Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!
Showing posts with label Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak. Show all posts

0 Ayam Masak Pedas Tomato

#Ayam #Masak #Pedas

Mengingatkan daku kepada spices & kepedasan #hidup yang luar biasa akhir-akhir ini...

Hidup tak #selalu #cerah...
Akan tetapi, apabila muncul #kecerahan yang ditunggu-tunggu...

Maka #hargai & syukurilah ia sebaik-baiknya....

Masa yang ada sekarang...
Manfaatkannya...

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tom Yam Kung dan Khasiatnya!

Lidah orang yang suka makan masakan pedas-masam-manis nie.. Tambah-tambah lagi, waktu ni, tak de selera nak makan.. Lau letak tomyam kat depan mata.. Secara automatiknya, selera terbuka.. Sebab tu Tom Yam dinamakan sebagai salah-satu menu pembuka selera! 

Sambil godek-godek resepi Tom Yam tu, haruslah kita tahu bahawa Tom Yam yang paling sedap dan tak kurang 'kick'nya adalah Tom Yam Kung dari Thailand. Senang je menu nya.. kat bawah ni, wansiti letak salah -satu resepi yang wansiti rasa menarik, sebab dimasukkan sekali penjelasan tentang kebaikan setiap satu ramuan yang dimasukkan ke dalam Tom Yam ini.. Terima kasih kepada link

Tom yam kung, or spicy shrimp soup, is the number one of the top ten Thai dishes loved by foreigners, according to a recent investigation. And in fact, it is one of the most favourite dishes for Thai people as well. It is simply because it is so delicious for its unique sour and spicy taste that you will certainly need it more and more if you try it just once.
Thai food generally not only provides a wonderful taste but also includes medicinal properties in its herbal ingredients as well. Tom yam kung is one of the best examples. To make you acquainted with this special Thai dish, this article will introduce you to the recipe for the soup and its herbal properties.
Ingredients :
1 pint of water
10 large shrimps
1 cup of mushrooms
1 stalk of lemon grass chopped
2 kaffir-lime leaves
1 table spoon of chopped coriander leaves
1/2 teaspoon of ground chilli (the amount can be adjusted according to one's preference)
1/2 teaspoon of salt
2 tablespoons of lime juice
2 tablespoons of fish sauce

How to cook :
1. Pour the water into a pot, add the lemon grass and kaffir-lime leaves and heat it.
2. Add the shrimps when the water is boiling and cover the pot.
3. Wait for 3 minutes before adding the mushrooms and salt.
4. Leave it to simmer for a few minutes. Then remove from the heat.
5. Season with fish sauce, lime juice and ground chilli.
6. Put the chopped coriander leaves in the pot before serving.

To enhance the flavour, sometimes nam phrik phao or roast chilli paste is added to the soup before it is removed from the heat. For foreigners who are not accustomed with its original taste, just add some milk to the soup to make its taste milder and blended well.

Tips: Best served hot with a plate of steamed rice and a dish of omelette.

For the medicinal properties of tom yam kung, different herbs offer different functions. Their properties are described below:

Lemon grass
Lemon grass can help relieve excessive gas in the stomach or intestine, increase the secretion of urine, reduce heat in the body and prevent the spread of some kinds of bacteria.
Chilli
Chilli is used as cough medicine. It is useful for the respiratory system, blood circulation and heart as well.
Lime
Lime helps to prevent coughing, flu and scurvy.
Kaffir-lime
Kaffir-lime is used to deodorize the strong smell of some food. Its juice can cure cough, dandruff and some types of stomach ache.
Those are just some of the medicinal properties in tom yam kung. Besides, it is full of nutrients from shrimps and vegetables. You will see that the food not only makes you full, but makes you healthy. That is an important reason why tom yam kung is noted as the number one of Thai dishes.

Dan banyak lagi menu yang rujukan yang menarik untuk resepi Tom Yam Kung ni.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Masak Lemak Cili Padi Terubuk Masin

Terima kasih kepada Kak Long Fairuz kerana sudi men'sponsor' ikan terubuk masin dari Sarawak nie.. Jadi jugak wansiti nak masak lemak ikan terubuk ini, dah lama terperap dalam peti ais tu..
 Bahan-bahannya:
1 biji nenas/kentang
2 ekor ikan terubuk masin Sarawak [boleh juga goreng dulu untuk preserve rasa masinnya]
1 kotak kecil santan segera/santan kelapa (1 biji kelapa)*
Cili Padi ikut citarasa
sedikit belacan
2 batang serai dititik
Kunyit hidup/serbuk kunyit
3 keping asam keping (kalau guna nenas tak payah guna asam keping pun ok)
lengkuas (optional)
garam secukup rasa
*kuah santan agak-agak menutupi bahan2 dah cukup terpulang pd cita rasa sendiri.

Cara-caranya:
1. Cili padi, belacan dan kunyit hidup dikisar halus
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk berserta nenas/kentang dan sedikit air [Nenas: Kecutkan nenas dalam 3 minit sehingga kering air nenas].
3. Masukkan santan dan serai serta ikan masin.
4. Kacau, supaya tak pecah minyak. Bila kuah mendidih masukkan garam dan sesuaikan rasa.
5. Bila kuah dah agak pekat bolehlah ditutup api.

Sedap juga dimakan dengan ulam-ulam [petua awet muda].
Setelah siap masak lemak ni, rancangan asal nak masak sardin, sudah dipendamkan ... Lain kali jer kita makan sardin. wansiti pula sejak akhir-akhir ini kurang selera nak jamah nasi.. Makan roti dan makanan ringan yang paling wansiti suka.. tak tau kenapa.....
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Nasi Goreng Bunga Kantan

Dalam peti asi ada bunga kantan yang berbaki semasa Cik Nurul Hani buat Asam Pedas ikan hari tu... Apa kata, sempena nak sambut Merdekaraya tahun ni, kita guna bunga raya bunga kantan untuk nasi goreng kita tengahari ini.. Okey, tak mau bebel panjang lagi.. 

Layan resepi di bawah ..
Bahan-bahan ( 3 orang makan )
nasi putih
bawang merah 5 ulas di mayang halus
bawang putih 2 ulas di mayang halus
ikan kukus 3 ekor ambil isi sahaja
lada lumat 2 sudu
sawi di potong
minyak untuk menumis
bunga kantan dimayang halus
garam & gula secukup rasa

Cara-cara
panaskan minyak untuk menumis
tumiskan bawang merah&bawang putih sehingga wangi.kemudian masukkan lada lumat dan tumis sehingga masak lada
masukkan nasi putih dan isi ikan kukus yang telah di carik-carikkan.goreng sehingga sebati
masukkan bunga kantan dan goreng lagi sehingga bunga kantan agak lembut.
kecilkan api dan tambahkan sawi,sedikit gula dan garam secukup rasa.goreng sehingga sebati.
siap dan boleh dihidangkan bersama udang goreng mentega dan ulam-ulaman.

 wansiti: terima kasih kepada myresepi kerana memberi kebenaran wansiti abadikan resepi ini..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Ikan Sardin Bersos Lada Hitam Zuza

Sudah lama wansiti beli Soso Lada ZUZA ni, namun masih berbaki banyak di dalam botol. Nampak sangat kurang digunakan. Jadi, kali ini, wansiti cuba 1 menu baru, ikan sardin yang dimasak menggunakan Sos Lada Hitam Zuza. hahaha....bukan niat nak promosi sos ini yea... Apa salahnya nak pelbagaikan menu dengan menggunakan kreativiti sendiri, kan? kan?

Ini lah rupa Sos Lada Hitam Zuza yang disebut-sebut tu..
Bahan-bahan:
6 ekor Ikan Sardin
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering (kisar)
Sos Hailam
sedikit garam dan asam jawa (untuk perap ikan)
Sos Lada Hitam Jenama Zuza
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan Ikan Sardin
Perap ikan sardin bersama garam dan asam jawa.

Ikan Sardin kemudiannya di goreng hingga garing dan ketepikan.

Cara-caranya:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan cili kering dan goreng hingga garing.
3. Masukkan Sos Lada Hitam Zuza dan sedikit Sos Hailam.
5. Apabila kuah sudah sebati, boleh lah masukkan ikan sardin yang digoreng tadi bersama-sama.
Hidangan untuk 3 orang makan.. 

wansiti: masakan kali ini tidak menggunakan garam kerana kandungan garam di dalam Sos Lada Hitam Zuza dan sos hailam sudah cukup tinggi semasa proses membuat kedua-dua sos tersebut di kilang.
SELAMAT MENCUBA!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Ikan Dori Goreng Tepung Berkuah

Bahan untuk ikan:
3 keping ikan dori (kerat dua)
sos tiram
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
1 -2 sudu makan tepung gandum
sedikit tepung beras
sedikit serbuk lada putih
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
1. Perap ikan bersama sos tiram, garam dan serbuk kunyit.
2. Kemudian celupkan ikan dalam tepung gandum.
3. Goreng Ikan hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Di bawah ini ada contoh menyediakan tepung untuk menyalut Ikan Dori
sumber; trymasak.my
Untuk Sos:
1 biji bawang besar ( dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
3 biji cili kering ( digunting nipis2)
3 - 5 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
2 sudu besar sos cili/tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan (optional)
1 biji buah tomato (potong 6)
daun bawang (optional)
sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaannya:
1. Tumis bawang hiris hingga wangi.
2. Masukkan semua sos dan sedikit air. Kacau hingga mendidih dan sedikit pekat.
3. Sesuaikan rasa. Masukkan tomato dan daun bawang. Tutup api dan curahkan atas ikan

Jika suka ikan lebih garing, boleh asingkan ikan dan sos dahulu, bila nak makan, baru dicampurkan. Makan bersama nasi panas-panas.. Sedap! Cubalah.. (=^_^=)v

wansiti: resepi lain bagi ikan dori: (i) Filet Ikan Dori bersos Lemon (ii) Ikan Dori Tepung Bersos Cili (iii) Resepi Dori Grill

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Lauk berkuah 1 kemestian

Resepi hari ni, adalah ikan goreng berlada. Sudah terbiasa makan nasi mesti kena ada kuah. Sebab tu, lau goreng ikan sahaja, mesti member 1 rumah yang sorang lagi pergi cari kicap. Makan kicap selalu tak elok, jadi; bagi mengelakkan dia menjadi seorang yang ber'kaki kicap', hehehe.. 

Sebagai seorang tukang masak yang kreatif, kena la cari idea untuk pelbagai masakan agar nampak seperi ada kuah sikit.. Biar la kuah tu sikit, ke banyak ke.. Asal botol kicap tidak dibawak-nya sekali dengan hidangan makanan yang lain.. ehee
{Jadi petang ni, resepi wansiti serumah adalah; Ikan Goreng Berlada}

Dah bowrim dengan menu yang sama setiap kali, iaitu.. ikan goreng sambal.. Jadi, ubah sikit. Alang-alang ada sambal yang lebih semasa buat Nasi Ayam Penyek hari tu... okey gak .. (=^_^=)

Macam biasa, berpandu-kan Encik google dan beberapa resepi yang disediakan oleh bijan, wansiti modified sikit apa yang patut.
Selamat main masak-masak kawan-kawan!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Saya Gembira! Gendang-gendut Resepi Bijan

Sungguh saya gembira kerana ada juga rezeki dalam banyak-banyak contest GA yang wansiti masuk, ada jugak rezeki hadiah saguhati di situ. Walaupun lambat sedar akan kemenangan sendiri kerana hampir keciwa dengan penyertaan-daku. Terima kasih Tinie di atas peluang memenangi barang sekeping-dua hadiah.

1st GA Tinie (zon2u),14JAN
Buat lawatan ke page penganjur contest di sini

Gembira 2: Perkara lain yang membuat wansiti gembira, kerana kerajinan Bijan menyumbangkan resepi yang pelbagai untuk Ikan Terubuk Masin di laman facebook. Terima kasih yea Bijan :p

Gembira ke-3: Momo jugak telah berjaya wansiti potong kuku-nya setelah lama rancangan-nya, tertangguh. Itu pun setelah penat-main-kejar-kejar dengan dia pusing 1 laman depan flat. Pakcik dan makcik rumah sebelah pun turut-sama menyumbangkan tenaga untuk pujuk dia untuk potong-kuku..hahahar...lawak je Momo. 

Di masa hadapan, wansiti akan belajar potong sendiri kuku-nya, walaupun payah-nak potong kuku Momo berseorangan., lau macam semalam, bila pergi potong di Pet Shop, ada hangus 2,3 ringgit., buat upah kakak kat situ potongkan kuku-nya..

Oh, yea! Terima kasih juga buat Tini untuk award yang comey ni..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Asam Pedas Melaka

Walaupun Encik Anas cukup kejam kepada wansiti (ngeeh, apa yang kejamnya?), tapi sebagai menghargai kerjanya men'copy-paste' resipi asam pedas yang pelbagai ni, wansiti dengan besar hatinya mencuba ... Menu ini tak mengecewakan walaupun wansiti tidak memasukkan lada hitam (not like the taste when not evenly blended) dan hanya menggunakan serbuk kunyit sebagai ganti kunyit hidup.
gambar pinjam dari resipidiana

Bahan-bahannya
3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)


Bahan kisar:-
3 biji bawang merah
10biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit hidup
2 ulas bawang putih


Bahan tumis:-
 1/2 bawang besar-hiris
 1/4 sudu teh biji sawi
 1/4 sudu teh halba
 2 tangkai daun kari
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato-potong2
5 biji kacang bendi
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula jika suka


Cara-cara
1. Panaskan minyak 
2. Tumis bahan tumis. 
3. Masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa dan air. Biar mendidih
5. Masukkan ikan dan bahan2 lain.
6. Masukkan garam dan gula, biar hingga masak. Hidangkan.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 Laksa Johor

Masa pergi raya rumah Dr. Puziah, dia ajar kami (wansiti, housemate & 3 orang kawan dari institut) cara-cara nak masak Laksa Johor, memang agak rumit bahan-bahannya. Tapi memang sedap la..~ tak rugi belajar wat.. Sekali-sekala tukar mood makan laksa, selain nasi. Tapi, orang Laksa Johor ni spesel, diorang guna spaghetti sebagai laksa, yang apabila siap dimasak, diurai, dan dililit bulat-bulat. Mereka panggil lilitan bulat spaghetti sebagai "chap".
Resepi di bawah, wansiti ambil dari ehsan dapurcomelku, terima kasih.



Bahan2 :


2 kotak spaghetti
Air secukup nya
sedikit garam 

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk + sedikit garam dan masukkan spaghetti dan biarkan kembang.
2.Bila dah kembang toskan airnya (utk mengelakkan ia melekat boleh disiram dgn air paip).

Bahan kuah:
5 ekor ikan kembung/selar/700gm ikan tenggiri- di rebus dan buang tulang
200 gm udang hidup- buang kulit dan direbus
udang kering- rm2.00
50 gm serbuk kari/agak2 kesesuaian rasa
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 sudu ketumbar
1 inchi kunyit
1 inchi halia
1 inchi lengkuas
4 batang serai
5 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
sepotong belacan
2 biji buah keras
4 cawan santan(2 cawan cair/2 cawan pekat) - atau 2 kotak santan kotak(campur dgn air rebusan ikan)
10 tangkai cili kering/ikut kesesuaian rasa
2 sudu besar kerisik
Sedikit minyak utk menumis
sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa

Bahan 2 ulam:
2 btg timun - dibuang empulur dan dimayang bulat
Kacang panjang- jika suka
250 gm taugeh- kalau suka tak perlu dicelur
Daun kesum - dihiris
sedikit daun selasih - dihiris
Limau kasturi
Sambal belacan- cili padi,belacan,garam ditumbuk dan dicampur dgn sedikit air

Cara:
1.Ikan,udang direbus berasingan kemudian dimesin- airnya disimpan utk dicampur dgn kuah
2.Rendam cili kering dlm air panashingga kembang dan dikisar berasingan
3.jintan manis dan putih,ketumbar,bwg putih,bwg merah,udang kering,serai,buah keras,belacan,kunyit,lengkuas,halia dikisar halus.
4.Panaskan sedikit minyak untuk menumis cili kering kisar dan bahan2 lain yg dikisar hingga wangi,masukan serbuk kari sehingga naik baunya.
5.Masukkan isi ikan dan isi udang yg dikisar dan gaul rata,kemudian tuangkan santan,kerisik,asam gelugor dan garam.Kacau hingga mendidih dan pekat dan naik minyak. 
6.Sebelum dihidangkan,hias spaghetti dgn ulaman.Hidang bersama kuahnya. Selamat mencuba...
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sirow @ Sira Labu

Ini antara makanan pencuci mulut yang wansiti gemar makan waktu kecik-kecik dulu. Sirow Labu. Jika dahulu, pantang ada kenduri orang kawen, wansiti akan tanya umi, "Ado sirow labu dop?"

Memang best la sirow labu nie, lagi-lagi lau perap dengan kapur makan dalam setengah hingga sejam, bagi dia tak hancur waktu makan, dan juga manis-manis buah.. Tapi biasanya ore Qlatey suka buat manis-manis bagi tahan dan sedap ikut lidah ore Qlatey. wansiti lau makan nasi, xleh makan sekali dengan benda manis. Tapi, jika kuih yang jadi feveret macam Jala Mas, Buah Tanjong, Taik Itik tu.. x sah lah x manis kan? (manis-manis buah dah okey laa).. wah! rindunya nak makan..

Lagi pun, masa kecik-kecik kita memang suka makan benda manis-manis. Sekarang je, makan kena jaga-jaga dan tak boleh terlebih manis, masin dan berlemak yang bakal mengundang pelbagai penyakit. Makan kena seimbang (",)

Ini bahan-bahannya:
1 biji buah labu sederhana besar (yang masak dan kaler kuning yea)

kapur makan
1 kerek manisan(nissey) @ 1/2 ketul gula melaka (hancur dan cairkan)
5 senduk kecil gula pasir
2-3 helai daun pandan
7-8 biji cengkeh.
2-3 sudu teh garam
Cara-caranya:
1. Potong buah labu kepada ketulan-ketulan kecil dan lumurkan atau rendamkan dengan kapur makan. Ketepikan dalam anggaran setengah hingga sejam untuk memastikan labu tidak hancur apabila dimasak nanti.
2. Basuh labu bersih-bersih & sejat.
3. Cairkan manisan, (gula pasir dan garam: optional), daun pandan, bunga cengkeh sedikit garam.

4. Susun labu di dalam periuk, letak gula pasir di antaranya dan tuang  manisan yang telah dicairkan. Jerang labu atas api sederhana selama 30 minit dengan periuk dibiarkan sedikit terbuka.
5. Air dari labu dan manisan cair sudah cukup untuk mengempukkan labu, dan jika perlu, dan suka lebih kuah macam wansiti ni, masukkan sedikit air lagi...

5. Masukkan dalam peti ais, jika nak lagi sedap.. (",)
Selamat mencuba..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

4 Kue tiow Kungfu

Pagi-pagi lagi dah kelaparan..
Cuaca hari ni tersangatlah panas.. sejak semalam lagi, tidur dan asyik terjaga... kepala rasa pening. Dan 2,3 hari ni pun memang tak dapat tidur malam.. cerah je mata nak ngadap muka empat segi yang bercahaya nie. 


Sebelum pergi fakulti dan awal-awal pagi tadi, tiba mengidam kue tiow kungfu, dah lama tak masak ni, dulu.. time sibuk di makmal dan malas nk keluar lunch, rajin plak, pagi-pagi hari lagi wansiti mengetuk di dapur, hehehe.. sediakan breakfast
a.k.a. merangkap lunch untuk hari tersebut. Lau ada lebih, bawak untuk member sekali.. ^_^
Tengok bajet waktu tu jugak, sebab kuetiow kungfu akan jadi lebih sedap lau ada banyak sayur dan bahan-bahan. wansiti pulak., lau masak, takkan campurkan makanan laut dan makan darat, yang macam orang kedai makan duk buat tu,.. Sebab tu wansiti prefer lagi masak sendiri kat umah.

Okey, bahan-bahan kue tiow kungfu ni:
* kue tiow 
* ayam (amek part yang banyak isi)
* bawang putih - hiris/tumbuk
* serai (optional)
* sayur (ikut suka nak sayur apa: wansiti suka buncis, bunga kubis, carrot & sawi)
* fish ball yang kaler putih tuh lagi sedap..
* oyster sauce
* white pepper
* cili padi
* cili merah (bagi colourful sikit)
* tepung jagung
* telur 

Cara-caranya pula:
1. Tumis bawang dengan sedikit minyak. 
2. Kemudian masukkan air. 
3. Masukkan black & white pepper, serai, cili padi, oyster sauce & garam secukup rasa.
4. Masukkan daging ayam dan carrot.
5. Bila daging dah agak-agak empuk, masukkan sayur-sayuran lain, cili merah & fish ball 
6. Tuang tepung jagung yang dah dibancuh
7. Kemudian biar sehingga mendidih. 

Bagi kuetiow pula ada 2:
1) kuetiow bungkus: goreng telur, dan apabila hampir nak masak, masukkan kue tiow & bungkus bersama telur
atau
2) Pukul telur bagi sekata, gaulkan kue tiow bersama telur tadi & goreng atas kuali, minyak sikit je, sebagai syarat kue tiow tak melekat kat kuali je..

Untuk hidangan:
Potong kuetiow yang dah digoreng tu ikut berapa banyak yang nak dan curah ler kuah tadi atas kue tiow tu. Makan panas-panas. Sedap!! (=^_^=)
kue tiow kungfu yang dihidang, ala-ala macam nie la best.....~ wansiti nye kamera telefon ni, tak bape cumill lak amek gmbr,.. nampak pucat lak.. huhuhu...
pinjam gambar daripada sue-hasue

p/s: lau sedap gitau wansiti., lau tak sedap pun, gtau wansiti jugak ..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Ikan Masak Kunyit Serai

Sejak hujan di petang hari minggu lepas, kami tinggal di rumah dan memasak apa sahaja makanan yang ada. Ada satu kali tu, bajet nak ke Masjid UPM untuk berbuka puasa seterusnya solat isyak dan terawih di sana. Kerana hujan yang lebat, kami menukar ke plan B pada saat-saat akhir, pukul 7 baru nak start masak. Masak dan berbuka dengan apa sahaja yang ada. Sejak itu, bermula la kisah kami berbuka di rumah sahaja.
Namun,


tengahari tadi umi menelefon bertanya, "pergi solat terawih di surau ke?"
ngeeee~
Solat di rumah secara berjemaah bersama housemate lagi syok sendiri nampaknya. Hari ni, mungkin kami melakukan perkara yang sama juga. ^_^

Oleh itu, untuk hari ini, sempena ada 3,4 kerat ikan di dalam peti ais yang telah dikunyitkan, niat di hati, nak masak asam pedas ja, daum kesum pun masih ada. Tapi minggu lepas, 2 hari kami dah pekena asam pedas. ngee~ Elok rasanya saya mencuba menu baru yang lain hari ni. Ikan Kunyit Berserai.

Tak pernah dengar nama masakan ini. Tapi macam biasa, saya google je, ikan kunyit serai, aik?
alih-alih ada juga yea menu cam gini..

Jom kita cuba. Okey, dah pukul 6.30, nak p masak dulu, lau sedap, saya bagi menunya yang telah diubahsuai di sini. Lau tak berapa sedap, adeh, segan gak nak kongsi-mongsi yea?
^_^

Oh, yea... Saya dan kawan saya Yati Hassan nak kongsi satu hadis hari ni,
Hadith : Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini” (al-Bukhari dan Muslim)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

3 Menu: Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin
1 ulas kunyit hidup
3 biji bawang kecil
10 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 senduk tempoyak
1 batang serai
Sedikit asam keping 
3 cawan air
garam secukup rasa
gula (sedikit sahaja)
lau ada daun kunyit lagi best
Add on: air asam jawa dan limau nipis (perap ikan), jika nak lebih ramuan, tambah bunga kantan, daun kesum dan timun cina..

Cara memasak
1. Ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan
2. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api diblend sahaja..(lau rajin tumbuk halus lagi bagus) 
3. Gaulkan bahan yang telah diblend dengan tempoyak tadi dalam periuk
4. Letak atas api dan masukkan air 
5. Kacau sehingga sebati
6. Masukkan juga asam keping daun serai yang telak diketuk (daun kunyit)
6. Selepas 3 minit, masukkan ikan yang telah dibersihkan
7. Letak garam secukup rasa (lau terlebih pedas, boleh cover dengan menambah sedikit gula)


Kadang-kadang saya tumis bahan blend, tapi kebanyakan masa, boleh je terus nak masukkan dan gaul dalam periuk, seperti cara di atas..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger