Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Cara Menulis Resume Terbaik – Bahagian 1

Apa itu resume?
Resume adalah wakil pengenalan diri kepada bakal majikan. Ia juga di anggap sebagai medium untuk anda mempersembahkan diri kepada bakal majikan. Melalui resume, majikan anda boleh mengetahui kelayakan akademik anda, pengalaman yang anda miliki, kemahiran yang anda ada dan beberapa maklumat yang lain. Bakal majikan biasanya akan menilai anda melalui resume sebelum memilih anda untuk di temuduga.
Resume perlu terdiri dari berapa muka surat?
Pada kebiasaanya, resume hanya terdiri satu muka surat sahaja. Jika lebih pun, dua muka surat. Resume yang paling baik adalah ringkas tetapi padat.

Adakah saya perlu menulis objektif?
Objektif bukanlah perkara yang perlu ada di dalam resume. Namun, ia boleh membantu majikan untuk mengetahui hala tuju anda ketika memohon pekerjaan.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya menulis terlalu banyak maklumat di dalam resume saya?
Jika anda menulis terlalu banyak maklumat, pastikan anda menyusun maklumat dalam format yang senang untuk di baca. Gunakan font yang senang untuk di baca dan penuhkan hanya satu bahagian A4.

Adakah hobi dan minat perlu di masukkan ke dalam resume?
Ia tidak penting tetapi ia boleh membantu majikan untuk lebih mengenali diri anda.

Adakah saya perlu sertakan references atau sumber rujukan?
Anda boleh tulis jika anda mahu. Namun, anda juga boleh menulis nota kecil di bawah resume yang menyatakan anda akan member sumberi rujukan jika majikan mahukannya. Beritahu mereka untuk hubungi melalui telefon atau emel jika mereka mahukan sumber rujukan. Contoh nota kecil adalah “ References available on request “ atau “ Sumber rujukan akan di beri jika tuan perlukannya”

Apa yang perlu saya tulis di dalam resume?
Anda boleh bermula dengan menulis biodata diri anda. Kemudian di ikuti dengan kelayakan akademik, pengalaman bekerja dan kemahiran yang anda ada. Masukkan juga jumlah gaji yang anda mahu. Jika ada ruang dalam kertas A4 tersebut, anda boleh tambah maklumat mengenai hobi dan minat anda. Pastikan maklumat yang di tulis adalah berbentuk padat dan ringkas.

Apakah perkara yang saya tidak perlu masukkan ke dalam resume?
Anda tidak perlu masukkan sebab kenapa anda berhenti bekerja, maklumat pencapaian anda di sekolah dan gambar – gambar yang tidak formal. Anda juga tidak boleh terlalu ekstremis dalam mempersembahkan diri anda kepada bakal majikan.

Adakah saya perlu menyertakan semua keputusan peperiksaan?
Tidak perlu. Anda hanya sertakan keputusan terkini atau terakhir sahaja.

Bagaimana susun atur resume saya?
Anda boleh ikut susun atur di bawah
Heading
Objektif atau pengenalan ringkas mengenai diri anda.
Contact detail dan sedikit biodata diri.
Kelayakan akademik
Pengalaman bekerja.
Hobi dan minat.
Apakah jenis kertas yang saya patut gunakan untuk print resume saya?
Saya cadangkan anda gunakan kertas yang berkualiti tinggi tetapi jangan gunakan kertas yang terlalu tebal.

bersambung.... terima kasih kepada sumber

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger