Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

0 Sambutan Malam Merdeka 2016

STATISTIK 2016 drp JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Lelaki 1.10% lebih ramai daripada wanita.
Dan rakyat yg berumur 15 - 64 tahun (yang merupakan ASET negara) berjumlah 69.5%. Daripada angka ini lah juga, majoriti yg layak mengundi & yg bertanggungjawab meneraju negara 6 hingga 55 tahun lagi...

Bagaimana kita lihat generasi kita sekarang?
Begitulah negara kita bakal dibentuk.

Ok, untuk gegadis,
Jangan risau..
Jodoh anda yang SOLEH sedang membina dirinya menjadi MUKMIN SYURGA, sama kuat usahanya seperti calon isteri SOLEHAH-nya juga.
(Ayat sedapkan hati sendiri) 👆😂👆😂

Untuk ibu & bapa,
Sempena MERDEKA ni, pantau anak soleh/ah anda berada di mana.
Kita tak mahu 9 bulan kemudian, statistik ini berubah kerana NAFSU LIAR MALAM MERDEKA. Minta jauh...

==========================

DILEMA GEGADIS AYU
===================

Gegadis,
Pernah tak, 'terjumpa' lelaki yang kejap nampak dia tunjuk minat kat kita. Kejap menghilang. Kejap nampak sweetttt sangat! Kejap #kejam?! 😡😡
😷 Haaaaaaa.. kalau terjumpa yang jenis macam ni. Jaga-jaga tau... Kena selidik betul-betul. . (Orang tengah tolong tengok-tengokkan please)... kesian gegadis yg naif lagi ayu...

Dalam #KelasMelati gegadis akan belajar macam mana nak tahu seseorang lelaki itu nak buat kita isteri ATAU spare part ATAU cuma stok geli-geli sahaja?

Nak tahu jom Komen #KKS
Lau malu2 kucing, terus PM/wasap #WanSiti tau~
+6010 515 6449

#TimEp
#EncikPsikologi
#GeniusResources

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sambutan Malam Merdeka 2016

STATISTIK 2016 drp JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Lelaki yg berumur 15 - 64 tahun, dlm 69.5% lebih ramai daripada wanita.

So guys..
Jangan risau..
Jodoh anda yang SOLEH sedang membina dirinya menjadi MUKMIN SYURGA, sama kuat usahanya seperti calon isteri SOLEHAH-nya juga.

Ibu & bapa,
Sempena MERDEKA ni, pantau anak soleh/ah anda berada di mana.
Kita tak mahu 9 bulan kemudian, statistik ini berubah kerana NAFSU LIAR MALAM MERDEKA. Minta jauh...

#TimEP
#EncikPsikologi
#niqavielovers
#GeniusResources

===========================
Pernah tak, gegadis jumpa lelaki yang kejap nampak dia tunjuk minat kat kita. Kejap menghilang. Kejap nampak sweetttt sangat!
😷 Haaaaaaa.. kalau terjumpa yang jenis macam ni. Jaga- jaga tau. Kena selidik betul-betul.

Dalam #KelasMelati gegadis akan belajar macam mana nak tahu seseorang lelaki itu nak buat kita isteri atau spare part atau cuma stok geli-geli sahaja?

Nak tahu jom Whatsapp saya
(KKS) (NAMA) ke
+6010 515 6449

DAFTAR sekarang 😉😉😉

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Suami Kedekut & Berkira

SEBELUM BERKAHWIN
===================
Merungut...
Sunyinya... sedihnya makan sorang-sorang, suami takde ...orang lain ada...
Anak takde, orang lain ada...

SELEPAS BERKAHWIN
==================
Merungut.....kelemahan suami...abg ni bla2...bla2... Bosan lah... bla..bla

Ya Allah, jauhi kami dari sifat2 ini ya Allah 😢😢😢😢

Kenali diri kita, sikap SEBENAR kita & keSERASIan dgn BAKAL SUAMI.

Takde masa?
Belajar ONLINE. Bila-bila masa boleh tgk notes.

👉Whatsapp (KKS) (NAMA)
ke +6010 515 6449
sekarang

#TimEP
#GeniusResources

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Bagaimana Mengenali Lelaki yang Baik?

Untung jadi bunge. Kalau hodoh boleh makeup. Kumbang kalau hodoh? Terpaksa la jadi kaya 😂😂

Well...
Ye ke ?

Sebenarnya...
Mencintai sekadarnya, bersederhana saja. Jangan sepenuh hati, jangan juga penuh jiwa.

Supaya kalau terputus, tidak terlalu sakit hati dan tidak terlalu sakit jiwa.

Kalau sayang, doakan 😚😚

Macam mana nak tahu seseorang lelaki itu curang, tak setia, buaya darat?

Belajar Teknik Saiko ini dalam Kelas Online. Sape nak belajar, komen #KelasMelati.

Untuk wanita sahaja belajar ye...

Whatsapp:
KKS (Nama) ke +6010 515 6449
WAN SITI

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 KELAS KAJI LELAKI ONLINE



Kenal tak lama, hati pun dah suka.
Jika boleh, biar perkahwinan yang dibina sampai ke SYURGA.
Persoalannya, kita tidak pasti bagaimana kita boleh berSABAR untuk hidup dengan LELAKI yang panas baran, tangkai jering, pemarah?
Takkan kita sahaja yang perlu makan hati dan beralah?
Rumahtangga itu kan ketuanya lelaki?
Kenali bakal pasangan anda untuk kebaikan rumahtangga yang bakal dibina.
Peribadi
Yang keruh kita buang,
Yang jernih kita sama-sama gilapkan agar lebih bersinar.
insyaaALLAH..
Jom belajar kelas ONLINE kaji LELAKI anda.
Ini satu-satunya kelas pembelajaran secara ONLINE di Malaysia
WHATSAPP Wan Siti sekarang:
(KKS) (NAMA CIKPUAN) ke +6010 515 6449
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 PUSAT KITAR SEMULA KOTA BHARU

Wan Siti sudah terbiasa dengan kitar-semula semasa tinggal di Puchong dengan Hazwani. 
Jadi, bila balik Kota Bharu, HARUS-lah tetap berkitar-semula barang-barang plastik, besi, kaca & kertas. Antara 4 benda yang paling banyak dibuang dalam tong sampah, adalah plastik & kertas!

Makanan terbuang sudah terbiasa jadi makanan itik-serati. Jadi, itu sudah jimat... Takde banyak sangat 'waste' sisa makanan.

LANGKAH PERTAMA
Mencari PUSAT KITAR SEMULA di KOTA BHARU nie.
Tahap kesedaran kebersihan di Kota Bharu masih rendah, namun, kita mulakan dengan diri-kita dulu dari rumah sendiri.

Kempen besar-besar pun tak guna, kan?
JUST DO IT!

LANGKAH KEDUA
SENARAI PUSAT KITAR SEMULA di KOTA BHARU mula dikumpulkan di sini:
  1. MYJA PLASTIC INDUSTRY
    Lot 300, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa
    16100 Kota Bahru
    Kelantan
    Contact: 09-773 5435(T) 09-773 4930(F) LINK: DRAGONIZER
  2. Program : Sistem Pandu Lalu Jualan Barangan Kitar Semula (Drive-Thru 3R) di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot
  3. Kb Recycle Centre, 

Contact Name
: Mr.Jack Lim
Address
:1698 Teluk Panji
City
: Kota Bharu
Zipcode
: 16100
Phone
: +6-09-7646408
Mobile
: +60129611626


Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 ILMU RUMAH TANGGA

Oleh: Surya Sufie

Saya berdoa semoga ramai orang yang sudah berkahwin baca post ini. Di dalam perkahwinan, banyak lagi sebenarnya yang saya perlu belajar. Cuma ini ada beberapa panduan dan saranan untuk yang mahu tahu mengenai isu dalam rumahtangga.

Pertama:

Perkahwinan dibina oleh dua orang. Jadi di dalam membina rumahtangga, tiada istilah kepala masing masing. Tiada 'saya' dalam perkahwinan melainkan 'Kita'.

Kedua:

Sudi rendahkan diri dan memulakan sesuatu bicara, tanpa perlu menunggu pasangan bercakap. Hiasi rumahtangga dengan kemesraan bergurau, dan kata kata yang menyejukkan hati pasangan. Mesra bukan hanya di atas katil.

Ketiga:

Elakkan dari masam muka di depan pasangan. Ramai orang bercerai bukan kerana tidak cinta tetapi kerana tidak beritahu apa yang mereka pendamkan. Pada masa yang sama tidak bertanya mengapa. Jangan pendam lama lama nanti meletup.

Keempat:

Biasakan diri senyum dan tidak memandang remeh kepada perkara yang kecil. Mungkin ada diantara perkara yang kita anggap kecil tetapi mungkin besar bagi pasangan. Hargai mereka dan raikan.

Kelima:

Buatlah setiap perkara atas niat bukan kerana pasangan. Ya, jangan buat sesuatu perkara baik kerana seseorang. Sebaiknya, bila kita memberikan dan buat sesuatu pasang nawaitu di hati bahawa, "Saya buat kerana ia tanggungjawab saya."

Ini akan menyelamatkan anda dari tercedera emosi bila pasangan anda tidak berterima kasih.

Keenam:

Kebahagiaan terletak pada dua perkara, satu bila seorang suami sudi menghargai isteri dan isteri menghormati suami. Bila suami ada masalah, jangan tanya tetapi hulurkan pertanyaan yang membantu. Contoh pertanyaan yang membantu :

" abang ada masalah duit ke , meh sayang bantu."

Elakkan dari berbuat sebegini, " abang ni asyik masam muka pasai, cuba bagi tahu sayang!"

Ini kerana sifat lelaki mahu selesaikan masalah mereka sendiri. Jadi perlu ada seni untuk menarik perhatian suami.

Jika isteri ada masalah pula, lelaki jangan semata-mata memberi solusi atau jawapan bagi masalah mereka. Mereka cuma mahu perhatian anda. Mereka hanya mahu didengari dan didampingi.

Sebut dan panjangkan keluhan isteri, " oh ya ke.. Allah.. macamana boleh jadi macam tu.."

Itu pun sudah cukup bagi wanita. Kan?

Ketujuh:

Bagi saya ramai orang ada kunci atau petua kebahagiaan mereka masing-masing. Sering tengok gambar kahwin, imbasan kenangan indah, masak bersama, makan aiskrim walls , berjalan jalan dan seumpamanya. Bahkan, ada pasangan yang beritahu saya bahawa mereka suka berdating di MPH berjam-jam membaca buku bersama. Double wow.

Itu depends pada anda. Macam justin bieber kata, "you should go and love yourself" .

Untuk saya kunci bahagia saya dalam rumahtangga adalah , "Apa jua yang anda suka , buat bersama pasangan."

Makan bersama, setiap lepas 5 solat waktu memastikan baca Quran bersama, basuh kereta bersama, pergi event bersama sama, dengar lagu satu earphone sama sama, pergi event sama sama.

Walaupun pada awalnya, mungkin salah seorang tidak berapa suka. Tapi kita boleh berikan dorongan. Kan?

Dan.. paling menarik adalah bila kita melihat pasangan, dan dia melihat kita lalu kita menyatakan bahawa dia insan paling gila di dunia ini kerana sanggup menerima kita. Have fun dengan pasangan.

Last word, anggap dia sebagai kawan baik kita. ☺

Moga moga post ini dapat membantu pasangan di luar sana dan yang suka belajar ilmu rumahtangga. Jika anda berminat, sila nanti nantikan post seterusnya atau boleh daftar talk SPIM sesi kedua minggu ini.

Terimas! Sila sudi share jika ia bermanfaat. Ce try di rumah! ;)

#Inspirasi

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 CARA PANTANG SELEPAS BERSALIN OLEH SUAMI

Oleh: As Syahid

Sudah menghampiri dua minggu anakanda puteri saya dilahirkan. Dua minggu yang sibuk yang Allah izinkan saya mengatur cuti seminggu (cuti 7 hari yang diberi) ditambah pula dengan cuti Tahun Baru Cina untuk menjadi pembantu yang cekap di rumah. Ramai saudara dan rakan yang bertanya kepada kami.

“ Berpantang di mana? Siapakah yang menjaga? “

“Sayalah yang menjaganya.” Jawab saya.

Kadang suri yang menjawab

“ Suamilah yang menjaga”.

Pasca bersalin ialah satu tempoh kecematan dan ketelitian supaya si ummi dan anak dapat perhatian yang rapi. Alhamdulillah, sudah masuk anak yang kedua rutin menjaga isteri berpantang sudah dapat dijangka dan boleh dilakukan dengan lebih baik lagi.

Saya teringin mahu menulis tentang rutin pasca bersalin (apa yang perlu seorang bapa lakukan) supaya ini dijadikan panduan buat bakal bapa yang akan menyambut kelahiran baru.

Mudah - mudahan memberikan manfaat.

1. Saat lepas dilahirkan bersedialah untuk mengazankan untaian suci itu di telinga anak sendiri. Jangan lupa untuk anakanda ditahnikkan sendiri oleh tuan sendiri. Saya fikir ini lebih afdhal. Kan anak zuriat tuan sendiri.  Inilah hak-hak yang perlu dilakukan seorang bapa. Jangan lupa buat isteri sendiri ucapkan terima kasih kepada suri hati tuan kerana melahirkan zuriat keturunan tuan.

2. Hari ketujuh jangan lupa untuk mencukur rambut anak. Bapalah yang perlu membuat kerja ini. Ini kerana rambut asal sudah lama terendam dan tidak sihat untuk perkembangan anak.

3. Secepat mungkin anak itu perlu mendapat susuan ibunya.  Sesukar manapun atau sejanggal mana ibu kandung itu pasti akan bertaut di sini kerana inilah lumrah sunnatullah. Susu ibu paling sempurna dan terbaik. Banyak buku sekarang dan ilmu di mana-mana bagaimana mendapatkan kaedah susu yang terbaik. Mengapa suami mesti menyokong? Sudah termaktub dalam Al-Quran tentang kepentingan susu ibu. Wajib seorang suami memberikan sokongan ini.

4. Jadi, sediakan daripada awal lagi mesin pemerah susu. Ayat Al-Quran menyatakan paling minima 6 bulan dan paling panjang sehingga 2 tahun barulah boleh dipisahkan. Jadi sepanjang tempoh ini berikan sokongan kepada isteri dalam rutin hariannya memerah susu sebelum dia keluar bekerja setiap pagi. Dia bekerja pun untuk tolong keluarga kita kan. Jadi, gunalah duit tuan suami sendiri. Bukankah ini anak tuan juga kan?

5. Uri bayi itu perlulah dibasuh sebersih - bersihnya dan ditanam sendiri oleh tuan. Kaedahnya pun sudah dipermudahkan. Satu hari saya terjumpa sebuah bisnes online yang menyediakan bahan ini. Sungguhpun saya boleh menyediakannya satu – satu, tetapi demi menyokong bisnes kecil - kecilan saya terus sahaja membelinya. (pakej lengkap; garam kasar, asam jawa, kain putih, bikar tanah yang bertutup).

6. Sediakan tukang urut untuk isteri sekurang - kurangnya tiga kali. Ada tukang urut yang sanggup datang sendiri ke rumah, namun ada yang perlu diambil . Elakkan mencari tukang urut yang menawarkan khidmat tangkal. Astaghfirullah saya agak terkejut masih juga diamalkan lagi perbuatan seperti ini.

7. Sediakan air mandi untuk isteri setiap kali isteri mandi. Panaskan air dalam periuk besar bersama dedaun seperti daun lengkuas, kunyit, pandan , serai wangi, daun limau purut dan banyak lagi. Jika tiada dan sukar didapati sudah ada pakej uncang yang disiap khas untuk rutin ini. Angkat dan bawa baldi berisi air itu ke bilik air. Jangan suruh isteri angkatnya pula. Rajinlah google untuk cari uncang mandian tersebut.

8. Amalan bertungku setiap hari supaya menyihatkan organ dalaman isteri. Jika tiada besi  tungku bolehlah dapatkan batu besar dari jeram sungai untuk dipanaskan dan dibalutkan dengan daun lengkuas (seperti foto saya di bawah) . Saya panaskan setiap malam dan membungkusnya sebelum saya masuk tidur supaya suri dapat bertungku selepas menyusukan anak.

9. Amalan berminyak hangat dan berbengkung perlu diamalkan. Mujur suri saya orangnya mendengar kata. Ada juga saya dengar ibu - ibu moden yang tidak gemar melakukan semua ini.

10.  Makanan yang dimasak khusus untuk kesihatan isteri dan anak. Setiap hari tanpa gagal saya sendiri yang masakkan masakan untuk suri saya. Sup ikan merah.Ikan tenggiri goreng.  Ayam digoreng dengan halia. Sayur – sayur yang dibenarkan dan tidak memudaratkan . Mengapa ini penting? Untuk kesihatan isteri supaya bertenaga dan memperbanyak susu untuk anak. Makanan perlu dijaga dengan rapi supaya susu itu berkualiti. Jika rempah atau bahan tidak baik seperti makanan berangin ia akan menyebabkan anak juga sakit kerana susu diperoleh daripada bahan yang dimakan. Anak juga yang akan sakit perut dan sangat memudaratkan.

11. Dapatkan pati ikan haruan di kedai dalam botol kecil-kecil. Pastikan isteri minum untuk kepentingan dalaman. Jika ada ikan haruan segar, memang bagus masakkan dengan hirisan halia untuk dimakan bersama nasi panas.

12. Belilah makanan tambahan; saya sendiri sediakan makanan ‘supplement ‘ untuk tenaga selain saya sediakan minuman Milo, Horlicks, roti , biskut dan lain-lain. Isteri perlu kerap makan dan minum untuk susu anak. Bagaimana mahu dapatkan susu jika ibu malas minum dan kurang makan? Kadang-kadang , saya bertanya sudah minum air tak hari ini? Berapa liter air minum? Kalau sempat saya bancuhkan milo untuk suri saya.

13. Beli set bersalin yang terbaik untuk isteri tuan. Tanamera, Salindah, Anugerah macam-macam ada. Biar produk itu patuh syariat dan berkesan. Tidak semestinya beli yang mahal. Tetapi lakukan kajian di internet. Ada yang boleh ditolak dan tidak digunakan seperti suri saya yang tidak suka memakan jamu kerana kepanasannya.

14.  Jangan lupa pula seringkali tetamu datang untuk menziarahi anak tuan yang baharu. Sediakan jajan atau makanan ringan dan air minum. Mujurlah saya berkahwin dengan orang Banting, Selangor. Sempat mengirimkan kerepek yang termasyhur dari adik dan kakak ipar yang datang singgah ke rumah untuk dibawakan ke rumah kami . Jika ada datang rajin dan kelapangannya, saya sendiri akan sediakan pencuci mulut seperti Salted Caramel Brownies, Chocolate Souflee , Apple Pie. Sudah orang datang membawa rezeki masuk ke rumah, jangan biarkan tetamu tidak dijamu makan dan minum sekalipun dengan air kosong dan biskut empat segi.

15. Jangan lupa tuan sendiri yang akan membasuh semua pakaian anak, isteri dan tuan sendiri. Habis tu, siapa lagi nak diharapkan? Basuh, basuh dan basuh. Sudah kering bolehlah minta isteri tolong lipatkan sambil anak tidur. Kalau ada anak sudah besar dan boleh menolong lainlah cerita, kan tuan bakal bapa yang baharu? Siapa lagi?  Bangun lebih awal. Pukul lima pagi sudah dikira agak lewat. Pukul 4 atau 4.30 pagi sangat sesuai, lakukan solat malam dahulu. Kemudian buat semua satu persatu.

16. Rumah pastikan bersih dan kemas selalu. Anak yang baru lahir mudah dijangkiti kuman. Tambahan lagi jururawat akan datang setiap hari.  Mereka akan memeriksa kesihatan anak terutama kuning anak dan seterusnya mereka melihat kesihatan isteri (mental dan fizikal) dan mereka juga akan meninjau kebersihan rumah.

17. Duit yang selalu disampulkan dan diberikan saat orang menziarahi anak tuan , simpan berdikit - dikit. Sudah ada kelapangan daftarkan di akaun Tabung Haji (kontroversi pulak ya TH sekarang ni) supaya pemberian orang itu dapat diberkati dan ditambahkan pahala mereka.

18. Dalam dua minggu tempoh selepas bersalin, daftarkan nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara. Berilah nama-nama yang baik untuk kesejahteraan anak tuan. Nama ini nanti akan dipanggil saat kita bertemu di 'padang akhirat' kelak. Justeru, panggillah dan berilah nama yang baik. Nama yang baik ialah satu doa yang berpanjangan setiap kali nama itu disebut.

19. Banyakkan membaca Quran di rumah, dirikan solat sunat dan tambahkan zikir. Hidupkan rumah dengan keberkatan. Bapa ialah penghulu dan pemimpin. Kalau tidak mampu dengan kerap, sekurang - kurangnya seawal bangun awal pagi selepas solat sunat Tahajjud atau seusai solat Maghrib. Rumah yang tidak dimasuki anasir jahat iblis dan syaitan ialah rumah yang sentiasa dibacakan Quran sepanjang masa.

20. Isteri jangan didorong dan digalakkan menghadap tv dengan menonton segala aneka kecelaruan dan kebobrokan rancangan tv sambil menyusukan anak. Bahaya. Apa yang ditonton, didengar, dibaca menentukan gelombang pemikiran dan seterusnya menentukan tindakan kita secara minda bawah sedar. Contoh adegan isteri marahkan suami, anak maki hamun emak kandungnya, aurat tidak terjaga, hiburan yang lagha yang sentiasa memuja cinta manusia, sudah semestinya, apa yang isteri tuan fikirkan dan seterusnya akan menghasilkan‘spill over effect’ kepada anak susuan tuan. Pilihan yang lain pilihlah TV Hijrah sentiasa. Di rumah saya, tiada tv, tiada Astro hanya ada siaran animasi (downloadable) pendidikan yang saya paparkan untuk anak sulung saya sahaja. Yang ada, hanya siaran radio ikim.fm yang tersiar 24 jam tanpa henti. Ya, tiada drama jam 7 petang sampai hanyut solat Maghrib. Mahu jadi suami dan bapa yang betul-betul , maka tentukan yang betul dan hak.

21. Jangan lupa daftarkan anak dengan Medical Card. Seawal - awal pendaftaran harganya lebih rendah dan ini adalah payung sebelum hujan kecemasan tiba. Daftarkan semua nama termasuk nama tuan, isteri tuan dan anak- anak tuan.

22. Simpan duit untuk duit pengasuh, duit kenduri aqiqah (seekor kambing untuk anak perempuan, dua ekor untuk anak lelaki). Anak yang diaqiqahkan akan diberikan keberkatan sepanjang kehidupannya.

23. Mulailah membaca buku-buku keibu bapaan untuk menambahkan ilmu. Dengarkan tazkirah-tazkirah yang banyak terutama Ustaz Ebit Liew, Ustazah Norhafizah Musa , Ustaz Pahrol (ini semua makanan telinga saya setiap hari) supaya hati kita selalu terdidik menjadi orang yang lebih baik setiap hari.

Saya buat semua perkara di atas dan menceritakannya bukanlah untuk menunjuk. Share dan kongsikanlah senarai di atas untuk tatapan bakal bapa suami puan - puan. Mudah-mudahan tuan (bakal bapa) tahu betapa beratnya tanggungjawab selaku suami dan bapa. Ini baru pasca bersalin. Belum lagi tentang keperluan yang lain - lain.

Saya buat semua di atas supaya mengharapkan suri saya sihat dan saya boleh keluar bekerja tanpa memikirkan kebimbangan di rumah. Apabila isteri sihat dia sudah boleh melakukan rutin di rumah perlahan - lahan. Keluarkan duit sendiri untuk mengadakan semua di atas. Jika kekurangan dan terhad barulah memohon bantuan duit isteri. Minta izin dahulu sebab tugas suami menyara semua tanggungan ini. Supaya bantuan daripada isteri dapat dihalalkan dan tidak menjadi soalan dibangkitkan akhirat kelak. Mulailah menyimpan duit seberapa banyak yang boleh. Gunakan untuk semua kebajikan rumah tangga tuan.

Jadi suami kena jadi pemimpin. Pemimpin kena buat kerja dahulu sebelum orang bawahan lain ikut. Pemimpin kena menjadi orang yang rajin dan berkarisma. Suami ialah tempat isteri dan anak berpayung untuk keselamatan dan kesejahteraan. Mahu jadikan anak soleh dan solehah sayugianya bapalah yang perlu memainkan peranan dahulu. Jangan pula asyik duduk mengadap desktop menghadap online games atau membaca kitab facebook 24 jam sambil membesarkan perut sendiri yang buncit tanpa memikirkan dosa tanggungan semua ini. Apatah lagi duit digunakan untuk rokok tetapi tidak digunakan untuk semua perkara di atas, maka tanggunglah dosanya nanti. (Maaf kalau kasar tetapi inilah hakikat).

Ingatlah , akan dijanjikan pahala yang besar bagi seorang suami dan ayah yang menafkahkan rezeki daripada pekerjaannya. Percayalah, semuanya akan diberkati sekiranya seorang bapa bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang bapa yang bapa yang baik. Dan, seorang bapa yang baik akan menjadi sebab keredhaan Allah.

Sabda Rasulullah SAW: “Jika dia keluar mencari rezeki untuk anak yang kecil, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar mencari rezeki untuk kedua ibu bapanya yang tua, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar mencari rezeki untuk dirinya sendiri, maka dia berada di jalan Allah, dan jika dia keluar mencari rezeki dengan perasaan riak dan membangga diri, sesungguhnya dia berada di jalan syaitan” (Riwayat al-Tabrani).”

Semoga ini menjadi kebaikan bagi bakal bapa dan bakal ibu yang mahu mengongsi dan 'share' tulisan ini.

Foto: Daun lengkuas yang ditanam di luar rumah menjadi manfaat untuk rutin bertungku.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 INSPIRASI BISNES

Diambil dari FACEBOOK
MUNIRAH FUZI

Dulu, minat sangat berniaga sejak diploma lagi.
Bagitau jela nak bisnes apa,
akulah heroin tukang jual.
Pernah nota aku sendiri tulis every sem tu juga aku fotostat jual kat junior.
Pendapatan tambahan dapat sampai RM1000 lebih, even masa tu dapat je biasiswa JPA.

Masa mula-mula masuk degree,
aku bukan penting sangat bab nak dapat dekan.
Meby sebab dah achieve ANC time diploma, so rasa cukup jelah.
Tukar pada benda yang lebih penting.
Iaitu macamana nak survive di Shah Alam, bandar besar.
Tanpa biasiswa, tanpa pinjaman PTPTN.

So, aku bawak satu set mixer, dan sebakul barang-barang bakery.
Dengan motif supaya ini jadi aset untuk kekal survive sana.
Masa tu, ayah cuma bagi RM50 sebulan. Tahun 2011.
Aku sendiri pun kena juga push diri untuk cari pendapatan lain.

Tanyalah housemate lama,
Takde masa aku yang free.
Semua penuh dengan jadual buat doorgift.

Aku masa tu dah get ready, set mindset aku terus.
Kebarangkalian aku dapat kerja dengan tahap kompetitif tahun-tahun kebelakangan ni dan senior-yang masih tak dapat kerja,
aku risau jugak dengan life cost aku yang tinggi,
aku pulak bila dah setahun degree sambil buat bisnes,
dah selesa dengan duit beribu sebulan dapat.
Life cost aku dah mampu pakai kereta myvi dan duduk kat apartment,
dan semuanya tanggung sendiri.

Masa degree je pendapatan dah lebih RM5k sebulan,
Aku banyak buat service candy buffet dan doorgift,
Kawan-kawan pun aku hire jadi pekerja,
Paling special housemate jadi mangsa kerja part time dengan aku.

Lepas degree, aku rasa bosan berniaga tahap tu. Memang masuk magazine dan tv, tapi aku rasa tepu buat benda sama.
Akulah yang buat doorgift, akulah yang jaga marketing.
Akulah jumpa sana sini.

Lepas tu, aku makin lama rasa makin down,
Padahal bisnes okay je,
aku tengok orang-orang berjaya.
Diorang pergi jauh.
Tapi macamana nak pergi sejauh tu? Ada kilang, office sniri.
Aku belajar satu perkara lagi.

Yang sebenarnya aku pandai jual je. Tapi aku tak pandai jadi orang bisnes. Maka bermula satu benda baru dalam hidup aku iaitu, belajar tentang dunia Bisnes.

Selama 2 Tahun aku belajar melalui pengalaman dan kelas-kelas yang aku ikut, banyak aku nakbagitau, tapi aku summarykan 4 Perkara ni dulu.

1. LEVERAGE.

Leverage ni mcm lever. nnt boleh google gambar tuas.
mcm bentuk jongkang jongkit tu. Leverage yang maksudkan ni lebih kepada guna kuasa/power/usaha orang lain untuk bantu kita lagi jauh ke depan.

Contohnya aku guna tenaga dan beli masa orang lain supaya aku dapat tumpukan kerja-kerja sebenar aku sebagai orang bisnes.

Aku belajar yang aku ada limited capacity dari segi tenaga dan masa.
Aku cepat penat, tapi aku pandai berniaga.
Aku guna dan beli masa kawan aku tu, untuk dia buat kerja messy2 leceh2 renyah2 ni.

Aku beli masa kawan dengan bagi bayaran upah. Hasil beli, aku dapat tambahan 24 jam lagi.So, aku ada 48 jam sekarang. 24 dari 48 jam sudah boleh fokus pada operation dan production. 24 jam baki lagi iaitu milik aku boleh buat kerja2 administration dan marketing.

2. REZEKI

Aku mula2 risau tentang kemahiran yang diturunkan ni, nanti kalau orang lain tiru, kita dapat saingan dah.
Aku juga risau kita sibuk bisnes nanti later dia pulak nak sibuk bisnes.
Tapi hakikatnya ni semua tanggapan aku semata-mata.
Aku tak perlu nak risau, kalau kita betul-betul serahkan soal rezeki pada Allah.
Bagi aku, kalau ada 10juta orang nak jual doorgift pun, juallah.
Tapi rezeki Allah kan luas. Mana yang beli dengan aku tu rezeki aku lah.

Soal nnt staff kita sibuk nak buat bisnes pulak.
Kita seawal nak hire dia jaga production, operation,
ini semua under control kita.
Seawal lagi kita boleh katakan dengan dia untuk fokus pada kerja. Sebenarnya kita patut bersyukur bantu orang lain naikkan skill dia,
dapat bantu wujudkan pekerjaan. Buat dia boleh jadi macam kita juga.

3 MARKET.

Aku suka gunakan statisctic untuk create awareness/kesedaran pada diri dan bisnes yang market malaysia ini besar. 
Malaysia ada lebih kurang 30 juta rakyat.
Dalam setiap negeri saja ada lebih kurang 4-5 juta rakyat.

Fokuskan produk kita kepada niche market/maksudnya market yang lebih tepat.
Contohnya yang selalu beli doorgift ialah orang yang akan buat event. Contoh event ialah aqiqah, nikah, wedding, gift.
Tapi frequency orang yang beli banyak ialah orang kahwin.

Kita ambil statistic orang kahwin,
dalam setahun di malaysia, orang kahwin 100,000 hingga 150,000 orang kahwin.
Ambil 5% saja yang kita rasa kita mampu nak closing/dapat order ialah 7,500 order setahun.
Itu baru 5% saja, Belum 95% pun lagi dapat target.

Katakanlah, sekali orang beli dengan kita, minimum RM20

Sales : 7500 Order x RM20 : RM150,000 setahun dah kita dapat.
Cost: 7500 order x RM5 : RM37,500
Profit : RM150,000 -RM37,500 : RM112,500

RM112,500 bahagi 12 bulan : RM9,375 duit bersih nad dapat sebulan

Aku juga belajar yang marketing dan kerja management
adalah kerja yang sangat penting berbanding production.
Kalau kita tak dpt order, macamana nak buat duit.
Contohnya, kalau staff pun sibuk nak berniaga, takpalah 5% lagi dia target. Itu pun tak cukup tangan dah.

Supply barang boleh kita cari, staff pun boleh.

4. TUGAS ORANG BISNES SEBENAR.

Setelah lalui beberapa fasa nak tahu
sangat tentang dunia bisnes sebenar,
aku belajar yang dunia bisnes ini sangat besar,
Banyak sangat perkara kena tahu, kena belajar, dan learning process tu takkan  boleh berhenti sampai kita mati.

Orang Bisnes dan Orang yang Urus Bisnes adalah 2 benda berbeza.
Kita boleh upah orang untuk buat pengurusan (management  atau marketing)
tapi kerja hakiki orang bisnes sebenar itu apa?
aku mulakan dengan networking bersama orang bisnes.
Dalam bisnes perlu mentor, ilmu, system, tindakan, dan impian.

Perhalusi setiap satu. Kenapa perlu ada mentor?
Sebab kita nak ada comparison,
perbandingan sejauh mana kita mahu pergi. Mentor dalam industri kita dan luar industri kita. 

Apa maksud dalam dan luar? Dalam industri ialah supaya kita nampak bidang ini kita ini ,
ada orang yang boleh ajar kita supaya jadi macam dia juga.
cari orang itu, dan  belajar dengan dia.
Selaluya orang bisnes yang dah berjaya tak lokek pun ilmu.
Yang baru nak start ini yang lokek sangat ilmu.
Ilmu tu pun belum tentu betul.
Belajar dengan orang yg ada proven success/ bukti dah berjaya.

Mentor luar bidang ialah orang yang
dalam bidang lain juga dah berjaya.
Satu supaya dia dapat lihat
sejauh mana industri kita mampu pergi,

ibarat orang yang lihat rumah kita dari luar rumah.
Kita rasa kita dduk dalam rumah,
rumah kita dah cantik,
tapi sebenarnya orang dari luar rumah
nampak yang banyak lubang-lubang perlu tutup lagi.

Cari guru. Jadi otak yang boleh filter. :)

Ilmu. Ilmu tentang
1) business development dan
2)organizational development.

Dua perkara yang sangat berbeza.

Business development ibarat membina facade-facade rumah, dinding, lantai, atap.

Organizational Development ialah kerja-kerja maintenance,
mencantikkan lagi rumah,
orang dalam rumah tu diajar ikut adab dan tertib,
agak rumah itu kekal menjadi sebuah rumah,
tak runtuh, kekal harmoni sejangkau bertahun lamanya.

Dalam business development sepert marketing,
human resource, administration,
financial, management, operation.
Organizational Development ialah bagaimana buat team kekal utuh,
setakat mana bisnes mampu pergi,
bagaimana buat bisnes itu keluar masuk staff pun boleh running lagi macam biasa,
bagaimana buat bisnes kekal stabil
walau ekonomi dunia bagi impact pada negara.

System. System ialah seperti yang aku katakan tadi tentang business develepment.

Bagaimana buat bisnes running tanpa ada kita disisi? Ada caranya.

Tindakan. Works hard but work smart.

Impian. Letak sejauh mana impian kita nak,
walau tak terjangkau akal.
Dalam masa setahun, au banyak tulis perkara tak terjangkau akal,
tapi Allah izinkan terjadi.

Duduk dengan millionaires, jadi kawan-kawan rapat,
belajar direct dengan mentor sebenar.

Jadi team leadership consultancy untuk korporat dibawah Annems Leadership.

Dan tubuhnya syarikat aku sendiri. Arkadius.

Itu semua dalam tulisan 101 impian. The truth is, Allah listen to you, Tapi tell Him. Through writing. Through doa. Bagitau. Bagitau. Penting soal bagitau ini.

-----

Terima kasih untuk guru-guru yang aku tak pernah jumpa, dan selalu ada disisi. Guru yang ibarat ayah Dato Roslan Ab Hamid, guru yang banyak memberi inspirasi saat aku rasa down Dr Azizan Osman, guru yang aku baca patah katanya Puan Guru Ainon dan ibu guru yang aku telah jatuh cinta dengan ilmu dan dirinya, Ibu Faridah Hanim Haron.

Buat rakan-rakan, macam abang dan kakak sudah. Terima kasih juga sebab sangat kasih akan adik seorang ini.

Redhakan atas segala ilmu ya :).

-----
Buat rakan yang dah buat aku tersedar pagi tadi, terima kasih. Banyak perkara yang aku perlu kongsi rupanya.

#munirahfuzi

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Inside-out :) Cheers!


Isn't it great to know that you cannot control your world from the outside? To try and control things on the outside feels impossible because it would take so much work, and in fact it is impossible according to the law of attraction.

To change your world all you have to do is manage your thoughts and feelings on the inside of you, and then your whole world changes.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Vibration of Happinessss - continue~


If you have "needing money" in your vibration, then you will keep attracting needing money. You have to find a way of being happy NOW, feeling good NOW, and being in joy NOW, without the money, because those great feelings are how you will feel with the money.

Money doesn't bring happiness - but happiness brings money.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Be Happy!


You must be happy now to bring happiness into your life through the law of attraction. It's a simple formula. Happiness attracts happiness. Yet people use so many excuses as to why they can't be happy. They use excuses of debt, excuses of health, excuses of relationships, and excuses of all sorts of things as to why they can't use this simple formula. But the formula is the law.

No matter what the excuse, unless you begin to feel happy despite it, you cannot attract happiness. The law of attraction is saying to you, "Be happy now, and as long as you keep doing that, I will give you unlimited happiness."

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Stress??


You cannot bring what you want to you if you are feeling stress. Stress or any tension at all is something you have to remove from your system.

You must let the stress go - it is the only way you can bring what you want. The emotion of stress is saying strongly that you do NOT have what you want. Stress or tension is the absence of faith, and so to remove it all you have to do is increase your faith!

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Tips Bersihkan Rumah Cara Sihat

Bagi yang ada pengalaman dilanda banjir pasti tahu teknik membersihkan rumah dan cara mengelak masalah kesihatan berkaitan bencana ini. Bagi yang kali pertama mengalami banjir, di bawah disenaraikan beberapa panduan untuk memudahkan kerja anda.

* Antara bahan yang anda perlukan untuk membersihkan rumah ialah cecair peluntur dan sarung tangan getah. Cecair peluntur boleh bertindak sebagai bahan pembasmi kuman sama ada untuk pinggan mangkuk, bekas mengisi makanan, alat mainan anak, perabot, dinding dan lantai rumah.

* Sebelum memulakan kerja pembersihan, masak air minuman sehingga mendidih (selama seminit) bagi memastikan semua bakteria mati. Anda perlu minum banyak air supaya tidak mengalami masalah cepat letih atau kekurangan air kerana ketika ini jadual makan akan terganggu.

* Minum air yang dimasak hingga mendidih (selama seminit) atau beli air dalam botol. Jika botol minuman di rumah anda terendam dalam banjir, lebih baik ia dibuang.

* Cuci tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali sebelum makan, mengendalikan makanan atau memasak

* Ketika ini elak makan makanan mentah seperti ulam-ulaman. Masak semua makanan sehingga benar-benar masak

* Buang semua makanan yang dirasakan tidak selamat dimakan iaitu yang terkena air banjir. Jika tin makanan masih baik, tanggalkan kertas pembalut tin dan basuh hingga bersih. Anda boleh juga merendam seketika tin makanan dalam cecair pembasmi kuman yang disediakan sendiri. 
Caranya, campurkan secawan (250 mililiter) cecair peluntur dengan sebaldi air (saiz sederhana). Rendam tin makanan seketika, lap hingga kering dan labelkan semula untuk memudahkan anda kelak. Larutan sama boleh digunakan untuk mencuci alat mainan anak
* Walaupun rumah anda tidak dinaiki air, tetapi jika terputus bekalan elektrik selama beberapa jam, lihat makanan yang tersimpan di bahagian dingin beku dalam peti sejuk. Ikan, ayam atau daging yang tersimpan pada suhu 5 Celsius ke atas melebihi dua jam dianggap tidak selamat dimakan kerana bakteria mudah membiak pada bahan ini. Untuk mengelak ia terbuang, masak segera bahan ini sehingga ia benar-benar masak. Sebaliknya jika ia masih dalam keadaan beku (mempunyai kristal ais), ia boleh disimpan semula. Ketika ketiadaan bekalan elektrik, kurangkan membuka peti sejuk supaya suhu di dalamnya terkawal

* Bungkus bahan makanan yang hendak dibuang dengan baik dan letakkan dalam tong sampah. Jika perkhidmatan pengangkutan sampah juga tergendala selepas banjir ini, tanam bahan makanan tercemar sedalam sekurang-kurangnya dua kaki. Ia bertujuan mengelak ia dimakan haiwan liar seperti anjing atau kucing yang mungkin boleh menyebarkan bakteria daripada bahan berkenaan

* Pakai but getah jika lantai rumah anda dipenuhi lumpur untuk mengelak kaki terpijak barang tajam yang tidak kelihatan

* Bersihkan rumah untuk mengelak perabot, lantai dan dinding ditumbuhi kulapuk atau cendawan secepat mungkin. Buka semua tingkap dan pintu untuk meningkatkan pengudaraan dalam rumah. Jika bekalan elektrik pulih, pasang kipas untuk mempercepatkan rumah anda kering. Jika ada bahagian ditumbuhi cendawan, bersihkan dengan air yang dicampur larutan peluntur. Pastikan anda membuka tingkap dan pintu terlebih dulu serta memakai sarung tangan getah ketika melakukan kerja pembersihan. Ia penting untuk mengelak gangguan pada kulit, terutama bagi yang ada alahan atau masalah ekzema. Buang barang yang sukar dibersihkan atau mengambil masa lama untuk kering

* Jika cuaca terlalu panas, lebihkan pengambilan air masak. Pasang kipas atau berehat seketika di tempat teduh. Pakai pakaian nipis, menyerap peluh dan cepat kering. Elak memakai pakaian ketat

* Jika anda mengalami luka, bersihkan luka terlebih dulu dengan sabun dan air bersih. Sapu krim antibiotik dan balut supaya tidak terkena permukaan yang mungkin tercemar

* Sepanjang kerja pembersihan ini, jangan sentuh atau gosok mata, hidung dan muka dengan tangan sebelum ia dicuci dengan sabun dan air bersih. Tangan kita mungkin tercemar dengan bakteria berbahaya yang ada di atas permukaan perabot atau lantai. Tangan adalah kenderaan paling berkesan untuk menyebarkan mikroorganisma berbahaya

Dan jika boleh, minta bantuan ahli keluarga atau saudara mara. Jangan bekerja hingga terlalu letih untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Cara untuk berjimat

Antara satu cara yang PC gunakan untuk berjimat adalah dengan rajin membeli kupon di Groupon. Diskaun yag ada di sini, bukan sedikit.. adalah dalam purata 40 hingga 95% diskaun!!
Banyak tu kan..

okey, kita letak promo dia ckit kat sini..

Caranya senang sahaja kan..
klik sini.. 
untuk join PC di Groupon~
Apa lagi, meh la join PC shopping dengan cara lebih murah dan mudah.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tips Menjawab: SAINS

1. Baca soalan dengan teliti sebanyak 2 kali
2. Analisa Jadual / Gambarajah / Graf

2.1 Kaji fakta di dalam jadual

2.2 Rangsangan pada gambarajah

2.3 Tafsir graf (banding beza)

3. Jawapan dengan ayat yang ringkas atau spesifik

4. Gunakan maklumat / rangsangan yang diberikan dalam soalan

5. Gunakan laras bahasa yang sesuai, tepat, dan ringkas

6. Gunakan bahasa / istilah saintifik

7. Jawapan mesti menepati konsep sains.

8. Anggaplah pemeriksa tidak tahu tentang sains. Orang umum pun dapat faham penerangan kita.

9. Ingat, terdapat jawapan di dalam soalan.

10. Jangan banyak membuang masa pada soalan yang susah.

11. Sikap mesti positif - sentiasa semak soalan / jawapan.

12. Agihan masa Bahagian A (45 minit) dan Bahagian B (30 minit)

13. Banyakkan latihan menjawab soalan mengikut masa sebenar.

sumber: Skema UPSR
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Tips Menjawab: MATEMATIK 1 DAN 2

Seperti yang telah tersiar di Infitah HOME Tuition

GAGAL menjawab soalan penyelesaian masalah antara faktor utama calon tidak mendapat markah maksimum bagi Matematik Kertas 1, manakala untuk Kertas 2 pula kerana tidak menunjukkan jalan pengiraan.

Sehubungan itu, calon diingatkan supaya tidak terlalu gopoh, sebaliknya memberi tumpuan ketika menjawab soalan kedua-dua kertas itu.

KERTAS 1
Seperti yang calon sedia maklum, kertas ini mengandungi 40 soalan objektif. Soalannya boleh dikategorikan dua jenis, iaitu bentuk persamaan dan penyelesaian masalah.

Lapan hingga sepuluh soalan disoal dalam bentuk persamaan membabitkan nombor dan simbol matematik. Soalan jenis ini boleh dianggap mudah dan calon hanya perlu berhati-hati ketika membuat pengiraan seperti meletak nombor pada nilai tempat, meletak titik perpuluhan di tempat yang betul, mengikut peraturan pengiraan yang betul, contohnya BODMAS, membuat penukaran unit dengan tepat dan berhati-hati ketika membuat pengumpulan semula.

Dalam lingkungan 30 lagi soalan adalah jenis penyelesaian masalah yang boleh dilihat dalam dua bentuk penyoalan, iaitu ayat sepenuhnya dan sebahagian dibantu rajah, jadual, graf dan gambar.

Sebelum menjawab, calon perlu membaca soalan sekurang-kurangnya dua kali. Kenal pasti maklumat terdapat dalam soalan. Biasanya soalan penyelesaian masalah mempunyai lebih daripada satu maklumat. Gariskan maklumat penting itu.

Calon juga perlu mengecam kata kunci dalam soalan, contohnya ‘bakinya’, ‘yang tinggal’, ‘diberikan sama banyak’, ‘simpanan’, ‘untung’, ‘rugi’, ‘diskaun’ dan sebagainya.

Perkara penting calon perlu tahu ialah apakah kehendak soalan. Persoalan inilah yang perlu calon jawab. Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir.

Setelah mengenal pasti maklumat, kata kunci dan kehendak soalan, rancang pula langkah pengiraannya.

Ayat kedua setiap soalan lazimnya merujuk kepada maklumat untuk membuat pengiraan. Perkataan sebelum atau selepas angka dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan bahagi).

Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi betul digunakan untuk membuat pengiraan.

Baca selanjutnya di infitah 
sumber: Skema UPSR
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tips Menjawab: BAHASA MELAYU (PENULISAN)

BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan. 

Persediaan awal itu penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan. 

Sebagai peringatan, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.

(a) Bahagian A
1. Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. 
2. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan 4 langkah, iaitu.

a. Langkah pertama 
Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga, iaitu “tentang”, “aktiviti” atau “situasi”. 

Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat “Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat”. Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat. 

Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).

b. Langkah kedua 
Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. 

Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang ada. 

c. Langkah ketiga. 
Calon mula membina ayat berdasarkan kata kerja yang telah disenaraikan. 

Dinasihatkan agar calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak). 

Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana, mengapa dan bila). 

Contoh: 
Watak - Kata Kerja - Maklumat 
Beberapa orang murid - menyertai - pertandingan lukisan
- melukis - sempena Hari Kebangsaan
- mewarna - di dewan 
Jawapan contoh: Beberapa orang murid yang menyertai pertandingan lukisan sedang melukis dan mewarna lukisan mereka sempena Hari Kebangsaan di dewan. 

Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. 

Calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat. 

Pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. 

Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur. 

d. Langkah keempat 
Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif. 

Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya. Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. 

Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara “memangkas” dengan “mencantas”, dan “membelah” dengan “mengerat”. Maknanya berbeza mengikut keadaan atau konteks ayat. 

Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza. Contohnya, “Ayah menjual ikan” dengan “Ayah penjual ikan”. Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan. 

Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf besar. 

Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas. 
(b) Bahagian B 
Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu banyak membaca bagi menghasilkan karangan yang baik. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah 40 minit. 

Petua untuk Bahagian B, calon mesti menggunakan kaedah FMK iaitu Formula Menulis Karangan, iaitu kaedah menulis karangan berdasarkan perenggan 233332. Setiap karangan mempunyai enam perenggan. 

233332 bermaksud perenggan pertama dan keenam mempunyai dua ayat, manakala perenggan kedua hingga kelima, masing-masing tiga ayat. 

Calon dinasihatkan agar selang satu baris antara perenggan yang dibuat agar karangan dihasilkan kelihatan lebih kemas. 

Untuk menghasilkan karangan yang baik, calon haruslah melakukan 4 langkah. 
a. Langkah pertama 
Pilih soalan. Calon mesti membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum memilih soalan yang hendak dijawab. 

Pilih soalan yang banyak isi berdasarkan pengalaman calon agar mudah untuk menulis karangan. Ini kerana ada juga karangan yang senang tajuknya tetapi calon sukar mencari isinya. 

Calon juga perlu mencari kunci soalan, kehendak soalan, format dan jenis karangan. Contohnya; 

Pada suatu petang, anda bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-tiba anda terdengar jeritan orang meminta tolong. Ceritakan tindakan anda dan kawan anda ketika itu. 

Kunci soalan ini ialah “Ceritakan tindakan”. Kehendak soalan ialah “menceritakan tindakan selepas mendengar jeritan”. Manakala format dan jenis karangan ialah cerita dan karangan tidak berformat. 

Langkah dicadangkan ini boleh membantu calon mengelakkan daripada menulis karangan terpesong. 

b. Langkah kedua 
Merangka karangan. Gunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari sama ada “Peta Minda”, “Melakar Isi” atau “Teknik Penyoalan”. 

c. Langkah ketiga 
Menulis karangan. Pastikan ada enam perenggan bagi karangan yang calon tulis. 

Pastikan calon tidak tersilap menulis perenggan pendahuluan kerana ada calon yang masukkan isi dalam perenggan pendahuluan. Contohnya: 
1. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Antaranya ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan. 

2. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Kita boleh melancong di dalam atau luar negara. 

* Jawapan yang tepat sebagai pendahuluan adalah jawapan 2. 

Untuk karangan fakta, calon boleh menulis karangan dengan menggunakan kaedah ICK, iaitu isi, contoh dan kesan atau IKC, iaitu isi, kesan dan contoh. 

Untuk perenggan penutup, calon boleh gunakan pelbagai jenis penutup seperti berbentuk rumusan, nilai, pantun, penegasan, peribahasa, kata hikmah dan pendirian. 

d. Langkah keempat 
Semak karangan. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul sebelum beralih untuk menjawab Bahagian C. 

(c) Bahagian C 
Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu, calon mesti bijak menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini. 

Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan diberikan. Lantaran itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan mendapatkan nilai murni atau pengajaran yang terkandung dalam petikan itu. 

Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran. 

Contohnya: Abang mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang dari dalam bilik itu. 

Pengajaran bagi ayat ini ialah “menghargai”, manakala perbuatan yang menunjukkan adanya pengajaran ialah “Abang mengucapkan terima kasih”. 

Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak tersilap mengulas pengajaran yang sepatutnya. 

Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah dicadangkan. 

a. Langkah pertama 
Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali lagi dan gariskan perkataan yang menunjukkan terdapatnya nilai murni atau pengajaran. 

Contohnya: Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran waktu malam. 

Perkataan yang menunjukkan ada pengajaran ialah “mengulang kaji”. 

Walaupun perlu mengulas lima pengajaran sahaja, calon dinasihatkan agar mencari seberapa banyak pengajaran yang ada dalam petikan. 

b) Langkah kedua 
Calon perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan. Contohnya: 

Perbuatan - Pengajaran -  Agar atau Siapa 

Rajin mengulang kaji pelajaran - lulus periksa - Zaidi 

c) Langkah ketiga 
Membina ulasan lengkap. 

Contohnya: Kita mestilah rajin mengulang kaji pelajaran agar lulus peperiksaan seperti Zaidi. 

Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penanda wacana agar ayat yang dibina lebih menarik. 

d) Langkah keempat 
Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul. 

Oleh sebab masa diberikan untuk menjawab ketiga-tiga bahagian dalam kertas ini agak singkat, iaitu 1 jam 15 minit, calon perlu bijak menguruskannya. Dicadangkan; 

• Bahagian A - tiga minit faham gambar, lima minit tulis ayat dan dua minit untuk menyemak.

• Bahagian B - 10 minit faham soalan dan bina rangka karangan, 25 minit hasilkan karangan lengkap dan lima minit lagi untuk semakan. 

• Bahagian C - Lima minit cari dan senaraikan nilai murni atau pengajaran, 10 minit tulis ulasan lengkap dan lima minit lagi menyemak. 

• Masa lima minit terakhir, gunakan untuk semak semua jawapan Bahagian A, B dan C. 

sumber: Skema UPSR
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tips Menjawab: BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SIKAP tidak berhati-hati, gopoh dan malas berfikir panjang sewaktu menjawab soalan adalah antara faktor menyebabkan calon kehilangan markah atau tidak memperoleh jumlah maksimum untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman. 

Bagi membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi menjawab soalan kertas ini dengan baik. 

BAHAGIAN TATABAHASA
Pastikan calon sudah menguasai kesemua aspek penggunaan bahasa dalam bahagian tatabahasa. 

Langkah ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami makna atau maksudnya terlebih dulu sebelum memilihnya sebagai jawapan. 

Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan calon sewaktu menjawab soalan bahagian tatabahasa.

A. Faham 
Seperti dikatakan, calon perlu memahami maksud kesemua pilihan jawapan yang diberikan. Kesalahan memilih jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan tersebut.

Untuk menjawabnya, ada dalam kalangan calon hanya mengagak maksud jawapan tersebut. Tindakan ini salah kerana calon perlu berusaha memahami maksud pilihan jawapan itu, bukan sekadar mengagak. 

Biasanya akan wujud satu atau dua pengganggu jawapan yang paling dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh itu, calon perlu benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan.
Sebaiknya, buatlah catatan ringkas mengenai maksud bagi setiap pilihan jawapan tersebut.

Contoh soalan; 
Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.
A. lincir - licin 
B. cekap - mampu melakukan 
C. pintar - pandai 
D. lancar - fasih 
B. Baca 

Baca ayat soalan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan kesesuaiannya dengan pilihan jawapan. Pilihan jawapan sebeginilah yang biasanya menjadi perangkap terutama kepada calon yang kurang berfikir. 

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

C. Kesan 

Calon perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat atau gambar. Ini penting kerana klu inilah yang akan membantu dan memudahkan calon memilih jawapan yang tepat. 

Dalam soalan ini, klunya adalah ‘menyampaikan’ (Bulatkan perkataan menyampaikan). 

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

D. Pilih 

Peringkat ini paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat dan mengikut kehendak soalan. Oleh itu, fahamkan betul-betul kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan. 

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

Pengganggu jawapan yang hampir tepat 

A. lincir - licin 
B. cekap - mampu melakukan 
C. pintar - pandai 
D. lancar - fasih 

Pilihan jawapan yang paling tepat!!!

Selain itu, pastikan calon mengikuti langkah berikut: 
* Jawab soalan yang mudah terlebih dulu. 
* Jangan membuang masa dengan menjawab soalan yang susah. 
* Peruntukkan masa antara 15 hingga 20 minit untuk bahagian tatabahasa. 
* Segera jawab soalan bahagian petikan. 
* Baki masa perlu digunakan untuk menyemak semula jawapan. 

BAHAGIAN PEMAHAMAN 
Calon hanya perlu menjawab 10 soalan dalam bahagian pemahaman. Namun begitu, setiap soalan berkait rapat dengan petikan yang disediakan. 

Antara langkah yang perlu dilakukan sewaktu menjawab soalan petikan ialah: 

A. Baca dan faham 
Calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dulu. Selepas itu barulah membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan. Jangan menjawab soalan tanpa membaca petikan terlebih dulu. 

Contoh soalan: 
Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati. 

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? 
A. Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut. 
B. Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing. 
C. Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri. 
D. Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib. 

B. Cari pembayang jawapan 
Biasanya klu atau pembayang jawapan ada dalam petikan. Calon perlu menggariskan klu tersebut. 

Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati. 

C. Penyesuaian 
Sesuaikan pembayang yang ditanda atau digariskan dengan pilihan jawapan diberikan. 

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? (soalan) 

... lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula (pembayang) 

D. Memilih 
Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang ditanda atau digariskan, pilihlah jawapan tersebut mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih jawapan yang tidak ada pembayangnya dalam petikan. 

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? 
A. Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut. 
B. Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing. (JAWAPAN) 
C. Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri. 
D. Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib. 

Langkah di atas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu beberapa kelemahan perlulah diatasi agar calon tidak melakukan kesilapan merugikan. Antara kelemahan tersebut ialah: 

i. Tidak membaca arahan untuk setiap soalan. 
ii. Menjawab soalan dengan tergesa-gesa. 
iii. Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan. 
iv. Membuang masa dengan soalan yang susah. 
v. Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan. 
vi. Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan. 
vii. Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada kertas OMR. 

Ingat!
Sebaik saja selesai menjawab semua soalan, kira jumlah tanda hitam di atas kertas OMR. Pastikan tanda hitam itu cukup 40. Jika kurang, bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dua jawapan. Oleh itu, calon perlu semak semula.

sumber: Skema UPSR
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari [Petua 7]

Petua yang terakhir buat untuk mudah ingat apa yang dipelajari ialah ‘mengaitkan sesuatu yang dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui’. Hmm…jangan risau jika anda kurang pasti apa maksudnya…..  

Begini, bayangkan anda sedang belajar tulisan dalam bahasa Cina. Jika anda pertama kali melihat tulisan dalam bahasa Cina, anda akan rasa sangat sukar mengenal pasti perbezaan antara setiap huruf-huruf itu. Ini adalah kerana anda tidak tidak boleh mengaitkannya kepada apa yang pernah anda lihat sebelum ini. Jika anda belajar Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya abjad A.B.C.D…dan seterusnya itu anda sudah biasa lihat. Apabila anda sukar untuk mengenal pasti perbezaannya, anda akan hadapi kesukaran untuk mengingatinya. 

Namun, jika anda boleh mengaitkan huruf-huruf itu kepada sesuatu yang anda sudah biasa lihat, anda akan lebih mudah mengenalpasti huruf-huruf tersebut. Contohnya, ada huruf yang anda kata ‘macam gambar pokok rendang’. Ada huruf yang macam bentuk ‘H’. Ada huruf yang macam orang sedang berlari. 
Mengaitkan huruf tulisan Cina kepada bentuk-bentuk yang anda kenal itulah yang dimaksudkan dengan ‘mengaitkan sesuatu yang dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui’. 

Apabila anda belajar sesuatu yang baru, anda akan lebih mudah ingat jika anda kaitkan pelajaran baru itu kepada sesuatu yang anda sudah tahu. Ini bermaksud, anda perlu memberikan makna atau maksud kepada apa yang anda pelajari.

Katakan anda sedang menghafal subjek Sains, organ dalaman telinga contohnya. Ada satu bahagian dalam telinga namanya Cochlea. Mungkin sukar untuk anda ingat nama ini kerana anda jarang mendengarnya. Tetapi, apa kata jika anda tukarkan Cochlea ini kepada perkataan ‘Kak Lia’ dan bayangkan seorang perempuan berpangkat kakak yang anda panggil Kak Lia? Ia lebih mudah diingat bukan.

Satu contoh lagi dalam organ telinga ialah eardrum. Anda tahu drum itu adalah gendang. Jadi, apa kata anda kaitkan eardrum kepada satu gambar gendang kecil yang ada dalam telinga? Ia lebih mudah diingat bukan?

Jadi, mulai hari ini, kaitkan apa-apa sahaja yang anda pelajari kepada sesuatu yang anda sudah ketahui.

Selamat mencuba.

sumber: Osman Affan
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger