan Antarabangsa. Kesemua maklumat peribadi yang dikumpul oleh kami mungkin digunakan di Australia, China, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura atau Thailand atau jika Perkhidmatan dijalankan oleh kami adalah untuk Penerbit atau Pengiklan asing, maklumat sedemikian boleh dipindahkan kepada Penerbit atau Pengiklan di luar Australia, China, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand dan anda bersetuju kepada pemindahan apa-apa maklumat di luar negara anda.

Penggabungan atau Perolehan. Jika kami bergabung atau diperolehi oleh entiti yang lain, maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan kepada entiti itu sebagai sebahagian daripada penggabungan atau pengambilalihan.

KAJI SEMULA DAN MODIFIKASI KEPADA MAKLUMAT PENGENALAN PERIBADA ANDA

Jika anda seorang Penerbit atau Pengiklan, anda boleh menambah, mengubahsuai atau mengemaskini alamat e-mel, nama, alamat surat-menyurat dan maklumat perhubungan yang lain anda dengan mengakses halaman "My Account". Ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa maklumat anda pada Portal adalah yang maklumat terkini. Kami mungkin akan menyimpan sejarah transaksi untuk merekodkan transaksi anda dengan Penerbit atau Pengiklan. Anda perlu menghubungi Penerbit atau Pengiklan secara langsung untuk mengakses, mengubahsuai atau mengemaskini maklumat peribadi anda dengan mereka.

Walau bagaimanapun, kami berhak untuk menolak permintaan yang menjejaskan keselamatan dan privasi maklumat peribadi orang lain serta permintaan yang tidak praktikal atau tidak dibuat dengan suci hati.

Jika anda memilih untuk menghadkan hak kami untuk memproses maklumat peribadi, anda boleh menghubungi kami secara bertulis. Bagi mengelakkan keraguan, had ini tidak termasuk pemprosesan data peribadi mandatori.

KESELAMATAN

Kami menyimpan kesemua maklumat termasuk maklumat peribadi yang diperolehi melalui pendaftaran secara selamat dan menganggap maklumat tersebut sebagai sebahagian daripada aset perniagaan kami. Untuk menghalang akses yang tidak dibenarkan, mengekalkan ketepatan data, dan memastikan penggunaan maklumat yang wajar, kami telah memasukkan prosedur fizikal, elektronik dan pengurusan untuk melindungi maklumat yang dikumpul dalam talian. Walau bagaimanapun, keselamatan data adalah seni dan sains yang sentiasa berkembang. Anda harus mempertimbangkan apa-apa komunikasi yang anda hantar kepada kami (seperti data, soalan atau jawapan, komen, atau cadangan) sebagai tidak sulit, dan bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab jika maklumat tersebut dipintas dan digunakan oleh penerima yang tidak diingini.

PENUKARAN KEPADA POLISI INI

Jika ini perubahan dasar privasi dalam apa jua cara, ia akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, jika ada, ia dikongsi bersama pihak yang lain.

Hubungi PIHAK NUFFNANG,

Community Executive
+603 2694 8828
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Biar betul 6 hari tak mandi?

Tersesat tengok iklan dari Nuffnang ... Paper apa nik nak? Nenek tak nampak nak baca.... Paper? ooOooooo.. METRO..
Nak main undi-undi pulak yea?
Macam yea sekarang... apa-apa jer boleh jadi hot-isu bagi diorang-diorang ni... Nenek yang dah tua ni pun rasa berminat juga nak tahu... Kenapa la orang tu sampai tak mandi 6 hari yea.. isk...isk..isk..

Jenuh gamaknya orang yang duk sebelah dia nak bau atau tekup hidung.. dengan cuaca yang suam-suam kuku.. hehe, silap.. cuaca panas dan lembab kat Malaysia ni.. 

Nenek kagum la dengan dia.. Deodoran apa yea dia pakai? Nenek nak cuba cari laaaa....~

wansiti: versi nenek kebaya .... 
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Kunjungan Kekayaan EMAS dan DUIT hari demi hari..

Dah lama tak jenguk keywords apa yang membuatkan pelawat tersinggah di blog wansiti ni..
Minggu ni... 
13 kunjungan paling tinggi dicatatkan daripada kata kunci EMAS... 

Okey, untuk hari ni pun kata kunci yang berkait dengan kekayaan juga.. iaitu MONEY

Namun, lain cerita pula dengan minggu lepas... Ada beberapa isu semasa yang menjadi perhatian para pengunjung iaitu isu penggunaan botol susu, tsunami di Myanmar dan kenaikan harga minyak..
Pengalaman wansiti bertukar dari telco Celcom kepada Digi juga menarik perhatian beberapa pengunjung ke blog ini... 
Sedikit pengalaman wansiti selama menggunakan Digi ini.. Memang berbaloi telco Digi ini, namun.. kerana tak ramai sahabat handai yang menggunakan telco ini.. 
Maka-nya,
pada hari ini 13 April, Rabu.. wansiti secara rasminya bertukar kembali daripada Digi kepada Celcom.. Cukup sebulan wansiti bersama Digi.. 

Lain kali, jika ada orang yang mahu berkongsi plan family Digi bersama wansiti,.. tanpa teragak-agak wansiti menggunakan Digi..

Oh, yea...!!
Cuma 1 masalah Digi ni, line dia tak berapa nak menyeluruh lagi.. Semasa wansiti pulang ke kampung halaman di Kota Bharu.. Bar Digi masih menunjukkan 1 line.. dan itu pun, semasa bercakap di telefon.. ada sedikit gema yang berlaku, mungkin diakibatkan oleh gangguan talian tersebut..

wansiti: terima kasih kepada Nuffnang di atas penyediaan analisa graf-graf dan carta-carta di atas.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Justin Bieber lepak kat Stadium Merdeka?

Elok je wansiti siap tulis post anak baru wansiti: Xiomara dan Justin Bearber.. Terperasan ada iklan budak Justin Bieber bawah tajaan Nuffnang di penjuru bawah, kanan blog wansiti ni...
Tajaan TuneTalk...
adeh..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Movies: Pratonton oleh Nuffnang

Ini adalah beberapa senarai movies anjuran Nuffnang bagi bloggers yang bertuah mendapat jemputan untuk ke tayangan secara percuma. Seperti best kan?
Pun ada beberapa cerita yang wansiti masih belum sempat tengok. Baru perasan, cerita Melayu tak de dalam senarai yea..?
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Survey from Digi

Dear DiGi Angel,

2010 was a great year for the DiGi Angels, and we wanna thank you for all your support for the past year! It’s been less than a year since the Evangelist program was first launched, but we feel like we’ve known you forever already – time sure flies when you’re having a good time, eh?
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 JIPABAN

Adakah sahabat sekalian familiar dengan Jipaban? Masih tertanya-tanya apakah itu Jipaban? wansiti nak bercerita tentang lagi satu iklan Nuffnang yang ditempek di sini malam ni. Klik sini, untuk melawat ke laman rasmi Jipaban. Memang betul la.. Nuffnang suka iklan waktu-waktu tengah malam ni. Pendek kata, waktu peak iklan adalah time sebelum fajar menjelma.. ceewah!~berpuitis cikiiit..
Ini adalah iklan Jipaban ni laman sesawang wansiti
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Hair CUT+WASH+BLOW DRY by a Senior Stylist at Ivan & Max at Damansara Perdana

Iklan dari Nuffnang yang baru wansiti terjumpa hari ni ditempek di blog wansiti. Adeh, punya la bukan main sibuk lagi menguruskan pemergian wansiti ke Sarawak esok hari. Menarik jugak iklan ni, sekali imbas seperti iklan yang selalu duk promot bawak youthsays.com tu. Tetapi dah lama tak iklan macam tu disebabkan beberapa faktor dan masalah teknikal. Sebenarnya iklan di youthsays ni menarik jugak, tetapi agak sensatif dan anda yang menyertai Nuffnang perlu berhati-hati dengan cara promosi anda. Supaya tidak diblock oleh mereka-mereka ini.

Ini adalah rupa iklan Nuffnang yang berada di blog wansiti sekarang.
RM30 instead of RM70 
for CUT+WASH+BLOW DRY by a Senior Stylist at Ivan & Max, 
Damansara Perdana
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Apa cerita Nuffnang analisis?

wansiti mula nak cuba memahirkan diri dengan pakcik Nufnang ni. Sebenarnya dah lama daftar, tapi tak pernah nak amek tahu dan jenguk-jenguk pakcik ni. Kesian dia...

Alang-alang dah main-main dengan hobi baru ni, dah tak ingat dah kat facebook. 
Malas la plak jenguk sana, lau tak de berita., ececeece =p
Okey, ini graf yang Pakcik Nuff. tolong analisis untuk wansiti sepanjang Awal Oktober hingga Awal Nov.
klik gambar untuk paparan lebih-jelas
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 DiGi BlackBerry Torch 9800 – Hotter and Smarter


BlackBerry Torch 9800, dan plan DiGi..??
wah! wah! Encik Nuffnang, saya nak DiGi BlackBerry Torch 9800 !!
DiGi nak bagi 2 BlackBerry Torch smartphones kepada 2 pemenang yang  bertuah. Dengan menulis entri, seperti tajuk di atas. Kenapa wansiti suka sangat BlackBerry Torch 9800 nie?! 
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Nuffnang vs Advertlets

minat wansiti nak komen atau tambah apa yang patut, terbantut buat masa ini.. Di bawah ini adalah beberapa rujukan buat wansiti dan sahabat yang lain.
nuffnang_vs_advertlets
I believe these 2 advertising company are the biggest and most commonly heard local blogadvertising agencies in the Malaysian blogosphere.
Yes…It’s pay per click program but it depends on your traffic (impression) also. You can haveNuffnang and Advertlets on your blog at the same time. You will only see the default Nuffnang banner if there are no sponsors for you.

Comparison Between Nuffnang and Advertlets

It’s a common scene to have people asking on which of these 2 being the better. Nuffnang and Advertlets are different from Google Adsense, Adsense is text based ads and the other two are graphical ads, so I don’t think the click will be separated
From what I’ve known, Nuffnang will pay per impression when a campaign is in place. Nuffnang will update your earnings every week in the dashboard while you may check your Advertlets daily earnings.
Nuffnang can cash out at RM50 while Advertlets allow you to cash out at RM100 which is take more time to achieve.
More people prefer Nuffnang than Advertlets since Advertlets have some problem in their payout system, they always did not pay bloggers earning in timely manner.

The Thing That Advertlets Can Compete With Nuffnang

Advertlets have Blogvertorials, means you write a post with pictures. After successfully doing so, they’ll pay you.

The Reason Why I Choose Nuffnang?

nuffnang_vs_advertlets
I have been using Advertlets more than a year and now it’s time to give myself a chance to try onNuffnang since Nuffnang pay according to your traffics. While Advertlets only can pay you more if you post up Blogvertorial by them. Besides, I heard a lot of blogger said that if you get the campaign ads from Nuffnang, then you will get rewarded handsomely.
From other blogger who experienced with using Nuffnang ads, they said that you need to maintain the minimum amount of unique visitors to your blog. Then, you will have higher chance for advertisers to select your blog to run their ad campaigns on. If you are selected, you will be notified by email based on the type and the duration of the ad campaign. When the ad campaign is run, your default Nuffnang ad will be changed to the advertiser’s advertisement for the duration that you have agreed.
Nuffnang new program called Glitterati, is a double blow to Advertlets. This will appreciate their loyal blogger with this exclusive member. You can get more benefits, which is from payment rates, ability to join innit service.

How To Apply for the Nuffnang Glitterati Club?

You do not need to apply and it will automatically be included as a Nuffnang Glitterati as long as you do NOT have any ads from any other ad network that originates from South East Asia. Their crawlers will automatically include your blog in the club within 48 hours. link

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 wansiti & Nuffnang analytical chart for September 2010

Update of statistics analysis made by Nuffnang on wansiti.blogspot for September 2010
The majority of visitors are came from Malaysia with other percentages of 94.49% (nice mirror number, isn't) ^_^
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 wansiti: My first Nufnang ad.


Ini adalah Nuffnang ad. yang pertama disiarkan di blog wansiti ini.


wansiti tak tau nak kata apa. Alhamdulillah-kah? Syukur-kah? atau macam mana. Ini sebagai permulaan setelah 11 bulan dan 3 minggu wansiti berblogspot. Ingat nak semak website Nuffnang, tapi website tu 'under maintainance' pula. Tak pe, bila pulang dari open house rumah Dr. Puziah Hashim tengahari atau petang karang, kita semak lagi yea?

Yea!
-wansiti-
16 Oktober 2010, Sabtu 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cerita-cerita panas yang menarik sepanjang Oktober ini =p

Pada mulanya ada post lain yang wansiti ingin tulis.
Tetiba idea datang mencurah-curah pula untuk tajuk post wansiti, jadi, wansiti perlu susun satu-persatu, supaya tiada yang terlupa dan akhirnya ada yang ketinggalan nanti..

Bermula dengan status di FB rakan yang mengutarakan masalahnya dengan breastfeeding baby nya (Irmey dan baby comelnya, Rosyadah)
Kemudian wansiti terjumpa post di blog sahabat UPM (Cik Nor Farhana Nordin) yang diambilnya dari page i luv Islam,
dan ...
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger