Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Sikap terburu-buru dan bertangguh yang kamcing

Di sini wansiti tempek kembali petikan yang berbicara tentang orang yang menghidap masalah terburu-buru (post 27 Mei 2010) biasanya tidak sabar dengan diri sendiri, sentiasa berasa tegang dan menambah burukkan lagi keadaan, mereka selalunya percaya 'disebabkan terlalu lama menghadapi masalah tidak sabar dan tegang ini, aku mesti mengubahnya dgn segera, aku sudah tidak tahan lagi..!!"

Akan tetapi, sifat terburu-buru atau tidak sabar yang sebati dalam diri tidak mungkin dapat diubah melalui satu ungkapan ataupun hujah, "Aku sudah tidak tahan lagi...!!" mendesak supaya perubahan segera berlaku samalah seperti menjerit pada diri sendiri supaya masuk tidur disaat mata masih terbelalak dan badan masih segar...

"Rasa terburu-buru" untuk segera mendapatkan sesuatu atau menamatkan sesuatu pekerjaan sebenarnya kebalikan daripada penyakit suka menangguh-nangguhkan sesuatu. Kedua-duanya berpunca daripada ketidak-sediaan diri menghadapi rasa tegang atau rasa tidak selesa yang timbul apabila melakukan sesuatu pekerjaan...

Terburu-buru melakukan sesuatu untuk mengelakkan ketegangan samalah juga dengan menangguh-nangguhkan sesuatu pekerjaan untuk mengelakkan ketegangan. Malangnyer, kedua-duanya menghasilkan ketegangan yang lebih dahsyat. Oleh kerana penyakit terburu-buru wujud disebabkan amalan ataupun tabiat, maka untuk merungkainya diperlukan latihan-latihan atau amalan juga.

Berikut adalah beberapa latihan yang ditujukan untuk merungkaikan tabiat suka terburu-buru sewaktu melakukan sesuatu. Sila amalkan, mudah-mudahan ia dapat membantu anda memperolehi kehidupan yang lebih ceria....

1. Jika anda makan menggunakan sudu atau garfu, setiap kali selepas menyuap,letakkan suduatau garfu yang anda gunakan..

2. Jika selepas makan anda kebiasaannya terus makan pembasuh mulut seperti buah-buahan atau kuih muih, tangguhkan ia selama 15 minit.

3. Jika anda merupakan seorang yang suka bercuti, rancang percutian anda dan buatlah tempahan sembilan bulan lebih awal. kemudian tunggu dengan sabar...

4. Jika anda pernah membaca sebuah novel tetapi gagal menamatkannya kerana di pertengahanjalan anda dapatiia tidak menarik, cuba tamatkan membacanya.

5. Libatkan diri dengan satu hobi yang rumit untuk dilakukan seperti mengukir atau menyulam.

6. Buat perancangan yang kemas di waktu pagi supaya anda boleh sampai di tempat kerja 15 minit lebih awal daripada biasa.

7. Jika anda seorang perokok, tangguhkan menghisap rokok diwaktu pagi.Hisap selepas anda selesai lunch...

8. Setiap kali anda mendapat gaji, tentukan sejumlah wang dan simpan di dalam akaun simpanan anda..

9. Peruntukkan 15 minit sebelum tidur setiap malam dengan membuat persediaan untuk hari esok.

10. Luangkan masa selam 3 jam dan bersiar-siarlah di tempat biasa anda lawati seperti persekitaran taman perumahan tempat anda tinggal,tasik yang terdekat atau taman bunga berhampiran,tetapi kali ini buat penelitian mendalam dan perhatikan perkara-perkara yang sebelum ini tidak pernah anda pedulikan.

11. Lawati tempat yang sama pada masa yang lain dan cuba bandingkan apa yang anda temui kali ini dengan lawatan anda sebelumnya.

12. Ambil sehelai daun dan buat kajian mengenainya selama 6 jam.Tumpukan sepenuh perhatian dan gunakn semua pancaindera ketika membuat penelitian.

13. Buat satu tulisan sepanjang satu muka surat mengenai daun itu dan kemudian kaji semula tulisan itu sebanyak 6 kali.Selepas itu, tulis rumusan terakhir anda.....

14. Berusahalah datang awal setiap pertemuan.Bawa sebuah buku untuk dibaca bagi mengelakkan anda berasa bosan ketika menunggu..

15. Sediakan kad ucapan hari jadi untuk kawan ataupun saudara mara anda hari ini untuk harijadi mereka pada tahun hadapan.Tulis ucapan anda tandatangan dan masukkan kedalam sampul surat dan poskan ia 2 minggu sebelum hari jadi mereka.

Sekiranya anda merasakan latihan di atas tidak bersesuaian dengan diri anda dan anda mempunyai cara lain atau projek lain yang dirasakan lebih meyakinkan, anda dipersilakan menggatikannya... sebarang usul atau cadangan juga dipersilakan...

petikan buku Do It Now karya Dr William J. Knaus

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger