Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!
Showing posts with label Bertani. Show all posts
Showing posts with label Bertani. Show all posts

0 Tanam Lobak Merah di Malaysia

Hai...
Meriah pula Dealer Topup Malaysia ni bertanam... syiok juga ada banyak masa melakukan hobi bertani apabila bekerja dengan masa aturan sendiri ni?

Yang penting, kena disiplin yea dealer & agent-kami sekalian ^_^

Asal ceritanya,
Road-tax kereta sudah mula nak epxired semalam, jadi, pada 16 Jun 2015, kami pun bersantai menuju ke Tesco untuk membeli biji-benih, makanan persediaan untuk berpuasa dan beberapa bahan untuk menanam.

Antara yang sempat kami beli, adalah:

  1. Kunyit
  2. Serai
  3. Tomato / mangga / pisang / oren (dalam LAST STOCK, dapat harga murah RM1 ~ RM2 satu plastik besar). Dapat agih-agih kepada jiran juga untuk berpuasa nie... Alhamdulillah...
  4. Kangkung
  5. Biji benih Kangkung 
  6. Biji benih tomato
Tu dia.. Semangat aih...
Belum ada gambar lagi, jap lagi kami snap beberapa gambar.
Dah alih semua dan potong mana yang sempat potong.



Orang cakap, seeloknya tanam lobak merah sebelah bawang merah. Sebab bau bawang boleh mengelirukan makhluk perosak (tanamsendiri.com).

Ini link rujukan dan penuh keterangan cara tanam dia --->> tanomkinotuan.com

Stok akhir kunyit RM1.792 sahaja banyak ni..

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cara Tanam Kunyit

Baru nak menanam, memang mencabar kan?
Orang kata, pandai tanam, pokok hidup, sebab tangan sejuk...

Tak pandai tanam,
Tangan panas, hehehe..
Macam-macam lah analoginya....

Yang penting, nak buat apa-apa pun, perlu tuntut ilmu dulu..
Tu dia... pokok kunyit besar-nya nak sama dengan pokok pisang dah....


Jom belajar cara tanam kunyit, esok, sebelah petang, dah boleh mula tanam, jika tidak rumit... InsyaaALLAH....
Oh yea... 4 hingga 8 bulan baru boleh tuai hasil kunyit nie.. , Ada juga yang kata 8 hingga 10 bulan^_^
Lama kot! huhuhuhuuu......
Yang penting, daun kunyit tu ada... heeee

Bagaimana nak tahu kunyit dah matang dan boleh tuai?
Tengok daun nya. Jika daun dah mula layu & tak tumbuh tu, bolehlah dituai.


Sumber rujukan penuh kita pada hari nie:

  1. Youtube

Ada lagi video lain...dari orang yang sama... Dia memang suka tanam kunyit kot... hehehe..


Ini manfaat kunyit.. dan video yang agal lengkap keterangan nya tentang CARA TANAM KUNYIT> Ini orang California yang tanam kunyit nih... 
huuh! mantap! Kita? Tak mau tanam ke? Iklim kita paling sesuai dengan kunyit ni.. Apa lagi? 


  1. Info lengkap tentang KUNYIT di blog Yuzamri ni, bukan sahaja CARA TANAM KUNYIT
Kunyit tidak tahan air, jadi tak perlu tanam di tempat-tempat yang bertakung air.

  1. Syiok pula tengok kunyit DIA nie..
  2. Blog dari Indonesia banyak sekali cerita tentang cara tanam kunyit. Blog ni, cerita cara tanam dalam bentuk komersial

Ok, esok kita g beli kunyit kat kedai dan tanam!
HooooOoooyeah!
Suka nya, ^_^ 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sayur Mudah Tumbuh

Wansiti belum pakar lagi menanam, cuma bila sekali tanam kangkung, dan tumbuh, rasa teruja untuk tanam lagi sayur-sayur lain di tanah sekangkang-kera sebelah rumah ni !!

Bagi orang yang baru bertatih-bertani-kecil-kecilan di kawasan rumah, antara tanaman hijau (kategori sayuran) yang mudah untuk dijaga adalah:

Tanam dengan mencucuk batang (keratan batang)
#Kangkung
(sensitif & sangat suka dengan air, kena pastikan ditanam dan berdekatan sumber air)

Paling mudah ditanam & cepat dituai hasil

#Serai
Pos yang sebelum ini, wansiti tanam serai pada 4 April, tapi silap cara menggembur & permukaan tanah, makanya, serai itu tidak bertumbuh dengan jayanya....huuuu... sedih...
Akan-ku tanam serai baru... Masih tidak berputus asa, sebab serai lah paling mudah tanam & jaga, 
serta antara yang wansiti suka gunakan waktu masak, terutamanya TOMYAM... 
Oh,.. Tomyam... my favourite.. ohops....!! lapar yea? kihkihkih...

#Ubi kayu (sumber: senibertani.blogspot.com)
#Kesum (sensitif & sangat suka dengan air, kena pastikan ditanam dan berdekatan sumber air)
#Cekur Manis

Tanam dari biji benih
#Sawi hijau 
#Bayam merah
#Cili padi (sumber: tatakebun.blogspot.com)
#Tomato 
#Kacang hijau (sumber: tipspetani.blogspot.com)
#Kacang Botol
#Bendi (Nak kawasan panas, dan perlukan banyak baja, tanam selang-seli dengan cili padi untuk geng yang bagus, sebab cili tak perlukan banyak baja, lau terlebih baja pada cili, jadik lain pula)
#Asparagus
#Buncis
Kategori biji benih ni banyak, dan mudah dibeli di pasaraya.

Contoh, jika tak berjumpa dengan pasaraya yang jual kangkung, atau kangkung yang dijual tak berapa gemuk, boleh je beli biji benih kangkung dan semai. 

Tanam berserta akar
#Pandan
#Paku-pakis
#Ulam pegaga


Tanam dari TUBER
#Kunyit
#Halia

Antara bacaan online di blog-blog yang datangnya banyak dari Indonesia dan Malaysia. Juga wansiti menonton cara bertani di youtube,
bertani dengan guru-empat segi begini lah...
Semuanya nak cepat ....
Cepat faham, cepat boleh tanam, cepat juga boleh makan....mohmohmoh...

Oh yea...
Sekarang wansiti gigih menyemai cili padi & betik di dalam pasu...
Sudah nampak anak betik tumbuh, cuma tak pasti lagi betik jantan atau betina tu...

Cili padi pula, 
baru petang tadi selepas hujan, wansiti semai bijinya, selepas beberapa hari pasu tu digembur dan dibiasakan dengan baja compos...

Semoga semuanya bertumbuh-dengan-jayanya, amin...
InsyaaALLAH ... 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tanam Serai

Hari ini, GR blog-walking untuk melihat cara tanam serai.. GR nak menanam serai kot..Jadi kena stadi dulu...
Suka pula tengok cara-cara tanam yang bermacam jenis nie..

Ilmu...

CARA TANAM SERAI DALAM KUANTITI BESAR
atau
CARA TANAM SERAI BELAKANG RUMAH sahaja


Yang utama, kena tahu perkara utama ini.

  1. Poin utama adalah perlu pastikan keadaan tanah (neutral kan tanah tu dulu)
  2. Sumber air okey ke tak (cara untuk dapatkan sumber air)
  3. Buat batas dengan JARAK yang sesuai antara serai (untuk kurang persaingan untuk dapatkan cahaya matahari, air & ruang)
  4. Waktu yang paling sesuai tanam adalah (pagi atau petang) - waktu yang redup
  5. 1 lubang boleh masuk sehingga 4 anak serai
  6. Oh yaa! Tanah perlu digemburkan dahulu... Senang sikit nak cucuk anak serai
Sumber gambar dan ilmu daripada blog : PENGUSAHA SERAI

Lepas tanam, jaga dengan baja & pastikan rumpai tidak menganggu serai. Jika nak racun ke apa ke, pastikan tidak teracun serai.. Cukup sembur jauh-jauh di atas batas je.


APA MUSUH SERAI ini?
  • Ulat pengorek batang


Haaaa... kena selalu perati budak ulat kecik ni... Lau ulat-buku takpe gak...huuuuu

BILA BOLEH AMBIL HASIL SERAI NIE?
  • Dalam 4-6 bulan ... (itu biasanya tempoh matang serai)
Nak baca lebih tentang serai ni?
Baca kat blog-blog ni jugak:
  1. Buat duit dengan serai (jarak 3 kaki antara serai yea) -Buh baja masa serai 2 dan 4 bulan
  2. Buat duit juga (Ada banyak gambar serai, berperingakat) - cara kira untung tanam serai pun ada. Sesuai untuk kaki bisnes..hehehe
  3. Tanam dalam polybeg (bagus untuk rumah-rumah kecik / apartment)
  4. Tanam sendiri (Gembur tanah sedalam 8cm sebelum tanam) - tuai selepas 12minggu = 3bulan
Yeah!!!
Selamat bertanam...hehe..



Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

2 Pokok Roselle seminggu

Sambil-sambil berjalan mencari bagaimanakah rupa pokok roselle yang berumur seminggu..tertarik lak wansiti dengan 1 pokok ni,
hahaha... lau betul boleh halau nyamuk, memang wansiti nak cari satu pokok ni.. Biar padan muka nyamuk-nyamuk kat kawasan ni.. miahahaaa.. !!!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger