Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!
Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

0 Tips Cantik!

‎"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
(Q.s. An-Nuur: 31).
Allah swt. telah memerintahkan bagi kaum wanita Mukmin, dalam ayat di atas, untuk menutup tempat-tempat yang biasanya terbuka di bagian dada. Arti Al-Khimar itu ialah "kain untuk menutup kepala," sebagaimana surban bagi laki-laki, sebagaimana keterangan para ulama dan ahli tafsir. Hal ini (hadis yang menganjurkan menutup kepala) tidak terdapat pada hadis manapun.
Al-Qurthubi berkata, "Sebab turunnya ayat tersebut ialah bahwa pada masa itu kaum wanita jika menutup kepala dengan akhmirah (kerudung), maka kerudung itu ditarik ke belakang, sehingga dada, leher dan telinganya tidak tertutup. Maka, Allah swt. memerintahkan untuk menutup bagian mukanya, yaitu dada dan lainnya."

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahwa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma' sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah saw. memalingkan muka seraya bersabda:
"Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ..." (beliau mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Dengan demikian, sabda Rasulullah saw. itu menunjukkan bahwa rambut wanita tidak termasuk perhiasan yang boleh ditampakkan, kecuali wajah dan tangan. Dalam riwayat Al-Bukhari, bahwa Aisyah r.a. telah berkata, "Mudah-mudahan wanita yang berhijrah itu dirahmati Allah."

Ketika turun ayat tersebut, mereka segera merobek pakaiannya untuk menutupi apa yang terbuka.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Hubungkan Silaturrahim

Photobucket
Dari Abu Abu Sufyan Shakhr bin Harb r.a. di dalam hadisnya yang panjang tentang cerita Herculis, di mana Herculis bertanya:

“Apa saja yang yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w. kepada kamu?”

Abu Sufyan berkata: Nabi s.a.w. bersabda:

“Sembahlah Allah Dzat Yang Maha Esa dan janganlah kamu menyekutukan apa pun dengan-Nya, tinggalkanlah ajaran-ajaran nenek moyang kamu, serta baginda menyuruh kami untuk melaksanakan solat, jujur, pemaaf dan menghubungkan sanak saudara”

(HR Bukhari & Muslim)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Peluk Islam dengan Ikhlas

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a : ”Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ”Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.” (al-Bukhari) 
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Menjual diri di pagi hari..? Part 4 (Hadis)

“Suci adalah sebahagian dari iman, Alhamdulillah dapat memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi. Solat itu adalah cahaya, sedekah itu adalah bukti iman, sabar itu adalah pelita dan Al-Qur’an itu adalah hujjah terhadap apa yang kamu sukai atau apa yang kamu tak sukai. Semua orang pada waktu paginya menjual dirinya, ada yang membebaskan dirinya dan ada pula yang membinasakan dirinya”

(HR Muslim)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Alangkah baiknya bersabar: Part 3 (Hadis)


Dari Abu Sa’id Sa’d bin Malik bin Sinan Al-Khudry r.a. bahawasanya ada beberapa orang sahabat Anshar meminta kepada Rasulullah s.a.w. maka beliau memberinya, kemudian mereka meminta lagi dan beliau pun memberikannya sehingga habislah apa yang ada pada beliau.

Ketika beliau memberikan semua apa yang ada ditangannya, beliau bersabda kepada mereka:
“Apa pun kebaikan yang ada padaku tidak akan aku sembunyikan pada kamu sekalian. Barangsiapa yang menjaga kehormatan dirinya maka Allah pun akan menjaganya. Barangsiapa yang menyabarkan dirinya, maka Allah pun memberikan kesabaran padanya. Dan seseorang itu tidak akan mendapatkan anugerah yang lebih baik melebihi kesabaran” (HR Bukhari & Muslim)

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sederhana Dalam Ibadah

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a : "Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :"Siapa dia?” Aku menjawab : "Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.” (al-Bukhari) 
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Alhamdulillah

Sabda Nabi SAW:-
"Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat, maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barakahnya."
(Hadith Riwayat:- Ar-Rahawi)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 Jauhi diri daripada 3 Golongan ini: Part 2 (Hadis)

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda:” Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak membersihkan mereka daripada dosa,”- kata Muawiyah, “juga tidak akan memandang mereka (mengendahkan mereka), bahkan mereka akan mendapat siksa yang pedih iaitu: 
1) Orang tua penzina; 
2) Raja (penguasa) yang pembohong;
3) si miskin yang sombong.” 
(Muslim)
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Renungan Hadis hari ini : Part 1

“Allah Ta’ala tertawa gembira manakala ada dua orang yang bunuh-membunuh yang kedua-duanya masuk syurga. Yang seorang berjuang pada jalan Allah dan terbunuhlah ia; kemudian yang membunuh itu bertaubat kepada Allah lantas masuk Islam dan terbunuh di dalam berjuang (mati syahid)”

(HR Bukhari & Muslim)

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Umur Siti Aisyah sebenar semasa berkahwin..

DISAMPAIKAN kepada kami (al-Bukhari) oleh Ubaid ibn Ismail yang mendengar daripada Abu Usamah daripada Hisyam daripada ayahnya (yang bernama Urwah) yang berkata: Khadijah meninggal dunia tiga tahun sebelum Nabi Muhammad SA W berhijrah ke Madinah dan baginda kemudiannya menduda selama dua tahun atau mendekati dua tahun sebelum hijrah (ke Madinah) setelah itu Siti Aishah menikah (dengan Nabi)pada umur enam tahun dan tinggal serumah (dengan Nabi Muhammad) tatkala berumur sembilan tahun. 
Hadis di atas adalah satu-satunya hadis yang dianggap paling kuat mengenai umur sebenar Siti Aishah ketika bernikah dengan Rasulullah s.a.w, iaitu enam tahun. Namun hadis inilah yang kesahihannya dipertikaikan walaupun ia dianggap muktabar kerana merupakan salah satu hadis yang terkandung dalam kumpulan hadis Sahih Bukhari. Sebabnya, kita maklum bahawa setiap hadis yang dikumpulkan oleh Bukhari di anggap rujukan yang paling utama dalam Islam selepas al-Quran. 
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger