Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

0 Petua Suri RumahTangga 2: Jus buah pear dan pie

TONIK UTK MENGUATKAN PARU-PARU...
Jus buah pear dan pie digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk mengubati masalah-masalah yang ada kaitan dengan paru-paru. la bertindak sebagai tonik yang membersih dan menguatkan paru-paru serta menjauhkan penyakit-penyakit berbahaya seperti batuk kering. Minuman itu, yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan C dan niasin merupakan penawar bagi mengubati demam panas. la mendatangkan kesan yang menyejukkan ke atas sistem tubuh badan, sekali gus menurunkan suhu badan yang panas.
Kedua-dua jenis buah itu, yang berasal dari Asia Barat dan Eropah, juga membantu meredakan masalah perut meragam. Tabiat makan yang berlebihan atau terlalu banyak mengambil makanan berlemak atau berempah boleh menyebab-kan sistem penghadaman terganggu akibat pengumpulan asid yang berlebihan. Jus buah pear-pie, jika disedut perlahan-lahan, bertindak meneutralkan asid yang berlebihan di dalam perut...

Perjalanan jauh sama ada dengan kereta atau bas boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami alahan seperti pening dan muntah. Satu petua untuk mengelakkan alahan seumpama itu ialah dengan meminum jus buah pie-pear. Mereka juga digalakkan membawa bekalan jus pie-pear semasa dalam perjalanan jauh.

Wanita mengandung atau mereka yang sering kali mengalami alahan seperti pening dan muntah-muntah semasa berjalan jauh juga dinasihatkan membekalkan jus buah pear. Minuman itu juga sesuai diamalkan untuk menghilangkan rasa loya seperti yang sering dialami oleh wanita mengandung pada waktu pagi. 

MENGATASI MABUK SEMASA PERJALANAN JAUH...
Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu. 

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Chat tanpa install YM

ehem..ehem... nak promot sikit... dah lama tak guna meebo ni,. punya la payah nak chat ng yahoo mail sekarang, ayat yang ditaip tu menghilang nuuuuuunnn jauh ke atas .. Tensen ai, bila tiap-tiap kali dapa mesej baru.. Nak kena scroll naik atas, di mula-mula perbualan.. Jenuh..!!

Jadi, sebagai penyelesaian yang terbaik.. adalah guna meebo online ni..
alamat/link meebo ada kat gambar atas ni..

Tak perlu memberatkan komputer anda dengan install applikasi YM yang BESAR gedabak tu..
Nampak, sign on to more accounts tu kan? Anda boleh chat menggunakan YM, atau google-talk, atau MSN dan juga facebook chat.. pada satu masa..Cayalah! Memang puas hati..!!
Cubalah!

wansiti: Sape suh yahoo mail wat masalah kan? ngeeeh~
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Hari Terbuka Honey Pet Shoppe.. yea!!!

Theme: Orangy Yellowy
Location
Klinik Veterinar Honey & Pet Shoppe
6A, JLN 3/70, BDR BARU BANGI
Bangi, Malaysia

Time
Sunday, May 29 · 9:00am - 5:00pm

ATURCARA MAJLIS (*TERTAKLUK KPD PERUBAHAN):

9.00 PG : PENDAFTARAN
10.00 PG: DEMO SURGERI PEMANDULAN (1 male 1 female)
11.00 PG: SLIDE SHOW
11.30 PG: SESI Q&A 
12.00PM: SESI PENYAMPAIAN HADIAH
12.30 PM: LUNCH
2.00 PM: VACCINATION PROGRAM
:CAT PREVENTIVE PROGRAM AND SPEUTER QUIZCOUNT
:JUMBLE & CHARITY SALE
: PREVENTIVE PROGRAM
5.00 PM: TAMAT

Activities:
1)Jumble Charity Sales
2)Contests
3)Games
4)Vaccination and Preventive Program & more...

Salam everyone, kpd yang ingin menghadirkan diri ke Bday Bash kami nnt, kami perlukan anda utk isi borang online di http://honeypetshop.blogspot.com/p/enquiry-form.html, cara2nya:
1. Klik kekotak PROMO BDAY BASH
2. Isi semua maklumat Name, MyKad No./ IC No./ Passport No.,Contact No., Email Address dan Address dgn lengkap.
:3. Dlm ruang "Item(s) to Order. Pls state the product name/code, colour and quantity. / Item yang diingini. Sila nyatakan nama produk/kod, warna dan kuantiti", isikan berapa org dewasa dan kanak2 yg akan hadir.
4. kami akan reply email ...dlm 3 hari bekerja dan invitation card juga akan diemailkan.
*bg ahli Kucing Terbiar & Anjing Jalanan, sila beri nama nada kpd Nerq Suzana Sulaiman.
**Jika tak jd menghadirkan diri, sila inform kami sebelum 15 Mei 2011 yer.

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tersepit antara 2 John, yang mana 1 nak pilih?

HoOoooyea!!
Seharusnya wansiti mengombakkan diri... Sebab gembira sangat nampak buku-buku ni di PTS Online., Bookcafe..!!
Siap ada diskaun 15% tu you!
Mana-nya ai sebagai orang yang addict nak beli [tapi, bacanya secara-skim-milk].. tak gumbira..!
Sempat lagi tulis entri, sementara nak tunggu masa untuk pergi mengajar anak murid kesayangan nie... hehehe
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Contoh Gubahan Hantaran Pengantin

Beberapa contoh gubahan hantaran yang dibuat sendiri oleh kawan wansiti, Puan Maslia Manja..
Layaaanzzzz~

Okey....?
Camne? Menarik kan....
Jika kita kreatif... apa-apa pun boleh jadi....
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Jom Jenguk EdyMart

Entri kesinambungan daripada pencarian wansiti kepada baju/busana-muslimah-harga-rm-20-sahaja ... Maka terjumpa satu capaian website yang menarik, rapi dan memang kemas.. Ini adalah contoh website bisnes yang paling wansiti suka dan rasa yakin dengan barang-barang yang dijual di sini..
Setakat gambarajah kat atas, wansiti masih lagi 'guest' @ tetapi... sekarang, dengan senang hatinya, wansiti nak mendaftar jadi pelanggan kat kedai ni....

Lagi satu, yang membuatkan wansiti yakin dengan kedai online ini alahah. Gambar owner kedai!

Apabila owner kedai ni dengan yakin-nya meletakkan wajahnya di situ.. Maka itu secara tak langsung menunjukkan bahawa dia dan kedainya memang boleh dipercayai!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Hadiah GA..Terima kasih Tinie!

Sebenarnya dah lama hadiah-hadiah ni sampai, akan tetapi.. entri yang berkaitan hanya mampu wansiti upload satu-persatu dengan slow-motionnya.. Maaf yea teman-teman...

Sesungguhnya masa itu amat berharga untuk dirugikan tanpa memberi penghargaan kepada teman blogger yang telah membuat GA dan wansiti bertuah untuk memenangi barang saguhati dan sebagainya..

Kali ini, 
Hadiah yang dipamerkan adalah dari Tinie zon2u


Ribuan terima kasih kerana bagi peluang kat wansiti merasai mouse-pad yang comel nie... Memang besh! Tinie harus tahu, bahawa wansiti dan Momo amat menyukainya..

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Program Cuci Minda..

"Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Busana Muslimah Harga RM 20 sahaja..

Post kali ini, bukan nak kata wansiti ada menjual baju muslimah... akan tetapi, wansiti sebenarnya yang tengah mencari baju... ngeee... ampun!

Ada sesiapa kat sini yang jual atau kenal dengan penjual busana/baju muslimah yang harga RM 20 sahaja?
wansiti tertarik-hati tengok busana yang comel ni, tapi.. harga dia lain.. tak dapat ler lau RM 20..
Ada tapak ekspo ke, tapak konvo ke, yang selalu jual student price.... huuuuu~ 
bersinar-sinar mata tengok baju-baju ini....

p/s: entri menimbulkan tanda-tanya untuk kali ini.... 
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Kenduri Farah Zeehan

Kenapa wansiti catit tarikh Kahwin kawan kat blog? Sebab wansiti selalu jenguk blog dan email... Jadi, buku planner wansiti jarang sangat guna, kecuali untuk plan perkara yang terkedapan hanya dalam tempoh seminggu.. Bagi jarak yang agak jauh lagi eventnya.. 
Suka wansiti catit di sini...

Lebih senang dan agar tak lupa kendurinya..
Tarikh: Ahad, 22 Mei 2011
Tempat: Dewan Komuniti Presint 16, Putrajaya
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Program Cuti Sekolah [SEBARKAN]

Tolong kawan siarkan pengumuman, satu program yang menarik buat adik-adik sekolah sempena cuti sekolah ini...
Kem Sinergi Remaja 2011
-------------------------------------------
2 - 5 Jun 2011
Kem NUR Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor.

* Sesi khas untuk ibubapa/penjaga :
5 Jun 2011 (Ahad) (Majlis Penutup)

** Bermula Khamis - Ahad (4 hari 3 malam)
** Terbuka untuk pelajar sekolah rendah (10 - 12 tahun) sekolah menengah (13 - 17 tahun)

Jurulatih Utama :
1) Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam Training & Consultancy)
2) Fazrul Ismail (Total Success Training & Consultancy)
3) Zuhairi Mohd Nopiah (Total Success Training & Consultancy)
4) Mohd Arif Asa'ad Johari (Infitah Training & Consultancy)

Perkongsian Modul :
* Iman, Islam & Ihsan (Input, Proses & Output)
* Syariatullah & Sunnatullah.
* Pengurusan Emosi & Cinta Remaja.
* Nilai Kekeluargaan & Interaksi Sosial.
* Bengkel al-Fatihah.
* Kenali Potensi Diri Untuk Berjaya.
* 7 Sifat Individu Rabbani.
* 'Smart Solat Leads to Success'.
* 'Outdoor Games'.
* Permainan Berkonsep.

Pelaburan :
RM 450 untuk pendaftaran selepas 20 Mei 2011.
Hanya RM 395 untuk pendaftaran sebelum 20 Mei 2011.
* Pendaftaran 3 orang dan ke atas, layak menerima diskaun 10%.

Urusan Pembayaran :
Bank Pembayaran: Maybank Berhad
Akaun Penerima: Total Success Training & Consultancy
Nombor Akaun: 5622 6302 1919
* SMS nama, masa, tarikh pembayaran & jumlah RM untuk rekod & semakan.

Maklumat Lanjut :
013-200 6840 (En. Mohd Noor)
012-224 0622 (En. Firdaus)

Anjuran :
1) Total Success Training & Consultancy
2) Saiful Islam Training & Consultancy
3) Infitah Training & Consultancy
Laman Web Rujukan & Pendaftaran online :
* www.akademisinergi.com
* www.saifulislam.com
* www.total-success.net
* www.stc.my
* www.infitahtraining.com
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Langkah Penulisan Jurnal/Makalah Ilmiah (bahagian 1)

Di bawah ini wansiti terjumpa beberapa cara atau langkah mudah untuk menulis jurnal/makalah ilmiah..
Sebenarnya, inilah beberapa Modul latihan untuk Bengkel Penulisan Jurnal Akademik, pada 10 & 11 Mei 2011 anjuran Akademi Penulis.
Cubalah..!
MODUL 1: Mencari Idea Menulis

Modul ini membantu peserta menjana idea penyelidikan bagi diterjemahkan ke atas kertas. Mereka juga dibimbing menilai kesesuaian idea, bagaimana mengembangkannya dan menjadikan makalah mereka unik.

MODUL 2: Memahami Proses Menulis makalah jurnal
Modul ini membimbing peserta mengenali dan merasai 3 fasa penulisan iaitu pra-penulisan, proses menulis, dan penerbitan makalah. Mereka diberikan tip bagi memastikan setiap fasa dilalui dengan betul dan berkesan.

MODUL 3: Gaya Penulisan Ilmiah
Penggunaan gaya penulisan yang standard penting bagi memastikan makalah yang ditulis diterima bagi diterbitkan. Modul ini membimbing peserta mengenali dan menulis dengan gaya pengarangan yang berkesan.

MODUL 4: Seksyen Metodologi Kajian
Seksyen metodologi kajian adalah jantung bagi satu-satu makalah. Modul ini mendedahkan teknik melaporkan bagaimana kajian dilakukan bagi memastikan penyelidik lain dapat melakukan proses sama. Peserta dibimbing bagaiman menulis seksyen ini dengan ringkas tetapi berkesan.

MODUL 5: Seksyen Hasil Kajian dan Perbincangan
Modul ini membimbing secara hands-on bagaimana menulis seksyen Hasil Kajian dan Perbincangan dengan betul. Peserta ditunjukkan dengan sampel kertas kerja yang berkualiti dan diminta mengulas ciri-ciri yang ada padanya.

MODUL 6: Seksyen Kajian Literatur
Memandangkan hasil literatur yang sangat banyak, penting bagi peserta menyaring maklumat yang hendak mereka rujuk dalam seksyen kajian Literatur. Modul ini membimbing peserta dengan cara memetik maklumat dan cara mengolah bahan rujukan supaya menepati ciri-ciri kajian literatur berkualiti.

MODUL 7: Seksyen Kesimpulan dan Kajian Lanjutan
Walaupun seksyen kesimpulan dan kajian lanjutan nampak mudah dan ringkas namun jika tidak ditulis dengan kemas, ia mampu mencacatkan makalah. Modul ini membimbing peserta bagaimana mengemas dan mengetatkan hujah supaya padat dan sampai maksudnya.

bersambung...
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Masak Lemak Cili Padi Terubuk Masin

Terima kasih kepada Kak Long Fairuz kerana sudi men'sponsor' ikan terubuk masin dari Sarawak nie.. Jadi jugak wansiti nak masak lemak ikan terubuk ini, dah lama terperap dalam peti ais tu..
 Bahan-bahannya:
1 biji nenas/kentang
2 ekor ikan terubuk masin Sarawak [boleh juga goreng dulu untuk preserve rasa masinnya]
1 kotak kecil santan segera/santan kelapa (1 biji kelapa)*
Cili Padi ikut citarasa
sedikit belacan
2 batang serai dititik
Kunyit hidup/serbuk kunyit
3 keping asam keping (kalau guna nenas tak payah guna asam keping pun ok)
lengkuas (optional)
garam secukup rasa
*kuah santan agak-agak menutupi bahan2 dah cukup terpulang pd cita rasa sendiri.

Cara-caranya:
1. Cili padi, belacan dan kunyit hidup dikisar halus
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk berserta nenas/kentang dan sedikit air [Nenas: Kecutkan nenas dalam 3 minit sehingga kering air nenas].
3. Masukkan santan dan serai serta ikan masin.
4. Kacau, supaya tak pecah minyak. Bila kuah mendidih masukkan garam dan sesuaikan rasa.
5. Bila kuah dah agak pekat bolehlah ditutup api.

Sedap juga dimakan dengan ulam-ulam [petua awet muda].
Setelah siap masak lemak ni, rancangan asal nak masak sardin, sudah dipendamkan ... Lain kali jer kita makan sardin. wansiti pula sejak akhir-akhir ini kurang selera nak jamah nasi.. Makan roti dan makanan ringan yang paling wansiti suka.. tak tau kenapa.....
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Terigin makanan manis, sejuk dan berlemak...

Pada satu tahap, selera wansiti dah mula lain... hari Ahad! Weekend, sejak pagi sampai petang..Hanya roti gardenia butterscotch bread jer yang boleh lalu kat saluran esophagus dan salur percernaan yang lainnya...
terasa diri-sendiri menjadi agak choosy/memilih dan nak makan/craving pada makanan yang bukan-bukan.. terutamanya, makanan ringan laa... makanan berat, kurang gamaknya mengiurkan..

Jadi, apa perkara pertama yang wansiti buat, buka page google image dan tengok makanan apa yang menyelerakan.. Jika boleh dimasak, akan-ku masak sesedap, dan sebanyak-banyaknya!

cheewah!
kunun..... 
tapi, sebaik je tengok image makanan yang pelbagai kat depan mata...langsung tak terangsang pun selera makan.. aiseh...ada yang tak kena ni... tertengok puding!
yea!
Puding karamel.. best jugak layan puding,.. 
Cukup plak syaratnya... Sejuk, manis dan agak berlemak ..... ngeeeee~
dah berkobar-kobar nak buat nie..

Tapi, bila tengok, jam dah kul 8 malam lebih,.... lau buat pun, esok baru boleh makan... masalahnya, tengah kelaparan tahap tak tau nak makan apa dah sekarang..

Elok je, hani [housemate] cadangkan.. kita pergi pasar malam ...yea!
akan tetapi, di manakah pasar malam hari Ahad nie? 
Ada ke yang area Putrajaya ke, Seri Kembangan ke, Bangi ke....
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Jika awak PERASAN...

wansiti dah jarang menulis di blog... 
Blog ni dah kecik hati dengan wansiti, 
dia dah jadi lambat-lambat.... 
Merajuk kot yea..

Update status kat facebook lagi cepat dan best...
Pasal itu laa....
aisey..~
Kena blur-kan tang nama tu.... 
Biarlah rahsiaa...... hehehe
Baca ler status wansiti post guna fb mobile yang dicas tanpa relaku RM 1/week ni...
Mengesahkan lagi,. dan sebagai bahan bukti.. wansiti dah kurang rajin jenguk si dia yang merajuk niiii~
Masa upload gambar-gambar kat atas pun.. Blog ni merangkak jer macam ciput.. entah kenapa dengan dia...
Memang sah..
Merajuk...!
ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Ingin baca buku-buku ini....

Ada beberapa buku yang wansiti ingin belek dan baca buat masa sekarang, dan akan dicari...
Buku ini dah lama dicadangkan oleh kawan fb wansiti, tapi masih dibeli lagi.. Bila nak beli ni wansiti?

Buku John Gray kali ini adalah edisi terjemahan oleh PTS..
Dan ini adalah versi asal dalam English
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 [Lirik] Pelengkap Hidupku ~ Eren ft. Romi

*Eren
Aku bagai laut 
tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang
yang tak ditemani malam...

*Romi
Melihat dirimu
Ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku (E & R)
Teringat aku teringat (R)
Teringat saat kau masih ada di sini (E & R)
Temani ku sepanjang hari (R)

*Erin
Bila kau pergi jauh 
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku

*Romi
Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu

*Eren
Peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam

*Romi
Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia

*** bridge***

Teringat janji lamamu kepadaku (E & R)
Teringat aku teringat (R)
Teringat saat kau masih ada di sini (E & R)
Temani ku sepanjang hari (R)

*Erin
Bila kau pergi jauh 
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku

*Romi
Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu

*Eren
Oh peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam

*Romi
Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia

*Erin
Bila kau pergi jauh 
Ingatlah aku
Bila ku disampingmu
Peluk tubuhku

*Romi
Bila kau rindu aku
Panggil namaku ku datang menemuimu

*Eren
Oh peluk erat jasadku
jangan lepaskan
Tetaplah kau disini
arungi malam

*Romi
Kerna hanya dirimu, belahan jiwa
Pelangkap ku di dunia

Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tunnel/Terowong untuk Justin & Betty Xiomara

Semasa 2 anak bulus yang hyperaktif sampai baru-baru ini .. Lebih kurang sebulan lepas.. tarikh 11-4-11 memang senang nak ingat..inilah tarikh budak 2 tu menjejakkan kaki mereka 2 pasang masing-masing ke rumah.. Alhamdulillah..wansiti berjaya menyiapkan tunnel untuk mereka.. 

Idea asal adalah buat tunnel untuk Momo yang gembira ni.... akan tetapi, belum sampai masa yang sesuai untuk buat tunnel tersebut, Momo dengan sukarelanya membasahkan paper beg tersebut dengan kencingnya.. aisyh..~ sabo je la..~

Layan je gambar semasa proses membuat tunnel untuk Justin & Betty..
Permulaan... base/tapak dalam tunnel perlu dikemaskan ...
inilah rupa paper beg yang terpakai setelah dilapisi dengan kertas-kertas juga yang 'terpakai' di dalamnya
 Mula membentuk terowong [jika perasan, ini adalah beg kertas yang diperolehi semasa konvo dahulu, alumni USIM]
Dilekatkan menggunakan salotep... 
tunnel bergambar bersama alatan yang digunakan untuk membuatnya..

Akhirnya, inilah rupa tunnel tersebut... masih elok bulat.. Namun dah menjadi bersegi dan penyet setelah diligan oleh budak bulus berdua tu... 
 Momo yang merajuk...sebab tak dapat nak masuk dalam tunnel yang kecik saiznya tu... mioahahaha!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Iklan Kreatif siot....!! [Gambar]

Jom kita pakat layan kekreatifan individu ini mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka..
Sumber gambar di bawah adalah daripada Berita Hairan online.. terima kasih..~







Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Wordpress lebih baik dari Blogspot? Ini caranya...

Hari ni wansiti nak kongsi satu link yang menggugat tumpuan wansiti semasa berblog nie.. Terima kasih En. Anas kerana sudi menggugat kemaintainan yang dikekalkan buat sekian lamanya =p 
Setelah penjelasan yang panjang-lebar ni. Rasa ada benar. Ada betul-nya di situ. Jika berkesempatan, wansiti memang teringin nak ubah blog ni kepada wordpress. Tapi, kena kaji dan teliti dulu apa yang penting. Pendirian yang tetap perlu ada akhirnya.... link nie wansiti copy-abes sampai komen-komen para pembaca.. kerana dirasakan semua penting~ wink! wink!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sel paling besar & kecil dalam Badan Manusia..

Budak-budak sains sekalian... Sila tunekan balik ingatan kamu-kamu kepada subjek sains tingkatan 1, topik ke-2.. ecece... mentang-mentang la wansiti ajar sains.. nak cakap ni,.. Ada antara cikgu sekolah yang tersilap ajaran, mengatakan sel sperma [sel terkecil] dan ovum [sel terbesar]... Oh...no...no....!!

Yang sebenarnya,
Sel yang paling kecil dalam badan manusia adalah...
Sel darah marah atau red blod cell (RBC) dalam ukuran 4.5 um - 8.5 um

Manakala, untuk lebih tepat....
Sel yang paling besar dalam badan manusia pula, adalah...
The sel anterior horn dalam ukuran 135 um .. nak tahu lebih lanjut apa itu sel anterior horn? Sila tanya encik google... kat sini, wansiti cuma nak highlight kan isu sel paling kecil dan besar..
semak no.1 .. sel anterior horn

Jadi, apa ukuran sebenar sel sperma dan ovum tersebut?
Meh, wansiti susun ikut turutan dari kecil ke besar.. saiz-saiz sel tersebut..

1. The granul cell of the Cerebellum  ..... 4 - 4.5 um
2. Red blood cell (RBC)        ...... 4.5 - 8.5 um  
3. Sperm including flagellum (tail)  .... 25 um
    dan saiz kepala sperma sahaja adalah ... 5 - 6 um
4. Ovum    .... 120 um
5. The anterior horn cell   .... 135 um

wansiti: terima kasih kepada helium, sumber rujukan yang best!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Nak PANDAI tulis paper saintifik!!

Bagi pelajar yang tengah bertungkus-lumus menyiapkan paper saintifik mereka.. Dr. Noranizan MOHD ADZAHAN dari Food Tech., UPM sudi berkongsi 1 artikel yang menarik, bertajuk.. How to write a good scientific paper.

wansiti pun ada upload kan dokumen ni kat scribd wansiti.. Nak download juga.? 
Boleh pakai mana-mana link yang berkenaan yang kawan-kawan selesa..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 The Importance of drinking water in your daily Life

Research has shown that:
The correct timing to drink water will maximize its effectivness to the human body:

1) 2 glasses of water 30 minutes before meal will help digestion.

2) 1 glass after you wake up helps activate internal organs.

3) 1 glass before you sleep will help avoid stroke or heart attack at midnight.

4) 1 glass after taking a bath helps lower blood pressure. Pass this on to people you care about.
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Nasi Goreng Bunga Kantan

Dalam peti asi ada bunga kantan yang berbaki semasa Cik Nurul Hani buat Asam Pedas ikan hari tu... Apa kata, sempena nak sambut Merdekaraya tahun ni, kita guna bunga raya bunga kantan untuk nasi goreng kita tengahari ini.. Okey, tak mau bebel panjang lagi.. 

Layan resepi di bawah ..
Bahan-bahan ( 3 orang makan )
nasi putih
bawang merah 5 ulas di mayang halus
bawang putih 2 ulas di mayang halus
ikan kukus 3 ekor ambil isi sahaja
lada lumat 2 sudu
sawi di potong
minyak untuk menumis
bunga kantan dimayang halus
garam & gula secukup rasa

Cara-cara
panaskan minyak untuk menumis
tumiskan bawang merah&bawang putih sehingga wangi.kemudian masukkan lada lumat dan tumis sehingga masak lada
masukkan nasi putih dan isi ikan kukus yang telah di carik-carikkan.goreng sehingga sebati
masukkan bunga kantan dan goreng lagi sehingga bunga kantan agak lembut.
kecilkan api dan tambahkan sawi,sedikit gula dan garam secukup rasa.goreng sehingga sebati.
siap dan boleh dihidangkan bersama udang goreng mentega dan ulam-ulaman.

 wansiti: terima kasih kepada myresepi kerana memberi kebenaran wansiti abadikan resepi ini..
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Sian Momo.. sakit mata..

Apa lagi, Mama Momo, cari dan cari maklumat cmne nak sembuhkan mata budak Momo ni.. 
Ini lah Momo [waktu dia tengah tersengguk dengan bantal busuknya]

Sebelum ni, Mama Momo ada terkena sakit mata, ala-ala ketumbit.. pastu, cari petua hilangkan ketumbit dengan Makcik Hani, mereka cakap, gunakan bawang putih.. Amek air bawang tu, pastu, sapu di mata yang terkena jangkitan..

wansiti tambah sedikit... Lepas sapu air bawang putih, tuam pula mata dengan kain.. 
Memang berkesan!
3 hari sahaja.. Ketumbit dan mula susut dan hilang..
cayalah...!
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

Ustaz boleh tak kalau disyurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari? PART 1

Artikel menarik untuk dibaca oleh kawan-kawan yang lain juga.. sumber asal artikel ini, wansiti belum ketemu..ada sesiapa tahu?

Soalan ini pernah dikemukakan oleh  seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu  kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada  sekitar awal 90-an. 

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih  penting. Haha.. Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani  menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya  tak tergamak nak luahkan perasaan tu. 
Mmm...nampaknya sampai begitu sekali  kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat'  sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa  benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan. 
Apa puncanya  sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu. 

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu  menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya  terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang  lain. 

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada  menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda  sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada  wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang  cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita  yang masih lemah imannya.." 

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya.  Dahsyat.. 

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut  tentang bidadari di depan wanita. 

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari  disebut tanpa berselindung? Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan  wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca  Qur'an. 

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh'  dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke? Biar  aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. 

"Di syurga nanti, selagi  puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun  bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan  agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa  masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin  la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan  ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum  kelat. 

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita   ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari.  Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang  penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang  yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. 

Maka  apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari  yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita  dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari  melihat isterinya. 

Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung?  Kan lagi bagus kalau tiada saingan? 
Tidak juga. 

Andai tiada bidadari,  maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong.  Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada  siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran  di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang? 

Wahai wanita  penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak  berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga  Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya. 

Satu  perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah  tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka  pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa,  taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. 

Cuma mereka ini  Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak  takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab. Dalil tentang mereka mempunyai  nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang  apabila diterjemahkan bermaksud: 
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada  di dunia) dan muda belia usia mereka". 

Di dalam bahasa Arab, kalimah  `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan.. Dalam istilah yang agak kurang  sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf  sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir  semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki  normal macam tu). 

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada  masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for  guys only. Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari  melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja  bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'. 

Betul? 

Tapi adakah anda  pasti? 
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni   syurga; Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak,  dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh,   sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada  seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami,  maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas. 

"Tak  kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan   seorang wanita. 

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana  terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli  syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih,  lapar, atau 
dahaga..". (au kama qaal) Jenuh la kali ni tak turun-turun  dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa  dekad? Berapa kurun? Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di  luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan  sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka  kata. "Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami   aku!" 
Mungkin ada wanita yang berfikir begini. 

Izinkan saya bertanya lagi;  "Tak nak pergi shopping ke?" ; ) .... bersambung! -- PART 2--
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Cuti Pekerja di Perak..

wansiti ada kampung kat Perak ke? Sejak bila.... how? when?

Kali ini.. wansiti berkunjung lagi ke Perak.. Mengambil angin dan udara fresh di sana... Di mana? Di Ipoh, Perak..
Ada dalam 2,3 hari di sini.. insya-Allah

Moga dipermudahkan Allah segala urusan... Doa-doakan lah yea..Amin~
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Tips Menghadapi Krisis Tenaga Masa Hadapan

Tenaga sangat diperlukan dalam semua aktiviti manusia. Oleh yang demikian tenaga diperlukan dalam pembangunan sesebuah negara. Lebih pesat pembangunan yang dijalankan, lebih banyak tenaga yang perlu dihasilkan untuk memenuhi pembangunan tersebut.

Masa hadapan dalam menghadapi krisis tenaga kesan dari kenaikan harga minyak dan kos penggunaan tenaga elektrik yang tinggi ialah penggunaan tenaga keterbaharuan. Antara tenaga keterbaharuan yang mendapat perhatian pada masa kini ialah tenaga suria  yang digunakan dengan meluas di negara-negara maju. Antara aplikasi tenaga suria ialah untuk menyerap tenaga suria dan haba dalam bentuk cecair sebelum menukarkannya dalam bentuk wap panas atau stim dengan jumlah yang banyak. Stim tersebut akan berfungsi untuk menggerakkan turbin dan generator untuk menghasilkan tenaga elektrik. Teknologi ini banyak digunakan untuk menara-menara solar, rumah kediaman dan resort yang mempunyai sinaran cahaya matahari yang panjang dan mencukupi. 

Malaysia berpotensi untuk memajukan sumber tenaga suria ini memandangkan iklim negara kita yang berada di garisan khatulistiwa yang menerima pancaran matahari yang banyak sepanjang tahun. Selain itu beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sedang giat menjalankan penyelidikan tentang potensi tenaga ini.untuk dikomersilkan. 

Namun begitu beberapa faktor lain perlu dikenalpasti untuk melaksanakannya. Informasi mengenai taburan keamatan cahaya sangat penting sebelum menetapkan lokasi yang sesuai bagi penjanaan tenaga solar. Selain itu, luas kawasan juga perlu diambil kira bagi memastikan serapan tenaga solar boleh mencapai kuantiti yang mencukupi untuk penjanaan tenaga yang lebih cekap.

Selain tenaga solar, ombak juga merupakan salah satu sumber tenaga alternatif yang boleh dibangunkan untuk penjanaan tenaga elektrik. Kita bersyukur kerana hampir keseluruhan negeri di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dikelilingi oleh laut. Negara maju seperti Portugal telah lama memajukan tenaga ombak untuk bekalan elektrik mereka. Tenaga ombak boleh digunakan untuk penduduk-penduduk yang tinggal di pesisir pantai dan juga untuk operasi pelabuhan-pelabuhan di dalam negara.

Sebenarnya penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui bukanlah perkara baharu di negara kita. Pada tahun 1992, Profesor Dr Baharuddin Yatim dari Universiti Kebangsaan Malaysia, telah menganggarkan bahawa hampir 12 peratus dari jumlah tenaga yang digunakan adalah berpunca daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui terutamanya biojisim. Sebahagian besar penggunaan biojisim adalah dalam industri kelapa sawit. Contohnya, loji biojisim yang dibangunkan oleh Felda Holding Berhad pada tahun 2006, berupaya menjana tenaga elektrik sebanyak 7.2 MegaWatt daripada sumber tandan kosong kelapa sawit.

Malaysia sebenarnya mempunyai kemampuan dari segi sumber dan modal insan untuk  membangunkan tenaga alternatif bagi menggantikan sumber yang sedia ada. Dengan memanfaatkan peluang dan kekuatan yang dimiliki melalui penumpuan terhadap tenaga keterbaharuan seperti tenaga angin, solar, hidro, nuklear dan juga biojisim, kita mampu menjadi contoh kepada negara lain dalam menghadapi krisis tenaga yang semakin meruncing. Malaysia harus bergerak pantas dalam usaha menangani fenomena kenaikan harga bahan api dan krisis tenaga yang berterusan dengan melihat potensi tenaga alternatif. 

Istilah yang sedang hangat dibicarakan pada masa kini ialah ‘tenaga’ selepas internet, bioteknologi dan nanoteknologi. Bak kata Geoffrey Carr, seorang kolumnis majalah The Economist “masa hadapan  bergantung kepada kuasa dan tenaga”.

wansiti: baca lanjut di Tenaga dan Masa Depan
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 Surat pelajar kepada Najib: Pelan pemusnahan generasi masa depan? - PART 2

IFF dan AURAT
Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.


Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI
Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK
Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT
Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI
Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu ada 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Muhammad Muizzuddin Bin Zaini
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

0 GARAM boleh KURANGkan stress/tekanan

Jika tertekan, apa yang kawan-kawan akan lakukan? Terjun bangunan? Terjun laut? Pecut dan bawak kenderaan laju-laju? Menangis sampai keluar air mata darah?

Macam-maca gaya yang dilakukan untuk mengurangkan stress yang dihadapi, namun.. Lain pula ceritanya dengan sekumpulan saintis yang menggunakan garam ke atas beberapa ekor tikus makmal.. Saya ulangi.. 'TIKUS MAKMAL' dan 'GARAM'..

All those salty snacks available at the local tavern might be doing more than increasing your thirst: They could also play a role in suppressing social anxiety.
New research from the University of Cincinnati (UC) shows that elevated levels of sodium blunt the body’s natural responses to stress by inhibiting stress hormones that would otherwise be activated in stressful situations. These hormones are located along the hypothalamic-pituitary-adrenal (HPA) axis, which controls reactions to stress.
The research is reported in the April 6, 2011, issue of The Journal of Neuroscience, the official journal of the Society for Neuroscience.
“We’re calling this the Watering Hole Effect,” says Eric Krause, PhD, a research assistant professor in the basic science division of UC’s department of psychiatry and behavioral neuroscience and first author of the study. “When you’re thirsty, you have to overcome some amount of fear and anxiety to approach a communal water source. And you want to facilitate those interactions—that way everyone can get to the water source.”
Krause and his team dehydrated laboratory rats by giving them sodium chloride, then exposed them to stress. Compared with a control group, the rats that received the sodium chloride secreted fewer stress hormones and also displayed a reduced cardiovascular response to stress.
“Their blood pressure and heart rate did not go up as much in response to stress as the control group’s, and they returned to resting levels more quickly,” says Krause.
“Also, in a social interaction paradigm with two rats interacting, we found them to be more interactive and less socially anxious.”
Further research, through examination of brain and blood samples from the rats, showed that the same hormones that act on kidneys to compensate for dehydration also act on the brain to regulate responsiveness to stressors and social anxiety.
The elevated sodium level, known as hypernatremia, limited stress responses by suppressing the release of the pro-stress hormone angiotensin II. Conversely, it increased the activity of oxytocin, an anti-stress hormone.
Further research, Krause says, will examine these hormones and neurocircuits to investigate their role in social anxiety disorders and autism, a neurological disorder whose characteristics include social impairment.
 “Oxytocin deficiency has been implicated in autism in previous studies,” says Krause. “We’d like to investigate the possibility that dysregulation in fluid balance during pregnancy could result in autistic disorders.”

Walaupun tikus itu mamalia dan manusia juga adalah mamalia, hasil ujikaji makmal dan  keberkesanan ke atas manusia belum dibuktikan lagi..

wansiti: post yang ditaip kali ke-2 dalam jarak waktu yang beza 12 jam.. disebabkan lappy padam, akibat kepanasan processor.. huhuhuuu~
Read more

Suka entri ini? (=^_^=)

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger