Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Program Cuti Sekolah MAC 2013 - Bangi, Selangor, Kuala Lumpur


Program Cuti Sekolah MAC 2013 
untuk peserta 12 tahun ke bawah sahaja


Mendapat sambutan menggalakkan pada penganjuran kali PERTAMA & KEDUA yang lepas. Peserta yang pernah hadir meliputi sekitar Selangor & Kuala Lumpur, seperti:
* Kajang
* Bandar Baru Bangi
* Semenyih
* Seri Kembangan
* Putrajaya
* Bandar Salak Tinggi
* Bukit Jalil
* Shah Alam

Program: GeniusSOLEH v3.0
Tarikh: 25 - 29 MAC 2013 (Isnin - Jumaat)
Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang
Tempat: Pusat Tuisyen Akademi Infitah

Boleh mula mendaftar dengan SMS <NAMA penjaga> <NAMA anak> <Umur Anak> <alamat email> 
ke talian 016-3969 763

ATAU boleh juga hubungi talian 03-8912 3009 untuk info lanjut [Akademi Infitah]

TERHAD KEPADA 30 penyertaan sahaja.

YURAN:
Pendaftaran AWAL sebelum 15 MAC 2013 (Jumaat), RM 200
SELEPAS 15 MAC 2013, RM250

rujukan event di FB:
https://www.facebook.com/events/499699746742487

www.infitah.my

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

BAGAIMANA HENDAK JADI “SMART”

Kita sering kali mendengar istilah “SMART” yang digunakan dalam melaksanakan pelbagai urusan. Sekiranya istilah tersebut ditujukan kepada manusia maka ianya membawa pengertian bahawa seseorang itu perlu menggunakan daya intelektualnya serta digabung dan diimbangkan dengan aspek fizikal dan segala pilihan dan tugasan yang dibuat dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik serta memberi faedah daripada sebarang pembaziran.
Pada penulisan saya kali ini saya cuba menjadikan perkataan “SMART” sebagai satu perkataan akan membuat huraian bagaimana perkataan tersebut dapat menjadikan satu refleksi dalam urusan kehidupan kita.

Pada saya “SMART” membawa pengertian Sentiasa Mahu Ambil Risiko dan Tanggungjawab. Huraian seperti berikut:-
S (Sentiasa) – Sentiasa membawa pengertian sesuatu yang dilakukan itu perlulah secara berterusan. Kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan semalaman tetapi melalui ketekunan yang pada setiap hari sedikit demi sedikit secara bereterusan. Pepatah melayu ada mengatakan “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.”

Usaha secara berterusan setiap  hari dapat mengurangkan tekanan. Tekanan akan terasa sekiranya tugasan itu dibuat hasil daripada tangguhan kerja dari masa yang lalu.

M (Mahu) – Kemahuan adalah punca segala kejayaan. Ianya lahir dari dunia yang suci. Kemahuan ada kaitannya dengan matlamat hidup. Seseorang yang mempunyai matlamat sama ada matlamat jangka panjang @ matlamat jangka pendek akan sentiasa bermotivasi & keinginan untuk terus berusaha mencapai kejayaan bertepatanlah dengan pepatah melayu berbunyi 
“Di mana ada kemahuan,disitu ada jalan”.
A (Ambil) – Segala keinginan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak melakukannya. Dengan lain kata sekiranya kita tidak mengambil inisiatif untuk melaksanakan segala yang diidamkan, tanya hanya akan wujud dalam imaginasi & ilusi sahaja.Oleh itu tindakan harus diambil untuk mengejar matlamat yang menjadi hasrat dalam jiwa kita. 
“Bulat tidak akan datang bergolek & pipih tidak datng melayang” tanpa usaha yang gigih.

R (Risiko) – Risiko bermaksud cabaran.Kehidupan ini penuh dengan 
cabaran.Seseorang yang hendak mencapai kejayaan harus sanggup menghadapi cabaran.Cabaran dapat menggerakkan kita kearah kehidupan yang lebih dinamik.Manusia ingin mendaki Gunung Everest kerana ianya penuh dengan cabaran. Oleh itu,ia mematangkan seseorang itu dalam meniti usianya.

T (Tanggungjawab) – Tanggungjawab adalah sifat yang amat diperlukan pada setiap individu. Sesetengah orang yang bertanggungjawab akan berusaha untuk melakukan sesuatu tindakan yang dapat memberi faedah pada dirinya, keluarga, masyarakat & negara. Seseorang yang bertanggungjawab juga akan cuba tidak membuat sebarang tindakan yang boleh mendatangkan kerugian serta keburukan.

Dari huraian yang ringkas `tadi kita dapati seseorang yang “SMART” adalah mereka yang setiasa mahu berjaya & bertanggungjawab. Sebagai pelajar, anda perlulah sentiasa mempunyai keinginan untuk menuntut ilmu pengetahuan tanpa jemu. Dalam proses menimba ilmu pengetahuan sudah tentulah anda akan menempuh pelbagai cabaran. Sebagai seorang insan anda harus cekal menghadapi cabaran. 


Cabaran adalah merupakan mainan dalam kehidupan. Kesabaran adalah ubat yang paling utama dalam menghadapi cabaran & kesabaran adalah separuh iman.

Sebagai seorang pelajar anda juga perlulah bertanggungjawab di atas segala tindakan. Anda perlulah yakin terhadap diri sendiri. Sekiranya anda yakin & bertanggungjawab di atas segala tindakan yang anda lakukan, maka InsyaAllah tindakan yang akan anda ambil itu adalah sesuatu yang diredhai Allah.

Oleh itu lakukan sesuatu tindakan itu dengan hati yang jujur & ikhlas, tanpa dipaksa & dengan tanggungjawab.Sebagai seorang guru pula sifat berani mengambil risiko & tanggungjawab adalah yang paling mulia. Sesungguhnya golongan guru sentiasa menanggung risiko & tanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka.


Risiko & tanggungjawab ini dapat dilihat melalui pelbagai perancangan & aktiviti yang dijalankan di sekolah ke arah mewujudkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Mereka lakukan ini tanpa mengira masa & tenaga.

Sesungguhnya seseorang yang takut pada risiko bukan sahaja membantutkan segala kreativiyi yang berfaedah kepada mereka malah ianya merupakan penghalang ke arah proses anjakan paradigma.

Berdasarkan huraian di atas adakah anda seorang yang “SMART”? Buatlah satu refleksi diri sendiri berdasarkan ciri yang dihuraikan di atas.  


------> Terima kasih kepada penulis asal artikel ini, yang SMART (=^_^=)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Bagaimana kita memperolehi motivasi?

Cara yang berbeza-beza untuk memperolehinya.. ada yang secara semulajadi memang dilahirkan secara bermotivasi tinggi? Mungkin ada.... tapi agak mustahil jika difikirkan oleh akal yang waras.

Beberapa deadline datelines yang perlu wansiti patuhi dalam 2,3 bulan ni membuatkan diri agak kesibukan..
Ada selang-masa yang mengundang wansiti berhenti dan berfikir sejenak.. dek kerana diri keletihan menumpukan otak dan segenap tenaga kepada sesuatu subjek yang wansiti sudah mula pudar minat-kepada-nya..

Tapi, pujuk diri untuk meneruskan gerak-kerja yang dilakukan, oleh kerana sudah makan berzaman masa dan bergelen tenaga untuk menjadi seperti hari ini..

Ada 1 blog yang wansiti amat suka, dan terserempak secara tak sengaja semasa melawat artikel di IluvIslam
Namun ia tidak mustahil untuk dicapai. Hanya fikiran yang menentukan keberjayaan kita memperoleh apa yang kita inginkan pada masa depan.
Cita-cita....
Boleh baca lanjut di post 'Mencipta Masa Depan'

Meminati gaya penulisan santai, Norden Mohamed atau nama penanya di blog Eyman Hykal yang terhasil kebanyakkannya daripada pengalaman beliau sendiri..
diadun dan digarap menggunakan minda fikir dan zikir beliau..
syabas!

Memetik sedikit daripada ayat nasihat dan ingatan daripada beliau..
Barangkali, oleh kerana bimbang dikatakan sebagai orang yang bercakap besar, maka kita ramai di antara kita lebih senang berdiam diri meskipun kita mengetahui sesuatu lebih daripada orang lain. Kejayaan kita dalam perniagaan, pendidikan anak hingga berjaya dalam kerjaya, pengurusan kewangan, teknik belajar, malah rahsia kita membuat teh tarik yang sedap adalah di antara kebaikan-kebaikan yang seharusnya dikongsikan dengan orang lain.
wansiti: pulang dari melawat 2 kedai buku ... cari motivasi dari sana.. Melepak kat sana, sampai tak sedar masa berlalu.. best-best pulak tu buku yang dijual di sana... lau boleh pinjam macam library, dah lama pinjam wat kelik...
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Syukurlah...Kamu antara yang TERBAIK!

Gambarajah di bawah ini memberi makna yang mendalam.. Sentiasa lah berterima kasih dan memandang kepada mereka yang kurang bernasib-baik dari kita..
Sesungguh kita jarang bersyukur dengan apa yang ada..
Akan tetapi sentiasa mengejar perkara yang belum kita punyai..

Manusia selalunya excited pada perkara pertama dalam hidup mereka.. 
Dapat anak pertama,
Kahwin pada kali pertama..
Dapat gaji pertama.. 
Memandu kereta pada pertama kali..
dan segala macam perkara yang pertama lagi..

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Memberi serta B.A.H.A.G.I.A.

Whatever you want to bring into your life, you must GIVE it. Do you want love? Then give it. Do you want appreciation? Then give it. Do you want understanding? Then give it. Do you want joy and happiness? Then give it to others.
You have the ability to give so much love, appreciation, understanding, and happiness to so many people every single day!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 10 langkah mewujudkan keyakinan diri

Berikut merupakan 10 langkah ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:
1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah sama seperti orang lain.
2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda & baikinya.
4. Jangan takut-takut @ teragak-agak untuk melakukan perkara yang positif.
5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm-up mengaktifkan diri seseorang.
7. Kemas diri & anggapkan diri anda adalah yang terbaik pada hari itu.
8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka & mata orang yang kita sedang berinteraksi dengan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasil yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10. Sentiasa peka terhadap waktu,jangan berlengah-lengah @ bertngguh dalam melaksanakan suatu tugas
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari [Petua 1]

Walaupun mudah untuk menjumpai Petua yang telah dipopularkan oleh Osman Affan ini, namun, wansiti tak dapat nak menahan diri dari mem'publish' lagi sekali catatannya di sini..

Petua 1
Petua yang pertama ialah ‘tumpukan sepenuh perhatian’ kepada apa yang anda mahu anda ingat. Begini, dalam kehidupan seharian kita, terlalu banyak benda dan perkara yang berlaku disekeliling kita. Jika anda berada di dalam kelas, ada bunyi kipas, bunyi kawan-kawan sedang bercakap, bau makanan yang datang dari kantin, suara cikgu sedang mengajar, bunyi tapak kaki pelajar di luar kelas, pokok-pokok yang bergoyang di luar kelas dan sebagainya.
Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu masa. Jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang sedang bergoyang, anda tidak akan sedar tentang perkara lain. Masalahnya, jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang bergoyang semasa guru anda mengajar, anda akan ingat tentang pokok bergoyang juga semasa peperiksaan nanti. Ini sama seperti kejadian hilang kunci di rumah. Pernahkah anda terlupa di mana anda letakkan kunci rumah hingga puas anda cari seluruh rumah?

Mengapa anda lupa di mana anda letak kunci tersebut? Menurut kajian, sebab utamanya ialah anda tidak menumpukan perhatian kepada kunci itu semasa anda meletakkannya di sesuatu tempat. Maksudnya, semasa anda tidak sengaja meletakkan kunci tersebut di dalam peti ais, fikiran anda sedang sibuk fokus kepada perkara lain seperti rancangan di televisyen atau masakan tengahari. Jadi jika anda mahu ingat apa yang guru anda ajarkan, semasa guru mengajar:

* Abaikan perkara lain yang berlaku disekeliling anda. Beri tumpuan sepenuhnya kepada apa yang guru anda sedang katakan dan cuba fahami maksudnya. Tukarkan kata-kata guru anda kepada gambar di dalam minda anda. Katakan guru anda sedang bercerita tentang kesan asap kilang kepada pencemaran udara, bayangkan anda sedang melihat asap tersebut dan anda dapat lihat bagaimana udara menjadi kotor disebabkan asap tersebut. Kadang-kadang gangguan boleh datang daripada kawan anda sendiri. Ada pelajar yang suka bercakap dan bertanya kepada anda semasa guru sedang mengajar. Ini sangat mengganggu. Walaupun kawan anda mahu tanya tentang pelajaran, dia tidak sepatutnya tanya anda sewaktu guru sedang mengajar. Jika mereka mahu tanya, mereka patut tanya guru. Jika anda ada kawan yang selalu mengganggu konsentrasi anda, anda patut berterus-terang dan bercakap kepadanya dengan baik. Jika dia tidak berubah, anda patut fikir jika anda perlu ubah tempat demi memajukan pelajaran anda.

*Jika anda ada apa-apa yang tidak faham, tanya guru anda bukan kawan di sebelah anda. Jika anda tanya kawan di sebelah, guru akan sangka anda sedang berbual dan tidak menumpukan perhatian. Tambahan lagi, kawan anda mungkin tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan anda.

Anda perlu tahu, anda tidak ingat sesuatu dengan tidak sengaja. Anda tidak boleh ingat fakta sejarah dengan tidak sengaja. Anda perlu fokuskan sepenuh tumpuan anda kepada apa yang anda pelajari. Proses mengingat akan jadi jauh lebih mudah jika anda FOKUS. Teknik ini boleh anda gunakan semasa belajar apa sahaja.

Selamat mencuba!!! :)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Kamen Rider OOO [Motivation]

Life goes on....
If you make struggle with your seriousness
You will not feel an uneasiness.

Anything Goes!!!!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 A Gift for Me?

Be sure to read the words "I Promise Myself" at the beginning of every new line and you will maximize all the power of The Secret.

Click here to experience The Optimist's Creed by Christian D. Larson.

You can also print the final page of The Optimist's Creed to read daily. Use it as a powerful tool to become the most brilliant magnet for magnificence and joy in your life.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Apa Kata Encik Motivasi Hari nie?

Sebelum Tidur
Every night before you fall asleep, replay in your mind the good moments of the day, and give heartfelt thanks for each one of them. Think about the next day also, and intend that it is going to be amazing, that it is going to be filled with love and joy, and that all good is coming to you. Intend that it is going to be the best day of your life. Then when you wake in the morning, BEFORE you get out of bed, declare your intentions again for the day and give deep thanks as though you have received them all.


Bagaimana Cara Positifkan Minda?
"How do I stop my negative thoughts?" - is a question that I have been asked many times. If you have ever asked this question then you will feel such enormous relief in knowing the answer, because it is so simple. How do you stop negative thoughts? You plant good thoughts!

So don't give any attention to negative thoughts. Don't worry about them. If any come, make light of them, shrug them off, and let them be your reminder to deliberately think more good thoughts now.
The more good thoughts you can plant in a day, the faster your life will be utterly transformed into all good. If you spend only one day speaking of good things and saying "Thank you" at every single opportunity, you will not believe your tomorrow. Deliberately thinking good thoughts is exactly like planting seeds. As you think good thoughts you are planting good seeds inside you!

Cintai dan Terima Dia Seadanya.. 
Trying to change someone is a waste of time. The very thought of changing someone is saying that they are not good enough as they are, and it is soaked with judgment and disapproval. That is not a thought of appreciation or love, and those thoughts will only bring separation between you and that person.

You must look for the good in people to have more of it appear. As you look only for the good things in a person, you will be amazed at what your new focus reveals.

Didik Hatimu Bersyukur dan Redha dengan Takdir Allah
We can never bring anything to us unless we are grateful for what we have. In fact, if somebody was completely and utterly grateful for everything, they would never have to ask for anything, because it would be given to them before they even asked.
That is the power of Gratitude.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 DUIT bukan segala-galanya [Motivasi]

Untuk mendapat KEKAYAAN adalah hasil daripada kepercayaan pada DIRI SENDIRI dan cipta kejayaan. DUIT diperlukan, bukan yang UTAMA dan jika meletakkan DUIT pada tempat yang pertama kita akan dibelenggu oleh masalah.
Stay away from credit cards and bank loans  and invest in yourself. REMEMBER:

1: Money does not create man BUT it is the man who create money
2: Live your life as simple as you are
3: Don't do what other people say, just listen to them, but do what you feel good.


-Warren Buffet (orang ketiga terkaya di dunia)-

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Electromagnetic being emitting a frequency

If your day is not going well, stop and deliberately change your frequency. If your day is going swimmingly, keep doing what you are doing!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Accept Changes

So often when things change in our lives, we have such a resistance to the change. This is because when people see a big change appearing they are often fearful that it is something bad. But it is important to remember that when something big changes in our lives, it means something better is coming. There cannot be a vacuum in the Universe, and so as something moves out, something must come in and replace it. When change comes, relax, have total faith, and know that the change is ALL GOOD.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Aura dan Getaran: Tenaga Dari Manusia Yang Hebat

Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia. Ia juga dikaitkan perlanggaran atom, elektron dan elemen di sekitar tubuh yang menghasilkan tenaga. Kesan kekuatan gelombang ini boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak aura dan getaran positif.
Begitu banyak kajian dilakukan oleh golongan barat dan pengkaji-pengkaji biologi tentang kewujudan aura dan getaran. Seorang saintis Rusia contohnya menghabiskan 50 tahun mengkaji tentang aura dan pembacaannya menggunakan kesan Kirlian. Malah sudah ada pengusaha diserata dunia menggunakan kesan Kirlian untuk membaca aura seseorang bagi mengesan masalah kesihatan mereka.

Tapi adakah aura ini wujud di dalam Islam? Adakah ini semua ajaran karut yang membuat manusia memikirkan seseorang itu boleh mempunyai tenaga baik dan tenaga jahat yang boleh mempengaruhi seseorang? Hakikatnya ia telah ada didalam Islam dan dikenali sebagai NUR.

Apakah itu Nur? Nur berasal daripada perkataan arab yang bermaksud cahaya. Ia bukanlah cahaya fizikal tetapi cahaya mental atau kesan refleksi tenaga yang mana boleh dilihat penzahirannya daripada cara hidup seseorang. Nur bukan sahaja dikaitkan penzahirannya melalui tenaga malah penzahirannya kepada fizikal seseorang.

Di dalam islam, kekuatan Nur seseorang itu akan lebih terserlah daripada iman dan amalan hidup Islamnya yang mana amalan tersebut dipenuhi dengan nilai positif, keikhlasan, keyakinan, kebenaran dan semangat.

Wajah seseorang yang mempunyai Nur itu sentiasa bersih dan menyegarkan mata orang lain yang memandang. Kedapatan hadith sahih yang menggambarkan Rasulullah itu mempunyai wajah yang berseri-seri, berkulit bersih, alisnya yang lentik, tidak kurus atau gemuk serta wajah yang rupawan.

Begitu juga dikatakan ucapannya itu menyejukkan kalbu mereka yang mendengar. Hadirnya Rasulullah dirasai mereka seolah sedang datang ketenangan dan kegembiraan kepada mereka. Ini sebenarnya yang dikatakan Nur dan mungkin dikatakan sebagai getaran aura bagi pengkaji bukan Islam.

Mari kita lihat hasil kajian orang bukan Islam tentang aura dan ajaran Islam yang sedia ada.

Persekitaran
Kajian menjelaskan peranan persekitaran terhadap aura seseorang. Seseorang yang rajin menghirup udara segar, melihat matahari terbit serta menjaga kebersihan alam persekitarannya dikatakan mampu memperbaiki aura dirinya.

Ia lebih dikaitkan dengan satu kaedah dan cara kehidupan yang lebih sihat, sempurna, jauh dari pencemaran serta banyak berhubung dengan alam semulajadi.

Didalam Islam pula sememangnya telah diajar umat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan terdapat dalil yang menyokong perkara ini. Selain itu, orang Islam diseru supaya tidak tidak tidur apabila matahari terbit kerana ia mampu menjemput penyakit.

Dalam perihal alam semulajadi pula, kedapatan hadith yang menerangkan tentang perlunya menjaga alam contohnya sabda Rasulullah "Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." Hadis riwayat Muslim.

Oleh yang demikian haruslah kita ingat bahawa perlunya kita mengambiltahu tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam, kebersihan persekitaran dan tempat tinggal serta peranan waktu pagi dalam kehidupan. Kita tidak sedar agama telah pun mengajar kita menjaga aura dan getaran dengan penghayatan alam.

Nutrisi dan Pemakanan
Kajian mengatakan makanan yang bersih serta segar mampu menaikkan aura seseorang. Selain itu, hanya bahagian-bahagian terpilih yang tertentu pada makanan yang berzat dan tidak mempunyai elemen kekotoran sahaja yang harus dimakan.
Apa kurangnya Islam yang sememangnya mempunyai panduan khas dalam pemakanan yang suci dan halal. Islam lebih teliti dan tersusun dalam menentukan kesucian pemakanan dan sememangnya ada kategori dan bahagian tertentu pada haiwan makanan itu tidak digalakkan untuk dimakan sungguhpun halal contohnya bahagian darah dan dalaman seperti hati, limpa dan organ dalaman.

Malah Islam mengajar lebih lagi daripada itu iaitu mempastikan kesucian makanan itu pada zahir dan batinnya. Batin itu bermaksud menjaga sumber rezeki supaya halal. Haramnya sumber itu menjadikan makanan yang fizikalnya halal menjadi haram. Maka telah terbukti ajaran Islam memberi panduan yang lebih jelas dan mendalam tentang fakta ini.

Senaman
Kajian seterusnya menjelaskan perlunya senaman untuk menjaga kesihatan bagi mereka yang ingin membangkitkan aura. Melalui senaman, tubuh dan organnya akan menjadi lebih aktif dan sihat bagi menghasilkan aura dan getaran yang lebih positif.

Solat adalah senaman yang pasti bagi orang Islam yang mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam. Sama ada seorang Islam itu bersenam atau tidak, tanpa disedari mereka telahpun melakukan senaman paling asas 5 kali sehari.

Selain itu kedapatan perkara lain didalam ajaran Islam yang menggalakkan umatnya menggerakkan tubuh badan antara diberikan pahala bagi setiap langkah orang yang ke masjid. Maka mereka yang berjalan ke masjid itu bersenam sambil membuat pahala.

Adakah kita sedar betapa ruginya kita yang sering meninggalkan solat dan jarang ke masjid? Mungkin kita harus sedar Allah itu menyayangi kita dan mahukan hamba-hambanya sihat dan memperoleh kesihatan serta getaran walaupun dalam urusan pengabdian kepadanya.

Tafakur
Tafakur atau didalam bahasa Inggeris 'meditation' ditafsirkan oleh barat sebagai aktiviti mendiamkan diri dalam posisi tertentu, pada tempoh tertentu untuk memperoleh ketenangan. Tujuannya adalah untuk merehatkan otak yang mana otak yang sihat ini dapat memandu tubuh badan menjadi lebih sihat dan produktif. Seterusnya aura dan getaran seseorang itu lebih tulin.

Tafakur bukanlah perkara yang asing didalam Islam. Terlalu banyak panduan yang digariskan didalam Islam yang boleh dikaitkan dengan tafakur dan juga objektif tafakur itu sendiri. Antaranya beriktikaf didalam masjid untuk mengingati Allah melalui amalan zikir serta amalan lain seperti membaca Al-Quran. Solat itu sendiri mempunyai kesamaan objektifnya dengan tafakur.
Seorang yang khusyuk dalam solat akan melupai apa yang berlaku disekelilingnya dan melatih seseorang menjadi lebih fokus. Selepas solat, maka disunatkan kita berzikir dan berdoa. Ia adalah amalan untuk kita lebih menenangkan diri melalui zikir dengan mengingati Allah dan menaikkan keyakinan seseorang bahawa Allah itu sentiasa mendengar melalui aktiviti doa.

Banyak lagi panduan melalui amalan ketuhanan dalam Islam yang mempunyai objektif yang sama seperti tafakur dan ia bukan sahaja memberi ketenangan didalam jiwa, malah membina sifat sabar, yakin, syukur, tabah dan berserah.

Tidur
Kajian mengatakan lagi perlunya seseorang itu mempunyai tidur yang cukup dan bangun secara semulajadi. Ia bagi membolehkan tubuh badan manusia itu memperoleh cukup istirehat agar ia boleh berfungsi dengan baik setiap hari. Tubuh yang kurang tidur dikaitkan dengan kebarangkalian seseorang itu memperoleh penyakit. Tubuh yang tidak sihat umpama mesin yang tidak produktif. Aura dan getaran amat kurang pada tubuh yang kurang rehat.

Didalam surah An Naba' ayat ke 9, Allah berfirman yang bermaksud "Jadikanlah tidur kamu itu satu istirehat". Selain itu didalam surah Al-Qasas dari ayat 71-73, Allah banyak menjelaskan tentang tidur ia juga merupakan ayat yang dijadikan rujukan bg membuat panduan tentang tidur dalam Islam. Sememangnya penjelasan Islam tentang tidur dan istirehat darinya digariskan dalam perbincangan yang tersusun termasuklah adab-adab tidur itu sendiri sama ada seseorang itu mendapatkan tidurnya pada waktu siang atau waktu malam untuk merehatkan tubuh badan.

Hubungan Kemanusiaan
Kajian barat lagi menggariskan bahawa seseorang itu membangkitkan aura dan getaran mereka melalui hubungan kemanusiaan yang positif, hubungan kekeluargaan dan setiakawan, hubungan dengan komuniti yang positif serta hubungan dengan orang-orang yang progresif. Hubungan yang positif menghasilkan gelombang aura dan getaran semulajadi daripada nilai positif itu sendiri.

Perkara ini telah banyak dibincangkan didalam konsep muamalat didalam Islam. Terlalu banyak panduan Islam tentang hubungan kekeluargaan, sahabat, kemasyarakatan serta hubungan dengan para ilmuan yang progresif. Apa yang perlu adalah cuma mencarinya dengan mudah di internet atau ke toko buku dengan mendapatkan penulisan tentang perkara tersebut dalam Islam. Ia telah ada beribu tahun yang dahulu.

Apa Kata Anda?
Adakah kajian orang barat itu perkara sia-sia sedangkan semua itu telahpun diajar di dalam Islam? Hakikatnya ia adalah perkara yang baik untuk dikaji dan dijelaskan dalam susunan. Mungkin selama ini orang Islam tidak sedar bahawa ajaran Islam itu sendiri mempunyai banyak hikmah disebaliknya. Maka dengan penemuan sains dan kajian, menjelaskan lagi bahawa doktrin Islam ini penuh dengan perkara hikmah yang masih lagi boleh digali dan dicari kelebihannya.

Berbalik kepada aura dan getaran. Apakah moral disebalik perbincangan ini? Sekiranya kita melihat kembali isi dan pengisian tentang aura dan getaran itu sendiri mengajar kita untuk menjadi manusia yang mulia. Berbeza daripada amalan yang berada didalam kehidupan kita sekarang yang terlalu banyak mencemarkan cara hidup serta alam.

Kehidupan kini penuh dengan persepsi negatif, kelakuan negatif, konsep negatif, panduan negatif, idea negatif dan pendek kata kehidupan manusia yang semakin canggih kini semakin membuahkan banyak perkara negatif. Maka tidak hairan mengapa manusia berlumba-lumba mencari kehidupan yang ditafsirkan mereka sebagai kejayaan tetapi sangat ramai juga yang memberitahu mereka masih belum menemui kehidupan.

Selain itu aura dan getaran ini adalah satu tips bagi mereka dalam membina kehidupan baik dari segi kerjaya, perniagaan, perhubungan dan sebagainya. Aura dan getaran kini menjadi salah satu topik hangat bagi individu yang membina kerjaya mereka bagi memperoleh kesan dan hasil yang memberansangkan. Amat rugi bagi orang Islam yang tidak mendalami ilmu Islam itu sendiri dan masih tertanya-tanya mengapakah aku seorang Islam tetapi hidup dalam keadaan terumbang-ambing. Silapnya ialah kita sendiri kurang menghayati agama.

Oleh yang demikian, luangkanlah masa untuk agama. Agama Islam bukanlah kisah ketuhanan atau sembahyang. Islam sebenarnya adalah cara hidup. Orang Islam yang rosak itu adalah mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Jadi tidak hairanlah, seorang Islam itu masih terkapai-kapai dalam kekayaan, masih hidup dalam keganasan dan minda yang tertutup, masih mencari penyelesaian lain yang hakikatnya telah ada didalam Islam. Ini semua adalah kerana, mereka tidak mendapatkan ajaran Islam yang sebenar dan mereka tidak menghayati ajaran yang telahpun mereka temui.

Sesekali carilah individu yang mempunyai Nur
Individu seperti ini sangat banyak dikalangan ulama dan ahli ugama yang menghayati Islam. Raut wajah mereka sangat bersih dan menenangkan mata yang memandang. Usah dinilai daripada foto dan gambar tetapi carilah peluang bertemu mereka untuk melihat Nur yang Allah kurniakan kepada hambanya yang taat dan menghargai agama. Anda sendiri akan merasa adanya ketenangan walaupun hanya dengan mendampingi mereka. link
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Read and View: Books and Film

The next time you read the book or watch the film, you take in much, much more the knowledge that is on the same frequency as you at the time. And this process never stops. You will continue to discover something more in every reading or viewing, and the principles become clearer and clearer and clearer. That is because your consciousness is expanding every single time.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sikap terburu-buru dan bertangguh yang kamcing

Di sini wansiti tempek kembali petikan yang berbicara tentang orang yang menghidap masalah terburu-buru (post 27 Mei 2010) biasanya tidak sabar dengan diri sendiri, sentiasa berasa tegang dan menambah burukkan lagi keadaan, mereka selalunya percaya 'disebabkan terlalu lama menghadapi masalah tidak sabar dan tegang ini, aku mesti mengubahnya dgn segera, aku sudah tidak tahan lagi..!!"
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 I Hate You!!

If you find yourself in a negative situation with someone in your life, take a few minutes each day to feel love within your heart for that person, and then send it out into the Universe. Just doing this one thing helps to remove any resentment, anger, or negativity towards that person.
Remember that feeling resentment, anger, or any negative emotion attracts it back to you. Feeling love attracts love back to you. What you are feeling for another, you are bringing to you.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 I Believe: Part 2

I Believe... 
That just because two people argue, 
It doesn't mean they don't love each other. 
And just because they don't argue, 
It doesn't mean they do love each other. 
I Believe... 
That we don't have to change friends 
If we understand that friends change. 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

4 Meet The Robinsons [2007]

I've just finished watching the movie of Meet The Robinsons. Here, I quote some interesting motivation phrase written by Walt Disney crew.


Around here, however, we don't look backwards for very long.
We keep moving forward, opening up new doors and doing things, because we're curious...
And curiosity keeps leading us down new paths.

-KEEP MOVING FORWARD-

 
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 I Believe: Part 1

I Believe... 
That you should always leave loved ones with loving words. 
It may be the last time you see them. 
  
I Believe.... 
That you can keep going long after you think you can't. 
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger