Click ... Terima kasih.

Click Me! Click Me! Thanks
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Ingatkan daku...
Ingatkan kesilapan dan kesalahanku kerana Sayangmu,
Bukan kerana benci dan cemburu...
{wansiti}

Search

POST-TO-DO

DEALER TOPUP MALAYSIA
SEWA RUMAH DI KOTA BHARU, KELANTAN PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
Tambah PENDAPATAN Paling Mudah Dengan SIMPAN EMAS!!!

Alamak! Ada, Temujanji Petang Sabtu Esok..!!

Macam mana boleh lupa ni? Adeh.... Mujur wansiti check email yahoo saknih, lau dok gak.. Memey lupo terus.. Lagi-lagi tengahari esok dah janji nak attend kenduri Kak Ijam [kawan UPM]...

Ingatkan lambat lagi, silap la... Masa daftar hari tu, tak terus masukkan tarikh ni dalam kalendar.. bajet April lambat lagi.. tengok, cepatnya masa berlalu.. dah nak sampai pertengahsn bulan 4 di tahun 2011 dah kita nie..
Serba-sedikit email yang dihantar kepada wansiti pada 6 April, atau 2 hari yang lepas..
Tuan/Puan/Saudara/Saudari/Adik/kakok/Pokcik/Mokcik/Datuk/Nenek/Mahasiswa/Mahasiswi yang dihormati sekalian,
Pihak Urusetia HAMKA 2011 mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian antum semua mendaftar program Himpunan Mahasiswa Kelantan 2011 (HAMKA2011). Pendaftaran awal ini penting bagi memudahkan pengurusan pihak urusetia program dalam mengatur keperluan sepanjang majlis berlangsung. Sebagai makluman terkini mengenai program ini, disertakan butiran mengenai program adalah seperti berikut:
TARIKH: 9 April 2011 (SABTU)
TEMPAT: Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor DE
SASARAN PENYERTAAN: Seluruh mahasiswa IPTA dan IPTS
ANJURAN: Markaz Siswazah Kelantan (MSK)
TENTATIF PROGRAM: 
 - Pendaftaran peserta bermula 5.00 petang dan jamuan (Makanan akan disediakan selepas pendaftaran dan tertakluk pada perubahan)
 - Solat Maghrib berjemaah
 - Pengisian tazkirah
 - Solat Hajat dan solat Isya' berjemaah diimamkan oleh YAB Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
 - Ucapan YB Hj. Abdul Fattah Mahmood (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan)
 - Ucapan YAB Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
 - Dialog Bersama Pimpinan Kerajaan Negeri.
 - Majlis bersurai

Maklumat lanjut dan pendaftaran awal, layari http://himpunanmahasiswakelantan2011.blogspot.com atau melalui SMS dengan menaip HAMKANAMAKAMPUS hantarkan kepada Zul Amirul (013-3196286) atau Faradila (013-2001925)

Diharapkan semua yang telah mendaftar dapat sama-sama menghadirkan diri ke HAMKA2011. Segala kerjasama yang telah antum semua berikan amatlah kami hargai. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Suka entri ini? (=^_^=)

comment 0 comments:

--------------------------- (=^_^=) ------------------------------

Related Posts with Thumbnails

Followers

© 2010 Genius Resources is proudly powered by Blogger