Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!
Showing posts with label Churp2. Show all posts
Showing posts with label Churp2. Show all posts

0 Milo Fuze

I wonder which of my friends would be the geek or the health fanatic but what I know is I need to log in to my FB to play #MiloFuzeJamPack. FUN!
ARE YOU THE PRETTY? THE SHY? OR MR. AMPU? PLAY THE GAME AND WIN UP TO RM 40K!

Which personalities would you wanna fit your friends? The Pretty? The Shy? Or Mr. Ampu? Milo Fuze is back in action and it's bringing you an addictive game that will totally blow your mind! That's right, Milo Fuze is introducing this super duper cute game called Jam Pack and there are prizes worth RM40, 000 up for grabs! Woahhhhh... Times like this, we all don't mind holding The Aunty title proudly. RM40, 000 prizes up for grabs, c'mon!! Share this now! A Milo Fuze a day, keeps your tiredness away! Share this with your friends and get rewarded! Contest ends on March 9, 2011.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 BAGAIMANA REMAJA MENCAPAI KETENANGAN - Part 3

Kepentingan Hati Yang Hidup

Setiap Muslim hendaklah mengambil berat dan meneliti perkembangan hatinya sama ada masih keras atau masih hidup terhadap kebenaran Allah S.W.T. Antara tanda-tanda untuk mengetahui hatinya masih hidup adalah:

1. Apabila seseorang Muslim itu mendengar bacaan al-Quran atau mendengar nama Allah S.W.T., maka hatinya akan merasa gementar dan takut akan Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu dan yang sempurna imannya ialah mereka yang apabila disebut nama Allah dan sifat-sifatNya, maka gementarlah hati mereka. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan jualan mereka berserah". (Surah al-Anfar 8 : 2)
Work, eat, sleep, work. Everyone needs a balanced lifestyle! Click and try the #NestleProfiler today!

2. Apabila seseorang itu berpegang teguh kepada agamanya. Beliau berani menyatakan yang hak, tidak takut kecuali kepada Allah S.W.T. Dan dia juga tahu bahawa tidak ada kuasa selain daripada Allah S.W.T. yang boleh menggugat dirinya untuk menyatakan yang hak. Inilah tanda bahawa hatinya masih hidup, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya di bumi Allah ini terdapat pelbagai bencana, iaitu hati-hati hamba-Nya dan yang paling disayang-Nya adalah yang paling lembut, jernih dan paling teguh. Dan yang dimaksudkan dengan yang paling teguh adalah yang berpegang kepada agama, yang paling jernih dalam keyakinannya, dan yang paling lembut terhadap sahabatnya". (Al-Hadith)

Memang sudah menjadi sunnah Allah S.W.T., bahawa sesuatu yang hak itu tidak mungkin akan berdiri tegak begitu saja dengan kekuatannya sendiri tetapi harus ada manusia-manusia besar yang memiliki pelbagai keistimewaan dan khususiah tertentu yang tidak dimiliki oleh semua orang, untuk menanganinya.

3. Apabila seseorang itu tiada penyakit hati iaitu bersih daripada keinginan menipu, dengki dan permusuhan. Dalam Hadith Rasulullah s.a.w., baginda pernah ditanya:
"Siapakah orang yang paling baik ya Rasulullah?" Maka jawab Rasulullah s.a.w., "Orang yang amat bertaqwa, iaitu tidak menipu, tidak zalim, tidak khianat, tidak mengambil yang bukan hak dan tidak menaruh hasad dan dengki". (Al-Hadith)

Maka jelaslah kepada kita bahawa hati itu amat penting dan disebabkan hatilah kebanyakkan ulama’ menyarankan supaya mengawasi hati kita, disamping menumpukan perhatian kita kepada ibadah-ibadah hati seperti berzikir kepada Allah S.W.T., membaca ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Bagaimanakah caranya supaya hati kita menjadi mantap dan sentiasa beristiqamah dalam melaksanakan amal-amal kebaikan? Jawapannya boleh diperhatikan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Kamu beriman dengan Allah S.W.T. dan kamu beristiqamah". (Al-Hadith)

Sumber daripada istiqamah ini adalah beriman kepada Allah S.W.T. Oleh itu kita harus memeriksa semula sejauh mana kemantapan hati kita kepada Allah S.W.T. dan memahami sifat-sifatNya, yang sentiasa memerhati tingkah laku kita. Keyakinan inilah yang akan menjadikan kita sentiasa istiqamah.

Sentiasalah bermuhasabah (menghisab diri) terhadap setiap perkara yang kita lakukan. Salah satu caranya adalah membuat jadual muhasabah harian untuk mempastikan kita sentiasa mengawasi diri kita dalam melaksanakan segala perintah Allah S.W.T.

Kaedah mengubati penyakit hati:
1. Mujahadah (berjihad terhadap dirinya)
2. Muhasabah (wajib memeriksa dirinya)
3. Muraqabah (Mengintip segenap gerak-gerinya)
4. Muraja’ah (kembali ke jalan yang benar)

Dengan kaedah tersebut dia benar-benar dapat menguasai dirinya dan berjaya membersihkan dirinya serta mengawasi hatinya sebagaimana janji Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah berjayalah sesiapa yang membersihkan dirinya". (surah al Syams 91 : 9) link
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger