Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Mengapa suka sangat dengan Emas? [30 Sebab] Part 1

Sememangnya wansiti menyukai emas dan suka kepada apa-apa sahaja yang berkaitan dengan emas.. Bukan kerana wansiti suka pakai emas sangat,. tapi kerana wansiti suka kepada nilai emas itu sendiri.. Di sini wansiti sertakan catitan 60 fakta yang menarik tentang emas.. Setelah membaca artikel ini di Saudagar emas Public Gold.
1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,
hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas di dunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan di dalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger