Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Langkah Penulisan Jurnal/Makalah Ilmiah (bahagian 1)

Di bawah ini wansiti terjumpa beberapa cara atau langkah mudah untuk menulis jurnal/makalah ilmiah..
Sebenarnya, inilah beberapa Modul latihan untuk Bengkel Penulisan Jurnal Akademik, pada 10 & 11 Mei 2011 anjuran Akademi Penulis.
Cubalah..!
MODUL 1: Mencari Idea Menulis

Modul ini membantu peserta menjana idea penyelidikan bagi diterjemahkan ke atas kertas. Mereka juga dibimbing menilai kesesuaian idea, bagaimana mengembangkannya dan menjadikan makalah mereka unik.

MODUL 2: Memahami Proses Menulis makalah jurnal
Modul ini membimbing peserta mengenali dan merasai 3 fasa penulisan iaitu pra-penulisan, proses menulis, dan penerbitan makalah. Mereka diberikan tip bagi memastikan setiap fasa dilalui dengan betul dan berkesan.

MODUL 3: Gaya Penulisan Ilmiah
Penggunaan gaya penulisan yang standard penting bagi memastikan makalah yang ditulis diterima bagi diterbitkan. Modul ini membimbing peserta mengenali dan menulis dengan gaya pengarangan yang berkesan.

MODUL 4: Seksyen Metodologi Kajian
Seksyen metodologi kajian adalah jantung bagi satu-satu makalah. Modul ini mendedahkan teknik melaporkan bagaimana kajian dilakukan bagi memastikan penyelidik lain dapat melakukan proses sama. Peserta dibimbing bagaiman menulis seksyen ini dengan ringkas tetapi berkesan.

MODUL 5: Seksyen Hasil Kajian dan Perbincangan
Modul ini membimbing secara hands-on bagaimana menulis seksyen Hasil Kajian dan Perbincangan dengan betul. Peserta ditunjukkan dengan sampel kertas kerja yang berkualiti dan diminta mengulas ciri-ciri yang ada padanya.

MODUL 6: Seksyen Kajian Literatur
Memandangkan hasil literatur yang sangat banyak, penting bagi peserta menyaring maklumat yang hendak mereka rujuk dalam seksyen kajian Literatur. Modul ini membimbing peserta dengan cara memetik maklumat dan cara mengolah bahan rujukan supaya menepati ciri-ciri kajian literatur berkualiti.

MODUL 7: Seksyen Kesimpulan dan Kajian Lanjutan
Walaupun seksyen kesimpulan dan kajian lanjutan nampak mudah dan ringkas namun jika tidak ditulis dengan kemas, ia mampu mencacatkan makalah. Modul ini membimbing peserta bagaimana mengemas dan mengetatkan hujah supaya padat dan sampai maksudnya.

bersambung...

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger