Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!
Showing posts with label Catatan buat-mu. Show all posts
Showing posts with label Catatan buat-mu. Show all posts

0 Nombor Telefon Careline Celcom, Tunetalk, Pos Malaysia

CELCOM

Buat permulaannya, call CELCOM untuk setelkan kes port-out nombor sampai sekarang tak selesai lagi, sejak 13 Ogos 2015

Orang celcom ni, memang tak sah lau tak kena marah dulu baru nk buat report kan?
Kali ke-2 dah dapat nombor report.
Kali ke-2 juga email operator tu hantar kepada ORANG ATASAN untuk proses.
Nak kena report SKMM juga baru jalan?
Tak mau lah maki-maki,
Tak best.
Habis cas-cas negatif keluar..... aisyh....~


TUNETALK

Selepas itu, buat redeem bigpoint untuk kakak tersayang,:
Call call tak lepas, 03-7949 0000 / 13100

Sebab kami guna line ONEXOX ke?
Setahu kami, line onexox ni, memang dia block semua nombor 5digit ni, atas repot pelanggan, untuk elakkan kredit pelanggan kena curi senyap-senyap.
Terbaik la onexox ni,
Tukar onexox dulu ni pun, sebab celcom selalu curi kredit, tak reply mesej pun, dia kata kita setuju langgan...

POS MALAYSIA

Ini paling best!
Sebab kali kedua call, dan kali kedua juga email & facebook kepada careline mereka.

Pos Malaysia‬ - 1-300-300-300
Email - care@pos.com.my
Facebook - Facebook.com/AskPos





Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cuti Sekolah bermula lagi!!! ^_^

Cuti sekolah yang bakal menjelma ni, jom kita isikan dengan aktiviti yang bermanfaat untuk anak-anak,

ibubapa yang sibuk dengan kerja, boleh mula memikirkan aktiviti yang boleh anak-anak lakukan bersama di rumah atau di mana sahaja dengan pantauan orang dewasa.

Kurangkan masa mereka dengan gajet & televisyen semata-mata.

Banyakkan membaca dan adakan aktiviti yang menambah ILMU berMANFAAT kita?

insyaaALLAH 
 
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Lelaki dulu & lelaki sekarang

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah, Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila Disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Jahiliah.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga dan melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Mereka kebanggaan wanita.
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu,dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurian mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya, Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku, pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul,

**ini bukan diskriminasi, #perempuan pon byk lg kurangnya ini cuma ingatan utk yg bergelar lelaki agar mewujudkan lebih ramai lg #lelaki Islam yg sejati diakhir zaman ini..

Terima kasih kepada yang mencetus karya ini..
terima kasih sangat-sangat..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Istimewa Buat Suami-ku

Dia yang bernama suami
Suami,
dia yang kucintai,
sungguh, hadirnya sabarku nanti,
kerna ku tahu dia sedang sibuk mempersiapkan diri,
demi aku, dan anak-anak kami nanti,
demi syurganya jua itu yang pasti,

Suami,
Engkau yang kurindui,
sungguh janji tuhanku bersemi,
kejap disanubari,
Syurga ALLAH menuntut amal, jariah & doa-anak-anak-soleh-solehah kita ini,
menjadi pejuang agama ALLAH itu cita-cita kita yang tertinggi,

suami,
kiranya engkau berada di sisi nanti,
akan kulepaskan dan ku-sokongmu memegang panji-panji,
menegakkan agama ALLAH nan satu ini,
berjuang fi sabilillah menuntut redha ALLAH yang dihajati,

suami,
anak-anak-kita nanti,
akan-engkau-dan-ku didiki,
agar mengenal ALLAH, RASUL dan matlamat hidup di dunia ini,
sebagai ladang menuai-dan-membajai,redha Ilahi,

suami,
ilmu rohani, emosi & materialistik, panduannya Al-Quran dan hadith Nabi,
benar-benar menjadi panduan-hidup-keluarga kita sampai mati,
kau-dan-ku kongsi bersama junior-junior kecil kita yang dicintai,
agar mereka tahu kasih-kita ini bersemi jua untuk menggapai-cinta Ilahi,

suami,
rumah-itu yang kita duduki,
sentiasa bercahaya-berseri-seri,
berkat di dalamnya berkumandang ilmu-ilmu akhirat dan duniawi,
yang kita semai bersama famili,
kerabat,sahabat dan teman sejati,
yang berjanji untuk bersama-menuju puncak kasih-sayang-dan-redha Ilahi,
in syaa ALLAH, itu impian-famili (aku-dan-suami yang kucintai)


suami,
benar, lapang-dadaku-kini,
engkau kunanti penuh erti-sambil-daku-jua-mempersiapkan-diri,
agar pergerakan kita nanti, padu-menuju ilahi,
Ya Rabbi, KAU temukan kami (hamba-hamba-MU ini),
suatu hari yang telah-kau-janji, sejajar dgn usaha-kami,
yea,
dalam cinta-dan-rindu-kami-yang sentiasa berapi,
untuk meraih redha-MU ya Rabbi,
in syaa ALLAH, janji Allah itu pasti ^_^

16 Sya'ban 1434H
bersamaan 25 Jun 2013
Jam 1.30 pagi
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Maafkanlah kawan~


Kadang-kadang benci tu langsung tidak perlu menyapa.....
Biarkan berlalu...
Maafkan dan minta maaf... Terbaik! :)

The law of attraction cannot change anything in your life that you hate, because hate prevents the change from coming. Since the law is giving us exactly what we are putting out, when you hate something the law must continue to give you more of what you hate. You will not be able to move away from it. Love is the only way.

If you focus completely on the things you love, then you are on your way to a beautiful life.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Bertudung tapi telanjang [seloka]

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur Yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang ‘gitu-gitu’
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau ‘put color’ jangan macam ‘rainbow’ pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak ‘bernyawa’

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat
Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah
Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa ‘kelas’
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Wahai blog, bertukarlah kamu kepada FACEBOOK!!

Jika kawan-kawan perasan, ada beberapa kengkangan yang tidak membenarkan wansiti selalu update blog ini, tapi.. tetap jua post-dan-entri yang wansiti baca dan rasa memang ..memang ... dan memang bermanfaat untuk tatapan kawan-kawan sekalian.. 

wansiti mohon kepada penulis artikel itu untuk meletakkannya di sini..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Syukurlah...Kamu antara yang TERBAIK!

Gambarajah di bawah ini memberi makna yang mendalam.. Sentiasa lah berterima kasih dan memandang kepada mereka yang kurang bernasib-baik dari kita..
Sesungguh kita jarang bersyukur dengan apa yang ada..
Akan tetapi sentiasa mengejar perkara yang belum kita punyai..

Manusia selalunya excited pada perkara pertama dalam hidup mereka.. 
Dapat anak pertama,
Kahwin pada kali pertama..
Dapat gaji pertama.. 
Memandu kereta pada pertama kali..
dan segala macam perkara yang pertama lagi..

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Salah ke Saya Orang Kelantan? [Part 2]

Sambungan keistimewaan orang Kelantan.. ini adalah entri yang wujud kerana sikap kenegerian yang ditimbulkan oleh mereka...
6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.

Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.

Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:

“buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih”
(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.

7. Kelantanese and Nik Aziz
Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.

8. Moon Kite (wau bulan)
Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.

9. Wayang kulit
Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).

10. Thailand (golok)
Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.
11. orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu

‘kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua
‘ambo’ untuk menunjukkan humbleness
‘kawe’ dengan kenalan biasa
‘aku’ dengan member2 rapat
‘oghe’ dengan family
’sayo’ untuk formality

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Kapal Terbang terus Sarawak - Kelantan

Bila la mereka ni nak terus buat laluan dua hala dari Sabah/Sarawak ke Kelantan dan Kelantan ke Sabah/Sarawak..
Majulah penerbangan Malaysia!

Apa yang wansiti jumpa yang paling baru adalah,
fan page di facebook.. antaranya..
Antara lain yang wansiti dapat petik dari laman fan ni, adalah:
Projek utama dalam rangka penubuhan HAAKS adalah untuk mewujudkan penerbangan terus dari Sarawak ke Kota Bharu untuk peristiwa penting contohnya: Hari Raya dan Pilihanraya Umum...
Jadi, bagi anak Kelantan yang duk Sarawak tu, sila ambil tindakan yang sepatutnya yea.. [adeh, ayat skema, menaip memalam buta, cmni ler]...
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Salah ke Saya Orang Kelantan? [Part 1]

Sejak duaa-menjak nie..ada jer perkara yang mengecewakan.. dan sebab utama dia, sebab kami orang Kelantan?
Bagi sesiapa yang berkenaan tu, harap maaf yea...
Malaysia ni kecik sahaja... chenoooeeet~ Tolong la yea...

Terima kasih juga kepada sesiapa yang menimbulkan isu ini.. Ada juga poin untuk wansiti cari pengetahuan lebih tentang negeri kelahiran sendiri..
wah... ambo banggo serow jadi oghe kelate..
1.   Kelantanese use a proper Malay word.
Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:

Ulau - Melaka
Ulaq - Kedah
Ulor - Johor
Ular - Kelantan ( ooo-laaa)

dan banyak lagi…

2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.
Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).

Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:

betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)

contoh ayat:

“Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu

“Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya

3. Kelantanese have their own currency.
Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:

Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

“Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”
“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”

Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’

“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”
“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2
ghiya”

perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)

4. Kelantanese and ‘Budu’
Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

contoh:
saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)

So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)

5. Kelantanese are soft.
Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.

Terima kasih kepada sumber.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sabarlah Cikgu ...

16 Mei (Isnin) lepas kita dah menyambut hari guru... 
Artikel yang wansiti dah baca dibawah ni, merupakan salah-satu artikel yang disertakan dengan pemerhatian dan digarapkan dengan pengalaman.. buat guru-guru muda yang bakal bergelar pendidik.. Ambil pengajaran, lihat juga selok-belok cara hidup yang telah terjadi pada guru sebelumnya.. Mungkin kamu akan mengalami perkara yang sama..

Yang wansiti terkesan.. pelajar yang tak bermotivasi sendiri.. hanya akan belajar apabila guru berada betul-betul di depannya.. seorang dengan seorang.. seorang cikgu dan seorang anak murid.. Sabar lah cikgu.....

Jadi, sebaiknya ibu dan bapa adalah cikgu/guru terawal bagi anak-anak..

Ikuti kisahnya......
Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu...
Semasa Sesi Pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "Mana kerja rumah?". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya.

Cikgu pun bertanya, "Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "Faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...

Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "Tak tahu", "Lupa", "Jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...

Sesudah Habis Mengajar

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.

Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - Alhamdulillah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya... Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan "terima kasih cikgu".

Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Wordpress lebih baik dari Blogspot? Ini caranya...

Hari ni wansiti nak kongsi satu link yang menggugat tumpuan wansiti semasa berblog nie.. Terima kasih En. Anas kerana sudi menggugat kemaintainan yang dikekalkan buat sekian lamanya =p 
Setelah penjelasan yang panjang-lebar ni. Rasa ada benar. Ada betul-nya di situ. Jika berkesempatan, wansiti memang teringin nak ubah blog ni kepada wordpress. Tapi, kena kaji dan teliti dulu apa yang penting. Pendirian yang tetap perlu ada akhirnya.... link nie wansiti copy-abes sampai komen-komen para pembaca.. kerana dirasakan semua penting~ wink! wink!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 GSO DATElinessssss.... AWAS Kaum Lelaki dan Wanita!!

Kenapa? Bagaimana.... ?
Apakah? Patut ke?
Macam apa jer tajuk kat atas ni.... Poin utama nak tulis kat sini adalah peringatan untuk tarikh maut yang bakal menjelang ni! arrrghhhhhh~ ops! Maaf, menulis entri ni di kala tengah tertekan... kan wansiti dah cakap, salah-satu sebab wansiti tulis blog, untuk kurang tekanan/tension.... jadi, pepaham je la yea... [okey, tak serius..]

Kindly be informed of the following deadlines:

(a)    8 May 2011 (Sunday):          
 Last day of examination week.
 Last day for students  in programmes with thesis to fill in the online “Research Progress Report (UPM/TNCAA/PS/GS-11)” form.

(b)   18 May 2011 (Wednesday):
 Last day for Supervisors/Advisors to verify their student’s GS-11 form and key-in grades for Masters Research (SPS5999) and Doctoral Research (SPS6999). 

(c)    22 May 2011 (Sunday):
 Last day for the Faculty’s/Institute’s Coordinator Graduate Studies  to endorse the GS-11 forms and Supervisors/Advisors to key-in SPS5999 and SPS6999 grades.

Last day for the Faculty’s/Institute’s Coordinator Graduate Studies to forward the result of PhD Comprehensive Examination [completed “Keputusan Peperiksaan Komprehensif – PhD (UPM/TNCAA/PS/GS-12)” form] to the School of Graduate Studies.

(d)   Two weeks after the final examination of each course but not later than 22 May 2011 (whichever comes first):
 Last day for the course lecturer/coordinator to key-in the grades for the respective course [Compulsory (YW), Elective (ELF), Audit (AU)].  For an Audit course, marks equivalent to 65 and above will be graded as M and lower than 65 will be graded as TM.

(e)    30 May 2011 (Monday):
 The School of Graduate Studies begins the process of printing  semester results.

(f)    3 Jun 2011 (Friday)
 Last day for re-sit examinations.  Please note that re-sit examinations are for students with Probation or Terminated status who had scored a grade B- and below for a given course registered in the semester.  Lecturers or course coordinators are advised to arrange the re-sit examination as soon as possible after the result of the examination has been announced to students.

(g)   10 Jun 2011 (Friday):
 Last day for the Faculty’s/Institute’s Graduate Studies Coordinator to forward the results of re-sit examination to the School of Graduate Studies. 

Last day for Faculties/Institutes to submit the endorsed grades for all courses offered during the Semester to the School of Graduate Studies.  [Please submit the hardcopy of the grades (printed from i-GIMS) that have been signed by the course lecturer/coordinator and the Faculty’s/Institute’s Graduate Studies Coordinator to the School of Graduate Studies].

(h)   Two weeks after the date of printing of results or as specified in the Notice to Apply for Review of Termination:
 Last day for students to apply for Review of Grade (Form GS-13a).

Last day for students to apply online for Review against Termination (Form GS-13b).
  
Your cooperation to follow the deadlines is very much appreciated
Thank you.

wansiti: walla.... dah penghujung sem dah kita ni.... apa lagi yang ditunggu tu cik limah ooiiiiiii......?

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Minyak naik lagi? apa kes!!

dah sampai bulan April kita, wansiti sudah mula nak selitkan artikel jiwang-jiwang di bulan 4 nih,, So, bare with me okey.. miahahaha... ada jugak yang nak menjiwangkan diri sekali-sekala.. apa salahnya kan?
atau ada sesiapa nak join wansiti jiwang sama? haaa.. jom la.. silakan..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 GiveAway Terjelita ~ Untuk Pembaca Melurjelita.com yang Bertuah

Lagi 18 hari untuk sampai kepada tarikh tutup GA MelurJelita. Sempat lagi wansiti nak berbasa-basi dan join kan? kan? kan?

Sebenarnya, kali pertama pandang GA ni, hanya dengan pandangan yang sepi sahaja. Langsung tak berminat. Itupun sebab, entah macam-mana tersesat ke blog Melurjelita ni.. Tapi, nak dijadikan cerita sambil duk belek-belek entri sebelum dari beliau. .. Seperti ada magnet yang menyebabkan daku melekat seperti besi kat tajuk entri Awak Suka Saya Tak (ASST)? [sebuah novel bersiri]

Memang tip top nye novel santai nie wa cakap sama lu! (=^_^=)

Apa yang mula-mula wansiti buat adalah, like fan page beliau. Untuk memudahkan melihat setiap update baru untuk novel tersebut.. hehehe.... Dah lama wansiti tak layan novel ni sebenarnya, disebabkan kepala nie perlu ditunekan untuk menjadi lebih serius dengan penulisan tesis dan juga paper jurnal yang entah apa-apa tu! ops! ops! [sesi mengkiritik dan tak puas hati, dengan terjebaknya dalam arena sains ni] ...ngeh~

Okey, seterusnya.. wansiti mula lawat.. dan lawat lagi blog ni, pada tiap kali siri TERBARU ASST ni berada di pasaran wall fb me.. 

Betul orang cakap, tak kenal..maka tak cinta!

Setelah mengetahui bahawa Melurjelita ni asal kelantan, bersuamikan orang Kedah, dan anak-anak beliau dilahirkan di Selangor.. persis terasa ada link dengan diri-sendiri...Lebih-kurang je, backgorund kita ni Melurjelita...? eh, lupa lak nak gtau ai ni masih single sebenarnya... miahaha...!! Walaupun single... rasa-rasa.. ada sikit aura orang Kedah je untuk bakal auami nanti.. wallahu'alam.. Melurjelita doakan kami yea.... 
Orang kata, kita merancang. Namun, Allah lebih baik lagi perangcangan-Nya... 
Jika kisah cinta Melurjelita ala-ala, "penuh air mata dan darah, membelah tujuh lautan dan tujuh gunung…"
Jadi agaknya kisah cinta wansiti ni ada macam penuh dengan misteri cmtu kot............~ har har har...!! peace no war..

Quote kata-kata Melurjelita yang paling wansiti sukai dan memberi kesan adalah:
Saya menulis dari rasa hati. Bila saya terpaksa atau dipaksa menulis, saya gagal.
wansiti: suka bila Melurjelita sebut, Mr. Jelitawan.. Moga rumahtangga Melurjelita sentiasa dalam mawardah wa rahmah disertai rahmat dan berkat dari Allah SWT sokmo.. Amin~
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 5 Blog paling kerap dilawati 2011

Selalunya blog yang rajin wansiti kunjungi adalah datangnya dari blog dari bloglist wansiti yang rajin update entri diorang, di mana... bila buka blog ni je, dah terus nampak tajuk entri yang kat atas sekali...

Lagi satu, sebab wansiti langgan post blog tersebut kat email... jadi, bila ada tajuk menarik, kena la baca... sah-sah la rajin jer kami bukak page tu ..

Okey, blog yang terbaik untuk tahun 2011 bagi wansiti dan kerap dilawati adalah, ..
Genta Rasa milik Us. Pahrol Juoi
* Denaihati isu-isu yang dikupas dan dikritik memang up-to-date dan bermaklumat..
* Of course Cik Ciput pasal dia member satu sekolah, dan entri dia best-best.. Update kerap lagi yea Cik Ciput
* Ustazlove yang ni selalu jugak nampak tajuk post yang menarik kat sini di bloglist.. jadi, ringan tangan je klik!
*shahmuzir ulasan keagamaan dan ruang-lingkup perbincangan disampai dalam bentuk teguran memang best! Update dari entri ni, selalu wansiti nampak kat wall facebook Jadi senang la nak terjah..

Ok, sebenarnya bukan setakat 5 je blog yang wansiti nak mention kat sini..banyak lagi, blog kawan-kawan... bagi wansiti mereka istimewa dengan tulisan dan gaya mereka yang istimewa dan tersendiri... ops! berapa banyak kali 'dan' laaa
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2011 [Permohonan]

Lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang berkelayakan dipelawa oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk memohon Program Diploma Pendidikan (DPLI) di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ambilan Julai 2011.

Syarat Am

  1. Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1976.
  3. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  4. Sila semak laman web http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.asp untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

Syarat Akademik

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75; ATAU
  2. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti. DAN
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  4. Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai; DAN
  5. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) DAN
  6. Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.
Dukacita dimaklumkan tarikh tutup permohonan Diploma Pendidikan sesi Julai 2011 adalah 14 Mac 2011 yang lepas. Untuk bacaan lebih-lanjut, boleh rujuk di sini. Ada nama beberapa universiti bersama bidang pengkhususan yang disediakan, seperti UIAM, UPSI dan UiTM.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Ceria-ceria Selalu

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tulisan yang kembali kepada Si Penulis


Ustaz Pahrol Juoi menulis, "Saya sering diuji dengan apa yang saya tulis dan ucapkan. Acap kali apa yang saya tulis dalam buku, majalah atau blog mahupun sekadar coretan untuk teman-teman, terjadi pula pada diri saya dan keluarga. Justeru, pernah sampai ke tahap saya rasa takut untuk menulis… takut kalau-kalau apa yang saya tulis akan kembali menimpa dan ‘menguji’ diri saya".

Manakala, Zamri Mohamad juga seperti bermaksudkan perkara yang sama terjadi kepada beliau, "Peristiwa Khadijah meminang Nabi Muhammad benar-benar berlaku dalam sejarah keluarga kami. Dia datang dan membina silaturahim dalam keluarga lelaki. Datang dengan kerendahan hati. Wanita itu sendiri meletakkan nilai hantaran RM3000 sahaja dan tidak mahu ia dinaikkan.

Kemudian, sepupu seorang lagi bertemu jodoh dengan Islamnya seorang gadis di Sabah. Kemudian ibu si gadis berkata, "Saya tidak mahu apa-apa, cukuplah tiket ke semenanjung bagi hadiri majlis."

Mereka adalah adik beradik.

Apabila menulis buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan Berbunga Cinta Aisyah bersama Tuan Imran. Membuat saya terfikir, apakah isi buku itu menjadi susunan 'boomerang' doa yang kembali kepada kami?

Ini membuat saya lebih mengingati kata Puan Ainon, "Karya akan memakan kita pada hujung usia." Maka ia menjadi ingatan bagi memilih apa yang mahu ditulis, biarlah membangun roh dan jiwa.

Allah lebih mengetahui. Semoga Allah limpahi kebaikan kepada kita semua". entri berkaitan di blog Zamri Mohamad.

p/s: buat para bloggers, jaga bahasa dan arah-tuju penulisannya sebaiknya. Semoga yang baik-baik akan  kembali kepada-mu jua..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger