Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Mahasiswa Kecewa, HEP Khianati Perjanjian

Pimpinan mahasiswa meluahkan rasa kecewa apabila sebelum ini dijanjikan daripada pihak pentadbiran berkenaan rombakan semula sistem, namun dilihat,pembentangan yang dibuat pada khamis yang lalu, adalah pembentangan yang sama dibentangkan pada sesi pilihanraya kampus pada tahun lepas.

Ini kerana pada pertemuan pertama pimpinan mahasiswa bersama pentadbiran pada 4 Januari 2011, TNC HEPA, Datuk Dr. Rohana ada menyatakan akan membentangkan segala sistem yang akan digunakan pada pilihanraya sesi ini kepada pimpinan mahasiswa terlebih dahulu sebelum dijalankan taklimat kepada seluruh mahasiswa.

Pada pertemuan pertama tersebut, TNC HEPA berkata : “pada masa ini, sistem masih tidak siap sepenuhnya. sistem akan cuba disiapkan pada 18 Januari 2011 dan saya akan bentangkan pada kamu semua(pimpinan mahasiswa) pada 19 Januari 2011″. Tambah beliau lagi.

Namun begitu, apabila tiba hari yang dijanjikan, masih lagi tiada pembentangan seperti yang dicadangkan.

Setelah didesak beberapa kali, HEP terus bertindak dengan memberitahu akan diadakan taklimat terus yang sebelum ini diadakan di Auditorium KPS.

Salah seorang aktivis Pro-Mahasiswa , Hawari Zakaria, yang terlibat dengan pertemuan bersama pentadbiran sebelum ini ketika ditemui meluahkan rasa tidak puas hati kepada pentadbiran.

Beliau ketika di temui baru-baru ini berkata : Sebelum ini pentadbiran sudah berjanji akan membentangkan dahulu kepada kita(pimpinan mahasiswa) berkenaan sistem ini. Tiba-tiba, terus sahaja ada taklimat kepada seluruh mahasiswa.Kita tidak mahu kelemahan yang sama yang berlaku pada sesi lepas seperti komputer tiba-tiba tergendala menyebabkan kita tidak tahu apa yang berlaku ketika tempoh berlakunya kejadian tersebut”.

Tambah beliau lagi, kemungkinan pengundian juga mungkin boleh diubah pada waktu komputer sedang mengalami kerosakan teknikal kerana sistem dipegang oleh orang yang mengendalikan komputer tersebut. Seperti yang berlaku pada kolej kediaman kedua belas sebelum ini, dimana komputer disitu tergendala dan mengambil masa untuk dibaik pulih semula.

Pimpinan mahasiswa bersepakat untuk berjumpa dengan TNC HEPA bagi membawa perbincangan semula berkenaan sistem 4E ini. Dan pihak mahasiswa sedang mencari tarikh dan masa yang sesuai untu berjumpa dengan TNC HEPA-Pro M UM


Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger