Me: Makan tak reti nak kunyah ke?
En. Momo: nyum...nyum.. (makan sambil tak mempedulikan soalan yang ku-ajukan sebentar tadi)
Me: Sayang, kunyah macam ni.. (sambil memunjukkan cara mengunyah yang betul).. Nanti jika tak betul-betul kunyah, penghadam tak elok nanti,.
En. Momo: (menjeling daku sekejap, kemudian meneruskan makan, dengan cara makan yang sama)
Me: Sayang.....!!!
Bajet handsome ler tu, suka sangat duk cmtu
Ops, jangan silap faham...Itu la dia, dialog yang biasa berlaku semasa memberi, Si Shiro Momo makan, beberapa bulan lalu, di Januari. Pernah juga itik aka Cik Hani yang comel mencadangkan agar haku @ wansiti kunyah sendiri makanan tu, seperti demonstrasi la kunun kat Momo ni.... aih, itu dah melampau! Mana ada orang makan makanan kucing lagi setakat ni.. Apa daaaa Hani!!
Rantai pertama Momo, ala-ala perempuan sikit...bentuk LOVE lagi tuuu, cheeewah!~
Sampai ke saat ni, walaupun Momo makan tak pandai nak kunyah makanan dia 100%, namun, dia la jua pengarang jantung, peneman-daku, dan penghibur-ku yang paling akrab setakat ni.. Walaupun, tika bermain tak pernah reti nak sembunyikan kuku dan suka menggigit dengan gigi.. Itulah Momo, I Lab You Sayang! mmuuaahh
p/s: hahahaha, terguling-guling tengok tajuk sendiri.. Apa kata Bijan? Jangan jeles yea..... miahahahaha~
Suka entri ini? (=^_^=)
0 comments:
Post a Comment