Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

0 Palestin

Map ini dikeluarkan oleh Surat Kabar Nasional Geographic tahun 1947 dimana tidak ada negara zionis yahudi. Yang ada *PALESTINE* Sebarkan agar Ingatan Kita ke waktu lalu kembali disegarkan...

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Addiction of Millenea Malays are worsening

Addiction is the MOTHER of EVIL. Many crimes start from addiction, then becoming more tragic, as recent case happened,

A millinea can KILL A SCHOLL OF TAHFIZ students bcoz of addictions, revenge, lust & not mature in action!! So shame of you...

People are aware of this,
So please take the action to report and whatever necessary to prevent the crimes become worsen.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Rantai Tangan Emas Kota Bharu

Bismillah..
Rantai tangan: 
18.45g berat

Pandora beads as on November 2016
Wage: from RM15 to RM40 per piece

Nak beli BARANG KEMAS MURAHHHH..???
πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—
Dengan harga:

1g : RM78.40
1riyal : RM213.25

# Harga adalah selepas rebet
# Mengikut terma & Syarat

 Nak beli barang kemas dan dapat REBATE 72% ( ada aggrement )..

 Nak tempah barang kemas ikut bajet anda..?? 

 Nak beli ANSURAN EMAS 
-0% DEPOSIT 
-0% FAEDAH
-DIVIDEN 8-15%
-LOCK HARGA SMS PEMBELIAN. ..

 Nak SIMPAN BARANG KEMAS DAPAT BONUS BULANAN...??

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut @ anda ingin beli barang kemas seperti di atas???

Roger... roger...
+6010 515 6449

+6010 515 6449

+6010 515 6449
Rantai Tangan BAJET
Harga pada 13 November 2016
4.70g = RM870
5.31g = RM960


#emas916 #Koummah #emas #Kelantan#KotaBharu
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Dilema Aurat Wanita Ketila Bersalin

Kami sedang membaca buku DILEMA AURAT WANITA KETIKA BERSALIN

Antara bab yang paling memberi kesan adalah BAB 2 : SITUASI & REALITI yang lengkap dengan penerangan dan catatan bertulis oleh ibu-ibu yang telah melalui perbidanan oleh DOKTOR & JURURAWAT LELAKI.

Kesan psikologi & emosi yang dihadapi oleh ibu serta suami kepada isteri-isteri ini amatlah PENTING kita cakna dan fikirkan, kerana aktiviti PERBIDANAN adalah sepatutnya dimonopoli oleh WANITA. Bukan lelaki.

Malahan, BIDAN bermaksud,
PEREMPUAN yang mempunyai kemahiran untuk membantu ibu-ibu melahirkan anak.

📲 +6010 515 6449

#wanita #ibu #isteri #bersalin #bidan #vitagoldKelantan #vitagoldKotaBharu
#psikologi #emosi #hamil #keluarga #suamiisteri #lelakimaskulin #perempuancantik #melayu

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Produk yang kena BOIKOT - hari boikot 8 Ogos

Tengok dan perhati, jika boleh, boikot barang-barang dalam senarai ini.

LISTS TO BOYCOTT ISRAEL PRODUCTS
Shops & Clothing:
- Starbucks
- Tesco
- M&S
- Disney Shop
- McDonalds
- Hugo Boss
- Sunglass Hut
- GAP
- Giorgio Armani
- Calvin Klein
- Ralph Lauren
- Playtex
- Banana Republic
- River Island
- Timberland

Drinks:
- Coca Cola
- Fruitopia
- Fanta
- Kia Ora
- Lilt
- Sprite
- Sunkist
- Evian
- Volvic
- NescafΓ©
- Nesquik
- Perrier
- Vittel

Consumer & Toothpaste:
- Colgate Palmolive
- Darlie
- Pepsodent
- Lux
- Breeze

Foods & Chocolates:
- Nestle
- Maggie (Noodles)
- Buitoni
- Crosse & Blackwell
- KitKat
- MilkyBar
- Quality Street
- Smarties
- After Eight
- Aero
- Lion
- Polo
- Felix (Cat Food)

Makeup/Perfumes & Health:
- L'Oreal
- Clinique
- DKNY
- Prescriptives
- Origins
- La Mer
- Bobbi Brown
- Tommy (Perfume)
- Bumble & Bumble
- Kate (Cream)
- Johnson & Johnson (Baby Oil)
- Huggies
- Garnier

Others:
- Arsenal Football Club
- AOL
- Time Warner Time Life Magazine
- CNN
- Barbie
- Intel
- Motorola
- Kotex
- The Sun
- The Times
- Australian Newspapers
- National Geographic
- Star Channels (Indian)
- Sky
- Fox
- Nokia
- Standard Newspapers
- New York Post
- The Telegraph
- Independent
______________
Buy Muslim first.n

Please SHARE SO YOUR FOLLOWERS CAN KNOW!

#SAVEGAZAPALESTINE
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

STICKER dan MAGNET KERETA R4BIA

Mencari magnet dan sticker kereta R4BIA?

Jangan risau,
tuan/puan boleh terus datang ke centre kami di
NO.28A, JALAN 4/11, SEKSYEN 4 TAMBAHAN, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

atau
Hubungi 016-3969 763
untuk mendapatkannya.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cuti Isra' Mikraj

Hanya Kedah, Negeri Sembilan & Perlis sahaja yang dibenarkan bercuti. Harap maklum yea.. :p
Gambar dipinjam melalui pakcik google

Mesti suka jer, lau dapat cuti kan? kan?
Siapa yang tak suka hari cuti.. [rujuk, cuti 1 Malaysia].
Okey, hari ini, wansiti tidak niat untuk bercerita pasal cuti, tapi, wansiti nak sahut cabaran denaihati untuk menulis dengan melibatkan kata-kunci isra' dan mikraj.

Rasa lain ckit jika menulis setelah terima tajuk ni, biasa laaa.. wansiti, biasanya tulis ikut suka.. Tapi, sekali fikir, bagus juga macam ni, jadi.. para bloggers akan melakukan 'aktiviti pembacaan dan penyelidikan', sekaligus me'refresh' ingatan kita kepada Subjek Sirah Nabawiyah semasa belajar dulu-dulu.

Apa itu Isra' Mikraj?
Berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, (kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam., Israk Mikraj boleh dianggap juga, satu perjalanan khas dari Allah untuk menghiburkan Nabi selepas diuji dengan kesedihan. 

Dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Selepas itu terus naik ke Sidratul Muntahah (langit yang ke-7) bertemu Allah Subhanahu Wataa’la.

Seronok pula duk baca tulisan orang nie..hehehe....

Sekarang, wansiti nak belek, apakah yang lagi yang ada pada malam isra' mikraj, yea? 

Kita boleh kategorikan isra' mikraj kepada 3 bahagian peristiwa, iaitu sebelum, semasa, dan selepas.

Sebelum
Sebelum perjalanan itu, Malaikat Jibrail dan Mikail telah membelah dada Nabi dan menyucikan hati Nabi dengan air Zamzam. Lalu dituangkan ke dalam hati itu hikmah, ilmu dan iman.

Semasa
Gambaran ringkas perjalanan Rasulullah Solallahu A’laihi Wasalam (SAW) yang mengambil masa selepas Isyak dan sampai sebelum Subuh dalam satu malam sahaja! - seperti yang ditulis oleh jamalrafaie. Seterusnya Abang Jamal bercerita lanjut tentang apa yang Rasulullah SAW jumpa sepanjang perjalanan tersebut!

Juga ada diceritakan apa yang terjadi pada setiap lapis langit yang dinaiki oleh Rasulullah SAW untuk ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah.. baca tulisan jalan akhirat.

Selepas/Nilai Pengajaran
Peristiwa isra' mikraj ini juga telah difardhukan Solat 5 waktu sehari, semalam 
(Rukun Islam ke-2) yang penting dan menjadi tiang agama kita, Mukmin (orang yang beriman dengan sebenar-benar iman, insya-Allah)~

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Isu Semasa: Murtad

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) menyatakan, "Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan."   
Kita patut bersyukur kerana Negeri Kelantan menunjukkan nilai 'kosong' pada permohonan murtad dan ini menunjukkan rakyat kita tertanam dengan tunjang iman yang kuat, insya Allah.   Mengikut kiraan, Sabah mencatatkan rekod tertinggi permohonan iaitu sebanyak 238, diiikuti Negeri Sembilan 172, Selangor 99 dan Perak 47.  

Namun melihat kepada statistik ini, walaupun tidak kesemua permohonan diluluskan, ini menampakkan perbuatan yang menarik murka Allah ini masih banyak di negara kita dan ia dibimbangi terus merebak.  Apa pandangan anda?
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Rendah Diri dalam Menuntut llmu..Buang Sifat Ego-mu itu..

Kan saya dah cakap, tulisan Norden Mohamed ni memang bagus, kena pada tempatnya, rasional dan ada hikmah-nya..Cuba tengok dan hayati artikel yang wansiti amek di iluvIslam ni..

Kawan-Kawan saya yang menghadiri kuliah umum anjuran Institut Antarabangsa Pengajian Tinggi Islam (IAIS) di Petaling Jaya yang disampaikan oleh Imam Sheikh Abd.Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, Ketua Imam, Masjidil Haram, Mekah baru-baru ini telah menceritakan sesuatu yang kurang enak didengar.

Kata mereka, kuliah yang dijangka berlangsung pada jam 10.30 pagi itu tertangguh dan bermula jam 12.30 tengahari. Puncanya, Sheikh Abdul Rahman lewat tiba. Separuh daripada para hadirin yang berjumlah kira-kira 300 orang daripada pelbagai bangsa dan agama telah angkat kaki. Ada yang meninggalkan dewan IAIS itu kerana ada komitmen lain.

Perasaan buruk sangka atau su'udzon pun mula berlegar-legar di fikiran mereka yang bosan menanti. Mereka merungut kerana pak imam datang lewat, lalu mempersoalkan kelewatan Sheikh Abdul Rahman. Bagi saya, tidakkah terfikir, barangkali Sheikh Abdul Rahman lewat kerana kepenatan atau kurang sihat? Meskipun, beliau adalah tetamu negara, tentu sekali ada aral yang melintang. Yang hadir seharusnya berlapang dada menantinya.

Menurut mereka yang menghadiri majlis itu lagi, sebaik sahaja Imam Besar yang berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islam itu tiba, suasana riuh rendah dan bising terus berubah sunyi sepi. Wajah Sheikh Abdul Rahman yang bersih berseri, senyuman manis dan penyampaian ceramahnya dengan suara yang terang lagi tenang yang diselang-seli dengan lafaz ayat-ayat suci al-Quran, membuatkan seluruh dewan jadi terpaku. Kelewatannya terus dilupakan. Ceramah mengenai Masa Depan Tamaddun Islam yang disampaikan beliau adalah ubat yang menghilangkan resah para hadirin.

Lihatlah. Jika kita ingin menuntut ilmu, kita sendiri mestilah menghormati gurunya. Mana boleh, kelewatan guru menjadi alasan untuk kita terus memperlekeh orang yang hendak memberi ilmu kepada kita? Beruntunglah mereka yang menunggu. Kerana menanti, mereka memperoleh ilmu dari ulamak yang terkenal kerana ilmunya. Bukannya mudah perkara dan situasi itu akan berulang.

Khabarnya, mereka yang hadir di IAIS boleh bersalaman dan bersantai sebentar dengan Sheikh Abdul Rahman berbanding dengan mereka yang terpaksa berhimpit-himpit untuk bersalaman dengan Ketua Imam itu setelah beliau mengimamkan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan selang dua hari kemudian. Kerana mereka sabar dan hormat, mereka berpeluang pula beramah mesra pula dengan cendekiawan yang terkenal di merata dunia Islam itu.

Itulah untungnya menghormati orang kerana ilmunya. Andainya siang-siang lagi kita menunjuk aksi kepandaian kita dalam menepati masa, yang kononnya lebih bagus daripada Sheikh Abdul Rahman pada hari itu, kita akan merendahkan ketokohannya. Yang ruginya adalah kita sendiri kerana perasaan ego itu akan mengganggu konsentrasi kita menerima dan menghazam ilmu yang disampaikan beliau.

Menghormati manusia juga biarlah kerana ilmunya. Orang yang berilmu pula amat suka kepada orang yang ingin memperoleh ilmu daripadanya. Biasanya orang yang berilmu tidak lokek untuk menyampaikan apa yang diketahuinya. Penyampaiannya itu akan menguntungkan kedua-dua belah pihak untuk sekurang-kurangnya daripada tiga aspek.

Pertama, kita yang bertanya akan memperoleh ilmu. Kedua, ilmuan yang menjawab itu akan memantapkan ilmu yang dipelajarinya kerana soalan kita itu umpama ulangkaji baginya. Ketiga, perbincangan mengenai ilmu itu sendiri bakal memperluas ruang lingkup topik yang dibicarakan.

Beruntunglah seandainya kita sentiasa ingin hadir di dalam majlis-majlis ilmu yang pada hari ini disampaikan dalam bentuk usrah, kuliah, ceramah, forum, wacana, seminar mahupun persidangan. Kita perlu meluangkan masa untuk majlis-majlis seperti ini. Majlis-majlis ini kian banyak dianjurkan. Dalam pada itu, kita perlu mengurangkan sedikit tabiat menghadiri majlis-majlis untuk keseronokan semata-mata seperti menghadiri konsert, parti dan berpesta-pestaan.
Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: "Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim(berilmu). Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manafaat bagi orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (tidak menyusahkan orang).
Andainya kita sendiri orang yang berilmu, bukankah ia juga bererti kita sebenarnya menghormati diri kita sendiri?
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Perpustakaan Negara Malaysia akan menaja 101 orang dari KTM Ipoh ke Kuala Lumpur

Kepada para penyokong Baca@ di Ipoh. Kami menerima informasi ini daripada penggerak Baca@KTM, iaitu Tuan Sallehudin Ibrahim yang juga pengasas Kembara Ilmu dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur.
Kepada mereka yang berminat menyertai beliau ke Pesta Buku pada 23 April 2011 (Sabtu) dari KTM Ipoh ke Kuala Lumpur mohon hubungi beliau di Facebooknya dengan subjek mesej Baca@KTM Pesta Buku. 

Perpustakaan Negara Malaysia akan menaja 101 orang dari KTM Ipoh ke Kuala Lumpur. 

Maklumat lanjut hubungi Tuan Sallehudin Ibrahim di FBnya ini;

Klik di sini bagi menghantar mesej kepada beliau
http://www.facebook.com/l/ee827tm3sWiCzNnfN0OjxbxGhoQ/on.fb.me/ifjFjT

Mohon hebahan di FB dan blog. Terima kasih
----
Penyelaras Baca@
ZAMRI MOHAMAD
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Mengapa hudud tidak dijalankan di Kelantan?

Di dalam entry lalu di blog ini [Tarian bogel] seorang blogger pro UMNO yang terkenal dengan penulisan fitnahnya si papa gomo ada memberikan komen di MiLo SuaM mempersoalkan mengapa Kerajaan Negeri Kelantan masih lagi tidak menjalankan hukum hudud. 

Mungkin masih ramai pembaca yang tidak mengetahui mengapakah Kelantan masih tidak menjalankan hukum hudud sedangkan draf hukum hudud Kelantan sudah disiapkan. Ramai di kalangan blogger-blogger pro UMNO termasuk papa gomo yang terkenal bebal ini menyebarkan propaganda kononnya PAS sendiri yang tidak mahu menjalankan hukum hudud.


Hal ini sebenarnya sudah dibincangkan dan dijelaskan berpuluh kali suatu ketika dahulu. Namun generasi baru mungkin memerlukan pencerahan memandangkan blogger upahan UMNO seringkali memutar belitkan hal ini dengan membuat propaganda kononnya Kelantan tidak mahu menjalankan hukum hudud.

Fakta yang sebenarnya ialah, Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan dan memberi amaran kepada kerajaan Negeri Kelantan memberi ugutan, sekiranya PAS menjalankan Hukum Hudud di Kelantan, Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan dan bolehmengistiharkan darurat serta menggantung perlembagaan Kelantan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1977.

Hal ini dijelaskan sendiri oleh Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam ucapan terbarunya berkenaan isu hudud di hadapan kira-kira 160 bloggers di Grand Season Hotel Kuala Lumpur [Malaysiakini]


Ajaran Islam meliputi semua aspek di dalam kehidupan, bukan semata-mata Hudud sahaja yang harus diperjuangkan. Hukum Hudud hanyalah bahagian kecil yang meliputi aspek perundangan di dalam islam.

Banyak lagi perkara lain di dalam Islam yang harus diperjuangkan baik dari segi ekonomi, akhlak, kebajikan, kejujuran dan sebagainya. Jika semata-mata kerana perjuangan menegakkan hukum hudud negeri Kelantan dirampas, ternyata satu tindakan yang tidak bijak!

Apapun Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil langkah-langkah bijaksana dan berhikmah untuk memartabatkan Islam sebagai cara hidup secara berperingkat. Banyak perkara yang harus ditangani terutama serangan dari UMNO dan sekutunya yang sering kali menentang Islam.

Jelas sekali Tun Mahathir yang menentang keras perlaksanaan undang-undang hudud dengan mengugut kerajaan pusat akan mengambil tindakan, namun hal ini sengaja diputar belitkan dengan mengatakan kononnya PAS yang tidak mahu kepada hukum hudud. sumber [milo suam]
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Isu Panas: Saintis rancang gali pusat!

Semalam, wansiti cari berita apa yang tengah hangat sekarang kat berita dunia, dengan mengepost status di wall fb, "Apa berita menarik hari ni?".. Nak dijadikan cerita..ada 2 isu yang kawan facebook wansiti utarakan, 

LONDON – Sekumpulan saintis Britain merancang untuk menggerudi lapisan batu-batan untuk sampai ke bahagian mantel bumi buat kali pertama, lapor sebuah akhbar semalam.
Lapisan muka bumi

Ekspedisi itu bertujuan membawa naik sampel mantel Bumi untuk kajian. Ia melibatkan operasi menggerudi melepasi lapisan batu pejal sejauh 8 kilometer di dasar laut dengan suhu mencecah 298 Celsius.

Projek itu bakal dilaksanakan pada tahun 2018 dan diketuai oleh pakar Pusat Oseanografi Southampton, Dr. Damon Teagle serta Dr. Benoit Ildefonse dari Universiti Montpellier, England.

Terdapat beberapa cubaan untuk menggali mantel Bumi pada tahun 1960-an tetapi gagal kerana masalah organisasi dan kos. – Agensi

Betapa usaha saintis ini kita kagumi dan perlu contohi kerana usaha yang dijalankan sejak 51 tahun lepas masih mereka teruskan walaupun ada rintangan dari segi teknikal. Tanpa mengenal erti putus asa, bumi Allah yang maha luas ini, mereka kaji dan kaji lagi... Didoakan semoga hidayah Allah diberikan ke atas mereka.

Kita, sebagai umat Islam juga, sepatutnya boleh mengambil iktibar dari perkara ini.. Usaha, doa dan tawakal tanpa jemu adalah yang terbaik.. Allah melihat usaha dan penat-lelah yang dilakukan, dan ada nilai pahala di situ untuk setiap kebaikan yang kita lakukan .. 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Susu Lembu Lebih Baik

Sejak timbul isu botol susu bayi polikarbonat, sepatutnya para ibubapa di sana perlu sedar akan perlunya menyusukan bayi mereka dengan susu ibu,. lebih daripada susu lembu.. Kesibukan ibu yang bekerja sekarang, walau bagaimanapun menghalang mereka daripada menyusukan bayi mereka direct dengan susu ibu.

Ada ibu bekerja yang rajin, mencari alternatif menyusukan bayi mereka juga dengan susu ibu, tetapi terpaksa juga menggunakan perantaraan botol sebagai bekas simpanan susu untuk bayi mereka. Tindakan para ibu ni patut dipuji, kerana kesungguhan mereka menyusukan anak-anak. Kesibukan kerja langsung tidak memberi peluang kepada mereka mencipta alasan untuk tidak memberikan yang terbaik dengan penyusuan ibu kepada bakal generasi masa depan.

Bagaimana pula dengan ibu yang tidak dapat menyusukan anak kerana kekurangan/kering susu badan? Ada alternatif lain
Lagi menggunakan botol susu.

Kerja Kosong: Ibu Susuan
Adakah pelik dan aneh zaman ini dengan kerjaya sebagai ibu susuan? Kerja kosong yang baru ini ada potensi nya yang tersendiri. Namun, bukan calang-calang ibu susuan yang boleh kita berikan harapan masa depan. Pemilihan ibu susuan melalui akhlak dan peribadi yang baik perlu diambil kira. Bagi elakkan terjadi, "lari dari mulut buaya, masuk mulut harimau"..

Bagi wanita yang dikurniakan susu yang banyak, malah.. boleh pula menyusukan 2,3 orang bayi dalam 1 masa, apa salahnya mencari rezeki yang halal dengan bekerja di rumah sebagai Ibu Susuan? Pekerjaan yang mulia ini amatlah disyorkan bagi suri-rumah dan ibu-ibu yang ingin mencari pendapatan lebih bagi membantu suami mendapatkan ekonomi tambahan rumahtangga mereka. 

Sudah belajar tinggi-tinggi, takkan nak duk rumah dan jadi ibu susuan?
Itu sebenarnya adalah soalan yang bagus, dan anda sudah tahu jawapannya.. Bagi ibu susuan yang mempunyai pendidikan yang tinggi adalah lebih dituntut. Dengan ilmu yang diperolehinya semasa belajar dahulu, dapat dipraktikkan dalam pendidikan awal anak-anak susuan. Pendidikan yang mula-mula adalah dari ibu kepada anak kan? Mulalah dari sekarang. Usah memandang negatif dan serong terhadap pekerjaan yang mulia ini. 

Di samping dapat membantu ibu lain yang tidak dapat menyusukan anak mereka, secara tak langsung, hubungan yang terjalin antara keluarga susuan dan keluarga kandung bayi tersebut akan bertambah-erat. Talian persaudaraan sesama saudara seaqidah itu kan dituntut di dalam ajaran Islam?

Seperti perkara ke-9 yang tercatit dalam 10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna ini:
9. Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan. 
Akhlak Seperti Lembu
Kenapa remaja hari ini runtuh dari segi akhlak? Ada juga yang akademik cemerlang, namun sahsiah tergadai! Salah-satu antara sekalina banyak faktor adalah datang dari sumber makanan dan minuman yang diminum. Ini baru sumber susu yang heboh diperkatakan, perbandingan antara susu ibu dan susu lembu, belum lagi masuk topik yang berkaitan dengan masalah keberkatan rezeki yang diperolehi untuk menyuapkan makan dan minum ke mulut anak-anak.

Betul... Seperti makanan sunnah yang lain. Susu ibu juga merupakan antara makanan awal yang menjadi sunnah dan tuntutan kepada ibu kepada anak. Lebih-lebih lagi kita nampak di sini, dengan penyusuan ibu yang teratur kepada anak, hubungan antara ibu dan anak menjadi lebih akrab dan mesra. Ada jalinan ikatan kasih-sayang yang lebih umpphh di situ... Cuba fikir-fikirkan untuk bakal generasi masa depan kita.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Lepas Tsunami, Kini Gempa Bumi di Myanmar pula...

Baru dikejutkan dengan bencana alam Tsunami yang melanda Jepun [Diskusi ilmiah tsunami], berita yang terbaru diterima adalah gempa bumi sekuat 6.8 magnitud itu turut dirasakan sehingga ke Bangkok, kira-kira 800 kilometer dari pusat gempa, Hanoi dan sebahagian dari China.

Bangunan berhampiran pusat gempa runtuh sementara penduduk di seluruh wilayah berkenaan yang ketakutan meninggalkan kediaman masing-masing apabila gegaran selepas gempa berterusan semalam. Stesen televisyen Myanmar mengesahkan seramai 74 orang mati dan 111 cedera. Hampir 400 rumah di empat kampung dan bandar berhampiran pusat gempa ranap.  
Dalam pada itu, sembilan pejabat kerajaan di bandar Tarlay, antara kawasan paling teruk terjejas, rosak teruk. Beberapa kuil di sekitar kawasan itu juga runtuh.
Beberapa bencana yang berlaku akhir-akhir ini seperti tsunami, Gunung Berapi Karangetang dan gempa bumi ini merisaukan dan memberi peringatan kepada kita. Bagi yang sedar, terus memperbanyakkan amal kebaikan dan berusaha menambah bekal pahala ke akhirat nanti. Moga lebih ramai yang sedar. 

Di Malaysia sendiri berlaku perubahan cuaca yang mendadak sekarang seperti:- panas, hujan, panas dan hujan kembali disertai kilat dan guruh yang berdentum. Jika manusia yang waras dan pernah hidup lama..Pasti tahu membezakan dan merasai resah akibat fenomena kejadian alam ini. Adakah ramai di luar sana yang mengambil iktibar?

wansiti: sama-sama kita berfikir dan ambil pengajaran dari setiap yang Allah telah takdirkan ini dan mula mentadbir diri kita dengan lebih baik lagi di masa hadapan.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Keputusan SPM:Rabu 23/03 & Daftar WHR Online

Keputusan SPM, 23 Mac 2010
Buat adik-adik yang sedang berdebar-debar menanti keputusan SPM, 1 hari lagi, akan ternoktah lah penantian korang semua.


Maklumat ini disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud apabila dihubungi oleh akhbar News Straits Times semalam.

Peperiksaan bertulis SPM 2010 telah dijalankan dari 23 November hingga 20 Disember 2010 yang lalu. Seramai 467,970 orang calon akan menduduki SPM pada tahun lepas di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang.


Makluman lain;
Pendaftaran WHR 2011 secara online boleh dilakukan di sini.
Screenshot daripada web HDC
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Diskusi Ilmiah: Tsunami & Kebocoran Reaktor Nuklear di Fukushima

Antara penjelasan ilmiah dari Pakar Penyelidik Tenaga Atom & Nuklear, Program Sains Nuklear, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani.. Ini adalah hasil temuramah yang dijalankan oleh MajalahSains.com. [link] Diskusi di bawah ini agak panjang, namun mengandungi banyak maklumat yang berguna untuk sama-sama kita fikir-fikirkan.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Prof. Sukiman: Punca sebenarnya ialah tsunami selepas berlakunya gempa bumi di dasar laut. Rentetan dari kejadian tsunami berlaku pula kejadian yang tidak diduga melibatkan reaktor nuklear sehingga menyebabkan letupan gas hidrogen dalam bangunan reaktor. Kesemua sistem pendinginan reaktor menggunakan kuasa elektrik. Apabila berlaku gempa bumi, operasi reaktor akan terhenti (shut-down) secara automatik dan bekalan elektrik terputus.  Bekalan elektrik kecemasan dijana oleh generator diesel tetapi setelah dilanda tsunami generator juga mengalami kerosakan dan bekalan elektrik terputus sama sekali. Sementara menunggu bekalan elektrik bergerak (mobile electrical supply) tiba bahan api reaktor terus memanas kerana tidak disejukkan.  

Kegagalan penyejukan teras reaktor yang mengandungi bahanapi Uranium tersinar mengakibatkan peningkatan suhu yang berterusan sehingga berlaku pencairan separa  (partial meltdown) dan peningkatan tekanan terus berlaku dalam reaktor. Apabila stim dilepaskan untuk menurunkan tekanan dari 800 kPa ke 400kPa gas hidrogen juga terbebas dan menyebabkan bumbung bangunan reaktor meletup.

Nasib yang sama menimpa reaktor Daiichi 1, 2 dan 3. Kebakaran pada reaktor Daiichi 4 berlaku disebabkan oleh tempat simpanan bahanapi uranium tersinar/terpakai tidak disejukan dan berlaku pemanasan. Daiichi 4 masih belum berjaya disejukkan sepenuhnya kerana suhu kolam simpanan bahanapi terpakai masih tinggi iaitu 84’ C  sedangkan dalam operasi biasa perlu dikekalkan pada suhu 25 'C.

Heboh dari SMS, Twitter, Facebook dan khabar-khabar yang tidak dapat dipastikan kesahihannya tentang bahaya radiasi dari kebocoran reaktor nuklear di Fukushima terutamanya selepas beberapa siri letupan berlaku di reaktor terbabit. Dapatkah Prof. jelaskan situasi yang sedang berlaku dari segi keselamatan dan bahaya kesan radiasi bahan nuklear?

Prof. Sukiman: Tahap Kecemasan sekarang ialah Tahap 4 berasaskan kepada International Nuclear and Radiological Event Scale (INES).Tahap 4 bermakna berlaku pelepasan bahan radioaktif setempat dan ia tidak mengakibatkan pencemaran antara negara atau merebaknya ke kawasan yang luas. Jika berlaku pencairan menyeluruh (total meltdown) seperti tragedi Chernobyl (1986) itu lebih berbahaya. Tetapi situasi ini tidak berulang kerana rekabentuk Boiling Water reaktor Fukushima berbeza dan lebih baik berbanding reaktor Chernobyl. Insiden Three Mile Island (TMI) yang melibatkan masalah Pressurised Water Reactor (PWR) hanya mengakibatkan pencemaran radioaktif setempat. Insiden Fukushima boleh diibaratkan seperti ulangan peristiwa Three Mile Island.

Teknologi nuklear sentiasa mendapat imej negatif di kalangan masyarakat dari segi aspek keselamatan dan moral. Apa pandangan Prof. tentang isu ini?

Prof. Sukiman: Penggunaan tenaga nuklear lahir pada tahun 1939 ketika dunia di ambang Perang Dunia Ke-2. Teknologi nuklear telah digunakan oleh kuasa-kuasa politik dunia sebagai senjata dalam peperangan. Apabila masyarakat menyaksikan kemusnahan Hiroshima dan Nagasaki akibat penguguran bom atom oleh pasukan tentera Amerika di kedua-dua bandaraya tersebut, maka stigma keburukan tenaga nuklear kekal sehingga kini. Sebenarnya banyak kebaikan tenaga nuklear yang telah digunakan dalam bidang perubatan, perindustrian, pertanian di samping penjanaan tenaga elektrik. Apa yang perlu dilakukan ialah penjelasan sejelas-jelasnya kepada masyarakat awam tentang apa itu teknologi nuklear. Seperti kata pepatah ’tak kenal maka tak cinta’. Justeru itu apabila kita memahami dan mengenali teknologi nuklear maka ketakutan masyarakat terhadap nuklear akan beransur-ansur hilang.

Menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang saya petik dari akhbar, beliau menegaskan bahawa Malaysia tetap akan meneruskan program tenaga nuklear yang dijangka akan dimulakan tidak lama lagi. Komen Prof.?

Prof. Sukiman: Saya bersetuju dan menyokong program ini kerana kenyataan itu berasaskan kepada fakta-fakta yang berasas.. Kabinet sudah bersetuju dengan Dasar Nuklear Negara dan telah dilancarkan pada Jun 2010. Dalam dasar tersebut terkandung perancangan penggunaan teknologi nuklear dalam sektor tenaga dan bukan tenaga. Selepas insiden Fukushima aturan keselamatan antarabangsa akan semakin diperketatkan dan Malaysia perlu memenuhi keperluan dan aturan yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa (IAEA).

Bila berbicara tentang nuklear, ramai yang mengaitkan bahaya sumber tenaga ini dengan tragedi yang berlaku di Hiroshima  dan Nagasaki, tragedi loji nuklear Chernobyl, Ukraine 1986, dan juga bencana di Three Mile Island, Amerika Syarikat 1979. Bagaimana untuk menjelaskan perkara ini bagi menghapuskan stigma (ketakutan) masyarakat tentang isu-isu nuklear ?

Prof. Sukiman: Pertamanya kita lihat dari segi teknologi. Reaktor Fukushima adalah reaktor generasi lama seperti yang digunakan oleh loji Three Mile Island. Reaktor Chernobyl pula adalah teknologi yang ketinggalan jauh dari teknologi Barat pada masa itu. Loji Nuklear Fukushima I yang menghadapi masalah pada masa ini mengandungi enam buah reaktor.

Kesemua reaktor tersebut dirancang pada tahun 1950an selepas Perang Dunia Ke-2 kerana pembangunan loji nuklear mengambil masa 20 tahun dari perancangan hingga ke pentauliahan.

Loji Nuklear Fukushima II pula yang terletak bersebelahan mengandungi empat unit reaktor, dibina dan ditauliahkan 10 tahun kemudian dan tidak mengalami masalah. Sementara reaktor generasi serupa di Loji Nuklear Tokai tidak menghadapi masalah kerana tidak dilanda tsunami. Loji Nuklear Onagawa di sebelah utara terdiri dari tiga unit reaktor baru juga tidak menghadapi masalah.Berasaskan kepada fakta tersebut, bencana yang menimpa Fukushima ialah akibat tsunami dan faktor rekabentuk reaktor nuklear jenis lama.

Pada pandangan Prof. adakah Malaysia mampu membangunkan sumber tenaga nuklearnya sendiri berdasarkan kepakaran, teknologi serta kemudahan yang sedia ada pada masa kini bagi mengimbangi sumber tenaga konvensional yang semakin berkurangan?

Prof. Sukiman: Tentu sekali kita mampu kerana prasarana asas sudah ada dan sementara menanti pentauliahan reaktor pada 2021 kita boleh melatih lebih ramai lagi tenaga pakar yang diperlukan. Reaktor yang akan kita bina adalah reaktor Generasi 3++ iaitu 50 tahun lebih maju daripada Reaktor Fukushima. Reaktor Fukushima jenis Boiling Water Reactor dirancang selepas Perang Dunia Kedua dan ditauliahkan 20 tahun kemudian antara 1971-1979.

Malaysia perlu mempelbagaikan sumber tenaga bagi menjamin Energy Security untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Sumber tenaga yang kita ada ialah arang batu+gas+hidro. Sumber hidro makin terbatas manakala harga arang batu dan gas semakin meningkat. Malaysia juga komited untuk mengurangi pembebasan karbon dioksida sebanyak 40%. Oleh kerana tenaga solar dan tenaga angin tidak dapat menyelamatkan keadaan menjelang 2020 maka mahu tidak mahu Malaysia perlu memilih tenaga nuklear.

Jika kerajaan bersetuju menambah subsidi tenaga sementara rakyat sanggup membayar kos elektrik pada kadar lebih tinggi, maka kita boleh kekalkan status quo untuk tempoh 10 tahun.

Sumber arang batu yang ada sekarang ini hanya dari Australia kerana Indonesia dan China sudah tidak lagi mengeksport arang batu. Kita terlalu bergantung kepada satu negara sumber sahaja dan dari segi politik-ekonomi ini amat berbahaya. 


Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani boleh dihubungi melalui email beliau di sukiman@ukm.my

wansiti: Jadi, pada pendapat korang semua, perlu atau tidak perlu Malaysia mempunyai sumber tenaga nuklearnya sendiri berdasarkan kepakaran dan teknologi yang kita ada sekarang?
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Pameran Dinasour Pusat Sains Negara

Rupanya sekarang hingga 31 May 2011 nie, sedang berlangsung Pameran Dinasour di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Promosi Maulidur Rasul 2011 - PTS Bookcafe

Salam Maulidur Rasul..

Promosi Bookcafe Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2011.
Mata wansiti pun dah bersinar-sinar tengok harga selepas diskaun ni.. Syoknya dapat beli buku.. My favourite!
Antara buku-buku yang menarik di PTS Bookcafe 
Namun, ada syarat-syaratnya:

1) Pembelian pukal 50 naskah ke atas sahaja
2) Penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh pihak PTS Bookcafe (Semenanjung Malaysia Sahaja)
Untuk maklumat lanjut, cara pembelian, pembayaran dan sebagainya, mohon hubungi PTS Bookcafe di 03-61880316 atau 016 6618 159 (En.Zul)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Himpunan Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir.

Tarikh : 2 Februari 2011 (Rabu)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Wisma Putra (Wisma Putra 2 Jalan Wisma Putra
...62602 Putrajaya)
Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Ayuh kita berhimpun bagi mendesak pihak yang bertanggungjawab supaya membawa pulang pelajar Malaysia yang kini masih berada di Mesir. sumber

.: Keselamatan Mereka Tanggungjawab Kita :.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Is Shale Gas The Next Cradle of Energy?

By STEVE AUSTIN

No one source of energy has ever affected the course of geopolitics the way oil has. Barrel prices going up and down seem to work like the ECG of the global heartbeat. In view of the way the economy has been changing its ebb and flow in the last few decades, it has become increasing clear that there is need for a new and cheaper form of energy. Shale gas has emerged into this forum as that very viable option only if more research and development goes into it.

Oil Geo-Politics
To understand the importance and need for shale gas, a few details need to be clarified. Two nations were initially accountable for almost half of the world's natural gas and crude oil resources. Russia and Iran have both suffered through some very upsetting political upheavals.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger