Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

BAGAIMANA REMAJA MENCAPAI KETENANGAN - Part 2

Apabila dia mengetahui dan meyakini akan sifat Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat dalam hatinya, maka lahirlah individu yang sentiasa mengawasi tingkah laku dan niatnya sama ada di hadapan umum atau semasa bersendirian dalam erti kata dia sentiasa istiqamah dalam amalannya. Hatinya benar-benar meyakini akan hal ini dan keimanan ini dapat diuji apabila dia bersendirian, apabila tidak ada orang yang melihatnya.

Hal ini dapat dilihat melalui kisah Umar al Khattab r.a. dengan seorang pengembala kambing, yang sedang menjaga kambing pada ketika tuannya tiada. Umar menguji pemuda ini dengan menyuruhnya memberikan seekor kambing kepadanya dan beliau akan memberikan pemuda itu ganjaran wang. Sekiranya tuannya bertanyakan tentang kambing itu, Umar r.a. menyuruhnya menyatakan bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala. Apabila mendengar tawaran Umar r.w. kepadanya, maka pengembara kambing itu menjawab dengan satu pertanyaan, Aina Allah" yang bermaksud, "Di mana Allah?".


Kisah ini menunjukkan bahawa pengembala kambing itu sedar akan setiap tingkah lakunya sentiasa diperhatikan oleh Allah S.W.T. walaupun tidak ada sesiapa di sekelilingnya. Umar r.a. lalu menangis kerana adanya pemuda yang sedemikian yang sentiasa ingat kepada Allah S.W.T. Lalu Umar r.a. pun membawa pengembala kambing berjumpa dengan tuannya untuk membebaskannya. Dalam peristiwa yang lain pula terdapat seorang guru yang amat sayang kepada muridnya yang termuda. Ini menjadikanmurid-muridnya yang lebih tua cemburu. Lalu mereka pun bertanya kepada Tuan Guru itu akan sebab-sebab dia menyayangi murid yang termuda itu. Tuan Guru itu pun menyuruh setiap anak muridnya mengambil seekor burung dan menyembelihnya di suatu tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun. Maka kesemua anak muridnya melakukan apa yang disuruh oleh gurunya dan membawa pulang burung telah disembelih. Bagaimanapun antara kesemua muridnya itu, murid yang termuda itu sahaja yang membawa burung yang tidak disembelih lagi. Apabila ditanya oleh gurunya mengapa dia tidak menyembelih burung itu, maka jawabnya: "Aku tidak berjumpa satu tempat pun di mana aku tidak dilihat oleh sesiapa. Setiap kali aku pergi ke tempat di mana aku tidak dilihat manusia, maka aku sentiasa dapat merasakan bahawa Allah S.W.T. sentiasa memerhatikan perbuatanku".

Oleh sebab sifat muridnya yang muda itu yang sentiasa mengingati Allah S.W.T. menyebabkan Tuan Guru itu mengasihinya lebih daripada murid-muridnya yang lain. Bersesuaian dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada". (Al-Hadith)

Dalam Al-Quran pula Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Tidakkah engkau ketahui bahawa Allah mengetahui segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi? Tiadalah berbisik tiga orang, melainkan Dia yang keempatnya dan tidak pula lima orang melainkan Dia yang keenamnya, dan tiadalah kurang daripada itu dan tidak pula terlebih, melainkan Dia beserta mereka, di mana sahaja mereka berada. Kemudian Dia khabarkan kepada mereka apa-apa yang mereka kerjakan pada hari Kiamat. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui tiap-tiap sesuatu" (Surah al-Mujadalah 58 : 3)

Seterusnya dalam ayat yang lain Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Engkau (Muhamad) tiada dalam satu urusan dan tiada membaca al quran dan kamu tiada mengerjakan suatu pekerjaan melainkan menjadi saksi atas kamu, ketika kamu memasuki pekerjaan itu. Tiada lenyap dari Tuhanmu seberat Zarah di bumi dan di langit dan tiada pula yang terlebih kecil daripada itu dan tiada pula yang terbesar melainkan semuanya dalam kitab yang terang". (Surah Yunus 10 : 61)

Apabila hati meyakini akan sifat Allah S.W.T. Yang Mengetahui dan Maha Melihat, maka akan timbullah perasaan tanggungjawab terhadap segala perbuatan dan tingkah lakunya. Dengan itu dia akan sentiasa mengawasi segala perbuatan dan tingkah lakunya bersesuaian dengan cara hidup Islam dan tidak bertentangan dengannya. Dia tahu bahawa Allah S.W.T. sentiasa melihatnya di mana sahaja dia berada sama ada di hadapan umum ataupun ketika bersendirian.

Seterusnya apabila hati mengimani akan Qada’ dan Qadar, maka akan lahirlah dalam diri individu itu sifat redha dan tenang dalam emnghadapi penderitaan dan kesusahan. Apa yang dimaksudkan dengan hati yang mengimani akan Qada’ dan Qadar itu ialah:

1. Hatinya meyakini bahawa ajal itu berada dalam tangan Allah S.W.T., bukan berada dalam tangan sesiapa pun. Setiap ujian dan kematian, semuanya berlaku dengan kehendak Allah S.W.T. Manusia tidak boleh menjejaskan apa-apa pun jika tidak dengan izin Allah S.W.T. Dan setiap daripada kita hendaklah melihat dalam ruangan matanya akan firman-firman Allah S.W.T. yang dapat memberikan dia keyakinan dan kekuatan bahawa segala yang berlaku terhadapnya adalah dengan izin Allah S.W.T., sama ada berhadapan dengan maut, ditimpa penyakit dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Katakanlah: Tiada akan menimpa kamu, melainkan apa yang telah dituliskan oleh Allah bagi kamu, Dialah pelindung kami, dan kepada Allah hendaklah bertawakkal orang-orang yang beriman".

Penghayatan terhadap keyakinan ini memberi kekuatan kepada kita untuk berjihad pada jalan Allah S.W.T., menyampaikan dakwah dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Segala diizinkan Allah S.W.T. untuk kita berada dalam keadaan selamat, maka kita akan berada dalam keadaan selamat.

Contoh tersebut berlaku terhadap seorang pejuang Islam, Abul a’ala al-maududi apabila beliau telah dijatuhi hukuman gantung. Ketika ditanya oleh hakim, "Apakah ucapan kamu yang terakhir?", katanya, "Sekiranya diizinkan oleh Allah S.W.T. untuk aku matidi tali gantung, maka aku akan mati di tali gantung. Tetapi sekiranya Allah S.W.T. tidak mengizinkan demikian, maka aku akan selamat". Apa yang dikatakannya membuktikan keyakinan beliau terhadap Allah S.W.T. dan hakikatnya Maududi terselamat daripada hukuman tersebut dan beliau kemudiannya dibebaskan.

2. Hati meyakini bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T. Jika rezeki itu dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada seseorang maka tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya. Begitu juga seseorang itu tidak akan dapat mengeluarkan rezeki itu jika tidak dengan izin Allah S.W.T.

Contoh keyakinan ini, dapat kita lihat melalui kisah seorang wanita Islam yang suaminya telah berpergian untuk berjihad. Maka datanglah seorang munafik menghasut wanita tersebut dengan berkata:
Wahai ibu yang miskin, jika ditakdirkan suami kamu terkorban di medan pertempuran, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk memberi makan kepada anak-anak kamu?"

Maka wanita itu pun menjawab:
"Saya tahu, suami saya seorang makhluk, dan bukan pemberi rezeki. Jika dia terkorban di medan jihad maka dia mati syahid tetapi Allah S.W.T. pemberi rezeki yang kekal."

Lihatlah bagaimana keyakinan wanita itu dalam menghadapi sebarang kemungkinan tanpa menghalang pemergian suaminya untuk berjihad.

3. Hati meyakini segala apa yang ditakdirkan oleh Allah S.W.T. sekalipun ia dilanda oleh sebarang cubaan dan dugaan. Umpamanya sakit, miskin, tidak memiliki harta dan sebagainya, namun ia tetap bersabar kerana hati yakin bahawa semuanya berlaku dengan kehendak Allah S.W.T. Maka akan lahirlah dalam hatinya satu penyerahan bulat kepada ketentuan Allah S.W.T. Maka akan lahirlah dalam hatinya satu penyerahan bulat kepada ketentuan Allah S.W.T. sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Amat menakjubkan kehidupan Mu’min apabila dia bergembira dengan kesenangan, dia bersyukur. Kesan daripada itu, dia mendapat kebaikan. Apabila dia ditmpa kesusahan ia tetap bersabar. Kesan daripada itu, dia mendapat kebaikan. Oleh itu tidak ada manusia yang mempunyai kehidupan yang seumpama ini melainkan kehidupan seorang Mu’min". (Al-Hadith)

4. Hati meyakini bahawa segala pembalasan itu datangnya daripada Allah S.W.T. Oleh sebab itulah segala kerja dakwahnya yang mengajak kepada kebaikan, tidak mengharapkan sebarang upah dariapda manusia, melainkan mengharapkan balasan daripada Allah S.W.T. Contoh tersebut dapat dilihat pada para rasul dan para nabi yang diutus. Apabila mereka berkata:
"Sesungguhnya harga upahku adalah disisi Allah". link


bersambung ...

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger