Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!
Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

0 Birthday SEGERA Rasyiqah Mustafar

Birthday syiqoh hr ni..
RASYIQAH MUSTAFAR
Kerja di Kementerian Wanita, Putrajaya... #sekian sesi ta'ruf#

Happy birthday to you!!  Happy birthday to you!! Happy birthday to you!!

Semoga semua HAJAT & IMPIAN segera ditunaikan Allah.... amin.. insyaaAllah 
Nah kek...

Kami sah berkawan selama 16 TAHUN !! Lama kan.. Sebaya dengan umur pelajar Tingkatan 4!!

Well... kami memang sekepala & sejak sekolah dulu suka buat aktiviti sama-sama.. Banyak benda yang kami buat sejak dulu.. jika nak disenaraikan terlalu banyak. Saling take care, prihatin, dengar masalah, hang-out, masak sama-sama, tester masakan masing-masing, kemas umah sama-sama & lain-lain lagi...

Kawan, semoga dikurniakan 'jodoh' yang beriman & soleh...

WE LOVE YOU SOOOOOO MUCH!!
Semoga jodoh persahabatan kita ni kekal hingga syurga..

OK, Birthday girl?
Selamat bekerja... kerja dengan berDEDIKASI yea... ^_^

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kak Long Fairuz

Lagi 13 tahun, cukup setengah abad yea Kak Long Fairuz? Apa yang wansiti dapat ucapkan, adalah..

 Semoga Kak Long sentiasa dalam lindungan Allah dan makin matang dan berani di dalam setiap tindakan yang bakal dilakukan!! Agar...Rahmat, kasih-sayang dan keberkatan umur dari Allah sentiasa bersama-dengan-mu selalu~ Amin..

Bersemangat gitu ai nie... hehehe! 
aih... akibat baca blog yang pelbagai, dari segenap peringkat umur, sedikit-sebanyak dah terpengaruh dengan cara penulisan mereka. 

Jika masa kecik dulu, kita dah macam kembar dah kan? Bila dah besar ni, ai plak yang nampak semacam kakak... hohohorlick!!
Cik Puan: Ni, kakak yea?
Kak Long Fairuz: hahaha...ni adik, no.2
Cik Puan: Eh? Ingatkan kakak tadi ...
WanSiti: Dah biasa dengar ayat cmtu
Kak Long Fairuz & WanSiti: ngeeeeee..... (nak tergelak campur suatu perasaan yang tak dapat nak digambarkan) =p

Sedar dah tak sedar, cepat benar masa berlalu.. Mesti tak terasa apa yang dah digali dan dipelajari selama setengah abad ni kan? Ada rasa kosong? Rasa tak yakin dalam diri lagi... atau rasa apa yang berkaitan tak? Sengaja letak 'tak' di belakang tu sebab nak harapnya, semua pertanyaan tu semua pun dijawab dengan "tidak" atau "tak".. 

Yang benar,
Adikmu yang comel.... ~*
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Selamat Hari Lahir ke-56 Abah (=^_^=)

Selamat UlangTahun Kelahiran buat Abah, 
Cikgu Mohamed Rani Bin Wan Salleh.
Di hari yang genap 56 tahun ini, 
Sekaligus, tamat sudah perkhidmatan abah bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, merangkap seorang pendidik. Namun, didikan-mu sejak dari-wansiti kecil hingga sekarang dan untuk masa hadapan, akan terus berjalan dan kekal bersama di Jalan Allah SWT.
Semoga dalam lindungan, kasih-sayang dan berkat Allah sentiasa.
Kami sayang Abah (=^_^=)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

4 Selamat Ulang Tahun wansiti.blogspot.com

Genap setahun sudah wansiti menggunakan perkhidmatan blogspot powered by Google ni..

Lilypie First Birthday tickers

Zaman awal-awal guna dulu, memang wansiti main post apa yang wansiti rasa nak tulis je. Mula-mula dulu, wansiti hanya berkecimpung dengan Friendster blog je..  wansiti buat blogspot ni, sebab nak tengok tajuk terbaru apa la yang dipost oleh member2 wansiti, disebabkan blog friendster wansiti tak dapat nak tunjukkan aplikasi recent post dari kawan-kawan.

Sampai sekarang blog Friendster tu ada lagi. Jika korang nak tengok blog Friendster wansiti, klik sini.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Terima kasih Umi, Di Hari Lahirmu ini ...



Selamat Ulang-Tahun Kelahiran ke-55  buat umi-kami, Ustazah Wan Azaziah

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899]

Di hari UlangTahun Kelahiran Umi, wansiti panjatkan lagi doa yang selalu kami ulang-ulang untukmu dan abah. Semoag dengan pertambahan umur-umi ini; Allah permudahkan segala urusan, memberi keberkatan di dalam setiap rezeki dan kelapangan di dalam amal ibadat. 
Selamat UlangTahun Kelahiran Umi, Wan Azaziah (^_^)
Kami saaayang umi, mmmuuuuuaaaaaahhh ...!!!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Meow...meow.. Selamat UlangTahun Kelahiran Kakak Fasihah

Selamat Ulang-Tahun kelahiran Kakak Fasihah, pada 11 Oktober 2010 masihi maka genaplah umur Fasihah meoOow 16 tahun..
Terimalah first attempt of video uploading dalam blog Kak Ngah (wansiti) ni.

Oh, yea.. ada lagi satu video birthday untuk Cik Strawberry (=^_^=)
ops.....No. 17 tu abaikan je kakak yea.. itu adalah video member dari u-tube.. ngeeeeh~

All the best juga untuk peperiksaan PMR yang Kakak tengah hadapi sekarang. Rahmat, kasih-sayang serta hidayah Allah sentiasa bersama-mu.
Tabah dan sabar dalam setiap ujian yang diberi-Nya..
Ada pahala-mu di situ, percayalah..


hmmm...
Nak hadiah birthday ?
Tunggu ......~ 
Jeng, jeng, jeng!! 
Ado surprise.... hehehe..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 Selamat Hari Lahir my Honey Madu !!!

Tanggal 29 September tahun 1985 lahirlah seorang bayi di dalam keluarga Encik Mohd Hata.
Keistimewaan bayi ini adalah; dia berbentuk ala-ala madu... (ups, ingat cerita dongeng ke) ... hahaha .... Sowie honey madu.. Dah genap umur kamu 25 tahun kamu yea (merangkap suku abad) .. Ish.. ish .. =p

Oleh kerana saudari sudah mencapai tahap suku-abad, suka wansiti ingin mengucapkan ...
HAPPY OLD DAY
Nah, saya bagi kek yang sama masa sambut besday wansiti dan wabbit hari tu, he he he

Semoga dapat mencapai apa yang dihajati dan
memperolehi rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T.
dan berbahagia selamanya bersama orang terSAYANG =p

 - Insya-Allah -

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Selamat Hari Lahir Baba Cik Teh (=^_^=)

Selamat Ulang-tahun kelahiran buat Baba Cik Teh ^_^
Semoga di dalam rahmat, berkat dan kasih-sayang Allah sentiasa
Ku-doakan, bertingkatnya umurmu bersama dengan pertambahan ilmu & pengalaman 
Bagaimanakah amal dan bekal-mu?
Sudah memandai/mencukupikah?
sama-sama kita usaha dan fikir-fikirkan ...
rajinnya dia baca buku, (",)v peace~
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Selamat Hari Lahir Umi ~ :)

Hari ini, tanggal 27 hb Oktober 2009 genaplah umur umi 54 tahun jika mengikut perkiraan tahun masihi..

Ya Allah, bantui aku untuk membantu ibuku dan bapaku,
berikan-ku peluang, kekuatan akal, perasaan dan jasmaniah untuk membalas jasa mereka kepadaku sejak diriku masih dalam kandungan hingga terbentuknya diriku seperti hari ini...
Walau ku tahu ya Allah bahawa kasih-sayang-Mu Maha Hebat melebihi kasih dan sayang makhluk, namun, izinkan daku,  izinkan kami (anak-anak umi dan abah) menjadi anak soleh dan solehah seperti yang di doakan dan didambakan kami setiap waktu kepada-Mu....
ameen ~*
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger