Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!
Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

0 Programming HATI dan MINDA kasi BERSIH...

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah dan wansiti suka terbaca di iluvIslam
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan
"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – 
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 

4. Membaca Al-Quran – 
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – 
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – 
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – 
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Berbaik-sangka-lah!

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”. (Surah al-Hujurat ayat: 12)

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cara senang menghafaz al-Quran

Rasulullah SAW diturunkan wahyu ketika berumur 40 tahun dan selesai diturunkan pada umur 63 tahun. Nabi SAW akan menghafaz setiap wahyu yang diturunkan. Jadi mengikut perkiraan Nabi SAW mengambil tempoh menghafaz selama 23 tahun..

Anda sebagai umat biasa?

Okey, katakan anda berumur 20 tahun dan ditakdirkan anda hidup lama. Tak sampai umor 60 tahun anda dah jdi seorang al-hafiz. Al-Quran dibahagikan kepada 30 juz.

Apakata anda hafaz 1 juz setahun?
Lamanya 30 tahun.....
Banyak tu satu juz...
tak de masa lah..
senang lupalah...
Pak cik dah tua, dah terlambat dah....
Ho..ho.. ini alasan biasa ...
30 tahun tu untuk mantapkan hafazan 100%
satu juz tu sikit kalau nak dibandingka percent ko buang masa, tengok TV, sembang...
Masa boleh dicari, kalau bijak mencari...
Berdoalah supaya senang mengingat..
Jangan fikirkan kuantiti hafalan Pak cik, tapi effort pak cik..

Lihat kaedah yang ingin diberi;
Pertama hafallah 3 baris Al-Quran setiap hari(Termasuk terjemahannya)..
Mulakan dengan hafaz surah-surah popular, seperti; As-sajaddah, Al-Mulk, Al-Jumuah, Ar-Rahaman, Al-Waqiah, Al-Insaan, surah Qof…… Cuma 30 minit je..5 minit baca dengan betul, 10 minit hafaz dan lihat, 15 minit hafaz tanpa lihat…
Masa terbaik adalah selepas tahjud sebelum subuh, tapi kalau terlambat bangun hafallah selepas subuh…

INGAT 3 BARIS JE! BUKAN 3 AYAT TAPI 3 BARIS.

30 minit tu hanya disimpan dalam kotak memori sementara sahaja, cara nak letak dalam kotak memori kekal adalah dengan ulang 3 baris ayat tu dalam solat sunat sebelum zuhr (dalam 2-2 rakaat), Solat zuhr dan solat sunat selepas zuhr. Ulang untuk asar, dan Isyak. Insyaalah dapat kekal. 8 rakaat solat dalam 3 waktu solat.. maknanya 24 kali anda ulang..takkan tak ingat lagi?

Untuk satu muka Al-Quran biasanya ada 15 baris. Bahagikan 15 dgn 3 dapat 5. Maknanya ada 5 hari untuk hafaz satu muka,. Dalam seminggu ada 7 hari. 5 hari digunakan untuk hafaz dan 2 hari lagi digunakan untuk gabung satu muka…

Mengikut perkiraan, anda boleh hafaz surah penting ni dalam masa kurang 7 bulan. Menarikkan? Cubalah…semoga Allah Taala mempermudahkan kita…

Teknik Hafaz Al-Quran... 
Description:
RUJUKAN INI DISEDIA DAN DISUMBANGKAN OLIH AKHI GURU TAJWID kepada Ibnu Qarni [kawan di facebook];

ADAB MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QUR'AN 
* lkhlaskan niat.
* Bersabar.
* Mulakan bacaan dengan Bismillah.
* Banyak berdoa kepada Allah swt.
* Bersih dari hadas kecil dan besar.
* Sebaiknya menghadap kiblat.
* Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat.
* Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal.
* Memberikan tumpuan sepenuhnya.
* Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap.
* Berhenti membaca ketika ingin membuang angin.
* Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas.

SEBELUM MENGHAFAL 
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal.
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebefum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

 MENGEKALKAN HAFALAN

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-iain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat sunat Taqwiyatul hifzi.
5. Menetapikan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutasyabih. 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Ustaz boleh tak kalau disyurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari? PART 2

okey, kita sambung cerita syurga kita..

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat  mana?" 
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat  Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi  nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat   kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta,  Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil. 

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah  sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori)  yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.Ahli syurga cuma  perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,niatkan "Aku mahu yang  ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh  juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai  sesuatu yang menarik perhatiannya. 
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta  saja dari dalam bilik? Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu  dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya  nikmat yang diperolehi mereka. 

Ibarat anda dah dapat semua file/software  yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di  internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan  superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang  macam tu la ibaratnya. 

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan  barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk  terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak  akan merasa jemu. Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini  adalah PERCUMA! 

Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya  yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu.. 

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan  hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di  Department Pakaian Wanita. 
"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?" 

...cheh. Ada  sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni.. 

Begini  sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. "Jannah itu ialah satu  kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah  di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang  paling tengah dan paling tinggi". belum habis lagi..ada sambungan hadith  ni; 
"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi  mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya,  gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudusenduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan  bumi." 
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja  sewaktu isra' dan mi`raj. 

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah  untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid  tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka  diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika  mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah  Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya. 

Tingkat pertama ini  juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa  satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat  dipelajarinya. 

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat  kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat  kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada  emas. Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang   kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut  dan peralatan dapur? 

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian  dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat  perabut dan perkakas dapur. 

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat  daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli  syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas! 

Ya. Bahan dan unsur yang  lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit  tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas  yang ada di Pasar Syurga tu. 

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! 
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun  dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit). 

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak  suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti  gembira dapat membantu. 

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam  anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka? Ingat ni,  kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan  keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu. Tapi kalau nak  dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok  sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial,  bertemu rakan lama dan saudara mara. Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang  menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian  'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa  sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya). 

Dan sudah tentu suami anda  pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil.  Ajaklah suami shopping sekali! 
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang  boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar  ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila.  Tiada had usia di syurga.. 

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih  menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda  dahulu? 

...dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. 

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu  kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.

Artikel menarik untuk dibaca oleh kawan-kawan yang lain juga.. sumber asal artikel ini, wansiti belum ketemu..ada sesiapa tahu?
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Rendah Diri dalam Menuntut llmu..Buang Sifat Ego-mu itu..

Kan saya dah cakap, tulisan Norden Mohamed ni memang bagus, kena pada tempatnya, rasional dan ada hikmah-nya..Cuba tengok dan hayati artikel yang wansiti amek di iluvIslam ni..

Kawan-Kawan saya yang menghadiri kuliah umum anjuran Institut Antarabangsa Pengajian Tinggi Islam (IAIS) di Petaling Jaya yang disampaikan oleh Imam Sheikh Abd.Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, Ketua Imam, Masjidil Haram, Mekah baru-baru ini telah menceritakan sesuatu yang kurang enak didengar.

Kata mereka, kuliah yang dijangka berlangsung pada jam 10.30 pagi itu tertangguh dan bermula jam 12.30 tengahari. Puncanya, Sheikh Abdul Rahman lewat tiba. Separuh daripada para hadirin yang berjumlah kira-kira 300 orang daripada pelbagai bangsa dan agama telah angkat kaki. Ada yang meninggalkan dewan IAIS itu kerana ada komitmen lain.

Perasaan buruk sangka atau su'udzon pun mula berlegar-legar di fikiran mereka yang bosan menanti. Mereka merungut kerana pak imam datang lewat, lalu mempersoalkan kelewatan Sheikh Abdul Rahman. Bagi saya, tidakkah terfikir, barangkali Sheikh Abdul Rahman lewat kerana kepenatan atau kurang sihat? Meskipun, beliau adalah tetamu negara, tentu sekali ada aral yang melintang. Yang hadir seharusnya berlapang dada menantinya.

Menurut mereka yang menghadiri majlis itu lagi, sebaik sahaja Imam Besar yang berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islam itu tiba, suasana riuh rendah dan bising terus berubah sunyi sepi. Wajah Sheikh Abdul Rahman yang bersih berseri, senyuman manis dan penyampaian ceramahnya dengan suara yang terang lagi tenang yang diselang-seli dengan lafaz ayat-ayat suci al-Quran, membuatkan seluruh dewan jadi terpaku. Kelewatannya terus dilupakan. Ceramah mengenai Masa Depan Tamaddun Islam yang disampaikan beliau adalah ubat yang menghilangkan resah para hadirin.

Lihatlah. Jika kita ingin menuntut ilmu, kita sendiri mestilah menghormati gurunya. Mana boleh, kelewatan guru menjadi alasan untuk kita terus memperlekeh orang yang hendak memberi ilmu kepada kita? Beruntunglah mereka yang menunggu. Kerana menanti, mereka memperoleh ilmu dari ulamak yang terkenal kerana ilmunya. Bukannya mudah perkara dan situasi itu akan berulang.

Khabarnya, mereka yang hadir di IAIS boleh bersalaman dan bersantai sebentar dengan Sheikh Abdul Rahman berbanding dengan mereka yang terpaksa berhimpit-himpit untuk bersalaman dengan Ketua Imam itu setelah beliau mengimamkan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan selang dua hari kemudian. Kerana mereka sabar dan hormat, mereka berpeluang pula beramah mesra pula dengan cendekiawan yang terkenal di merata dunia Islam itu.

Itulah untungnya menghormati orang kerana ilmunya. Andainya siang-siang lagi kita menunjuk aksi kepandaian kita dalam menepati masa, yang kononnya lebih bagus daripada Sheikh Abdul Rahman pada hari itu, kita akan merendahkan ketokohannya. Yang ruginya adalah kita sendiri kerana perasaan ego itu akan mengganggu konsentrasi kita menerima dan menghazam ilmu yang disampaikan beliau.

Menghormati manusia juga biarlah kerana ilmunya. Orang yang berilmu pula amat suka kepada orang yang ingin memperoleh ilmu daripadanya. Biasanya orang yang berilmu tidak lokek untuk menyampaikan apa yang diketahuinya. Penyampaiannya itu akan menguntungkan kedua-dua belah pihak untuk sekurang-kurangnya daripada tiga aspek.

Pertama, kita yang bertanya akan memperoleh ilmu. Kedua, ilmuan yang menjawab itu akan memantapkan ilmu yang dipelajarinya kerana soalan kita itu umpama ulangkaji baginya. Ketiga, perbincangan mengenai ilmu itu sendiri bakal memperluas ruang lingkup topik yang dibicarakan.

Beruntunglah seandainya kita sentiasa ingin hadir di dalam majlis-majlis ilmu yang pada hari ini disampaikan dalam bentuk usrah, kuliah, ceramah, forum, wacana, seminar mahupun persidangan. Kita perlu meluangkan masa untuk majlis-majlis seperti ini. Majlis-majlis ini kian banyak dianjurkan. Dalam pada itu, kita perlu mengurangkan sedikit tabiat menghadiri majlis-majlis untuk keseronokan semata-mata seperti menghadiri konsert, parti dan berpesta-pestaan.
Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: "Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim(berilmu). Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manafaat bagi orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (tidak menyusahkan orang).
Andainya kita sendiri orang yang berilmu, bukankah ia juga bererti kita sebenarnya menghormati diri kita sendiri?
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Program Cuci Minda..

"Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Ustaz boleh tak kalau disyurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari? PART 1

Artikel menarik untuk dibaca oleh kawan-kawan yang lain juga.. sumber asal artikel ini, wansiti belum ketemu..ada sesiapa tahu?

Soalan ini pernah dikemukakan oleh  seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu  kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada  sekitar awal 90-an. 

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih  penting. Haha.. Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani  menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya  tak tergamak nak luahkan perasaan tu. 
Mmm...nampaknya sampai begitu sekali  kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat'  sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa  benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan. 
Apa puncanya  sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu. 

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu  menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya  terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang  lain. 

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada  menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda  sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada  wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang  cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita  yang masih lemah imannya.." 

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya.  Dahsyat.. 

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut  tentang bidadari di depan wanita. 

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari  disebut tanpa berselindung? Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan  wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca  Qur'an. 

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh'  dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke? Biar  aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. 

"Di syurga nanti, selagi  puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun  bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan  agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa  masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin  la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan  ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum  kelat. 

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita   ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari.  Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang  penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang  yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. 

Maka  apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari  yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita  dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari  melihat isterinya. 

Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung?  Kan lagi bagus kalau tiada saingan? 
Tidak juga. 

Andai tiada bidadari,  maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong.  Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada  siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran  di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang? 

Wahai wanita  penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak  berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga  Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya. 

Satu  perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah  tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka  pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa,  taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. 

Cuma mereka ini  Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak  takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab. Dalil tentang mereka mempunyai  nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang  apabila diterjemahkan bermaksud: 
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada  di dunia) dan muda belia usia mereka". 

Di dalam bahasa Arab, kalimah  `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan.. Dalam istilah yang agak kurang  sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf  sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir  semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki  normal macam tu). 

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada  masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for  guys only. Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari  melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja  bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'. 

Betul? 

Tapi adakah anda  pasti? 
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni   syurga; Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak,  dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh,   sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada  seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami,  maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas. 

"Tak  kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan   seorang wanita. 

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana  terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli  syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih,  lapar, atau 
dahaga..". (au kama qaal) Jenuh la kali ni tak turun-turun  dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa  dekad? Berapa kurun? Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di  luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan  sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka  kata. "Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami   aku!" 
Mungkin ada wanita yang berfikir begini. 

Izinkan saya bertanya lagi;  "Tak nak pergi shopping ke?" ; ) .... bersambung! -- PART 2--
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAL

A. Teknik "Chunking 
"Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
* Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
* Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
* Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang 
*Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
*Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
Selepas menghafal setiap setengah muka surat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat 
Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
*Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman 
Pilih seorang teman yang sama minat. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset 
Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.

Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara 
Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis 
Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. Kemudian semak semula dengan mashaf. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword" 
Buat beberapa kotak. Setiap kotak merupakan satu mukasurat. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur 
Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal.
Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping" 
Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz,dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'. Mengekalkan Hafalan Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.

Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti, ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi. Kerjakan solat hajat kepada Allah. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.

Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk. setiap ayat yang mutashabih...

PANDUAN MENGHAFAZ AL- QURAN UNTUK ORANG AWAM 
Dalam bidang hafazan Al-Quran, beberapa fasa atau peringkat hafazan perlu dilalui dan kerana itulah terdapat beribu-ribu teknik hafazan di seluruh dunia. Sebelum anda memulakan langkah yang lebih jauh adalah lebih baik anda mengambil langkah awal dengan membuat persediaan sebelum memulakan hafazan, memahami fasa- fasa hafazan dan teknik-teknik asas hafazan di bawah.

PERSEDIAAN SEBELUM MEMULAKAN HAFAZAN 
1. Lancarkan bacaan dan pastikan tidak ada kesalahan pada baris, sifat- sifat huruf, menepati makhraj dan hukum tajwid pada ayat yang akan dihafaz.

2. Baca satu halaman dalam masa kurang dari 2 1/2 minit tanpa ada satu kesalahan, jika melebihi masa yang telah ditetapkan ini bermakna bacaan masih kurang lancar. Jangan sekali-kali menghafaz ayat yang masih tidak lancar bacaan dan hukum tajwidnya kerana ia akan membawa kesan yang buruk pada hafazan.

3. Setelah bacaan lancar (tidak tersangkut) barulah mula menghafaz.

4. Sebelum menghafaz pastikan diri betul-betul bersedia untuk menghafaz seperti ; bersihkan diri (mandi), fizikal dan mental betul-betul segar, fikiran kosong, jiwa dan minda dalam keadaan tenang (equanimity). Amat digalakkan Solat Hajat 2 rakaat dan berdoa minta Allah mudahkan hafazan.

5. Sematkan dalam hati (Ihtimam) bahawa ayat yang hendak dihafaz adalah ayat Allah (Kalamullah) yang agung, jadi jangan menghafaz sambil lewa atau sambil melakukan pekerjaan yang lain.

6. Tetapkan minda (mindset) dalam keadaan positif dan yakinkan diri yang anda memang boleh menghafaz Al-Quran.

7. Cari masa dan tempat yang sesuai. Masa yang digalakkan untuk menghafaz adalah selepas Maghrib, sebelum dan selepas Subuh. Dari segi tempat pula, pastikan tempat itu tenang (tidak bising/ privacy) dan yang paling penting anda berasa selesa berada di tempat itu.

FASA HAFAZAN 

FASA 1 – HAFAZAN BARU – ayat yang baru dihafal.
FASA 2 – HAFAZAN SEMASA – hafazan wajib dibaca setiap hari dalam tempoh 2 minggu.
FASA 3 – HAFAZAN LEPAS – hafazan lama, hafazan yang telah melalui proses hafazan semasa.

FASA 1 - ( HAFAZAN BARU )

1. Setelah ayat yang hendak dihafaz tersebut betul-betul lancar dan mantap hukum tajwidnya, perhatikan pula panjang ayat tersebut dan sekiranya ayat yang hendak dihafaz terlalu panjang (melebihi 1 baris) bahagikan ia kepada 1 baris atau lebih pendek, kemudian mula menghafaz mengikut kaedah tersebut :
• Baca 20x dengan melihat ayat.
• Baca 20x tanpa melihat ayat.
• Baca 10x dengan melihat ayat.
• Baca 10x tanpa melihat ayat.

2. Sekiranya hafazan sudah lancar dan mantap, teruskan hafazan kepada baris yang seterusnya mengikut kaedah yang sama. Namun sekiranya hafazan tadi masih bermasalah, ulangi kaedah yang sama sehingga hafazan mantap.

3. Setelah baris yang kedua dihafaz jangan terus berpindah kepada baris yang ke-3, ulangi baris yang pertama sehingga yang kedua dan pastikan hafazan tadi betul- etul mantap barulah berpindah kepada baris yang seterusnya.

4. Untuk barisan yang seterusnya, ulangi langkah 1 - 3.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tips Hafaz Quran

Untuk menghafaz al-Quran, kita perlukan masa. Katanya lagi, boleh dikatakan hampir 85% huffaz [org yg menghafaz] tidak dapat mengingat kembali hafazan mereka kerana mereka tidak menyimpan hafazan mereka dalam ingatan jangka masa panjang.

Ingatan manusia terdiri daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang, lihat teknik menambah daya ingatan. Sebaik sahaja manusia menerima maklumat, maklumat itu dapat bertahan selama 20 saat dalam ingatan jangka pendek. Sebaliknya, jika maklumat itu diulang-ulang, ia akan kekal dalam ingatan jangka panjang. Menurut Ustaz Shafie, seseorang yang ingin menghafaz, memerlukan persediaan mental yang kuat selain skil-skil menghafal yang baik.

Untuk menghafaz al-Quran, 75% adalah mental yang kuat manakala 25% ialah kemahiran menghafaz.

Apakah tips menghafaz Quran?
1. Niat kerana Allah
2. Taqwa
3. Maafkan orang lain
4. Yakin Allah bersama kita [ inna-Allah-a-ma'a-na]

Bagi skil menghafaz pula:
1. Baca ayat yang hendak dihafaz secara talaqi [berguru] untuk memeriksa bacaan kita.
2. Jika ayat yang hendak dihafaz itu panjang, 'potongkan' ayat itu supaya mempunyai 4-5 patah perkataan sahaja.
{cth : sekiranya satu ayat itu mempunyai 12 perkataan, ceraikan kepada 4-4-4 supaya mudah dihafaz.
Bilangan perkataan maksimum yg boleh diingat dengan baik oleh otak manusia ialah sebanyak 5 perkataan.}
3. Baca rangkap ayat yang hendak dihafaz sebanyak
10 kali sambil memandang ayat itu. Maklumat dimasukkan dalam ingatan jangka pendek.
4. Ulang rangkap ayat sebanyak 60 kali. { 5 kali dengan memandang ayat, 5 kali pejam mata, 5 kali baca ayat, 5 kali pejam mata...dst.}

Langkah pertama menanam maklumat dalam ingatan jangka panjang. 
5. Ulang rangkap tadi sebanyak 200 kali sebagai pengukuhan. Maklumat terus dimasukkan ke dalam ingatan jangka masa panjang.
6. Ulang langkah 2-5 bagi rangkap yang seterusnya.

200 kali? Banyak bukan? Jika setiap rangkap ayat mempunyai 4-5 perkataan, anda memerlukan masa selama 10 minit untuk menjadikannya 200 kali. Ustaz Shafie menyarankan kita untuk menggunakan masa komitmen untuk menghafaz rangkap-rangkap tersebut. 5 minit selepas subuh, dan 5 minit lagi dalam perjalanan anda ke sekolah atau ke tempat kerja. [masa komitmen: masa yang dihabiskan untuk melaksanakan sesuatu komitmen cth: semasa drive, semasa berjalan kaki, semasa menunggu bas / kapal terbang etc].

Pastikan anda menghafaz surah-surah yang anda familiar with. Cth: surah Yasin sbb kita selalu baca surah Yasin. Kemudian, ikuti dengan surah-surah pilihan. as-Sajadah, ar-Rahman, Luqman, al-Mulk...etc.

Dengan azam yang kuat dan sentiasa yakin bahawa Allah yang berkuasa mengkehendaki segala sesuatu, insya-Allah kita akan dapat menghafaz ayat-ayat Allah ini.

Ni pulak..amik Dr shukur org. 

Sebelum menghafal.. 
* Mempunyai azam dan minat untuk menghafal..
* Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
* Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
Berada dalam keadaan tenang. Kosongkan fikiran sebelum menghafal. 
* Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain. 
* Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.

Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 PANDUAN MENGHAFAZ AL-QURAN

Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Oleh kerana ia yang akhir, maka ia lebih lengkap dibandingkan dengan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Al-Quran juga merupakan kitab yang mu`jiz. Bahasanya tinggi, sasteranya indah, maknanya dalam, pengajarannya luas dan isi kandungannya meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Dan yang lebih hebat lagi, ia boleh dihafaz oleh manusia dan jin yang mempunyai niat yang ikhlas untuk berbuat demikian. Tentu ada sesuatu hikmah disebaliknya, justeru kita dianjurkan supaya menghafaznya.

Menghafal Al-Quran bukan perkara baru. Sejak ia diturunkan ia telah pun dihafaz. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang pertama menghafaz Al-Quran. Dengan demikian baginda s.a.w. digelarkan Saiyidul-Hufaaz (Penghulu bagi penghafaz Al-Quran). Sahabat-sahabat semuanya menghafaz Al-Quran. Ada di antara mereka yang menghafaz seluruh Al-Quran, dan ada di antaranya yang menghafaz sebahagiannya sahaja. Bagi setiap orang Islam dikehendaki menghafaz Al-Quran sekurang-kurangnya cukup untuk dibaca di dalam solat.

Menghafaz Al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu. Tidak ada bahasa lain yang dapat menterjemahkan perkataan Hafaz atau (hifz) dalam bahasa Aarab. Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga, dan memelihara. Justeru, orang yang menghafaz Al-Quran ialah orang yang memelihara Al-Quran daripada hilang. Ia menyimpannya di dalam dada, dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang. 

Khuram Murad menyebutkan di dalam bukunya Way to the Qur'an (1991) dengan mengatakan bahawa: The word Hifz now used in the limited sense of memorizing, includes both understanding and practice. In fact there is no English word which can accurately reflect its true and full meaning.

Hifz is an essential way of making the Qur'an penetrate you. It is not a mechanical, ritual etc., it is an act of high spiritual and devotional impotence. Through Hifz one can read in prayers and ponder its meaning. It makes the Qur'an flow on your tongue, reside in your mind, dwell in your heart, and it becomes your constant companion.

Berdasarkan kepada kenyataan ini, kita faham bahawa menghafaz bukan bermaksud mengingat sahaja, walau pun mengingat itu satu daripada unsur menghafaz. Menghafaz bermaksud menjaga, mengulang dan menghayati. Proses menghafaz bermula dengan membaca dan mengulang. Yang telah lekat di dalam dada itu dijaga supaya tidak hilang. Caranya ialah juga dengan selalu mengulang-ulang bacaan. Menghayati maksud ayat-ayat yang dibaca itu tidak dapat dilakukan kecuali dengan memahami maknanya. Dan ini juga merupakan satu aktiviti yang perlu diambil perhatian.

Menghafaz al-Quran tidak seperti menghafaz senikata lagu dan prinsip-prinsip matematik atau sains. Selain daripada sifatnya yang tidak sama itu, menghafaz Al-Quran adalah ibadat. Ia suatu amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.. Dengan sebab itu ia mempunyai beberapa kelebihan. Jadi, sebelum kita bincangkan tentang panduan dan cara-cara menghafaz, elok jika kita perhatikan dahulu tentang kelebihan membaca dan menghafaz Al-Quran.

Firman Allah:
Maksudnya: "Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar." (Surah Al-Isra : 9) 

FimanNya lagi:
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah dan mendirikan solat serta membelanjakan daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka secara rahsia atau secara terang, sedangkan mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan binasa (pahala yang bekekelan), nescaya Allah akan menyempurnakan kepada mereka ganjaran yang patut mereka dapat, malah menambahkan lagi kepada mereka beberapa kelebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Pengampun lagi amat bersyukur." (Surah Fatir : 29-30)

Selain daripada itu, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) bersabda bemaksud:
"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Ta'ala, maka baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi, Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". (Riwayat Ibnu Mas'ud)

Abu Umamah al-Bahili r.a. meriwayatkan dengan katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya" 

Membaca Al-Quran bukan sahaja mendapat pahala dan menjadi syafaat di dalam kubur dan juga di hari Akhirat, tetapi ia juga merupakan ubat dan penawar serta rahmat bagi seluruh kaum muslimin. Ini adalah berdasarkan firman Allah:

Bermaksud: "Dan Kami turunkan sebahagian daripada ayat-ayat Al-Quran itu menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukmin." (Surah Isra : 82)

Fadhilat Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat. Antaranya ialah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang mendengar (bacaan) satu ayat dari kitab Allah (Al-Quran), maka ayat itu menjadi nur (cahaya) baginya". (Riwayat Ibnu Abbas r.a.)

Malah,lebih daripada itu jika kita dapat menghafaz, memahami dan mengajarkannya kepada orang lain. Kerana dengan menghafaz kita dapat memelihara Al-Quran daripada hilang, dan dengan mengajarnya kita dapat menyelamatkan orang Islam daripada kehilangan punca agama dan aqidah. Dalam sebuah hadis riwayat Uthman bin 'Affan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudya:"Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain." 

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran). Dan sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita baik daripada Allah Ta'ala." 

Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat [Bagaimana remaja mencapai ketenangan hati]. Rasulullah s.a.w. menganggapkan orang yang tidak membaca Al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruh yang hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w. bermaksud:"Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir runtuh" (Hadis Riwayat Tarmizi)

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis seperti yang dibentangkan di atas, marilah sama-sama kita insaf diri dan kembali kepada Al-Quran. Iaitu dengan mempelajarinya, memahami, menghafaz dan mengamal serta menghayati ajarannya.

Di bawah ini diperturunkan sedikit panduan menghafaz Al-Quran bagi yang berminat. 

Panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran 
Bagi guru Pendidikan Islam, sebelum menyuruh pelajar menghafaz mana-mana ayat Al-Quran, guru hendaklah menerangkan dahulu tentang kelebihan mengahafaz Al-Quran dan kelebihan menghafaz ayat-ayat tertentu dan kenapa ayat-ayat berkenaan perlu dihafaz. Adalah tidak wajar jika guru hanya menyuruh pelajarnya menghafaz tanpa memberitahu caranya.

Guru juga dikehendakki memberitahu pelajar tentang panduan menghafaz. Ini bertujuan supaya proses menghafaz itu mudah dan cepat ingat serta tidak membosankan . Di samping itu ia juga tidak mudah lupa.

A. Adab-adab sebelum membaca/menghafaz Al-Quran. 

Kerana Al-Quran kitab yang suci, jadi kita perlu muliakannya sesuai dengan kesucian dan ketinggiannya. Tanpa memuliakannya payah ayat-ayatnya akan melekat di dada kita. Antara adab-adabnya ialah:
1. Bersuci dan berwuduk
2. Memakai pakaian yang bersih
3. Berada di tempat yang bersih dan sunyi
4. Mengadap kiblat
5. Ikhlaskan niat. Menghafaz kerana hendak menghafaz, sebab Allah dan rasul-Nya suka orang yang menghafaz Al-Quran, bukan kerana sebab-sebab lain yang bersifat keduniaan

B. Teknik menghafaz Al-Quran 

1. Membaca ayat-ayat berakenaan dengan sebutan yang betul dan lambat-lambat (Tartil). Jika ayat itu panjang, ambil sebahagiannya sahaja.
2. Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.
3. Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir).
4. Ulang-ulangkan beberapa kali dengan bacaan Tadwir hingga betul-betul lancar.
5. Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan. Iaitu baca tanpa melihat kepada mushaf. Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihat mushaf, dan kemudian teruskan bacaan (hafazan) tanpa melihat mushaf.
6. Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihat mushaf, baca ayat lain, iaitu ayat sambungannya, dan lakukan seperti langkah 1, 2, 3, 4, dan 5.
7. Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dari awal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat mushaf, melainkan jika tersangkut atau tidak lancar.
8. Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan Tadwir supaya lancar.
9. Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafaz itu didalam solat.
10.Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa.

Inilah di antara panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran yang dapat dipaparkan untuk tatapan pembaca. Jika ada kabaikan, itu ialah pertolongan daripada Allah Ta'ala. Jika ada kekurangan, itulah sifat manusia yang serba kekurangan, justeru berbanyak maaf dipinta. Semoga rencana yang ringkas ini memberi manfaat untuk semua.

ya ALLAH..terangkanlah hatiku..

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna

Ambil masa sejenak untuk meneliti pesanan ringkas daripada pemikir dan bijak-pandai Muslim kita... Antaranya, 10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna:

1. Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun. 

2. Bacalah al-Qur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah. 

3. Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus-hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam. 

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan. 

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 

6. Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. 

7. Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang. 

8. Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan. 

9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan. 

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

wansiti: Berapa banyak anatara nasihat di atas yang kita amalkan dan berapa banyak pula antara larangan yang kita dapat jauhi? Semoga kita sama-sama dapat muhasabah dan cermin kembali ke dalam diri dengan akhlak terbaik seorang Muslim... ai, bukan time nak dapatkan berat badan ideal je perlu tengok cermin tau...
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cara Menghafal al-Quran 1

Tulisan oleh Ibnu Qarni, (sahabat Facebook)
(petikan dari ‘Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya’ oleh Ustaz Abdullal Al Qari Hj. Salleh). 

Pada permulaan ni, kita mulai dengan pengetahuan kelebihan membaca al-Quran.. Walaupun ramai yang tahu, membaca Quran itu adalah sangat dituntut kepada Muslim, tapi masih ramai yang masih berat nak mengamalkannya.. Memang berat kan, kerana kita tidak nampak akan SEJUTA hikmah yang terkandung di dalamnya... Jika kita dapat lihat pahala yang melimpah-ruah turun dari langit seperti emas, semasa kita membaca dan memahami al-Quran.. Mesti berduyun-duyun yang berebut untuk mendapatkan pahala tersebut melalui tadarus dan tadabur Quranul Karim.. wallahu'alam..

Jom kita lihat, siapa yang kena!

KEUTAMAAN MEMBACA AL-QURAN 
1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2. Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al-Jauzi diganda 700 kali.
3. Balasan 1 huruf yang dibaca ialah bidadari syurga.
4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok syurga.
5. Pahala membaca 1 huruf dari Al-Quran:
Dalam sembahyang = 100 kebajikan
Di luar sembahyang berwuduk = 50 kebajikan
Tanpa wuduk = 10 kebajikan
6. Pembaca Al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.
7. Untuk selamat daripada api neraka.
8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.
9. Di hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela.
10. Pembaca akan memperolehi keamanan.
11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.
12. Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhadah dan Solihin.
13. Membaca Al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka.
14. Pembaca akan dapat kemuliaan syurga.
15. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh Malaikat di langit.
16. Jika dibaca di rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
17. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh Malaikat.
18. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi Imam sembahyang.
19. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari dan mengajar Al-Quran.
20. Mempelajari 1 ayat Al-Quran lebih baik dari sembahyang sunat 1000 rakaat.
21. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
22. Mendapat perlindungan di Padang Masyar.
23. Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.

MASA-MASA YANG DIUTAMAKAN MEMBACA AL-QURAN 
1. Di waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama.
2. Di antara Maghrib dan Isyak.
3. Sesudah sembahyang Subuh.

BACAAN AL-QURAN PADA MASA TERTENTU MENGIKUT SUNNAH

A. Tiap-tiap pagi dan petang
1. Al Ikhlas = menyamai satu pertiga Al-Quran; dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di syurga
2. Al-Falaq = dibaca 3 kali untuk pelindung dari bencana dan yang tidak diingini.
3. An-Naas = sama seperti Al-Falaq.
4. Ayatul kursi ( Al-Baqarah 255) = pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran, dibaca setiap lepas sembahyang akandimasukkan ke Syurga, Setiap huruf 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.
5. Al-Mukmin ayat 1-3 (Juz 24 Surah 40) = Untuk keselamatan.
6. Al-Hasyr ayat 21-24 ( Juz 28 Surah 59) = apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan dapat rahmat dan dijaga oleh70,000 Malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu,akan peroleh Syurga.
7. Ar-Ruum ayat 17-19 (Juz 21 Surah 30) = Akan diberi pahala atas amalan yang tidak dapat dijalankan di waktu siangdan malam.
8. Al-Mukminun ayat 115-118 (Juz 18 Surah 23).
9. At-Taubah ayat 128 dan 129 (Juz 11 Surah 9)

B. Tiap-tiap Malam
1. Yaasin (Juz 22 & 23 Surah 36) = Hati Quran, pembaca akan mendapat keredhaan Allah, keampunan dosa; jika dibaca atas seseorang yang hampir akan mati akan memudahkan pertemuannya dengan Tuhan; jika dibaca atas kubur, diberi 80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah akannya perkara-perkara yang menyukakan.
2. Ad-Dhukhan (Juz 25 Surah 44) = pembaca akan mendapati 7000 malaikat memohon ampun keatasnya; jika dibaca pada malam atau hari Jumaat akan diberi sebuah rumah di Syurga.
3. Al-Qiyamah (Juz 29 Surah 75).
4. Al Zalzalah (juz 30 Surah 99) = pahala membaca separuh Al-Quran.
5. Al-Ikhlas.
6. Al-Imran ayat 190-200 (Juz 4 Surah 3) = dibaca pada malam akan diberi pahala beribadat separuh malam.
7. Al-Baqarah ayat 284-286 (Juz 2 Surah 1) = diberi pahala beribadat separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dansegala bencana.8.Al-Kahfi ayat 107-110 (Juz 16 Surah 18

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Aura dan Getaran: Tenaga Dari Manusia Yang Hebat

Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia. Ia juga dikaitkan perlanggaran atom, elektron dan elemen di sekitar tubuh yang menghasilkan tenaga. Kesan kekuatan gelombang ini boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak aura dan getaran positif.
Begitu banyak kajian dilakukan oleh golongan barat dan pengkaji-pengkaji biologi tentang kewujudan aura dan getaran. Seorang saintis Rusia contohnya menghabiskan 50 tahun mengkaji tentang aura dan pembacaannya menggunakan kesan Kirlian. Malah sudah ada pengusaha diserata dunia menggunakan kesan Kirlian untuk membaca aura seseorang bagi mengesan masalah kesihatan mereka.

Tapi adakah aura ini wujud di dalam Islam? Adakah ini semua ajaran karut yang membuat manusia memikirkan seseorang itu boleh mempunyai tenaga baik dan tenaga jahat yang boleh mempengaruhi seseorang? Hakikatnya ia telah ada didalam Islam dan dikenali sebagai NUR.

Apakah itu Nur? Nur berasal daripada perkataan arab yang bermaksud cahaya. Ia bukanlah cahaya fizikal tetapi cahaya mental atau kesan refleksi tenaga yang mana boleh dilihat penzahirannya daripada cara hidup seseorang. Nur bukan sahaja dikaitkan penzahirannya melalui tenaga malah penzahirannya kepada fizikal seseorang.

Di dalam islam, kekuatan Nur seseorang itu akan lebih terserlah daripada iman dan amalan hidup Islamnya yang mana amalan tersebut dipenuhi dengan nilai positif, keikhlasan, keyakinan, kebenaran dan semangat.

Wajah seseorang yang mempunyai Nur itu sentiasa bersih dan menyegarkan mata orang lain yang memandang. Kedapatan hadith sahih yang menggambarkan Rasulullah itu mempunyai wajah yang berseri-seri, berkulit bersih, alisnya yang lentik, tidak kurus atau gemuk serta wajah yang rupawan.

Begitu juga dikatakan ucapannya itu menyejukkan kalbu mereka yang mendengar. Hadirnya Rasulullah dirasai mereka seolah sedang datang ketenangan dan kegembiraan kepada mereka. Ini sebenarnya yang dikatakan Nur dan mungkin dikatakan sebagai getaran aura bagi pengkaji bukan Islam.

Mari kita lihat hasil kajian orang bukan Islam tentang aura dan ajaran Islam yang sedia ada.

Persekitaran
Kajian menjelaskan peranan persekitaran terhadap aura seseorang. Seseorang yang rajin menghirup udara segar, melihat matahari terbit serta menjaga kebersihan alam persekitarannya dikatakan mampu memperbaiki aura dirinya.

Ia lebih dikaitkan dengan satu kaedah dan cara kehidupan yang lebih sihat, sempurna, jauh dari pencemaran serta banyak berhubung dengan alam semulajadi.

Didalam Islam pula sememangnya telah diajar umat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan terdapat dalil yang menyokong perkara ini. Selain itu, orang Islam diseru supaya tidak tidak tidur apabila matahari terbit kerana ia mampu menjemput penyakit.

Dalam perihal alam semulajadi pula, kedapatan hadith yang menerangkan tentang perlunya menjaga alam contohnya sabda Rasulullah "Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." Hadis riwayat Muslim.

Oleh yang demikian haruslah kita ingat bahawa perlunya kita mengambiltahu tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam, kebersihan persekitaran dan tempat tinggal serta peranan waktu pagi dalam kehidupan. Kita tidak sedar agama telah pun mengajar kita menjaga aura dan getaran dengan penghayatan alam.

Nutrisi dan Pemakanan
Kajian mengatakan makanan yang bersih serta segar mampu menaikkan aura seseorang. Selain itu, hanya bahagian-bahagian terpilih yang tertentu pada makanan yang berzat dan tidak mempunyai elemen kekotoran sahaja yang harus dimakan.
Apa kurangnya Islam yang sememangnya mempunyai panduan khas dalam pemakanan yang suci dan halal. Islam lebih teliti dan tersusun dalam menentukan kesucian pemakanan dan sememangnya ada kategori dan bahagian tertentu pada haiwan makanan itu tidak digalakkan untuk dimakan sungguhpun halal contohnya bahagian darah dan dalaman seperti hati, limpa dan organ dalaman.

Malah Islam mengajar lebih lagi daripada itu iaitu mempastikan kesucian makanan itu pada zahir dan batinnya. Batin itu bermaksud menjaga sumber rezeki supaya halal. Haramnya sumber itu menjadikan makanan yang fizikalnya halal menjadi haram. Maka telah terbukti ajaran Islam memberi panduan yang lebih jelas dan mendalam tentang fakta ini.

Senaman
Kajian seterusnya menjelaskan perlunya senaman untuk menjaga kesihatan bagi mereka yang ingin membangkitkan aura. Melalui senaman, tubuh dan organnya akan menjadi lebih aktif dan sihat bagi menghasilkan aura dan getaran yang lebih positif.

Solat adalah senaman yang pasti bagi orang Islam yang mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam. Sama ada seorang Islam itu bersenam atau tidak, tanpa disedari mereka telahpun melakukan senaman paling asas 5 kali sehari.

Selain itu kedapatan perkara lain didalam ajaran Islam yang menggalakkan umatnya menggerakkan tubuh badan antara diberikan pahala bagi setiap langkah orang yang ke masjid. Maka mereka yang berjalan ke masjid itu bersenam sambil membuat pahala.

Adakah kita sedar betapa ruginya kita yang sering meninggalkan solat dan jarang ke masjid? Mungkin kita harus sedar Allah itu menyayangi kita dan mahukan hamba-hambanya sihat dan memperoleh kesihatan serta getaran walaupun dalam urusan pengabdian kepadanya.

Tafakur
Tafakur atau didalam bahasa Inggeris 'meditation' ditafsirkan oleh barat sebagai aktiviti mendiamkan diri dalam posisi tertentu, pada tempoh tertentu untuk memperoleh ketenangan. Tujuannya adalah untuk merehatkan otak yang mana otak yang sihat ini dapat memandu tubuh badan menjadi lebih sihat dan produktif. Seterusnya aura dan getaran seseorang itu lebih tulin.

Tafakur bukanlah perkara yang asing didalam Islam. Terlalu banyak panduan yang digariskan didalam Islam yang boleh dikaitkan dengan tafakur dan juga objektif tafakur itu sendiri. Antaranya beriktikaf didalam masjid untuk mengingati Allah melalui amalan zikir serta amalan lain seperti membaca Al-Quran. Solat itu sendiri mempunyai kesamaan objektifnya dengan tafakur.
Seorang yang khusyuk dalam solat akan melupai apa yang berlaku disekelilingnya dan melatih seseorang menjadi lebih fokus. Selepas solat, maka disunatkan kita berzikir dan berdoa. Ia adalah amalan untuk kita lebih menenangkan diri melalui zikir dengan mengingati Allah dan menaikkan keyakinan seseorang bahawa Allah itu sentiasa mendengar melalui aktiviti doa.

Banyak lagi panduan melalui amalan ketuhanan dalam Islam yang mempunyai objektif yang sama seperti tafakur dan ia bukan sahaja memberi ketenangan didalam jiwa, malah membina sifat sabar, yakin, syukur, tabah dan berserah.

Tidur
Kajian mengatakan lagi perlunya seseorang itu mempunyai tidur yang cukup dan bangun secara semulajadi. Ia bagi membolehkan tubuh badan manusia itu memperoleh cukup istirehat agar ia boleh berfungsi dengan baik setiap hari. Tubuh yang kurang tidur dikaitkan dengan kebarangkalian seseorang itu memperoleh penyakit. Tubuh yang tidak sihat umpama mesin yang tidak produktif. Aura dan getaran amat kurang pada tubuh yang kurang rehat.

Didalam surah An Naba' ayat ke 9, Allah berfirman yang bermaksud "Jadikanlah tidur kamu itu satu istirehat". Selain itu didalam surah Al-Qasas dari ayat 71-73, Allah banyak menjelaskan tentang tidur ia juga merupakan ayat yang dijadikan rujukan bg membuat panduan tentang tidur dalam Islam. Sememangnya penjelasan Islam tentang tidur dan istirehat darinya digariskan dalam perbincangan yang tersusun termasuklah adab-adab tidur itu sendiri sama ada seseorang itu mendapatkan tidurnya pada waktu siang atau waktu malam untuk merehatkan tubuh badan.

Hubungan Kemanusiaan
Kajian barat lagi menggariskan bahawa seseorang itu membangkitkan aura dan getaran mereka melalui hubungan kemanusiaan yang positif, hubungan kekeluargaan dan setiakawan, hubungan dengan komuniti yang positif serta hubungan dengan orang-orang yang progresif. Hubungan yang positif menghasilkan gelombang aura dan getaran semulajadi daripada nilai positif itu sendiri.

Perkara ini telah banyak dibincangkan didalam konsep muamalat didalam Islam. Terlalu banyak panduan Islam tentang hubungan kekeluargaan, sahabat, kemasyarakatan serta hubungan dengan para ilmuan yang progresif. Apa yang perlu adalah cuma mencarinya dengan mudah di internet atau ke toko buku dengan mendapatkan penulisan tentang perkara tersebut dalam Islam. Ia telah ada beribu tahun yang dahulu.

Apa Kata Anda?
Adakah kajian orang barat itu perkara sia-sia sedangkan semua itu telahpun diajar di dalam Islam? Hakikatnya ia adalah perkara yang baik untuk dikaji dan dijelaskan dalam susunan. Mungkin selama ini orang Islam tidak sedar bahawa ajaran Islam itu sendiri mempunyai banyak hikmah disebaliknya. Maka dengan penemuan sains dan kajian, menjelaskan lagi bahawa doktrin Islam ini penuh dengan perkara hikmah yang masih lagi boleh digali dan dicari kelebihannya.

Berbalik kepada aura dan getaran. Apakah moral disebalik perbincangan ini? Sekiranya kita melihat kembali isi dan pengisian tentang aura dan getaran itu sendiri mengajar kita untuk menjadi manusia yang mulia. Berbeza daripada amalan yang berada didalam kehidupan kita sekarang yang terlalu banyak mencemarkan cara hidup serta alam.

Kehidupan kini penuh dengan persepsi negatif, kelakuan negatif, konsep negatif, panduan negatif, idea negatif dan pendek kata kehidupan manusia yang semakin canggih kini semakin membuahkan banyak perkara negatif. Maka tidak hairan mengapa manusia berlumba-lumba mencari kehidupan yang ditafsirkan mereka sebagai kejayaan tetapi sangat ramai juga yang memberitahu mereka masih belum menemui kehidupan.

Selain itu aura dan getaran ini adalah satu tips bagi mereka dalam membina kehidupan baik dari segi kerjaya, perniagaan, perhubungan dan sebagainya. Aura dan getaran kini menjadi salah satu topik hangat bagi individu yang membina kerjaya mereka bagi memperoleh kesan dan hasil yang memberansangkan. Amat rugi bagi orang Islam yang tidak mendalami ilmu Islam itu sendiri dan masih tertanya-tanya mengapakah aku seorang Islam tetapi hidup dalam keadaan terumbang-ambing. Silapnya ialah kita sendiri kurang menghayati agama.

Oleh yang demikian, luangkanlah masa untuk agama. Agama Islam bukanlah kisah ketuhanan atau sembahyang. Islam sebenarnya adalah cara hidup. Orang Islam yang rosak itu adalah mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Jadi tidak hairanlah, seorang Islam itu masih terkapai-kapai dalam kekayaan, masih hidup dalam keganasan dan minda yang tertutup, masih mencari penyelesaian lain yang hakikatnya telah ada didalam Islam. Ini semua adalah kerana, mereka tidak mendapatkan ajaran Islam yang sebenar dan mereka tidak menghayati ajaran yang telahpun mereka temui.

Sesekali carilah individu yang mempunyai Nur
Individu seperti ini sangat banyak dikalangan ulama dan ahli ugama yang menghayati Islam. Raut wajah mereka sangat bersih dan menenangkan mata yang memandang. Usah dinilai daripada foto dan gambar tetapi carilah peluang bertemu mereka untuk melihat Nur yang Allah kurniakan kepada hambanya yang taat dan menghargai agama. Anda sendiri akan merasa adanya ketenangan walaupun hanya dengan mendampingi mereka. link
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger