Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!
Showing posts with label Diari Wan Siti. Show all posts
Showing posts with label Diari Wan Siti. Show all posts

0 7 Bulan sudah berlalu

Sekejap sahaja 7 bulan melepasi garisan masa, kini. Segalanya semacam gedebuk, bertimpa-timpa atas kepala. Macam-macam kerja nak kena diutamakan ni. Silap-silap, boleh tidur je saja-saja sebab STRESS ni, kerja pun ntah ke mana...hahaha

Masa-masa macam ni, perlu di susun keutamaan, dan kerja ad-hoc pun macam tiba-tiba memunculkan diri ni, boleh tahan juga mengganggu kosentrasi. Check-list lah yang paling diperlukan buat masa sekarang. Jangan lupa catit, dan POTONG BESAR-BESAR item yang dah dilaksanakan.

Bestnya rasa, dapat menulis dalam BAHASA MELAYU ni, rasa bebas dan macam dah selesai banyak-banyak kerja yang kena setelkan tu.. hahaha.. padahal tak berkait pun...hehehe

Satu lagi hal yang jadi hilang mood untuk writing in English, sebab internet dan mouse Wan Siti hilang... huawaaaaaa.... Macam mana ni?

Tertunda lagi kerja...
Ok, tak baik salahkan external factors, semua nya mestilah bermula dari dalam. Permulaan nya apabila sudah hilang fokus sedikit-demi-sedikit. Jadi sekarang, jom kita ALLIGNMENT dan FOKUS semula kepada landasan seperti mula-mula dulu, di awal tahun.

Sorry, 
Wan Siti banyak Play Safe dalam tulisan kali ni, saje, nak buang stress dan kantuk jauh-jauh. Nak menulis di paper lagi satu, tapi belum datang idea lagi.

Betulah orang cakap, MASA MENULIS SETIAP ORANG tu lain-lain. Waktu petang-petang begini, tak sesuai menulis sangat, kena beriadah dan gerakkan OTAK/OTOT sikit bagi cergas..haaaa... tak gitu?.... hihi


Tulis blog ni pun, ntah bila bley post ni...hahaha..
Belanja gambar mata sikit, Mata yang cantik apabila mengenakan EYE-LINER MARY KAY.



Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sebelum start tulis jurnal, kito bobey dulu

Assalamualaikum wbt.

Lamo mek dok menyembang di blog ni.
Diari hidup memang terbatas cket nok tulis blog. Macam-macam mek nok buat etek, publish di facebook lah, instagram lah, 
macam -macam mek nok tulis dan ghoyak.

Kali ni, mek lepah geram nulis gapo sajo hop mek nok tulis dalam bahaso hop dok semua ore bulih pehe.
Mek ni bukey gapo, nok ghoyak buwi, penat jugok duk nulis secara formal, ikut tuley-belake ng structure ayat nyo.
Kadang-kadang sero gian lah wey nok nulis dalam dialek klate nih, biar lah dok pekat mano pun.

Kade-kade, lau mek tulis kok klate ni, idea mencurah-curah, ikut lah mek nok ghoyak gapo pun, xdok ore nok sekat, nok wi markah dan nok ghoyak saloh gapo hop mek tulis ni.


Kali ni penyetart sebelum mek tulis jurnal ilmiah, mek bobey dulu. Lamo sungguh blog ni dok meriah ghetek, metey2 lah facebook ado lonih key.
Dulu ore duk tumpu ko blog, google jah gapo2.. 
lonih, lau google pun, dio bowok g tunjuk ko facebook, blog post tu ado, tapi dok banyak maklumat.

Bilo lagi laymen nok baco kisoh-kisoh menarik ni key?
Dalam jurnal memey banyak bendo menarik, hop ore biasa x tahu..
Tapi tu lah. 
Kat Malaysia ni, sampai situ jah dulu.

nok implement gapo2 memey lambat dan makey maso cket.
ok, serow okey dulu .. Panas doh jari-jemari mek ni, dan otak pun sero bulih doh nok nulih..

jjupo lagi nati deh
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Siapakah SUAMI-KU ??

Banyak perkara yang kita SEDAR SELEPAS BERKAHWIN
=============================================
💖Kita akan banyak TOLERANSI.
💖Jarang MENANGkan pendapat sendiri.
💖Kurang berkongsi tentang cerita tak enak di alam-maya (memaknai erti SABAR)
💖Pasangan adalah cerminan kita (Baik kita, maka baiklah pasangan kita, begitu juga sebaliknya)
Tak usah risau yang TERBAIK, akan selalu bertimpa-timpa ALLAH datangkan UJIAN untuk INGATkan kita,
PASANGAN yang SECOCOK adalah bukan yang tiada ujian,
Namun, pasangan yang TETAP BERTAHAN walau BANYAK UJIAN yang TIBA.
CINTA UTAMA kita, bukan isteri, bukan juga suami, bukan anak-anak.
CINTA UTAMA kita, adalah ALLAH SWT.
SAYANG lah seadanya, demi SYURGA kita.
Iktibar dari kisah IBRAHIM, SITI HAJAR dan ISMAIL (betapa ALLAH uji kasih-sayang sang bapa & ibu untuk menyembelih sang anak-yang-begitu lama ditunggu-dan-dirindui)
Setiap orang ada UJIAN-nya...
In my life, terlalu banyak ALLAH kaitkan dengan orang yang bernama IBRAHIM & ISMAIL. Petanda ALLAH, yang sangat lambat untuk hambaNYA ini fahami. Maafkan hambaMU ini ya ALLAH.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 3 days after meeting

Boleh wansiti stress sebab tak dapat makan KFC?

Kunun...
Padahal stress bab lain.
Today is the THIRD DAY after MEETING...
Getting the phone number.
So whats next?

Dup dap dup dap...
What will happened next
Umi said, just patiently wait, bley tak? 😂😂😂

Baik lah umi.

For those who still inquiring, apo lah wansiti duk melalut ni

Well, sorry guys, im not good at keeping my record,
And not good in remembering DATES, (special dates).
So this blog is like something i used to recall & recapture back the moment.

U will soon know, what im talking about now..

Patient bley tak? 😅😅

Enjoy watching the snakers please...
Jangan marah aaaaa... nanti kena jual ... keh keh keh...

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 SELERA Makan Cerita Famili

Berkelah style kampung is the best!
Selera makan dah datang balik bila tengok banyak sayur yg jadi lauk!! 😍😍

Baru sempat ronda 2 umah mak-pak sedara belah umi..
Umi ada 14 beradik + 3 yg meninggal masa kecik.
Best orang dulu-dulu.. Sabar beranak ramai..

Alhamdulillah...
Nenda masih sihat wal afiat. Syukur....
(Hikmah berpantang orang dulu-dulu). Kena belajar pantang style kampung pasni dgn nenda..
Bukan 'pantang' tengok makanan...wahaha...

Mak-pak sedara tak putus nak jaga nenda & bawa nenda g masjid, jalan-jalan...
Jenguk nenda selalu... (kagum! Okeh)
Moga WanSiti tua nanti, anak-cucu-soleh pun jaga Wan Siti cmni) 😩

Abah de 3 beradik lagi + 4 yang dah tiada.

Raya lebih bermakna tahun ni...
Dan lebih bermakna pada tahun depan? 

Sekian,
Karangan orang kepenatan petang ni... 😅😅
Terima kasih lah sudi baca.

#TungguTetamuMalam
#NakBacaBukuTapiNgantuk

Well, diari sama kot de kat blog www.geniusresources.blogspot.com saja nk letak sini jugak. ..

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Selera berkurang... alahai...

WAN SITI rasa kantung perut ni makin mengecut..

Wan Siti minum air 3 gelas waktu berbuka, makan kuih-muih, solat maghrib - SETEL..

Balik tarawikh / sahur baru selera nak jamah nasi.
Dah sebulan, dapat makan manis-manis sokmo.
Dulu selera dengan makanan pedas & sedikit masin.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 TEROKA BIDANG BARU - PENGALAMAN PENGETAHUAN

Saya setuju dengan kata-kata dalam poster ni..

Credit gambar : Business school club


Dua (2) perkara yang berbeza
Dalam 10 tahun ni, sudah berapa banyak PENINGKATAN POTENSI DIRI yang kita LAKUKAN?
hmmmm.....
Cmne nak trace ‪#‎sejarah‬ ‪#‎hidup‬ kita balik jika kita tidak lakukan ‪#‎catitan‬ dengan apa yang telah dilakukan 10 tahun, 20 tahun, even 30 tahun ke belakang.
I am doing a lot thinking dan doing DO this and that.
Manfaatkan fungsi minda dan akal sebaiknya..
Mesti rasa ringan je badan nak bergerak..

Acu try test skali....

Teroka bidang baru..... coming soon......

Sending #resume to UMK and MARA ...
Got fast response from one of lecturer at UMK, and now pursuing Dean of FEB for more info.
Please pray for me also,
May ALLAH ease...

InsyaaALLAH.... amin...

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 BELAJAR CPANEL UNTUK WEB

POS ni untuk nota rujukan belajar ilmu cpanel. Tetapkan hari ni, khatam dan dapat buat sehabis baik.
Kredit diberikan kepada mereka yang ilmu nya aku ceduk ... 
Terima kasih

1. Panel Kawalan atau Control Panel merupakan perisian yang digunakan dalam webhosting bagi memudahkan pengendalian sesebuah web atau blog. Jenis panel kawalan ni penting dalam menentukan aspek kemudahan sesebuah webhosting. Sebenarnya, ada banyak jenis panel kawalan yang terdapat dalam pasaran webhosting. Antara yang sering digunakan ialah seperti cPanel, DirectAdmin, Plesk, Ensim, Helm dan lain-lain.
Tapi yang paling banyak digunakan sekarang ni adalah panel kawalan jenis cPanel dan DirectAdmin (sila betulkan jika aku tersilap bagi info). Panel kawalan ni just untuk webself-hosted (hosting sndiri) sahaja. Bagi pengguna-pengguna BlogspotWordPress.com atau platform-platform lain yang teringin nak ada hosting sndiri boleh baca jugak untuk tambahkan ilmu. <------ INTRO CPANEL
cPanel ialah panel kawalan webhosting edarancPanel Inc yang direka khas untuk memudahkan kerja-kerja mentadbir dan mengurus laman web. Panel kawalan yang lengkap dengan ciri-ciri dan antaramuka yang ringkas (GUI) telah menjadikan cPanel antara panel kawalan paling popular dalam industri webhosting.
cPanel beroperasi dalam platform Linux dan didatangkan dengan pelbagai sokongan perisian seperti FantasticoStatistikCron,phpMyAdminBackup/Restore dan lain-lain.
Ok, masih brief.
2. kaedah beli baru... huuu (part ni dah setel)... sekarang nak guna belum nampak lagi
3. Ok, kita tengok youtube pula

Hari ni stuck sampai kenapa wordpress saya tak boleh di akses /wp-admin ni?
Apa pun tak boleh.
I have no cluess... Terdownload FileZilla pula tu... huuu

Ok, rehat dulu.
Nak p masak makan malam,
Nak makan, layan cerita akhir CINTA SI WEDDING PLANNER hari nie (yang disiarkan setengah jam awal dari waktu maghrib)..sabar je lah...




Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 MENTAL BLOCK CARA ATASINYA

MENTAL BLOCK
=============

Anda terbiasa alami (BLANK) _
Tak dapat menulis & berkata-kata disebabkan #mental totally block...

Cara untuk selesaikan masalah ini adalah;
✔Segarkan minda
✔Banyakkan #membaca
✔Minum air putih
✔Exercise
✔Spend masa jalan-jalan amek angin
✔(Lau perempuan) - p cari rakan sembang sat.
Bincangkan 😊😊😊

❤❤❤

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 AL-FATIHAH BUAT PROF. DR. YAAKOB CHE MAN

Melayan whatsapp dari seorang alumni #USIM yang berminat nak sambung master di #UPM,

Antara soalan beliau,
"Puan Research Assistant (R.A.) under siapa?"

Jawab:
Arwah Prof. Dr. Yaakob Che Man

Sedekahkan al-fatihah kepada beliau,
Banyak yang saya belajar & diajar semasa berada di bawah seliaan beliau.


Sungguh!
Beliau guru yang terbaik!

Masih ingat ke-DUA kali terakhir masa berjumpa beliau ...
adalah saat-saat sedih.

Tak banyak yang sangat ingat apa yang saya cakapkan,
Saya banyak mendengar, dan mendengar .... menangis...

Tempat pertama, makmal IPPH, UPM (infoport). Betul-betul berdepan dengan IOI Shopping Complex Putrajaya

=========
PERTAMA:
=========
Menangis kerana darah muda masa tu, yang kecewa dengan #hasil #kajian sendiri. Dan kata-beliau, JUST #FOKUS kepada tesis & siapkan tesis tu.

Biarkan isu halal kita serahkan kepada #authorities #bodies
See..
Besar tanggungjawab badan yang terlibat..

Layman cant say much when you not know much.

"Manusia akan jadi musuh kepada apa yang mereka tidak tahu"


======
KEDUA
======
Menangis semasa menziarahi beliau di wad #HUKM sebelum saat-saat akhir beliau...
Maafkan saya Prof. sebab tak dapat jadi pelajar yang terbaik!


======
KETIGA
======
Menangis setiap kali teringat kepada beliau ....
Tolong sedekahkan AL-FATIHAH buat beliau...
Beliau guru terbaik!


'When you learn in difficult way, you tend to shine and learn so much!'

Tinggal sahaja,
Bagaimana kita memilih untuk menerima pengajaran tersebut.
Kita pilih menerimanya ATAU menolaknya?

LIFE IS A CHOICE
LIFE IS A LEARNING PROCESS
LIFE IS A JOURNEY, BEFORE WE FACE OUR CREATOR, ALLAH...


Nangis lagi sambil tulis status ni.......




Melihat link tentang beliau di:



Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Nombor Telefon Careline Celcom, Tunetalk, Pos Malaysia

CELCOM

Buat permulaannya, call CELCOM untuk setelkan kes port-out nombor sampai sekarang tak selesai lagi, sejak 13 Ogos 2015

Orang celcom ni, memang tak sah lau tak kena marah dulu baru nk buat report kan?
Kali ke-2 dah dapat nombor report.
Kali ke-2 juga email operator tu hantar kepada ORANG ATASAN untuk proses.
Nak kena report SKMM juga baru jalan?
Tak mau lah maki-maki,
Tak best.
Habis cas-cas negatif keluar..... aisyh....~


TUNETALK

Selepas itu, buat redeem bigpoint untuk kakak tersayang,:
Call call tak lepas, 03-7949 0000 / 13100

Sebab kami guna line ONEXOX ke?
Setahu kami, line onexox ni, memang dia block semua nombor 5digit ni, atas repot pelanggan, untuk elakkan kredit pelanggan kena curi senyap-senyap.
Terbaik la onexox ni,
Tukar onexox dulu ni pun, sebab celcom selalu curi kredit, tak reply mesej pun, dia kata kita setuju langgan...

POS MALAYSIA

Ini paling best!
Sebab kali kedua call, dan kali kedua juga email & facebook kepada careline mereka.

Pos Malaysia‬ - 1-300-300-300
Email - care@pos.com.my
Facebook - Facebook.com/AskPos





Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Chats Whatsapp Hilang Sekelip Mata

PENGAJARAN HARI INI

Semua private massage (PM) dan whatsapp chats lenyap disapu-hilang, sekelip mata.
Itu belum tukar fon baru lagi.
Mujur sempat back-up segala nota penting di ‪#‎dropbox‬ & email...

Dalam masa yang sama tengah menerima banyak chats dari dealer, bakal agent dan klien.. Allahu akhbar.

Benarlah orang kata, 
Allah mengikut sangkaan hamba-NYA,
Ada sesuatu yang aku fikirkan sejak berminggu-minggu, dan akhrinya Allah yang izinkan ia terlaksana....

Memaknai ‪#‎redha‬

Belajar perkara baru setiap hari.
TOPUP MUDAH, TOPUP LEBIH MURAH


PROMOSI DAFTAR MASTER DEALER RM30 (saha sehingga tarikh tamat sahaja)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 AL-QURAN untuk ANDROID per mukasurat

DOWNLOAD AL-QURAN

Kami selalu sibuk dengan aktiviti harian, 
jika dahulu, untuk menyempatkan membaca Al-Quran, kami tempatkan 3 Al-Quran yang berbeza di dalam rumah, kereta & pejabat.

Sekarang ini, berkat perkongsian dari pakar-pakar teknolgogi yang budiman, kami dapat muat-turun Al-Quran ke telefon & dapat baca AL-Quran di mana-mana sahaja, tanpa risau, Al-Quran tersebut tidak terjaga dengan sempurna.

Dan sekarang, lebih-selesa & tak risau dah bateri habis, selepas beli POWER BANK 5000 mAh dengan harga RM35 di EH.. EH.. BAZAR MAEPS Serdang sebelum berpuasa hari tu... 
Wah! Rasa bahagia sangat, kan? hehehe.. eh...eh.. terlebih gembira pula.

Okey, berbalik kepada Al-Quran untuk android tadi,
iQuran pro dah okey dengan TERJEMAHAN per ayat.
Cuma jika mahu lebih selesa semasa membaca per MUKA SURAT, boleh download yang ni pula,
QURAN ANDROID

Dah ramai yang download dan ambil manfaat dari apps ni rupanya, nampak tak di situ, dia tulis, 10,000,000++ orang yang dah muat-turun di seluruh dunia?
Canggih, kan?

Kami suka! ^_^
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Rindu Ramadhan melebihi RINDU KEKASIH

Mereka gembira dengan kedatangan-mu...
Malam mereka meriah disimbah nur Al-Quran...

Arghh... tiba-tiba sayu & sangat merindui... 
Ramadhan..  

Peluang yang sama, natijah berbeza...

Sempatkanlah kami kepada Ramadhan kali ni... 

Iman kami ini sentiasa menaik & menurun... Istiqomahkan kami.. kekalkan kami di dalam Agama yang benar ini..
Kekal,
I.S.L.A.M.


Allah maha mengetahui, 
Ujian yang ditimpakan kepada hambaNYA, hanya dia yang tahu yang TERBAIK!
Selain pasrah, sikap bersangka-baik kepada Allah sentiasa terletak-elok di hati.

Teringat-ingat pada mula-mula wansiti berjinak-jinak dengan penulisan blog ini. Penyebabnya adalah kerana dicetuskan oleh kepayahan menulis ilmu sains ke atas jurnal penerbitan berwasit. Semasa itu, tahun 2009, awal-awal memulakan pengajian Sarjana Muda di UPM.

Segalanya agak kekok. 
Tersangat kekok sehingga isu-isu penting lain yang dirasakan tidak memaksa untuk diutamakan pada waktu itu untuk diketepikan buat sementara waktu.

Termasuklah, isu berkahwin pada usia 24 tahun waktu itu...
Muda, yea tersangat muda untuk aku sebagai wanita kotemporari ini memulakan kisah rumah-tangga-ku bersama seorang lelaki ajnabi. Yang aku juga pada ketika itu belum yakin sepenuhnya dengan ketetapan takdir ilahi, andai aku tidak kuat untuk semata-mata bergantung kepada ekonomi suami-ku sahaja pada waktu itu.

Allahurobbi,
Naif sungguh aku diwaktu itu.
Sesuai dengan pemikiran yang belum matang di usia, 24 tahun.

Dan kini, 
Aku mendapat tiket-bebas dari kedua-orang-tua-ku untuk mengenali & mencari calon suami-ku sendiri.
Aku pasrah,
yea.. pasrah dan meletakkan segala tawakal atas USAHA yang aku TELAH LAKUKAN.

Moga Allah jua REHDA,
DIA jua yang lebih MENGENALI DIRI-AKU-ini., hambaNYA yang hina-dina.

Doakan wansiti bertemu jodoh dalam waktu terdekat,

Jodoh yang DIA tentukan di SYURGA, melalui dunia ini....
yea... 
Mudah menyatakan, "jika tidak bertemu di dunia, biarlah di SYURGA sahaja"
Namun, MUDAH ke mempercayainya?
Allah... Allah....
Sabar & Redha...

Biar DIA sahaja yang menjalankan kerja-kerjaNYA... kita?
U.S.A.H.A. , T.A.W.A.K.A.L. , S.A.B.A.R. , Y.A.K.I.N. ^_^

insyaaAllah
* wansiti
23 Jamadil Akhir 1435

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Book Cafe di Malaysia

Kami suka & sokong dengan BOOK CAFE diadakan di Malaysia.
Selalu tengok cerita korea sahaja yang ada BOOK CAFE ini.

Sokong 100%!
Sempena Pesta Buku KL pada kali ini yang diadakan, seperti:
REMINDER
di telefon pagi ini..

Jom bagi ULAT BUKU sekalian..
Bawa saya sekali ke PESTA muda-mudi ni..

Untuk
Siapa yang rasa MUDA jer yea boleh HADIR...

 Peace!
Ke arah melahirkan masyarakat berILMU.

hmm... kawan ada cadangkan kami memohon PTD di jabatan kerajaan.

Dengan kelulusan degree Bioteknologi Makanan & Sarjana Analisis Makanan Halal...

Rasa bersemangat untuk itu!


Terima kasih kawan... 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Bonuslink hilang dan dapat semula

Alhamdulillah seminggu sahaja dah terima kad baru.
Kad bonuslink lama tertukar oleh pekerja Shell di Seksyen 10,Bangi seminggu lepas.

Perkhidmatan bonuslink Shell setakat ni memang puas hati.

Pernah sekali CLAIM reward online, dalam masa 3hari berkerja sahaja, dah dapat HADIAH yang dihantar melalui Citylink.

Jika berbisnes, perkhidmatan seperti ini yang pelanggan SANGAT GEMARI.

Take note.

Genius Resources

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Kerana Percayakan Siti~* ^_^

Genap setahun wansiti mengepost tajuk "Benci lagu Ukays !!! tak suka…tak suka.." di blog friendster wansiti. Oleh kerana banyaknya iklan spam/scam yang tak berfaedah singgah di entri ini sebelum ini, maka dengan sukarelanya wansiti mendelete entri ini.

Lagi pun wansiti tahu, ada orang yang asyik ungkit-semacam tak puas hati dengan entri.. miahahaha..
Okey, tak pe!
Saja nak wat kenangan...
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Saya yang teringin kerja sebagai Pembantu Tadbir (P/O)

Entah apa yang merasuk kepala nie, rasa macam berminat dengan kerja-kerja admin. je.. Macam best-kan? haha, sekali lagi tak fokus, semua benda wansiti nak kaut sekali-gus.. Apa daaa~
Okey, apa kerja-kerja P/O atau bahasa mudahnya adalah Kerani?

Ini yang wansiti jumpa di laman sesawang SPA.gov.my:

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi). 

Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
Aspek Perkeranian
a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
   - perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
   - perkhidmatan, latihan dan kerjaya
   - gaji, elaun dan kemudahan
   - faedah persaraan 
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan. 
g) Pengurusan Fail.

Letih-ke-belajar sampai peringkat master, tapi minat lain..dan merewang-rewang.. Apa nak jadi wansiti oiiii~
What you want-to-be...?
What you eager-to-be...?
What your ambition-to-be?

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Yang sudah lama-ku-tinggalkan

Dah lama wansiti meninggalkan dunia join GA dan contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan bloggers... Entah kenapa la.. Mungkin minat dan masa yang masih belum mengizinkan [alasan~]

Oh yea.. Lagi 1 bidang yang wansiti dan kurang maju jugak, adalah bidang mengkaji keywords apa yang pengunjung selalu tersesat ke sini.. alamak, cmni ni wansiti?
Kurang produktif penulisan kamu sekarang nampaknya yea..
 
Statistik terbaru pada 5 Ogos 2011, jam 8.34 malam

Usaha lagi!
Usaha! Usaha...!!
Work smart not ONLY hard..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Terigin makanan manis, sejuk dan berlemak...

Pada satu tahap, selera wansiti dah mula lain... hari Ahad! Weekend, sejak pagi sampai petang..Hanya roti gardenia butterscotch bread jer yang boleh lalu kat saluran esophagus dan salur percernaan yang lainnya...
terasa diri-sendiri menjadi agak choosy/memilih dan nak makan/craving pada makanan yang bukan-bukan.. terutamanya, makanan ringan laa... makanan berat, kurang gamaknya mengiurkan..

Jadi, apa perkara pertama yang wansiti buat, buka page google image dan tengok makanan apa yang menyelerakan.. Jika boleh dimasak, akan-ku masak sesedap, dan sebanyak-banyaknya!

cheewah!
kunun..... 
tapi, sebaik je tengok image makanan yang pelbagai kat depan mata...langsung tak terangsang pun selera makan.. aiseh...ada yang tak kena ni... tertengok puding!
yea!
Puding karamel.. best jugak layan puding,.. 
Cukup plak syaratnya... Sejuk, manis dan agak berlemak ..... ngeeeee~
dah berkobar-kobar nak buat nie..

Tapi, bila tengok, jam dah kul 8 malam lebih,.... lau buat pun, esok baru boleh makan... masalahnya, tengah kelaparan tahap tak tau nak makan apa dah sekarang..

Elok je, hani [housemate] cadangkan.. kita pergi pasar malam ...yea!
akan tetapi, di manakah pasar malam hari Ahad nie? 
Ada ke yang area Putrajaya ke, Seri Kembangan ke, Bangi ke....
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger