Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Cara nak Cepat Kaya

Ada beberapa tips yang menarik dapat wansiti kutip daripada Irfan Khairi.. Tips perniagaan yang beliau perolehi daripada Jennifer Porcher, Vice President of Educational Services at Collaboration.

Singkat, padat dan amat bermanfaat..


Tips 1: Fokus dan tetapkan matlamat anda dalam jangka masa panjang. 
Jika sebelum ini anda sudah menetapkan matlamat anda, lihat kembali dan nilai di mana ada ruang untuk diperbaiki. Bagaimana rutin harian anda yang mendatang dapat membantu kepada pencapaian matlamat anda. Hidup berasaskan matlamat yang anda tetapkan bukan atas emosi yang ingin anda penuhi.

Tips 2: Nilai semula 'sebab' anda memulakan perniagaan. 
Adakah ia sebagai untuk mendapat pendapatan tambahan, sekadar mencari makan atau untuk kerjaya anda. Ia penting untuk memandu kepada tindakan anda yang seterusnya.

Tips 3: Buat keputusan sama ada niat anda memulakan perniagaan sama ada berdasarkan kepada inginkan perkembangan positif dalam kehidupan atau untuk kehidupan yang bergaya.
Perkembangan positif merupakan sesuatu yang ideal, tetapi memerlukan pengorbanan yang kuat dan usaha yang berlipat-kali ganda.

Manakala jika untuk sesuatu kehidupan yang lebih bergaya yang diinginkan, perkembangan perniagaan adalah sangat terhad dan juga pertumbuhan perniagaan juga akan menjadi perlahan, mengambil masa yang lama.

Tips 4: Pada tahap ini, sebagai usahawan anda harus memilih perniagaan yang benar-benar dapat membantu anda memacu kepada pencapaian matlamat anda. Matlamat anda merupakan asas kepada  setiap keputusan yang anda lakukan.

Panduan ini merupakan salah satu perkara asas yang perlu kita tetapkan. 

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger