Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Ikan Dori Goreng Tepung Berkuah

Bahan untuk ikan:
3 keping ikan dori (kerat dua)
sos tiram
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
1 -2 sudu makan tepung gandum
sedikit tepung beras
sedikit serbuk lada putih
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
1. Perap ikan bersama sos tiram, garam dan serbuk kunyit.
2. Kemudian celupkan ikan dalam tepung gandum.
3. Goreng Ikan hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Di bawah ini ada contoh menyediakan tepung untuk menyalut Ikan Dori
sumber; trymasak.my
Untuk Sos:
1 biji bawang besar ( dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
3 biji cili kering ( digunting nipis2)
3 - 5 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
2 sudu besar sos cili/tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan (optional)
1 biji buah tomato (potong 6)
daun bawang (optional)
sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaannya:
1. Tumis bawang hiris hingga wangi.
2. Masukkan semua sos dan sedikit air. Kacau hingga mendidih dan sedikit pekat.
3. Sesuaikan rasa. Masukkan tomato dan daun bawang. Tutup api dan curahkan atas ikan

Jika suka ikan lebih garing, boleh asingkan ikan dan sos dahulu, bila nak makan, baru dicampurkan. Makan bersama nasi panas-panas.. Sedap! Cubalah.. (=^_^=)v

wansiti: resepi lain bagi ikan dori: (i) Filet Ikan Dori bersos Lemon (ii) Ikan Dori Tepung Bersos Cili (iii) Resepi Dori Grill


Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger